Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 31 Julai 2012

D 129 ENAM KONSEP PENGABDIAN DIRI KITA KEPADA ALLAH SWT

1.    Kehambaan bagi hati, orang yang memandang dirinya adalah milik Allah SWT maka seluruh kehidupannya adalah memperhambakan kepada Allah SWT.

2.    Memperhambakan hati dengan segala kerahsiaan maka dia akan sentiasa menggunakan dirinya untuk beribadat kepada Allah SWT.

3.    Menyempurnakan segala adab dan Akhlak mulia yang Allah SWT perintahkan adalah menyampaikan kedudukan martabat kehambaan kepada Jalan Allah SWT.

4.    Jika Diri seseorang telah sempurna adab dan akhlak mulia yang telah Allah SWT perintahkan maka Dirinya telah berada di Jalan Allah SWT.

5.   Menyempurnakan segala sifat-sifat kehambaan kepada Allah SWT adalah jalan menuju kepada Kebenaran Allah SWT.

6.    Apabila kita telah berjaya meletakkan Allah SWT di dalam jiwa kita, diri kita dan  perbuatan kita di tempat ketuhanan yang sebenar dan meletakkan diri kita  ditahap kehambaan yang  sebenar, maka barulah tercapailah kedudukan  HAKIKAT SEBENAR DIRI KITA disisi Allah SWT.

Syarah Hikam. m/s : 173.

Nota:

Di zaman sekarang ramai orang meletakkan Allah SWT sebagai khadamnya, sehingga manusia sanggup memerintah Allah SWT agar menunaikan segala hajatnya di dalam solat hajat dan memaksa Allah SWT memakbulkan doanya di dalam segala permintaannya”. SEPATUTNYA SESEORANG HAMBA MENYERAHKAN SEGALA URUSAN KEPADA ALLAH SWT DAN MELAKSANAKAN SEGALA SYARIAT YANG TERKANDUNG DI DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW”. Betapa hebatnya kekuasaan manusia dan takabburnya manusia zaman sekarang terhadap Allah SWT. Tiada lagi sifat Tawadduk dan rendah diri kepada Allah SWT.  Nauzubillah Min Zalik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan