Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 30 Mei 2019

T172: BERTAUBAT SEBELUM TIDUR


Oleh: Muhammad Wasitho Abu Fawaz

Bismillah. Hidup di dunia ini hanya sementara. Saat kematian menjemput seseorang, bererti harus berpisah dengan dunia dan segala isinya. Dan itu pasti terjadi. ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati.”
[al-Anbiyâ’/21:35]

Dalam ayat lain ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA berfirman:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu (berada) dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.”
[an-Nisâ`/4: 78]

Kematian akan menimpa semua orang, baik yang shalih atau yang durhaka, yang kaya raya ataupun yang miskin papa, yang terpandang ataupun tidak, yang ikut berjihad ataupun duduk santai di rumahnya, dan lain sebagainya. Semuanya pasti akan mati bila ajalnya telah tiba ajalnya dan semuanya akan binasa, kerana ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

“Semua yang ada di bumi itu fana (tidak kekal).”
[ar-Rahmân/55:26]

Kemudian sesudah mati, kita semua akan dihidupkan kembali untuk mempertanggung jawabkan semua amal perbuatan kita. ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman, yang ertinya,

“Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati.”
[Hûd/11:7]

Mari Segera Bertaubat Kepada ALLAH AZZA WA JALLA

Jika memang demikian, sementara sudah dapat dipastikan bahawa setiap manusia tidak akan luput dari kelalaian, kesalahan dan dosa kecuali yang dirahmati ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dan diberi al-‘ishmah (terpelihara dari salah dan dosa) seperti para nabi dan rasul, maka sudah seharusnya kita semua untuk segera bertaubat kepada ALLÂH AZZA WA JALLA dan tidak menunda-nundanya. NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:

كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Setiap anak Adam (manusia) pernah berbuat kesalahan, namun sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan ialah orang yang segera bertaubat (kepada ALLÂH).”
[HR. Ibnu Mâjah 2/1420, no.4251][1])

ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA memerintahkan kita agar segera bertaubat, sebagaimana firmanNya:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLÂH, hai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.”
[an-Nûr/24:31].

Dan firmanNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada ALLÂH dengan taubat yang benar (ikhlas).”
[at-Tahrîm/66:8]

Dan hendaknya kita sering beristighfâr (mohon ampun kepadaNya) atas dosa-dosa yang telah kita perbuat selama ini, kerana ALLÂH Zat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang akan sentiasa menerima taubat dari para hambaNya dan mengampuni dosa-dosa sebesar dan sebanyak apapun. ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman, yang ertinya,

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat ALLÂH. Sesungguhnya ALLÂH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[az-Zumar/39: 53]

Di dalam hadits Qudsi yang diriwayatkan daripada Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu, RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA berfirman: “Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangiKu dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukanKu, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan.”
[HR. Tirmidzi IV/548, no.3540][2]

Hendaknya kita mempersiapkan diri dengan bekal taqwa untuk menempuh perjalanan menuju ke negeri akhirat yang merupakan tempat tinggal abadi.

Beberapa Hal Yang Dapat Mendorong Seorang Hamba Agar Segera Bertaubat Kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA Sebelum Tidur

Kenapa sebelum tidur? Terdapat banyak hal yang dapat membantu seorang hamba untuk segera bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA bilapun dan di mana-manapun. Namun dalam pembahasan kali ini kami akan menyebutkan sebahagian amalan yang diharapkan dapat mendorong seorang hamba bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA sebelum tidurnya. Di antaranya:

1. Melakukan Muhâsabah (Introspeksi Diri).

Muhâsabah ialah usaha seseorang untuk mengevaluasi segala perbuatannya, baik sebelum mahupun sesudah melakukannya. Sebelum tidur hendaklah seorang hamba mengintrospeksi diri atas segala perkataan mahupun perbuatannya sepanjang hari, baik yang berkaitan dengan hak-hak ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA mahupun hak-hak sesama manusia. Jika dia telah melakukan amal shalih, maka hendaknya dia bersyukur dengan memuji ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dan memohon kepadaNya tambahan nikmat. Dan memohon kepadaNya pula agar sentiasa diberi taufiq dan kesanggupan untuk dapat melaksanakan amal ketaatan. Namun jika sebaliknya, maka hendaknya dia segera bertaubat dan memohon ampunan kepadaNya serta bertekad untuk segera melakukan kebaikan.

Tentang muhâsabah, ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLÂH dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada ALLÂH.”
[al-Hasyr/59:18]

Umar bin Khattab Radhiyallahu anhu berkata, “Hisablah diri kalian sebelum dihisab, dan timbanglah amal kalian sebelum ditimbang (oleh Allâh) ….”

2. Mengingat Alam Kubur Yang Sangat Gelap Dan Dia Akan Menyendiri di sana

Ketika akan tidur, hendaknya seseorang mengingat suasana alam kubur yang sangat gelap, dia akan berada di sana seorang diri tanpa teman, hanya amalannya selama di dunia yang mendampinginya. Dengan mengingat kondisi ini, hati akan merasa takut kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dan siksaNya yang sangat pedih, sehingga dia terdorong untuk segera bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dan banyak mohon ampun kepadaNya.

3. Banyak Mengingat Kematian

Setiap muslim dan muslimah, yang sihat ataupun yang sedang sakit, tua mahupun muda, hendaknya selalu mengingat kematian yang datang secara tiba-tiba. Ingatan ini boleh menghalangi dan menghentikan seseorang dari perbuatan maksiat serta memotivasinya untuk beramal soleh.
Mengingat kematian ketika dalam kesempitan akan boleh melapangkan hati seorang hamba. Kalau dia ingat kematian ketika hatinya sedang senang, maka dia itu menyebabkan dia tidak lupa diri. Dengan begitu ia selalu dalam keadaan siap untuk pergi meninggalkan dunia dan menghadap ALLÂH AZZA WA JALLA.
Mengingat mati boleh melembutkan hati dan menghancurkan sikap tamak terhadap dunia kerananya, RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM memberikan anjuran untuk banyak mengingatnya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahawa RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:

أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هَاذمِ اللَّذَّاتِ

“Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelazatan (yakni kematian).”
[HR. At-Tirmidzi no. 2307, An-Nasa`i no. 1824, Ibnu Majah no. 4258][3]

Orang cerdas yang sesungguhnya ialah orang yang banyak mengingati mati dan mempersiapkan bekal untuk mati. Hal ini sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar Radhiyallahu anhuma, ia menuturkan, “Aku sedang duduk bersama RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM tatkala datang seorang lelaki dari kalangan Anshar. Ia mengucapkan salam kepada RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM, lalu berkata, ‘Wahai Rasûlullâh, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’ ‘Mukmin manakah yang paling cerdas?’, tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab:

أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ أَكْيَاسٌ

“Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.”
[HR. Ibnu Majah no. 4259, dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384]

Imam al-Qurthubi rahimahullah berkata, “Ad-Daqqaq berkata,
“Siapa yang banyak mengingat mati, ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: Bersegera untuk bertaubat, hati merasa cukup, dan antusias dalam beribadah. Sebaliknya, siapa yang melupakan mati, ia akan dihukum dengan tiga perkara: Menunda taubat, tidak redha dan malas dalam beribadah. Maka berfikirlah, wahai orang yang tertipu; Yang merasa tidak akan dijemput kematian, tidak merasakan sekaratnya, kepayahan, dan kepahitannya! Cukuplah kematian sebagai pengetuk hati, membuat mata menangis, memupus kelazatan dan memupus angan-angan. Apakah engkau, wahai anak Adam, mahu memikirkan dan membayangkan tibanya hari kematianmu dan perpindahan hidupmu dari tempatmu yang sekarang?”
[Lihat at-Tadzkîrah, hlm. 9].

4. Menyadari Hakikat Kehidupan Dunia Yang Fana Dan Akhirat Yang Kekal

Keberadaan makhluk di dunia ini hanyalah sementara, dan semua yang ada di alam semesta ini akan hancur kecuali ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA semata yang kekal dan abadi. ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).”
[Ar-Rahman/55: 26]

Sedangkan kehidupan akhirat merupakan kehidupan yang hakiki, kekal dan abadi, sebagaimana firmanNya:

وَالآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

“Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.”
[Al’A’la/87: 17].
Dan dia mengetahui pula bahawa ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA telah menciptakannya di dalam kehidupan ini tiada lain hanya untuk mengujinya, siapa di antara para hambaNya yang paling baik amal perbuatannya, sebagaimana firmanNya di dalam surat Al-Mulk, ayat 2.
Dengan demikian, maka diapun segera terdorong untuk bertaubat kepada ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA, memohon ampunan kepadaNya, dan mempersiapkan bekal untuk kehidupan akhirat yang hakiki nan abadi.
Demikian tulisan singkat tentang bertaubat sebelum tidur. Mudah-mudahan bermanfaat bagi siapa saja yang membacanya, dan menjadi amal soleh bagi penulisnya. Aamiin.
[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 09/Tahun XIV/1431H/2010. Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo – Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 0271-858197 Fax 0271-858196]
_______
Footnote
[1]. Syaikh al-Albâni rahimahullah meng-hasan-kannya dalam Takhrîj Misykâtul Mashâbîh, no.2341
[2]. Syaikh al-Albâni menilai hadits ini hasan dalam Silsilatul Ahâdîts Ash-Shahîhah 1/249, no.127.
[3]. Syaikh al-Albâni menilai hadits ini, “Hasan shahih.” (Takhrîj Misykâtul Mashâbih, no.1607)