Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 31 Julai 2012

D 112 SEPULUH RAHSIA ISRAK DAN MIKRAJ

1-3 Tahun Rasulullah SAW dipulau daripada masyarakat Quraisy Mekah. Rasulullah SAW tidak dapat berniaga, tidak dapat membeli-belah, tidak dapat berbicara dengan masyarakat dan tidak mendapat bekalan makanan.

2-Tiada lagi tempat pergantungan seperti Khadijah dan bapa saudaranya.

3-Tiada lagi mereka yang mempertahankan dan melindungi Rasulullah SAW.

4-Rasulullah SAW dihina dengan pelbagai hinaan.

5-Rasulullah SAW telah merasai bagaikan  zaman penghujung hidupnya. Baginda telah menerima penderitaan sehingga tubuh Baginda berdarah kerana terkena batu lontaran kanak-kanak di Taif.

6-Langit terbuka dan Rasulullah SAW telah mendapat tawaran Allah SWT.

7-Rasulullah telah mendapat tawaran Rabbani bukan tawaran yang dipohon oleh Rasulullah SAW tetapi Allah SWT sendiri yang telah membuat tawaran tersebut.

8-Allah SWT melayani kehendak Rasulullah SAW sebagaimana Tuan memenuhi segala permintaan hambaNya.

9-Rasulullah SAW telah menerima penghormatan pada waktu malam, segala keberkatan dari langit kebanyakkannya dianugerahkan pada waktu malam kepada semua nabi-nabi Allah SWT.



10-Penghormatan yang paling suci kerana perjalanan dari satu masjid yang mulia dan suci ke  satu masjid yang mulia dan suci serta berkat yang berakhir dengan Baitul Makmur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan