Halaman

Isnin, 20 Mei 2013

Bab 141 Menerangkan Bahawa Sunnah Hukumnya Apabila Kepada Orang Yang Meminta Izin Ditanyakan: "Siapakah Engkau? Supaya Mengucapkan "Fulan" Dengan Menyebut Nama Dirinya Yang Mudah Dimaklumi, Baik Nama Sendiri Atau Nama Kunyahnya Dan Kemakruhannya Mengucapkan: "Saya" Dan Yang Seumpamanya




871. Daripada Anas r.a. dalam Hadisnya yang masyhur mengenai cerita israk, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Kemudian Jibril naik dengan saya ke langit dunia, lalu ia meminta supaya dibukakan pintu. la lalu ditanya: "Siapakah ini?" la menjawab: "'Jibril." Ditanya: "Siapakah yang beserta anda?" la menjawab: "Muhammad." Selanjutnya ia naik lagi ke langit yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. la ditanya pada tiap-tiap pintu langit: "Siapakah ini?" la menjawab: "Jibril."
(Muttafaq 'alaih)

872. Daripada Abu Zar r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Saya keluar pada suatu malam dari beberapa malam, tiba-tiba nampak Rasulullah s.a.w. sedang berjalan sendirian. Saya terus berjalan di bawah bayangan bulan, lalu beliau s.a.w. menoleh lalu bertanya: "Siapakah ini?" Saya menjawab: "Abu Zar."
(Muttafaq 'alaih)

873. Daripada Ummu Hani' radhiallahu 'anha, katanya:

Yang Bermaksud : "Saya mendatangi Nabi s.a.w. dan beliau s.a.w. sedang mandi dan Fathimah menutupinya, lalu beliau bertanya: "Siapakah ini?" Saya menjawab: Ummu Hani.”
(Muttafaq 'alaih)

874. Daripada Jabir r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Saya mendatangi Nabi s.a.w. lalu saya mengetuk pintu, kemudian beliau s.a.w. bertanya: "Siapakah ini?" Lalu saya menjawab: "Saya." Kemudian beliau mengucapkan: "Saya, saya," seolah-olah beliau membenci jawapan yang sedemikian itu."
(Muttafaq 'alaih)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan