AL KHOFIDH ( الخافض )
ALLAH Yaa Khofidh Yang Maha Merendahkan
atau Menjatuhkan berhak merendahkan atau menghinakan makhlukNYA sekiranya DIA
merasakan perlu bagi memberi peringatan kepada hambaNYA yang lalai. ALLAH Yaa
Khofidh juga mampu menghinakan tempat kembali hamba-hambanya di Akhirat, iaitu
di Neraka disebabkan oleh dosa-dosa. Orang yang dipandang hina oleh manusia
mungkin dipandang mulia oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala di sisiNYA dan sebaliknya.
Manusia harus berhati-hati dalam
mempergunakan amanah ALLAH Subhanahu Wata'ala dalam bentuk kemuliaan seperti
harta, pangkat, anak-anak kerana DIA Yaa Khofidh boleh merendahkan pada
bila-bila masa. Menghayati nama Yaa Khofidh, seseorang itu tidak akan menghina
sesama makhluk apatah lagi manusia, terutamanya orang-orang miskin yang
dimuliakan ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan