Disebutkan oleh Imam Ibn
al-Qayyim Allah bahawa orang-orang dari kubur sedang disiksa kerana kejahilan
mereka tentang Allah dan tidak melaksanakan perintah Allah SWT serta
melakukan dosa. Sesungguhnya azab kubur adalah sebahagian daripada
azab di negeri akhirat, kesan dari murka Allah SWT dan dosa hambanya, Azab Allah SWT berlaku mungkin disebabkan dosa hati, mata,
telinga, mulut, lidah, perut, kemaluan, tangan dan seluruh tubuh, Allah SWT
murka kerana mati tanpa bertaubat. Maka azab kubur bergantung kepada dosa
dan kemurkaan Allah SWT terhadap seseorang hambanya. Terdapat juga dosa yang akan ditambah
azabnya atau dosa yang akan dikurangkan azabnya. Mereka yang berkata
benar atau yang berbohong semuanya mendapat balasan daripada Allah SWT.
Amaran Allah SWT terhadap dosa-dosa tersebut terlalu banyak di antaranya ialah :
1 – Mengumpat
dan memfitnah.
2 – Tidak
beristbra’ semasa membuang air kecil.
3 – Solat
tanpa membersihkan diri dengan sempurna.
4 – berbohong.
5 – Meninggal
solat dan meremeh-remehkannya.
6 – Tidak
membayar zakat.
7 – Berzina.
8 – Mencuri
(pencurian).
9 - Khianat.
10 – mencari
perselisihan di kalangan umat Islam atau menabur fitnah.
11 – Makan
harta RIBA/INTEREST. (
fenomena berbahaya ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita)
12 – Tidak
membela mereka yang tertindas.
13 – Minum
arak.
14 – Melabuhkan
pakaian melebihi paras buku lali.
15 – Membunuh.
16 – Menghina
atau mencaci para sahabat.
17 – Mati
semasa melakukan perkara bidaah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan