Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 30 Julai 2012

D 96 Lakukan SEPULUH Perkara tanda kasih sayang anda kepada kedua ibu bapa



Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:

·         Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan

·         Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): “Wa sha hib huma fiddunnya ma’rufa. (Yang bermaksud): “Bantulah kedua orang tua di dunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.

·         Jika berhajat bantuan harus dibantu

·         Menyambut panggilannya

·         Mentaati semua perintahnya asalkan tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)

·         Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan

·         Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)

·         Jika berjalan harus di belakangnya

·         Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri

·         Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): “Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu’minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): “Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.

Seorang sahabat berkata: “Tidak suka mendoakan kedua orang tua itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak.” “Dan apakah mungkin memuaskan orang tua yang telah mati?” beliau ditanya. Jawabnya: “Ya, dengan tiga macam iaitu:
·         Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya

·         Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanya

·         Membaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu.

Sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan