JANGAN SEKALIPUN LUPA, HANYA ORANG
YANG BENAR-BENAR BERIMAN AKAN MEMASUKI SYURGA, TEMPAT BEROLEH GANJARAN
“Dan didekatkan syurga itu kepada
orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah
yang dijanjikan kepadamu (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali
(kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturanNya). (Iaitu) orang yang takut
kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia
datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah
hari kekekalan.”
(Surah Qaf: 31-34)
Mereka yang layak untuk kembali ke
tempat asal mereka berdiri di hadapan Allah swt, sebagaimana yang telah
dinyatakan di dalam al-Qur’an, akan menerima buku amalan mereka yang
mengandungi segala catatan semasa mereka hidup di muka bumi dengan tangan kanan.
Mereka tidak akan berasa susah dengan perhintungan amalan mereka. Bermula saat
itu, mereka akan hidup dengan penuh kenikmatan. Orang-orang yang beriman diberi
khabar gembira dengan keadaan yang menyenangkan di dalam banyak ayat al-Qur’an:
“Adapun orang yang diberikan kitabnya
dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,
dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.”
(Surah al-Inshiqaq: 7-9)
“Adapun orang-orang yang diberikan
kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata,”Ambillah bacalah
kitabku (ini).” Sesungguhnya aku yakin, bahawa sesungguhnya aku akan menemui
hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai
dalam syurga yang tinggi”.
(Surah al-Haqqa: 19-22)
Mukmin yang berjaya mendapatkan
kehidupan ini akan disambut oleh malaikat-malaikat dengan ucapan,
“Kesejahteraan (dilimpahkan) ke
atasmu. Berbahagialah kamu. Maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di
dalamnya,”
(Surah az-Zumar: 73)
Selepas itu, mereka akan dibawa ke
syurga beriringan dan masuk ke dalamnya dengan tenteram dan selamat:
“Mereka itu orang yang dibalasi dengan
martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut
dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya.
Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.”
(Surah al-Furqan: 75-76)
Ingatlah kita boleh mendapatkan
jemputan yang sama dan masuk ke dalam tempat yang penuh dengan kedamaian dan
kegembiraan hanya jika kita mempunyai iman yang teguh dengan Hari Kiamat,
bertakwa kepada Allah swt, takutkan Hari Kiamat dan melakukan amalan-amalan
baik. Allah swt berfirman di dalam al-Quran bahawa ahli-ahli syurga akan
berkata seperti berikut:
“Sesunguhnya kami takut akan (azab)
Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang yang bermasam muka
penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan
memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.”
(Surah al-Insan: 10-11)
Pemandangan tasik, sungai dan
pohon-pohon hijau yang memukau adalah gambaran syurga yang manusia bayangkan.
Namun, syurga tidak terhad pada kualiti-kualiti ini sahaja. Syurga ialah
kediaman yang abadi buat orang-orang beriman dan keindahannya adalah kecantikan
dan nikmat yang paling agung, jauh daripada apa yang kita dapat gambarkan atau
harapkan. Kita menggambarkan syurga berdasarkan apa yang kita tahu di dunia
ini, tetapi sebarang gambaran yang kita tahu tentang syurga berdasarkan apa
yang kita tahu di dunia ini pasti tidak cukup; Kita hanya mampu mendapatkan
klu-klu yang digunakan untuk membayangkan secara umum. Kita hanya mampu
memahami keadaan sebenar syurga setelah kita memasukinya. Sesungguhnya, satu
ayat al-Quran yang menarik perhatian kita tentang perkara ini adalah:
“Seorangpun tidak mengetahui apa yang
disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan
pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah as-Sajda: 17)
Apa sahaja yang kita suka ketika di
dunia ada di dalam syurga, dalam keadaan terbaik dan paling sempurna. Syurga
ialah tempat yang mempunyai nikmat yang terkira, termasuklah apa sahaja yang
manusia inginkan dan berasa senang dengan sesuatu. Di dalam al-Qur’an, Allah
swt menceritakan syurga seperti berikut:
“Dan apabila kamu melihat di sana
(Syurga), nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang
besar”.
(Surah al-Insan: 20)
Dalam salah satu hadith Rasulullah
(sollalahualaihiwassalam) memberi gambaran syurga seperti berikut:
“Apabila penghuni syurga memasuki
syurga, pembuat pengumuman akan mengumumkan: (engkau telah dijanjikan Allah
bahawa) engkau akan hidup di dalamnya dan engkau tidak akan mati; engkau akan
hidup sihat di dalamnya dan tidak akan jatuh sakit; engkau akan sentiasa muda
dan tidak akan menjadi tua; engkau akan sentiasa dalam kedamaian dan tidak akan
berasa sengsara”
[Muslim]
Mukmin di dalam syurga akan
dihidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman.
(surah al-Mursalat: 43)
Allah akan menyediakan mereka dengan
pelbagai jenis buah-buahan dan daging,
(surah at-Tur: 22)
dan daging puyuh yang mereka inginkan
(Surah al-Waqi’ah: 21).
Tambahan pula, nikmat ini tidak akan
kehabisan
(Surah Sad: 54)
Al-Quran menjelaskan bahawa
taman-taman yang kehijauan
(Surah ar-Rahman: 64)
mempunyai sungai-sungai yang mengalir
di bawahnya dan makanan serta bayang-bayang pohonan yang menyejukkan akan
berada di situ selamanya
(Surah ar-Ra’d: 35).
Pohon-pohon yang mempunyai dahan yang
penuh dengan buah-buahan yang masak ranum bergantungan, siap sedia untuk dipetik
(Surah al-Insan: 14 dan Surah
al-Waqi’ah: 28-29).
Air yang memancut dan mata air di
antara sifat-sifat semulajadi yang dikaitkan dengan syurga di dalam al-Quran
(surah ar-Rahman: 66).
Di dalamnya, terdapat juga
sungai-sungai yang akan sentiasa bersih dan suci, sungai-sungai daripada susu
yang rasanya tidak akan berubah, dan sungai-sungai daripada madu yang
keasliannya tidak dicemari, menyegarkan kepada semua yang meminumnya
(Surah Muhammad: 15).
Sesetengah nikmat di dalam syurga akan
menyerupai nikmat di syurga dan sesetengah lagi ialah sesuatu yang tidak
diketahui sifat-sifatnya
(Surah Ar;Rahman: 48).
Nikmat yang tidak terhitung dan
keindahannya tidak dapat dibayangkan menanti orang-orang yang beriman di syurga
sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah ash-Shura, ayat 22.
“Orang-orang beriman akan tinggal di
kediaman yang indah di syurga”
(Surah at-Tawbah: 72)
“dan akan berbaring di sofa daripada
sutera broket”
(surah al-Waqi’ah: 15-16)
Nikmat-nikmat lain yang dijanjikan
kepada mukmin adalah seperti berikut:
“Dan diedarkan kepada mereka
bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca”.
(Surah al-Insan: 15)
“Dan Dia memberi balasan kepada mereka
kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera”.
(Surah al-Insan: 12)
“Mereka memakai pakaian sutera halus
yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari
perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih”.
(Surah al-Insan: 21)
Sudah tentu, berada bersama
orang-orang tersayang adalah salah satu nikmat di dunia. Orang-orang yang
beriman berasa sangat gembira menghabiskan masa bersama saudara mara mereka
yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah swt. Oleh itu, memikirkan akan
bersama-sama mereka lagi di dalam syurga adalah satu sumber motivasi yang kuat
kepada mukmin yang cenderung dengan sentimen ini. Walau bagaimanapun,
perhubungan ini tidak hanya terhad pada beberapa tahun sahaja, sebagaimana di
dunia, tetapi perhubungan ini akan kekal abadi.
(Iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk
ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya,
isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke
tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan); ”Salamun alaikum
bima sobartum. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
(Surah ar-Ra’d: 23-24)
Di dalam syurga, orang-orang mukmin
juga akan bersama-sama pasangan mereka yang mereka kehendaki. Sebagaimana yang
dinyatakan di dalam al-Quran,
“…di dalamnya mereka akan mempunyai
pasangan yang sempurna keasliannya…”
(surah an-Nisa” 57)
Suci daripada segala
ketidaksempurnaan, isteri di syurga diciptakan berbeza:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka
(bidadari-bidadari) dengan langsung”. (Surah al-Waqi’a: 35).
“Sesungguhnya penghuni syurga pada
hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). Mereka dan isteri-isteri
mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelakan di atas dipan-dipan”.
(Surah Ya Sin: 55-56)
Allah swt, yang menganugerahkan
pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya di dalam syurga, menciptakan setiap
perkara itu untuk memberikan kesenangan. Allah swt akan membalas hamba-hambaNya
dengan memberi segala perkara yang mereka inginkan. Ayat di bawah menyatakan
dengan lebih jelas bahawa tiada had untuk nikmat-nikmat ini di dalam syurga:
“Mereka di dalamnya memperolehi apa
yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya”.
(Surah Qaf: 35)
Untuk memastikan manusia rindukan dan
mengharapkan syurga dan juga berusaha mencari keredhan Allah swt, Allah swt
telah memciptakan dunia dengan serba kekurangan. Dunia ini diciptakanNya dengan
nikmat-nikmat yang terhad dan semua benda akhirnya akan mati. Kekurangan dunia
ini tidak terhad kepada mati sahaja, malah sebagai ujian kepada mereka yang
tidak beriman. Mereka menikmati keindahan dunia sekejap sahaja dan cepat bosan
dengannya walaupun perkara itu dianggap suatu yang terbaik. Walau bagaimanapun
syurga ialah tempat di mana seseorang tidak akan pernah berasa letih dan jemu
dengan kenikmatannya. Tiada rasa letih atau jemu yang dirasai oleh
orang-orang yang beriman sama ada di syurga ataupun di dunia
(Surah Fatir: 35)
Tetapi, jangan sesekali lupa nikmat
yang lebih besar, lebih bermakna daripada syurga ialah keredhaan Allah swt.
Untuk orang-orang mukmin, tiada keuntungan material yang boleh membuatkannya
lebih gembira daripada mendapat keredhan Allah swt. Sebagai mana yang
dinyatakan di dalam al-Quran,
“…Dan keredhaan Allah adalah lebih besar…”.
(Surah at-Tawba: 72)
Apa yang membuatkan keindahan di
syurga begitu tinggi adalah kerana mereka diberikan nikmat itu sebagai tanda
keredhaan Allah swt. Allah swt redha dengan amalan-amalan mereka dan
menganggapnya layak untuk memasuki syurga, diampuni dosa-dosanya dan menempatkan
mereka di kediaman yang paling indah di mana mereka boleh menikmati kebahagian
hidup untuk selama-lamanya. Khabar gembira tentang syurga dinyatakan di dalam
al-Quran sebagai berikut:
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah
kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (redha) lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke
dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.
(Surah al-Fajr: 27-30)
Ini ialah janji Allah swt kepada
sesiapa yang diredhaiNya. Jangan sesekali lupa, hanya mereka yang tahu bahawa
dunia ini ialah ujian, berhati-hati dengan amaran-amaran daripada Allah swt,
mengikut suara hati mereka dan berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah swt,
yang akan mendapatkan kesudahan yang baik ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan