Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - TANDA KEKUASAAN ALLAH SWT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - TANDA KEKUASAAN ALLAH SWT. Papar semua catatan

Selasa, 11 Februari 2014

O 127 : AL QURAN DAN SAINS MODEN - DR. ZAKIR NAIK

Dr. Mohd. Yusof Nor (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Dr. Zakir Naik yang turut disaksikan oleh Bukhari Che Muda.
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121010/ba_04/Dr.-Zakir-Naik-di-TV-AlHijrah#ixzz2J4SASmqv
© Utusan Melayu (M) Bhd
TERJEMAHAN BUKU
AL QURAN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik

KESIMPULAN

Untuk menganggap bahawa kewujudan fakta-fakta saintifik dalam al Quran merupakan  satu kebetulan adalah tidak dapat diterima akal dan bercanggah dengan pendekatan saintifik sebenar. Al Quran mengajak semua manusia untuk merenung penciptaan alam semesta ini dalah ayat yang berikut:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi  dan pergantian malam dan siang (ada) tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mempunyai akal.” 
(Ali  ‘Imraan : 190 )

Bukti-bukti saintifik di dalam al Quran membuktikan dengan jelas bahawa ianya dari Ilahi. Tiada seorang manusiapun yang dapat mengarang sebuah kitab, 1,400 tahun yang lalu, yang mengandungi  fakta-fakta saintifik yang terperinci, yang mana hanya dapat ditemui oleh manusia beberapa abad selepas itu.

Walau bagaimanapun al Quran bukan sebuah kitab sains, tetapi ianya adalah sebuah kitab ‘Petunjuk.’ Petunjuk-petunjuk ini mengajak manusia supaya sedar tujuan kewujudannya di atas muka bumi ini, dan hidup penuh harmoni dengan alam ini. Al Quran sebenarnya wahyu dari Allah, Maha Pencipta dan Maha Pemelihara alam semesta ini. Ia mengandungi mesej MengEsakan Allah, yang telah diseru oleh semua Nabi dan Rasul, bermula dari Nabi Adam A.S, Musa A.S, Isa A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.

Beberapa karya panjang yang terperinci telah dikarang mengenai al Quran dan sains moden dan penyelidikan selanjutnya dalam bidang ini sedang berjalan. In Sya Allah penyelidikan ini akan membantu manusia untuk mendekati ayat-ayat Allah yang Maha Berkuasa. Buku ini hanya mengandungi beberapa fakta saintifik yang terkandung di dalam al Quran. Tidaklah adil bagi saya untuk menyatakan bahawa saya telah mencakupi keseluruhan perkara tersebut.
Prof. Tejasen memeluk Islam hanya dengan kekuatan satu petunjuk saintifik sahaja yang dinyatakan dalam al Quran. Ada orang yang mungkin memerlukan sepuluh petunjuk, manakala yang lain memerlukan ratusan petunjuk untuk meyakini bahawa al Quran sebenarnya  ayat-ayat Allah. Ada orang yang tidak dapat menerima kebenaranNya walaupun diberikan beribu petunjuk. Al Quran mencela orang-orang yang tertutup pemikirannya ini dalam ayat berikut:

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ

“Mereka tuli, bisu ( dan) buta, maka mereka tidak dapat kembali (keluar dari kesesatan).” 
( Al-Baqarah : 18 )

Al Quran mengandungi peraturan hidup yang sempurna bagi individu dan masyarakat. Alhamdulillah, cara hidup yang ditunjukkan oleh al Quran jauh lebih unggul daripada ‘ism-ism‘ (anutan-anutan) yang direka oleh manusia moden disebabkan kejahilannya. Siapa yang boleh memberikan petunjuk yang benar kepada manusia selain dari Maha Pencipta manusia itu sendiri?
Saya berdoa agar usaha yang sedikit ini akan diterima Allah, dan padaNya saya mengharapkan rahmat dan petunjuk (Aamiin).

Nota:  Saya mohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, segala kesilapan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahu’alam – Abu Aiman)

Rujukan:


http://assabiel.com/?cat=431




Selasa, 24 Disember 2013

O 21 : KEAJAIBAN HUJAN

Surah Ar-Ruum – سورة الروم


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya."
  
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing)."
  
"Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya."
(Surah 30,  AR RUUM : ayat 26)




Sabtu, 29 September 2012

I 68 : ALLAH SWT SEBAIK-BAIK PENGATUR

ALLAH SWT SEBAIK-BAIK PENGATUR

Kita selalu ucap ahhh kecewanya... tapi kita perlu ingat.. bila sebut kecewa, kita kecewa pada siapa?  Siapa yang aturkan semua itu... Bukan manusia berkehendakkan begitu untuk mengecewakan kita.. tapi itulah aturan hidup di dunia... Allah sebaik-baik PENGATUR... Berharap pada Yang SATU..




Ahad, 12 Ogos 2012

G 15 Proses pembentukan hujan dalam Al-Quran

Kita harus ingat bahawa para ahli meteorologi hanya baru-baru ini saja mengetahui proses pembentukan awan hujan ini secara terperinci, beserta bentuk dan fungsinya, dengan menggunakan peralatan mutakhir seperti pesawat terbang, satelit, komputer, dan sebagainya. Sungguh jelas bahawa Allah swt telah memberitahu kita suatu informasi yang tak mungkin dapat diketahui 1400 tahun yang lalu.

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Proses terbentuknya hujan masih merupakan misteri besar bagi orang-orang dalam waktu yang lama. Baru setelah radar cuaca ditemukan, boleh didapati tahap-tahap pembentukan hujan. Pembentukan hujan berlangsung dalam tiga tahap. Pertama, “bahan baku” hujan naik ke udara, lalu awan terbentuk. Akhirnya, curahan hujan terlihat.

Tahap-tahap ini ditetapkan dengan jelas dalam Al-Quran berabad-abad yang lalu, yang memberikan informasi yang tepat mengenai pembentukan hujan:

“Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira”
(Al Quran, 30:48)

Gambar di atas memperlihatkan butiran-butiran air yang lepas ke udara. Ini adalah tahap pertama dalam proses pembentukan hujan. Setelah itu, butiran-butiran air dalam awan yang baru saja terbentuk akan melayang di udara untuk kemudian menebal, menjadi penuh, dan turun sebagai hujan. Seluruh tahapan ini disebutkan dalam Al Quran.
Kini, mari kita amati tiga tahap yang disebutkan dalam ayat ini.

TAHAP KE-1: “Dialah Allah Yang mengirimkan angin…”

Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air tersembur menuju langit. Partikel-partikel ini, yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di atmosfera. Partikel-partikel ini, yang disebut aerosol, membentuk awan dengan mengumpulkan wap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut “perangkap air”.

TAHAP KE-2: “…lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah  pembentangkan nya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”

Awan-awan terbentuk dari wap air yang mengembun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Kerana air hujan dalam hal ini sangat kecil (dengan diameter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

TAHAP KE-3: “…lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya…”
Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel- partikel debu itu mengental dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.
Semua tahap pembentukan hujan telah diceritakan dalam ayat-ayat Al-Quran. Selain itu, tahap-tahap ini dijelaskan dengan urutan yang benar. Sebagaimana fenomena-fenomena alam lain di bumi, lagi-lagi Al-Quranlah yang menyediakan penjelasan yang paling benar mengenai fenomena ini dan juga telah mengumumkan fakta-fakta ini kepada orang-orang pada ribuan tahun sebelum ditemukan oleh ilmu pengetahuan.

Dalam sebuah ayat, informasi tentang proses pembentukan hujan dijelaskan:

“Tidaklah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) salji dari langit, (iaitu) dari (gumpalan- gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) salji itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.”
(Alqur’an Surat An-nur/24:43)

Para ilmuwan yang mempelajari jenis-jenis awan mendapatkan temuan yang mengejutkan berkenaan dengan proses pembentukan awan hujan. Terbentuknya awan hujan yang mengambil bentuk tertentu, terjadi melalui sistem dan tahapan tertentu pula. Tahap-tahap pembentukan kumulonimbus, sejenis awan hujan, adalah sebagai berikut:

TAHAP – 1, Pergerakan awan oleh angin: Awan-awan dibawa, dengan kata lain, ditiup oleh angin.

TAHAP – 2, Pembentukan awan yang lebih besar: Kemudian awan-awan kecil (awan kumulus) yang digerakkan angin, saling bergabung dan membentuk awan yang lebih besar.

TAHAP – 3, Pembentukan awan yang bertumpang tindih: Ketika awan-awan kecil saling bertemu dan bergabung membentuk awan yang lebih besar, gerakan udara vertikal ke atas terjadi di dalamnya meningkat. Gerakan udara vertikel ini lebih kuat di bahagian tengah dibandingkan di bagian tepinya.

Gerakan udara ini menyebabkan gumpalan awan tumbuh membesar secara vertikal, sehingga menyebabkan awan saling bertindih-tindih. Membesarnya awan secara vertikal ini menyebabkan gumpalan besar awan tersebut mencapai wilayah-wilayah atmosfera yang bersuhu lebih dingin, di mana butiran-butiran air dan salji mulai terbentuk dan tumbuh semakin membesar.
Ketika butiran air dan salji ini telah menjadi berat sehingga tak lagi mampu ditopang oleh hembusan angin vertikal, mereka mulai lepas dari awan dan jatuh ke bawah sebagai hujan air, hujan salji, dan sebagainya. (Anthes, Richard A.; John J. Cahir; Alistair B. Fraser; and Hans A. Panofsky, 1981, The Atmosphere, s. 269; Millers, Albert; and Jack C. Thompson, 1975, Elements of Meteorology, s. 141-142)

Sekali lagi… Kita harus ingat bahawa para ahli meteorologi hanya baru-baru ini saja mengetahui proses pembentukan awan hujan ini secara terperinci, beserta bentuk dan fungsinya, dengan menggunakan peralatan mutakhir seperti pesawat terbang, satelit, komputer, dan sebagainya. Sungguh jelas bahawa Allah swt telah memberitahu kita suatu informasi yang tak mungkin dapat diketahui 1400 tahun yang lalu.

Penemuan ini baru didapatkan setelah adanya tekhnologi yang mutakhir di abad 20. Inilah salah satu bukti bahawa Al Quran ialah mukjizat terbesar & SEPANJANG MASA, kerana ayat-ayatnya baru dapat dibuktikan oleh ilmu & tekhnologi terakhir. Bahkan masih banyak lagi ayat-ayat yang belum dapat dibuktikan oleh ilmu & tekhnologi. Bukti kuat bahawa Al Quran bukan buatan Rasulullah Muhammad SAW tapi berasal dari ALLAH swt, Tuhan Langit & Bumi yang Maha Mengetahui ciptaan-NYA.

Jika Al-Quranul Kariim bukan berasal dari Allah swt, tentu ayat ini kemungkinan besar berbeza bunyinya & salah besar, tapi Alhamdulillah… Al Quran TERBUKTI BENAR.
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran?  Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah swt, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. Qs.4 Nisaa’:82

Mukjizat Al Quran mencakup dari yang sangat sederhana, sampai yang penuh dengan kerumitan dari segala bidang: matematik, astronomi, biologi, geografi, sastera, oceanografi dan segalanya. Kerana  Al Quran diturunkan kepada semua manusia sepanjang zaman. Bahasanya mencakup dari yang sangat sederhana, sampai pada tingkat tertinggi dari ilmu bahasa & kesusasteraan yang baik.
Dengan demikian pesan yang dibawa boleh dicapai oleh setiap orang tanpa melihat tingkat pendidikannya. Sama halnya dengan mukjizat Al Quran, fenonema yang sungguh teramat sangat luar biasa ini dapat dibagi menjadi 2, iaitu: BUKTI SEDERHANA dan BUKTI RUMIT

Bagi orang awam saja, keindahan bahasa & hikmah serta nasihat jiwa di dalamnya sudah mampu membuktikan kemuliaan Al Quran bagi orang yang mahu jujur menggunakan hati kecilnya. Diceritakan dalam sebuah kisah jika Abu Jahal pun menangis mendengar Rasulullah Muhammad SAW membaca Al Quran, namun sayang, Abu Jahal tidak mau mengakui Mukjizat Al Quran yang diturunkan pada Rasulullah Muhammad SAW. Semoga ini menjadi renungan bagi semua terutama bagi mereka yang murtad hanya kerana dunia.

25 Juta Muslim menjadi Murtad (Kafir) antara tahun 1950-2004 berdasar 3 sumber rasmi: Pemerintah Demokrasi, Pihak Islam & Pihak Kristian dengan sedikit perbezaan jumlah…
Ini baru yang tercatat, bagaimana dengan yang tidak tercatat?
Berapa jumlah murtadin antara 2005-2010?
Berapa jumlah murtadin sebelum tahun 1950?
Berapa jumlah murtadin di negara lain? Afrika, Indonesia, Malaysia, lainnya?
Belum termasuk yang terpengaruh Liberal berkata semua agama sama?
Berapa jumlah Islam yg setengah hati terpengaruh media massa?
Berapa jumlah muslim yang tak yakin dengan Islam?
Berapa Jumlah “Islam Keturunan” atau islam KTP?
Sampai bila kita harus toleransi?
Hak kita untuk membela diri & keturunan kita!

Hidupkan KEWAJIBAN dakwah setiap individu muslim…
Sampaikan dengan hikmah & cara yang baik….
Tidak benar semua agama sama, hanya 1 agama benar!

Allah swt berfirman :

“Siapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak diterima dari-nya, & dia di akhirat termasuk orang-orang rugi”.
(QS.3 Ali ‘Imran/3:85).

Tidak sempurna iman seorang muslim sampai dia menyayangi muslim lain seperti dirinya sendiri. Dan salah satu wujud sayang itu ialah amar ma’ruf nahi munkar.
Kemungkaran yang merajalela saat ini ialah “Semua Agama Sama”. Mari kita buktikan semua agama tidak sama, hanya ISLAM saja satu-satunya agama yang TERBUKTI benar!

Subhanallah…1 lagi bukti…
Dari ilmiah…. Islam TERBUKTI Benar…
Dari nalar…. Islam TERBUKTI Benar…
Dari Sejarah…. Islam TERBUKTI Benar…
bahkan Dari Kitab agama lainpun…. Islam TERBUKTI Benar…

SUMBER: http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=info


Rabu, 8 Ogos 2012

F 143 Allah SWT mencipta kanak-kanak penuh dengan sifat Ehsan

Lihatlah wajah kanak-kanak Afghanistan ini, wajah mereka penuh dengan rahmat dari Allah SWT.

Rumah mereka telah hancur dibom oleh tentera amerika, mereka tetap mendiami di tapak rumah mereka, walau rumah mereka sudah tiada. Memang benar di antara maksud Sabda Junjungan, bumi ini tidak akan Kiamat selagi masih ada bayi yang beriman kepada Allah SWT. Betapa sucinya wajah mereka, walaupun pada hakikatnya.. kehidupan mereka dalam serba kedhaifan.  Subhanallah.

Ambillah kesempatan ini untuk menadah tangan memohon pada Allah SWT, agar mereka dikurniakan secebis nikmat berserta keimanan yang kuat dalam meniti liku-liku kehidupan mereka yang masih jauh. Semoga Allah SWT memelihara mereka dengan sebaik-baik peliharaan.



F 125 TIGA SEBAB MENYEBABKAN SEGALA PINTU LANGIT TERBUKA

1-Ketika barisan tentera Islam menghadapi barisan musuh yang kufur kepada Allah SWT di medan perang.

2-Ketika Allah SWT menurunkan hujan.

3-Ketika Iqamat dikumandangkan untuk solat lima waktu.

Rujukan:


Berdialog Dengan Allah SWT, m/s: 21.


Jumaat, 27 Julai 2012

D 19 LIMA KUNCI ALAM GHAIB DI SISI ALLAH SWT

34. Sesungguhnya ALLAH, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok[1187]. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
[1187]. Maksudnya: manusia itu tidak dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya besok atau yang akan diperolehnya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha.

5 Kunci Alam Ghaib yang tidak ada yang mengetahui melainkan ALLAH SWT

1-Kamu tidak mengetahui apa yang akan berlaku esok hari.

2-Kamu tidak mengetahui apa yang berlaku semasa dalam kegelapan perut ibumu.

3-Kamu tidak mengetahui bilakah hujan akan turun.

4-Kamu tidak mengetahui bilakah kamu akan mati.

5-Kamu tidak akan mengetahui bilakah akan berlakunya Kiamat.

Semuanya terserah kepada ALLAH SWT yang Maha Mengetahui.



D 2 LIMA Kunci Ghaib Di Sisi Allah SWT

Nabi SAW bersabda, “5 Kunci-kunci ghaib yang  tidak ada yang mengetahuinya selain Allah SWT:

1. Tidak ada yg mengetahui apa yang ada dalam rahim, kecuali Allah SWT.

2. Tidak ada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, kecuali Allah SWT.

3. Tidak seorangpun tahu bila hujan akan turun, kecuali Allah SWT.

4. Tidak ada yang mengetahui di mana ia akan mati, kecuali Allah SWT.

5. dan tidak ada yang tahu bila kiamat akan terjadi, selain Allah SWT . 

(HR Bukhari)


Isnin, 16 Julai 2012

B 49 ALLAH MENGATUR SEGALA URUSAN


TENANGKAN HATIMU DARI URUSAN TADBIR KERANA APA YANG DIATUR OLEH SELAIN-MU TENTANG URUSAN DIRIMU, TIDAK PERLU ENGKAU CAMPUR TANGAN.


Kita bertauhid melalui dua cara:
pertama bertauhid dengan akal dan
keduanya bertauhid dengan hati.

Bidang akal ialah ilmu dan liputan ilmu sangat luas, bermula dari pokok kepada dahan-dahan dan seterusnya kepada ranting-ranting. Setiap ranting ada hujungnya, iaitu penyelesaiannya. Ilmu bersepakat pada perkara pokok, bertolak ansur pada cabangnya dan berselisih pada rantingnya atau penyelesaiannya. Jawapan kepada sesuatu masalah selalunya berubah-ubah menurut pendapat baharu yang ditemui. Apa yang dianggap benar pada mulanya dipersalahkan pada akhirnya.
Oleh sebab sifat ilmu yang demikian orang awam yang berlarutan membahas tentang sesuatu perkara boleh mengalami kekeliruan dan kekacauan fikiran. Salah satu perkara yang mudah mengganggu fikiran ialah soal takdir atau Qadak dan Qadar. Jika persoalan ini diperbahaskan hingga kepada yang halus-halus seseorang akan menemui kebuntuan kerana ilmu tidak mampu mengadakan jawapan yang konkrit. Qadak dan Qadar diimani dengan hati. Tugas ilmu ialah membuktikan kebenaran apa yang diimani. Jika ilmu bertindak menggoyangkan keimanan maka ilmu itu harus disekat dan hati dibawa kepada tunduk dengan iman. Kalam Hikmat keempat di atas membimbing ke arah itu agar iman tidak dicampur dengan keraguan.
Selama nafsu dan akal menjadi hijab, beriman kepada perkara ghaib dan menyerah diri secara  menyeluruh tidak akan dicapai. Qadak dan Qadar termasuk dalam perkara ghaib.
Perkara ghaib disaksikan dengan mata hati atau basirah. Mata hati tidak dapat memandang jika hati dibungkus oleh hijab nafsu. Nafsu adalah kegelapan, bukan kegelapan yang zahir tetapi kegelapan dalam keghaiban.
Kegelapan nafsu itu menghijab sedangkan mata hati memerlukan cahaya ghaib untuk melihat perkara ghaib. Cahaya ghaib yang menerangi alam ghaib adalah cahaya roh kerana roh adalah urusan Allah s.w.t. Cahaya atau nur hanya bersinar apabila sesuatu itu ada perkaitan dengan Allah s.w.t.
Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi. 
( Ayat 35 : Surah an-Nur )

Dialah Yang Maha Tinggi darjat kebesaran-Nya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaan-Nya); Ia memberikan wahyu darihal perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya  (yang telah dipilih menjadi Rasul-Nya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan. 
( Ayat 15 : Surah al-Mu’min )

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu); apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus, – Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai yang ada di langit dan yang ada di bumi. Kepada Allah jualah kembali segala urusan. 
( Ayat 52 & 53 : Surah asy-Syura )

Apabila cahaya roh berjaya menghalau kegelapan nafsu, mata hati akan menyaksikan yang ghaib. Penyaksian mata hati membawa hati beriman kepada perkara ghaib dengan sebenar-benarnya.
Allah s.w.t telah menghamparkan jalan yang lurus kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Dia berfirman:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. 
( Ayat 3 : Surah al-Maa’idah )
 
Umat Islam adalah umat yang paling bertuah kerana Allah s.w.t telah menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka dengan mengurniakan Islam. Allah s.w.t menjamin juga  bahawa Dia reda menerima Islam sebagai agama mereka. Jaminan Allah s.w.t itu sudah cukup bagi mereka yang menuntut keredaan Allah s.w.t untuk tidak menoleh ke kiri atau ke kanan, sebaliknya terus berjalan mengikut landasan yang telah dibina oleh Islam.
Islam adalah perlembagaan yang lengkap mencakupi semua aspek kehidupan baik yang zahir mahupun yang batin. Islam telah menjelaskan apa yang mesti dibuat, apa yang mesti tidak dibuat, bagaimana mahu bertindak menghadapi sesuatu dan bagaimana jika tidak mahu melakukan apa-apa. Segala peraturan dan kod etika sudah dijelaskan dari perkara yang paling kecil hingga kepada yang paling besar. Sudah dijelaskan cara beribadat, cara berhubungan sesama manusia, cara membahagikan harta pusaka, cara mencari dan membelanjakan harta, cara makan, cara minum, cara berjalan, cara mandi, cara memasuki jamban, cara hukum qisas cara melakukan hubungan kelamin, cara menyempurnakan mayat dan semua aspek kehidupan diterangkan dengan jelas.
Umat Islam tidak perlu bertengkar tentang penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Segala penyelesaian telah dibentangkan, hanya tegakkan iman dan rujuk kepada Islam itu sendiri nescaya segala pertanyaan akan terjawab. Begitulah besarnya nikmat yang dikurniakan kepada umat Islam. Kita perlulah menjiwai Islam untuk merasai nikmat yang dikurniakan itu.  Kewajipan kita ialah melakukan apa yang telah Allah s.w.t aturkan sementara hak mengatur atau mentadbir adalah hak Allah s.w.t yang mutlak. Jika terdapat peraturan Allah s.w.t yang tidak dipersetujui oleh nafsu kita, jangan pula melentur peraturan tersebut atau membuat peraturan baharu, sebaliknya nafsu hendaklah ditekan supaya tunduk kepada peraturan Allah s.w.t.
Jika pendapat akal sesuai dengan Islam maka yakinilah akan kebenaran pendapat tersebut dan jika penemuan akal bercanggah dengan Islam maka akuilah bahawa akal telah tersilap di dalam perkiraannya. Jangan memaksa Islam supaya tunduk kepada akal semasa yang akan berubah pada masa yang lain, tetapi tundukkan akal kepada apa yang Tuhan kata yang kebenarannya tidak akan berubah sampai bila-bila.
Orang yang mengamalkan tuntutan Islam disertai dengan beriman kepada Qadak dan  Qadar, jiwanya akan sentiasa tenang dan damai. Putaran roda kehidupan tidak membolak-balikkan hatinya kerana dia melihat apa yang berlaku adalah menurut apa yang mesti berlaku. Dia pula mengamalkan kod yang terbaik dan dijamin oleh Allah s.w.t. Hatinya tunduk kepada hakikat bahawa Allah s.w.t yang mentadbir sementara sekalian hamba berkewajipan taat kepada-Nya, tidak perlu masuk campur dalam urusan-Nya.
Mungkin timbul pertanyaan apakah orang Islam tidak boleh menggunakan akal fikiran, tidak boleh mentadbir kehidupannya dan tidak boleh berusaha membaiki kehidupannya? Apakah orang Islam mesti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa tadbir?
Allah s.w.t menceritakan tentang tadbir orang yang beriman:
Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka, sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin), kemudian ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya  yang lebih mengetahui. 
(Ayat 76 : Surah Yusuf )

Dan kepunyaan-Nya jualah kapal-kapal  yang berlayar di lautan laksana gunung-ganang. 
(Ayat 24 : Surah ar-Rahmaan )

Nabi Yusuf a.s, dengan kepandaiannya, mengadakan muslihat untuk membawa saudaranya, Bunyamin, tinggal dengannya. Kepandaian dan muslihat yang pada zahirnya diatur oleh Nabi Yusuf a.s tetapi dengan tegas Allah s.w.t mengatakan Dia yang mengatur muslihat tersebut dengan kehendak dan kebijaksanaan-Nya. Kapal yang pada zahirnya dibina oleh manusia  tetapi dengan tegas Allah s.w.t mengatakan kapal itu adalah kepunyaan-Nya. Ayat-ayat di atas memberi pengajaran mengenai tadbir yang dilakukan oleh manusia.
Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan agar pengikut-pengikut baginda s.a.w mentadbir kehidupan mereka. Tadbir yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang tidak memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t, tidak berganjak dari tawakal dan penyerahan kepada Tuhan yang mengatur pentadbiran dan perlaksanaan. Janganlah seseorang menyangka apabila dia menggunakan otaknya untuk berfikir maka otak itu berfungsi dengan sendiri tanpa tadbir Ilahi. Dari mana datangnya ilham yang diperolehi oleh otak itu jika tidak dari Tuhan?  Allah s.w.t yang membuat otak, membuatnya berfungsi dan Dia juga yang mendatangkan buah fikiran kepada otak itu. Tadbir yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah tadbir yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunah. Islam hendaklah dijadikan penapis untuk mengasingkan pendapat  dan tindakan yang benar dari yang salah. Islam menegaskan bahawa sekiranya tidak kerana daya dan upaya dari Allah s.w.t, pasti tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh sesiapapun.
Oleh yang demikian seseorang mestilah menggunakan daya dan upaya yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya menurut keredaan Allah s.w.t. Seseorang hamba Allah s.w.t tidak sepatutnya melepaskan diri dari penyerahan kepada Allah Yang Maha Mengatur. Apabila apa yang diaturkannya berjaya menjadi kenyataan maka dia akui bahawa kejayaan itu adalah kerana persesuaian aturannya dengan aturan Allah s.w.t. Jika apa yang diaturkannya tidak menjadi, diakuinya bahawa aturannya wajib tunduk kepada aturan Allah s.w.t dan tidak menjadi itu juga termasuk di dalam tadbir Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang berhak untuk menentukan. Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri, tidak ada sesiapa yang mampu campur tangan dalam urusan-Nya.

Jumaat, 13 Julai 2012

B 15 : ALLAH BERKUASA MENJADIKAN SESUATU

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria a.s.

Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab: “Dari Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira”. Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan”. Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”. Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”. Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya”. Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”. Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”. (ali-‘Imran: 37-41) <
Sheikh Sya’rawi berkata: “Selepas kita mengetahui penerimaan yang baik dan penumbuhan maka diceritakan di sini bagaimana ia dipelihara oleh Nabi Zakaria a.s”./div>

Iktibar dan fiqh ayat ke-37:

i. al-Maraghi berkata: “Allah SWT memelihara dan menumbuhkan sehingga keadaannya menjadi baik, sebagaimana Dia memelihara tumbuh-tumbuhan di atas tanah yang baik sesudah tanah itu disediakan untuk dialiri dan dibersihkan daripada tumbuh-tumbuhan perosak.

“Pendidikan ini meliputi pendidikan rohani dan jasmani, jasadnya membesar sehingga badan dan kekuatannya menjadi lebih baik. Sedangkan rohaninya pula berkembang dengan memiliki fikiran yang benar, jiwa yang baik dan mempunyai harga diri”.
ii. Mohamad Quraish Shihab berkata: “Hubungan yang rapat dan akrab antara Maryam dan Allah SWT menunjukkan ada rahsia yang tidak perlu diketahui oleh orang. Ini difahami dari jawapan Maryam yang hanya menjelaskan sumber rezeki itu, yakni Allah SWT dan tidak menjelaskan bagaimana beliau memperolehnya”.
iii. Hamka berkata: “Dua kata penting untuk kita jadikan dasar dalam pendidikan anak-anak dalam ayat ini ialah:

A) Keturunan ayah bondanya yang soleh.

B) Kedua: Perhatian kepada yang mengasuh dan mendidik. Mestilah pendidik yang baik kerana ia akan mewarisi setiap kebaikan yang telah disematkan sejak dari kecil lagi. Andainya pendidik itu kurang baik, maka pertumbuhan anak itu akan disemai dengan perlakuan yang tidak menyenangkan.

Iktibar dan fiqh ayat ke-38:

i. Al-Maraghi berkata: “Nabi Zakaria a.s berbicara dengan Maryam seperti yang tersebut di atas. Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya seperti ini.
“Selepas baginda melihat keadaan Maryam yang baik dan luas pengetahuannya tentang Allah SWT, baginda berharap akan mempunyai anak lelaki yang soleh sepertinya, yang merupakan pemberian dan kurnia dari sisi Allah SWT. Apabila melihat anak-anak yang baik, seseorang akan merindui mereka dan menjadi buah harapan agar mempunyai anak seperti mereka”.

ii. Hamka berkata: “Melihat Maryam yang membesar dengan sempurna maka dia pun ingin diberi keturunan yang baik pula serupa itu. Demikianlah selalu doanya ketika mengasuh Maryam begitu juga di dalam solat. Sesungguhnya solat itu doa dan doa itu solat”.

Iktibar dan fiqh ayat ke-39:

i. Ibn Jauzi berkata: “Maksud malaikat dengan dua pendapat:
A) Jibril a.s sahaja. Inilah pendapat al-Suddi.
B) Kumpulan malaikat. Inilah pendapat Ibn Jarir.

ii. Al-Maraghi berkata: “Malaikat menyampaikan khabar gembira ini kepada Nabi Zakaria a.s. Yahya yang dimaksudkan ialah bakal puteranya, sebagaimana tersebut dalam surah Maryam ayat 7. Perkataan Yahya ini adalah terjemahan daripada kata Yuhanas. Dalam Kitab Injil Matius disebut: “Dia ini dipanggil dengan nama Yuhanas Ma’madani” dan diberi gelar Ma’madani, kerana menjadi tumpuan orang ramai semasa kehidupannya. Perkataan ‘Yahya’ dalam bahasa Arab berasal dari perkataan hayat, yang bererti hidup. Jadi, kata ini memberikan kesan bahawa Yahya akan hidup dengan baik mewarisi keutamaan dan kenabian yang telah dimiliki oleh bapa (Zakaria AS) dan keluarga Ya’qub a.s.

iii. Hamka berkata: “Ketika Nabi Zakaria sedang sembahyang dengan penuh khusyuk di mihrab itu datanglah malaikat dan berkata: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggembirakan kau dengan Yahya”. Ertinya Tuhan telah mengkabulkan permintaan engkau dengan mengurniakan seorang putera diberi nama Yahya.

Iktibar dan fiqh ayat ke-40:

i. Al-Maraghi berkata: “Allah SWT menjawab melalui perantaraan malaikat-Nya, Begitulah Allah SWT tetap melakukan apa yang dikehendaki-Nya”. Jika Dia menghendaki sesuatu, Dia akan menciptakan sebab yang biasa atau menciptakan sebab yang tidak biasa dikenal.

“Hal itu kerana tidak ada sesuatu yang dapat menghalang kehendak-Nya. Jadi, serahkan sahaja segala urusan kepada Allah SWT dan jangan ditanya caranya kerana engkau tidak akan sanggup mengetahui caranya”.

ii. Hamka berkata: “Di sini kita sebutkan salah satu penafsiran makna Kalimah iaitu bahawa kelahiran Nabi Isa a.s tidak dengan perantaraan bapa, melainkan semata-mata dari kehendak Allah SWT. Akan diakui kebenarannya oleh Yahya.

“Ini sesuai dengan kepercayaan orang Kristian bahawa kedatangan Yahya mendahului Isa a.s ialah melapangkan jalan bagi kedatangan Isa al-Masih. Abu Ubaidah, ahli tafsir yang terkenal menafsirkan kalimah yang diakui oleh Yahya itu ialah kitab dan wahyu”.

Iktibar dan fiqh ayat ke-41:

i. Al-Maraghi berkata: “Perbanyakkan mengingati Allah SWT pada hari kelapangan bagi menyatakan kesyukuran kepada-Nya dan bertasbihlah pada waktu pagi mahupun petang”.

ii. Mohamad Quraish Shihab berkata: “Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tandanya bagimu, adalah engkau tidak dapat berbicara dengan manusia dalam persoalan duniawi, atau tidak dapat berbicara sama sekali selama tiga hari kecuali berbicara dengan isyarat yakni tanpa suara dan supaya lebih jelas tanda itu. Allah SWT tidak menjadikan lidahmu bisu atau menghilangkan suaramu sama sekali.

“Engkau tetap dapat bersuara bila yang engkau ucapkan adalah pujian kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, bersyukurlah dan sebutlah nama Tuhanmu sebanyak mungkin dan bertasbihlah dengan menyucikan Tuhan-Mu dari segala kekurangan di waktu pagi dan petang”.

Berdasarkan ayat-ayat di atas jelas menunjukkan betapa berkuasa Allah SWT dalam melakukan apa sahaja. Menjadi tuntutan kepada kita untuk berdoa, solat dan berzikir kepada-Nya.
Inilah sifat para Nabi seperti nabi Allah Zakaria yang berteleku di tengah malam di mihrab dan munajat, merintih berdoa serta berzikir di mana akhirnya doa yang sekian lamanya dimakbulkan Allah SWT dengan kurniaan anak yang dinamakan dengan Yahya a.s. Semoga Allah SWT menjadikan kita mengikut sifat golongan solihin. Amin.



Nukilan Guruku