Halaman

Ahad, 30 Jun 2013

Bab 263 Uraian Kesangatan Haramnya Menyaksikan Kepalsuan





Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Dan jauhilah perkataan palsu."
(al-Haj:30)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau turut sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengertian dalam hal itu."
(al-lsra': 36)

Allah Taala berfirman lagi:

Yang Bermaksud : "Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib pencatat kebaikan dan malaikat 'Atid pencatat keburukan." 
(Qaf: 18)

Allah Taala berfirman pula:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Tuhanmu itu tetap mengadakan pengintipan."
(Al-Fajr: 14)

Allah Taala berfirman pula:

Yang Bermaksud : "Dan mereka itu adalah orang-orang yang tidak suka menjadi saksi palsu." 
(al-Furqan:72)

1547, Daripada Abu Bakrah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidakkah engkau semua suka kalau saya memberitahukan kepadamu semua tentang sebesar-besarnya dosa besar." Kita yakni para sahabat berkata: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyekutukan kepada Allah, berani melawan kedua orang tua," semula beliau s.a.w. bersandar lalu duduk, kemudian bersabda: "Ingatlah, juga perkataan palsu dan menjadi saksi palsu." Tidak henti-hentinya beliau s.a.w. itu mengulang-ulangi sabdanya yang terakhir ini, sehingga kita mengucapkan: "Alangkah baiknya kalau beliau diam."

(Muttafaq 'alaih)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan