JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH TEMPAT SEMENTARA YANG SINGKAT DAN SUATU UJIAN
Halaman
▼
Ahad, 8 Julai 2012
A 112 DUA PULUH SATU KUNCI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
1-Kunci
solat adalah Taharah/Kebersihan.
2-Kunci
Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara
yang diharamkan semasa haji.
3-Pintu
segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
4-Kunci
Syurga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
5-Kunci
Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
6-Kunci
kejayaan adalah Kesabaran.
7-Kunci
kemajuan/Kelebihan adalah bersyukur.
8-Kunci
Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
9-Kunci
Kejayaan adalah Bertaqwa.
10-Kunci
Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
11-Kunci
segala kemaqbulan adalah berdoa.
12-Kuci
kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram
di dunia.
13-Kunci
Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan
bertadabbur kepadanya.
14-Kunci
bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa,
Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala
perkara yang Allah SWT larang dan benci.
15-Kunci
menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada
ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala
dosa.
16-Kunci
mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada
Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
17-
Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada
Allah SWT.
18-Kunci
kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
19-Kunci
kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
20-Kunci
segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
21-Kunci
segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan