Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 31 Julai 2012

D 121 EMPAT PERKARA YANG AMAT MENGHAIRANKAN

1.    Mengambil gantian yang kurang daripada yang lebih  ( Pahala yang Allah swt tawarkan tidak diambil malah dunia tetap menjadi pilihan).

2.    Memilih yang fana daripada yang kekal
( Balasan Syurga kekal abadi  tetapi kecantikan dunia tetap dikejar).

3.    Menyibukkan diri dengan perkara yang batil
( Sentiasa sibuk dengan program dan perbuatan maksiat sehingga tidak berkesempatan melakukan ibadat ).

4.    Berpaling daripada Allah SWT kepada benda yang tiada hakikat baginya. (Gelaran profesor, doktor, pakar dan sebagainya menjadi kebanggaan tetapi Gelaran Syuhadah, Solihin, Siddiqin dan Ulamak tidak memberi apa-apa erti bagi mereka yang bermatlamatkan dunia. Sedangkan golongan inilah yang akan berdampingan dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW di dalam Syurga kelak).


Syarah Hikam. m/s : 90.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan