Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 31 Julai 2012

D 113 LIMA PERSOALAN YANG MENJADIKAN ANDA KUFUR PADA ISRAK DAN MIKRAJ

1-Apabila berada di luar tarikan graviti bumi, manusia terapung tanpa bebanan berat, Bagimana Rasulullah SAW mampu membuat perjalanan yang jaraknya begitu jauh sedangkan Rasulullah SAW tidak dilengkapi dengan  berbagai kelengkapan, apakah terdapat pakaian yang boleh menghalang proses geseran pada jasad Rasulullah SAW?

2-Bagaimana Rasulullah SAW boleh bernafas?
3-Bagaimana Rasulullah boleh melindungi dirinya dari terkena batu-bata yang bergerak laju di ruang angkasaraya dan dapat bertahan pada pancaran cahaya yang melampau?
4-Bagaimana Rasulullah boleh mengawal kehidupan atau melalui kehidupan di sana yang mana suasananya amat berbeza?
5-Bagaimana Rasulullah SAW dapat bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya 30 ribu km di bawah saat? Dan kembali ke bumi dengan selamat.
Jawapannya ialah:

Kemampuan manusia adalah bergantung kepada segala kelengkapan teknologi untuk merentasi halangan angkasaraya.

فالنبي (صلى الله عليه وآله) عرج بعناية وقدرة اللّه الذي خلق الوجود كلّه، وأقام هذا النظام البديع. فجميع العلل الطبيعية والموانع الخارجية مسخَّرة للّه تعالى وخاضعة لإِرادته، ومطيعة لأَمره.

Maka Rasulullah SAW mikraj dengan kekuasaan Allah SWT, Allah SWT Yang Memilki Peraturan Alam, maka segala rintangan semulajadi, Allah SWT memerintahkan agar perjalanan Rasulullah dipermudahkan, maka semua Peraturan Alam tunduk di atas Arahan Allah SWT  tersebut. Oleh demikian kelajuan perjalanan Rasulullah SAW dapat mengatasi kelajuan cahaya dan bunyi, yang mana kedua-duanya juga merupakan ciptaan Allah SWT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan