Halaman

Ahad, 30 September 2012

I 74 ENAM Keanehan di zaman Rasulullah SAW yang sentiasa kita lihat

Rasulullah SAW telah bersabda :

“Ada enam perkara yang aneh dalam enam keadaan :

1- Masjid terasa aneh (terasing) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak suka melakukan sunat di dalamnya.

2- Kitab-kitab terasa aneh (terasing) jika berada di rumah orang yang tidak suka membacanya.

3- Al Quran terasa aneh (terasing) jika berada di rumah orang yang fasik.

4- Wanita Muslimah yang Solehah terasa aneh (terasing) jika berada dalam kekuasaan suami yang zalim lagi berakhlak buruk.

5- Lelaki Muslim yang soleh terasa aneh (terasing) jika berada dalam kekuasaan wanita yang hina lagi buruk akhlaknya.

6- Orang Alim terasa aneh (terasing) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak mahu mendengar nasihatnya.”

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 178.

Hadis nabi Riwayat dan Sanadnya ???




Tiada ulasan:

Catat Ulasan