Petikan daripada Kitab Mahkamah di
Padang Mahsyar m/s: 146
Perjalanan semua manusia di atas Sirat
Mustaqim adalah berbagai di antaranya ialah :
1. Ada golongan yang dapat melintasi
Titian Sirat sepantas kilat.
2. Ada golongan yang dapat melintasi
Titian Sirat seperti tiupan angin.
3. Ada golongan yang dapat melintasi
Titian Sirat seperti burung terbang.
4. Ada golongan yang dapat melintasi
Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5. Ada golongan yang dapat melintasi
Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6. Ada golongan yang dapat melintasi
Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7. Ada golongan yang dapat melintasi
Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8. Ada
golongan yang dapat melintasi
Titian Sirat selama satu bulan.
9. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama
bertahun-tahun.
10. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama
25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut
kiraan masa dunia.
Di antara tips untuk melepasi Titian
Sirat Mustaqim
Dalam sebuah hadith panjang riwayat
Imam Muslim daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di
atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di
atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan’.
Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah
kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai
Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya
pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya.
Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal
perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya
mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan
terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari
bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti
Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk
keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan
kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian
ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya :
“Ia ialah sebuah jalan yang sangat
licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”
(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said
Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah
r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat
titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil
daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih
jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat
ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan
ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram,
maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar
dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang
ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di
titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa
yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di
atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan
pantang larat sirat
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut
beberapa amalan yang dapat
menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk
dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan
itu antara lain ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang
Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz
bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin
daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk
menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam dan sesiapa yang membuat tuduhan
(dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan
menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan
tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong
tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk
merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis
tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan
dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita
daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
sumber asal : artikel Umar M Noor,
Majalah Solusi Isu-18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan