Halaman

Ahad, 28 April 2013

Bab 108 Kemakruhan Makan Sambil Bersandar.



743. Daripada Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah ra, katanya: " RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

Yang bermaksud :  "Saya tidak akan makan sambil bersandar(muttaki)."
(Riwayat Bukhari)

Al-Khaththabi berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil bersandar pada kasur yang diletakkan di bawahnya. Katanya: "Orang itu bukannya berkehendak akan duduk di atas kasur atau bantal-bantal seperti kelakuan orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi ia duduk sambil gelisah duduknya dan tidak tenang, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah yang diucapkan oleh al-Khaththabi. Selain al-Khaththabi mengisyaratkan bahawasanya muttaki' ialah orang yang miring duduknya pada lambungnya yang sebelah. Wallahu a'lam.

744. Daripada Anas ra, katanya: 

Yang bermaksud :  "Saya melihat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM makan kurma sambil duduk berjongkok." 
(Riwayat Muslim)

Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua pantatnya di bumi dan mendirikan kedua betisnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan