Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 1 Ogos 2012

D 148 INSAN SANJUNGAN ALLAH SWT

Daripada A’masy daripada Abi Shalin daripada Abu Hurairah dan daripada Abi Said Al-Khudri daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT memiliki malaikat yang tinggal di bumi. Jika mereka bertemu dengan golongan yang BERZIKIR kepada Allah SWT, mereka memanggilnya: 
“Ke marilah pada keinginanmu.”
Lalu mereka datang dan mengelilingi mereka ke langit.
Maka Allah SWT berfirman : “Apa perbuatan hambaKu pada waktu engkau tinggalkan mereka?"
Malaikat menjawab: “Kami tinggalkan mereka, mereka sedang memuji,  mengagungkan dan menyucikan Mu.”
Allah SWT berfirman : “Apakah mereka melihatKu?”
Malaikat menjawab : “Mereka Tidak melihat Mu Yaa Allah.”
Allah SWT berfirman : “Bagaimana jika mereka melihatKu?”
Malaikat menjawab : “Jika mereka melihatMu, Yaa Allah. Mereka akan lebih menyucikanMu, akan lebih memujiMu dan akan lebih mengagungkanMu.”
Allah SWT berfirman : “Dari bahaya apakah yang mereka memohon perlindungan?”
Malaikat menjawab : “Mereka memohon perlindungan daripada api Neraka.”
Allah SWT berfirman : “Apakah mereka pernah melihat api Neraka?”
Malaikat menjawab : “Mereka tidak pernah melihat api Neraka.”
Allah SWT berfirman : “Bagaimana jika mereka melihat api Neraka?”
Malaikat menjawab : “Jika mereka melihat api Neraka pasti mereka akan lebih menjauhkan diri mereka daripada api Neraka.”
Allah SWT berfirman : “Apakah permintaan mereka?”
Malaikat menjawab : “Mereka memohon Syurga.”
Allah SWT berfirman : “Apakah mereka pernah melihat Syurga.
alaikat menjawab : ” Mereka tidak pernah melihat Syurga.”
Allah SWT berfirman : “Bagaimana jika mereka melihat Syurga?”
Malaikat menjawab : “Jika mereka melihat Syurga pasti mereka bertambah rindu kepada Syurga.”
Lalu Allah SWT berfirman kepada Malaikat : “Aku (SWT) bersaksikan padamu, bahawa Aku ( SWT) telah mengampuni dosa-dosa mereka.”

Nota :
Kitab Penenang Hati . m/s : 221.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan