Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 31 Julai 2012

D 117 SEPULUH GOLONGAN YANG DAPAT MENCIUM WANGIAN KASTURI SYURGAWI


Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Pertamamereka yang bertaubat dari sifat-sifat munafik:

a    a)  Bertaubat daripada sifat malas melakukan solat.

142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka[364]. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya[365] (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali[366][0]

[364]. Maksudnya: Allah membiarkan mereka dalam pengakuan beriman, sebab itu mereka dilayani sebagai melayani para mukmin. Dalam pada itu Allah telah menyediakan neraka buat mereka sebagai pembalasan tipuan mereka itu.[365]. Riya ialah: melakukan sesuatu amal tidak untuk keridhaan Allah tetapi untuk mencari pujian atau popularitas di masyarakat.

[366]. Maksudnya: mereka sembahyang hanyalah sekali-sekali saja, iaitu bila mereka berada di hadapan orang.

b)Bertaubat daripada terlalu sedikit berzikir kepada sentiasa berzikir kepada Allah SWT.
c) Bertaubat daripada bercakap bohong.
d)Bertaubat daripada mengingkari janji.
e) Bertaubat daripada mengkhianati amanah

27. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

Keduabertaubat daripada dosa-dosa tersembunyi.
 Ketiga : Bertaubat daripada dosa-dosa lidah
 Tidak bercakap terlalu banyak.
Tidak bergurau melampai had.
Bertaubat daripada bercakap dan berbual dengan mereka yang berbual kosong.

Keempat :  Bertaubat daripada bercampur dengan mereka yang melakukan maksiat.
Kelima Bertaubat daripada menghabiskan masa dengan perkara sia-sia yang jauh daripada mentaati perintah Allah SWT.
Keenam : Bertaubat daripada perbuatan  yang merosakkan serta membahayakan.

Ketujuh : Bertaubat daripada angan-angan yang tidak betul dan hidup dalam khayalan.


Kelapan : Bertaubat daripada sifat malas dan lembab.

1) Jangan kamu berkata ” aku malas “
2) Jangan kamu ragu-ragu dalam bertindak.
3) Jangan kamu melemahkan pergerakkan anda tetapi jadikan anda sentiasa cergas dan aktif.
4) Kurangkan tidur, kerana banyak tidur boleh mematikan hati.
5)Berdoalah dengan doa di atas.

Kesembilan : Bertaubat daripada meruntuhkan diri sendiri. Kerana Allah SWT menjadikan kamu sebaik-baik kejadian.


Kesepuluh : Bertaubat daripada perasaan dukacita.
87. Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak berperang[653], dan hati mereka telah dikunci mati maka mereka tidak mengetahui (kebahagiaan beriman dan berjihad).
[653]. Maksudnya: wanita-wanita, anak-anak, orang-orang lemah, orang-orang yang sakit dan orang-orang yang sudah tua.
77. Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan juga kerana mereka selalu berdusta.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan