Halaman

Jumaat, 3 Ogos 2012

E 111 LAPAN BAHAYA AKAN MENIMPA ORANG YANG KETAWA

Abul Laits berkata:

“Awaslah kamu dari tertawa bergelak kerana mengandungi lapan bahaya iaitu:

· Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal

· Memberanikan orang bodoh kepadanya

· Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.

·  Melupakan dosa-dosa yang lampau

· Memberanikan berbuat dosa di masa mendatang sebab bila tertawa gelak membekukan hatimu

· Melupakan mati dan akhirat

· Engkau menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu

· Tertawa gelak-gelak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan