Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 31 Julai 2012

D 116 LIMA CAHAYA UNTUK MEREKA YANG MENCINTAI KEBENARAN

1-Mendapat Cahaya Kebenaran Bersama  Allah SWT
2-Mendapat Cahaya Untuk Berusaha Mencari Dan Menuju Ke Arah Kejayaan.Allah SWT menghantar kepada mereka yang bercakap benar untuk membantu mencapai kejayaan.
3-Mendapat Kasih Sayang Daripada Manusia,
sebagaimana Rasulullah mendapat Cinta Dan Kasih Sayang yang tidak berbelah bagi daripada Para Sahabat-Sahabat Rasulullah SAW.
4-Cahaya untuk memandu arah, orang yang benar tidak akan sesat walaupun ribuan Ideologi atau fahaman yang boleh menyesatkan timbul dihadapan mereka. Namun mereka yang telah dipandu hati mereka oleh Allah SWT tidak akan sesat, malah mereka dapat melihat sesuatu perkara dengan jelas serta pilihan dan tindakan mereka yang akan merugikan,bahkan tepat sekali.
5-Mereka akan mendapat cahaya kemantapan dan kukuh.

Mereka yang benar tidak akan sekali-kali berundur ke belakang, tindak-tanduk mereka sentiasa dipenuhi dengan keyakinan dan perjalanan hidup mereka tanpa dipengaruhi oleh sifat keraguan, tindakan mereka penuh berkat dan pilihan mereka sentiasa tepat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan