Halaman

Khamis, 20 Jun 2013

Bab 213 Sunnahnya Bangun Malam Ramadan Iaitu Untuk Mengerjakan Solat Sunnah Tarawikh



1184. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa berdiri bersolat dalam bulan Ramadan kerana didorong keimanan dan keinginan memperolehi keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang terdahulu." 
(Muttafaq 'alaih)

1185. Daripada Abu Hurairah ra pula, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu menganjur-anjurkan supaya senang mengerjakan solat pada malamnya bulan Ramadan, tanpa menyuruh orang-orang itu dengan kekerasan yakni bukan kewajipan. Beliau s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa berdiri bersolat dalam bulan Ramadan kerana didorong keimanan dan keinginan memperolehi keredaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang terdahulu." 

(Riwayat Muslim)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan