Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 31 Julai 2012

D 128 EMPAT HIDAYAH MELALUI KEWUJUDAN ALAM INI

1.   Tidak mengenali Allah SWT pada peringkat permulaan tetapi setelah mengurus alam ini barulah dia mengetahui bahawa dalam perbuatannya terdapat perbuatan Allah SWT yang tidak terhad, sedangkan perbuatan seorang hamba amat terhad.

2.   Sentiasa mengikut hawa nafsu pada peringkat permulaan tetapi setelah mengenali dan mengasihi Allah SWT barulah dia bersyukur dan memperhambakan diri kepada Allah SWT dan tidak lagi mengikut hawa nafsunya.

3.   Tidak berjaya memandang kewujudan kekuasaan Allah SWT di alam ini, tetapi setelah mengenali Zat Allah SWT maka dia menjadikan Allah SWT menguasai segala perbuatannya. Segala perbuatannya adalah dengan izin Allah SWT.

4.   Tidak berjaya mencapai makrifat Allah SWT melalui kewujudan alam ini  tetapi setelah mencapai Makrifat  Allah barulah dia sedari bahawa semua perkara yang wujud di alam ini akan hancur dan adalah milik Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja kekal buat selama-lamanya.

Syrah Hikam. m/s : 30.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan