Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 30 Julai 2012

D 97 Tangisan yang menyebabkan Para Malaikat turut menangis



Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah mendengar seorang sahabat Baginda  s.a.w. yang sedang membaca al-Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:

“Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah.”(AL-RAHMAN-37)
Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya: “Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini.” Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya:” Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat turut menangis bersama-sama.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan