Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AL QURAN TAFSIRAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AL QURAN TAFSIRAN. Papar semua catatan

Isnin, 7 Oktober 2013

L 132 ; Surah 114 : AN-NAAS (MANUSIA)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Surah 114 : AN-NAAS (MANUSIA)

Surah ini terdiri atas 6 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Falaq. Nama An Naas diambil dari An Naas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang ertinya manusia.

Pokok-pokok isinya:

Perintah kepada manusia agar berlindung kepada 
ALLAH SWT dari segala macam kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia dari jin dan manusia.

ALLAH PELINDUNG MANUSIA DARI KEJAHATAN BISIKAN SYAITAN DAN MANUSIA.

1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.

2. Raja manusia.

3. Sembahan manusia.

4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,

5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,

6. dari (golongan) jin dan manusia.

 

Al Quran dimulai dengan surah Al Faatihah yang di antara isinya ialah agar manusia memohon hidayat ke jalan yang lurus dan memohon pertolongan dari ALLAH SWT dan diakhiri dengan surah An Naas yang menganjurkan agar manusia memohon perlindungan kepada ALLAH SWT dari segala kejahatan.



L 131 ; Surah 113 : AL-FALAQ (WAKTU SUBUH)



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Fiil. Nama Al Falaq diambil dari kata Al Falaq yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang ertinya waktu subuh. Diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tirmizi dan An Nasa-i dari 'Uqbah bin 'Aamir bahawa RASULULLAH SAW bersolat dengan membaca surah Al Falaq dan surah An Naas dalam perjalanan.

Pokok-pokok isinya:

Perintah agar kita berlindung kepada ALLAH SWT dari segala macam kejahatan.

ALLAH SWT PELINDUNG DARI SEGALA KEJAHATAN.

1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa RASULULLAH SAW pernah sakit yang agak parah, sehingga datanglah kepadanya dua malaikat, yang satu duduk di sebelah kepalanya dan yang satu lagi duduk di sebelah kakinya. Berkatalah malaikat yang berada di sebelah kakinya kepada malaikat yang berada di sebelah kepalanya: "Apa yang engkau lihat?" Ia berkata: "Dia kena guna-guna." "Apa guna-guna itu?" "Guna-guna itu sihir." "Siapa yang membuat sihirnya?" Ia menjawab: "Labid bin al-A’syam Alyahudi yang sihirnya berupa gulungan yang disimpan di sumur keluarga Si Anu di bawah sebuah batu besar. Datanglah ke sumur itu, timbalah airnya dan angkat batunya kemudian ambillah gulungannya dan bakarlah." Pada pagi hari RASULULLAH SAW Mengutus Ammar bin Yasir dengan kawan-kawannya. Setibanya di sumur itu nampaklah airnya yang merah seperti pacar. Air itu ditimbanya dan diangkat batunya serta dikeluarkan gulungan itu ada tali yang terdiri atas sebelas simpul. Kedua surah ini (S.113 dan 114) turun berkenaan dengan peristiwa itu. Setiap kali RASULULLAH SAW mengucapkan satu ayat terbukalah simpulnya.
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab Halaílun Nubuwah dari al-Kalbi dari Abi Shalih yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Keterangan:
Dalam kitab Bukhari terdapat syahid (penguat hadits) yang ceritanya seperti itu, tapi tidak menyebutkan sebab turunnya dua surah itu. Dalam riwayat lain ada syahid yang ceritanya seperti itu dan menyebutkan sebab turunnya kedua surah itu.

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Yahudi membuatkan makanan bagi RASULULLAH SAW Setelah makan makanan itu tiba-tiba RASULULLAH SAW sakit keras sehingga sahabat-sahabatnya mengira bahawa penyakit itu timbul dari perbuatan Yahudi itu. Maka turunlah Jibril membawa surah ini (S. 113 dan 114) dan membacakan ta’udz. Seketika itu jugaRASULULLAH SAW keluar menemui sahabat-sahabatnya dalam keadaan sihat wal ‘afiat.
(Diriwayatkan oleh Abu Na’im dalam kitab al-Dalaildari Abu Jafar ar-Razi dari ar-Rabi bin Anas yang bersumber dari Anas bin Malik.)

2. dari kejahatan makhlukNya,

3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,

4. dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul[1609],
[1609]. Biasanya tukang-tukang sihir dalam melakukan sihirnya membuat buhul-buhul dari tali lalu membacakan jampi-jampi dengan menghembus-hembuskan nafasnya ke buhul tersebut.

5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki."

Surah Al Falaq memerintahkan kepada orang-orang yang beriman untuk memohon perlindungan kepada ALLAH SWT dari segala kejahatan.


HUBUNGAN SURAH AL FALAQ DENGAN SURAH AN NAAS


1. Kedua-duanya sama-sama mengajarkan kepada manusia, hanya kepada ALLAH SWT-lah menyerahkan perlindungan diri dari segala kejahatan.

 

2. Surah Al Falaq memerintahkan untuk memohon perlindungan dari segala bentuk kejahatan, sedang surah An Naas memerintahkan untuk memohon perlindungan dari jin dan manusia.




L 130 ; Surah 112 : AL IKHLASH (MEMURNIKAN KEESAAN ALLAH)




Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 4 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah sesudah surah An Naas. Dinamakan Al Ikhlas kerana surah ini sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan ALLAH SWT.

Pokok-pokok isinya:

Penegasan tentang kemurnian keesaan ALLAH SWT dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamaiNya.

ERTI KEESAAN TUHAN.

1. Katakanlah: "Dia-lah ALLAH, Yang Maha Esa.
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat ALLAH SWT kepada RASULULLAH SAW dengan berkata: "Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu." Ayat ini (S. 112:1-4) turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai tuntunan untuk menjawab permintaan kaum musyrikin.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dari Abi Aliyah yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh at-Thabarani dan Ibnu jarir yang bersumber dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahawa surah ini Makkiyah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Yahudi menghadap kepada NABI MUHAMMAD SAW dan di antaranya Ka'bubnul 'asyraf dan Hay bin Akhtab. Mereka berkata: "Hai Muhammad, lukiskan sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu." Ayat ini (S.112:1-4) turun berkenaan dengan peristiwa itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu Abbas. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qatadah dan Ibnu Mundzir yang bersumber dari Sa'id bin Jubair. Dengan riwayat ini Sa'id bin Jubair menegaskan bahawa surat ini Madaniyah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Ahzab(Persekutuan antara kamu Quraisy, Yahudi Madinah, kaum Goththafan dari Thaif dan munafiqin Madinah dan beberapa suku sekeliling Mekah) berkata: "Lukiskan sifat Tuhanmu kepada kami." Maka datanglah Jibril menyampaikan surat ini (S.112:1-4) yang melukiskan sifat-sifat Allah.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abil 'Aliyah yang bersumber dari Qatadah.)

Keterangan:

Menurut as-Suyuthi kata "al-Musyrikin" dalam hadits yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab ialah musyrikin dari kaum Ahzab, sehingga surat ini dapat dipastikan Madaniyah sesuai dengan hadits Ibnu Abbas. Dengan demikian, tidak ada pertentangan antara dua hadits tersebut di atas dan diperkuat pula oleh riwayat Abus Syaikh di dalam kitabul Adhamah dari Aban yang bersumber dari Anas yang meriwayatkan bahawa Yahudi Khaibar menghadap kepada Nabi saw. dan berkata: "Hai Abal Qasim! Allah menjadikan malaikat dari cahaya hijab, Adam dari tanah hitam, Iblis dari api yang menjulang, langit dari asap, dan bumi dari buih air. Cubalah terangkan kepada kami tentang Tuhanmu." RASULULLAH SAW tidak menjawab, sehingga turunlah Jibril membawa wahyu surah ini (S.112:1-4) yang melukiskan sifat ALLAH SWT.

2. ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.

3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Surah Al Ikhlash ini menegaskan kemurnian keesaan ALLAH SWT.

HUBUNGAN SURAH AL IKHLASH DENGAN SURAH AL FALAQ

Surah Al Ikhlash menegaskan kemurnian ALLAH SWT sedang surah Al Falaq memerintahkan agar semata-mata kepadaNya-lah orang memohon perlindungan dari segala macam kejahatan.



L 129 ; Surah 111 : AL LAHAB ( GEJOLAK API ) / Al Masad

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  

Surah ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Fath. Nama Al Lahab diambil dari kata Al Lahab yang terdapat pada ayat ketiga surah ini yang ertinya gejolak api. Surah ini juga dinamakan surah Al Masad.

Pokok-pokok isinya:

Cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasul s.a.w. Keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab, tak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya.

TUKANG FITNAH ITU PASTI CELAKA.

1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa[1607].
[1607]. Yang dimaksud dengan kedua tangan Abu Lahab ialah Abu Lahab sendiri.
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa suatu ketika Rasulullah saw. naik ke Bukit Shafa sambil berseru: "Mari berkumpul pada pagi hari ini!" Maka berkumpullah kaum Quraisy. Rasulullah bersabda: "Bagaimana pendapat kalian, seandainya aku beritahu bahawa musuh akan datang esok pagi atau petang, apakah kalian percaya kepadaku?" Kaum Quraisy menjawab: "Pasti kami percaya." Rasulullah bersabda: "Aku peringatkan kalian bahawa siksa Allah yang dahsyat akan datang." Berkata Abu Lahab: "Celaka engkau! Apakah hanya untuk ini, engkau kumpulkan kami?" Maka turunlah ayat ini (S.111:1-5) berkenaan dengan peristiwa yang melukiskan bahawa kecelakaan itu akan terkena kepada orang yang memfitnah dan menghalang-halangi agama Allah.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lainnya yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa isteri Abu Lahab menyebarkan duri-duri di tempat yang akan dilalui Nabi saw. Ayat ini (S.111:1-4) turun berkenaan dengan peristiwa itu yang melukiskan bahawa orang yang menghalang-halangi dan menyebarkan permusuhan terhadap Islam akan mendapat siksa Allah.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Isra'il dari Abi Ishaq yang bersumber dari orang Hamdan bernama Yazid bin Zaid. Diriwayatkan pula oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari 'Ikrimah.)

2. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.

3. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.

4. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar[1608].
[1608]. Pembawa kayu bakar dalam bahasa Arab adalah kiasan bagi penyebar fitnah. Isteri Abu Lahab disebut pembawa kayu bakar kerana dia selalu menyebar-nyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslim.

5. Yang di lehernya ada tali dari sabut.

Surah Al Lahab menjelaskan kegagalan lawan-lawan Muhammad s.a.w.

HUBUNGAN SURAH AL LAHAB DENGAN SURAH AL IKHLASH


Surah Al Lahab mengisyaratkan bahawa kemusyrikan itu tidak dapat dipertahankan dan tidak akan menang walaupun pendukung-pendukungnya bekerja keras. Surah Al Ikhlash mengemukakan bahawa tauhid dalam Islam adalah tauhid yang semurni-murninya.




Ahad, 6 Oktober 2013

L 128 ; Surah 110 : AN NASHR (PERTOLONGAN)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Surah An Nashr terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyah yang diturunkan di Mekah sesudah surah At Taubah. Dinamai An Nashr (pertolongan) diambil dari perkataan Nashr yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Pokok-pokok isinya:

Janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan mendapat kemenangan; perintah dari Tuhan agar bertasbih memujiNya, dan minta ampun kepadaNya di kala terjadi peristiwa yang menggembirakan.

PERTOLONGAN DAN KEMENANGAN ITU DATANGNYA DARI ALLAH MAKA PUJILAH DIA.

1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Rasulullah saw. masuk kota Mekah pada waktu Fathu Mekah, Khalid bin Walid diperintahkan memasuki Mekah dari jurusan dataran rendah untuk meggempur pasukan Quraisy (yang menyerangnya) serta merampas senjatanya. Setelah memperoleh kemenangan maka berbondong-bondonglah kaum Quraisy masuk Islam. Ayat ini (S.110:1-3) turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk memuji syukur dengan me-Maha Sucikan Allah atas kemenangannya dan meminta ampunan atas segala kesalahan.
Diriwayatkan oleh Abdurrazzaq di dalam kitab al-Mushanaf dari Ma'mar yang bersumber dari az-Zuhri.)

2. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

3. maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

 

Surah ini mengisyaratkan bahawa tugas Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul telah mendekati akhirnya.


HUBUNGAN SURAH AN NASHR DENGAN SURAH AL LAHAB


Surah An Nashr menerangkan tentang kemenangan yang diperoleh Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya, sedang surah Al Lahab menerangkan tentang kebinasaan dan siksaan yang akan diderita oleh Abu Lahab dan isterinya sebagai orang-orang yang menentang Nabi.








L 127 ; Surah 109 : AL KAAFIRUUN (ORANG-ORANG KAFIR).

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Surah Al Kaafiruun terdiri atas 6 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Maa'uun. Dinamai Al Kaafiruun (orang-orang kafir), diambil dari perkataan Al Kaafiruun yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Pokok-pokok isinya:

Pernyataan Tuhan yang disembah Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya bukanlah apa yang disembah oleh orang-orang kafir dan Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir.

TIDAK ADA TOLERANSI DALAM HAL KEIMANAN DAN PERIBADATAN.

1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kaum Quraisy berusaha mempengaruhi Nabi saw. dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Mekah, dan akan dikahwinkan dengan yang beliau kehendaki. Usaha ini disampaikan dengan berkata: "Inilah yang kami sediakan bagimu hai Muhammad, dengan syarat agar engkau jangan memaki-maki tuhan kami dan menburukkannya, atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun." Nabi saw menjawab: "Aku akan menunggu wahyu dari Tuhanku." Ayat ini (S.109:1-6) turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk menolak tawaran kaum kafir. Dan turun pula Surat Az Zumar ayat 64 sebagai perintah untuk menolak ajakan orang-orang bodoh yang menyembah berhala. 
(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dan Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu Abbas.) 

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum kafir Quraisy berkata kepada Nabi saw.: "Sekiranya engkau tidak keberatan mengikuti kami (menyembah berhala) selama setahun, kami akan mengikuti agamamu selama setahun pula." Maka turunlah Surah Al Kafirun (S.109:1-6).
(Diriwayatkan oleh Abdurrazaq yang bersumber dari Wahb dan Ibnul Mundzir yang bersumber dari Juraij.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa al-Walid bin al-Mughirah, al-'Ashi bin Wa-il, al-Aswad bin Muthalib dan Umayyah bin Khalaf bertemu dengan Rasulullah saw dan berkata: "Hai Muhammad! Mari kita bersama menyembah apa yang kami sembah dan kami akan menyembah apa yang engkau sembah dan kita bersekutu dalam segala hal dan engkaulah pemimpin kami." Maka Allah menurunkan ayat ini (S.109:1-6)
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Sa'id bin Mina.)

2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah

4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,

5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."

 

Surah Al Kaafiruun mengisyaratkan tentang habisnya semua harapan orang-orang kafir dalam usaha mereka agar Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan dakwahnya.


HUBUNGAN SURAH AL KAAFIRUUN DENGAN SURAH AN NASHR


Surah Al Kaafiruun menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak akan mengikuti agama orang-orang kafir, sedang dalam surat An Nashr diterangkan bahawa agama yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. akan berkembang dan menang.

claP � e s � m riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:3) turun berkenaan dengan al-'Ashi bin Wa'il yang berkata: "Aku membenci Muhammad." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai penegasan bahawa orang yang membenci Rasulullah akan terputus segala kebaikannya.

(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bersumber dari Mujahid.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika wafat Ibrahim putera Rasulullah saw. orang-orang musyrik berkata satu sama lain: "Orang murtad itu (Muhammad) telah terputus keturunannya tadi malam." Allah menurunkan ayat ini (S.108:1-3) yang membantah ucapan mereka.

(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dengan sanad yang dha'if yang bersumber dari Abi Ayyub.) 


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:2) turun ketika Jibril datang kepada Rasulullah pada peristiwa Hudhaibiah memerintahkan qurban dan solat. Rasulullah segera berdiri khutbah fitri mungkin juga Adha (Rawi meragukan, apakah peristiwa di dalam Hadits itu terjadi pada bulan Ramadan ataukah Dzulqaidah) kemudian solat dua rakaat dan menuju ke tempat qurban lalu memotong qurban.

(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Sa'ad bin Jubair.)


Keterangan: 

Menurut as-Suyuthi riwayat ini sangat gharib. Matan hadits ini meragukan kerana solat Ied didahului khutbah (Peny).


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa 'Uqbah bin Abi Mu'aith berkata: "Tidak seorang anak lelakipun yang hidup bagi Nabi saw. sehingga keturunannya terputus." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai bantahan terhadap ucapan itu. 
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Syamar bin 'Athiyah.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Ibrahim putera Rasulullah saw. wafat, kaum Quraisy berkata: "Sekarang Muhammad menjadi Abtar (putus turunannya)." Hal ini meyebabkan Nabi saw. bersedih hati, maka turunlah ayat ini (S.108:1-3) sebagai penghibur baginya.

(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Juraij.)

 

Surah ini menganjurkan agar orang selalu beribadah kepada Allah dan berkorban sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang telah dilimpahkanNya.


HUBUNGAN SURAH AL KAUTSAR DENGAN SURAH AL KAAFIRUUN


Dalam surah Al Kautsar, Allah swt memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah Al Kaafiruun perintah tersebut ditegaskan lagi.




L 126 ; Surah 108 : AL KAUTSAR (NIKMAT YANG BANYAK).


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


SurahAl Kautsar terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah diturunkan sesudah surah Al 'Aadiyaat. Dinamai Al Kautsar (nikmat yang banyak) diambil dari perkataan Al Kautsar yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Surah ini sebagai penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.

Pokok-pokok isinya:

Allah telah melimpahkan nikmat yang banyak kerana itu bersolat dan berkorbanlah; Nabi Muhammad s.a.w. akan mempunyai pengikut yang yang banyak sampai hari kiamat dan akan mempunyai nama yang baik di dunia dan di akhirat, tidak sebagai yang dituduhkan pembenci-pembencinya.

SOLAT DAN BERKORBAN TANDA BERSYUKUR KEPADA NIKMAT ALLAH.

1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.

2. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah[1605].
[1605]. Yang dimaksud berkorban di sini ialah menyembelih haiwan korban dan mensyukuri nikmat Allah.

 

3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.[1606]

[1606]. Maksudnya terputus di sini ialah terputus dari rahmat Allah.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Ka'bubnul Asyraf (tokoh Yahudi) datang ke Mekah, kaum Quraisy berkata kepadanya: "Tuan adalah pemimpin orang Madinah, bagaimana pendapat tuan tentang si pura-pura shabar yang diasingkan oleh kaumnya, yang mengangggap dirinya lebih mulia daripada kita padahal kita menyambut oramg-orang yang melaksanakan haji, pemberi minumnya serta penjaga Kaabah?" Ka'ab berkata: "Kalian lebih mulia daripadanya." Maka turunlah ayat ini (S. 108:3) yang membantah ucapan mereka. 
(Diriwayatkan oleh al-Bazazar dan yang lainnya dengan sanad shahih yang bersumber dari Ibnu Abbas.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Nabi saw. diberi wahyu, kaum Quraisy berkata: "Terputus hubungan Muhammad dengan kita." Maka turunlah ayat ini (S.108:3) sebagai bantahan atas ucapan mereka.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab al-Mushannif dan Ibnul Mundzir yang bersumber dari 'Ikrimah)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Quraisy menganggap kematian anak lelaki bererti putus turunan. Ketika putera Rasulullah saw. meninggal, al-'Ashi bin Wa'il berkata bahawa Muhammaad terputus turunannya. Maka ayat ini (S.108:3) sebagai bantahan terhadap ucapannya itu.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari as-Suddi.)


Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab ad-Dalail yang bersumber dari Muhammad bin 'Ali, dan disebutkan bahawa yang meninggal itu ialah al-Qasim. 

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:3) turun berkenaan dengan al-'Ashi bin Wa'il yang berkata: "Aku membenci Muhammad." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai penegasan bahawa orang yang membenci Rasulullah akan terputus segala kebaikannya.

(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bersumber dari Mujahid.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika wafat Ibrahim putera Rasulullah saw. orang-orang musyrik berkata satu sama lain: "Orang murtad itu (Muhammad) telah terputus keturunannya tadi malam." Allah menurunkan ayat ini (S.108:1-3) yang membantah ucapan mereka.

(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dengan sanad yang dha'if yang bersumber dari Abi Ayyub.) 


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:2) turun ketika Jibril datang kepada Rasulullah pada peristiwa Hudhaibiah memerintahkan qurban dan solat. Rasulullah segera berdiri khutbah fitri mungkin juga Adha (Rawi meragukan, apakah peristiwa di dalam Hadits itu terjadi pada bulan Ramadan ataukah Dzulqaidah) kemudian solat dua rakaat dan menuju ke tempat qurban lalu memotong qurban.

(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Sa'ad bin Jubair.)


Keterangan: 

Menurut as-Suyuthi riwayat ini sangat gharib. Matan hadits ini meragukan kerana solat Ied didahului khutbah (Peny).


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa 'Uqbah bin Abi Mu'aith berkata: "Tidak seorang anak lelakipun yang hidup bagi Nabi saw. sehingga keturunannya terputus." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai bantahan terhadap ucapan itu. 
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Syamar bin 'Athiyah.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Ibrahim putera Rasulullah saw. wafat, kaum Quraisy berkata: "Sekarang Muhammad menjadi Abtar (putus turunannya)." Hal ini meyebabkan Nabi saw. bersedih hati, maka turunlah ayat ini (S.108:1-3) sebagai penghibur baginya.

(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Juraij.)

 

Surah ini menganjurkan agar orang selalu beribadah kepada Allah dan berkorban sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang telah dilimpahkanNya.


HUBUNGAN SURAH AL KAUTSAR DENGAN SURAH AL KAAFIRUUN


Dalam surah Al Kautsar, Allah swt memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah Al Kaafiruun perintah tersebut ditegaskan lagi.




L 125 ; Surah 107 : AL MAA'UUN (BARANG-BARANG YANG BERGUNA).


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 7 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah At Taakatsur. Nama Al Maa'uun diambil dari kata Al Maa'uun yang terdapat pada ayat 7, ertinya barang-barang yang berguna. 

Pokok-pokok isinya:

Beberapa sifat manusia yang dipandang sebagai mendustakan agama. Ancaman terhadap orang-orang yang melakukan solat dengan lalai dan riak.

BEBERAPA SIFAT YANG DIPANDANG SEBAGAI MENDUSTAKAN AGAMA.

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?

2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim,

3. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ayat ini (S.107:4-7) turun berkenaan dengan kaum Munafiqin yang mempertontonkan solat kepada kaum Mukminin (riak) dan meninggalkannya apabila tidak ada yang melihatnya serta menolak memberikan bantuan ataupun pinjaman. Ayat ini (S.107:4-7) turun sebagai peringatan kepada orang-orang yang berbuat seperti itu. 
(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari Tharif bin Abi Thalhal yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

5. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,

6. orang-orang yang berbuat riak[1603],
[1603]. Riak ialah melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keredhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian atau kemahsyuran di mata masyarakat.

7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna[1604].
[1604]. Sebahagian mufassirin mengertikan: enggan membayar zakat.

 

Surah Al Maa'uun menjelaskan sifat-sifat manusia yang buruk yang membawa mereka ke dalam kesengsaraan.


HUBUNGAN SURAH AL MAA'UUN DENGAN SURAH AL KAUTSAR


Dalam surah Al Maa'uun dikemukakan sifat-sifat manusia yang buruk, sedang dalam surah Al Kautsar ditunjukkan sifat-sifat yang mulia, yang diperintahkan mengerjakannya.





L 124 ; Surah 106 : QURAISY (SUKU QURAISY)



Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 4 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah At Tiin. Nama Quraisy diambil dari kata Quraisy yang terdapat pada ayat pertama, ertinya suku Quraisy. Suku Quraisy adalah suku yang mendapat kehormatan untuk memelihara Kaabah. 

Pokok-pokok isinya:

Peringatan kepada orang Quraisy tentang nikmat-nikmat yang diberikan 
ALLAH SWT kepada mereka kerana itu mereka diperintahkan untuk menyembah ALLAH SWT.

KEMAKMURAN DAN KETENTERAMAN SEHARUSNYA MENJADIKAN ORANG BERBAKTI KEPADA ALLAH.

 

1. Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy,

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "ALLAH mengutamakan Quraisy dengan tujuh perkara, sampai akhir hadits di antaranya turun ayat berkenaan dengan mereka yang tidak diturunkan kepada yang lainnya, iaitu ayat ini (S.106:1-4).

(Diriwayatkan oleh al-Hakim dan yang lainnya yang bersumber dari Ummu Hani binti Abi Thalib.)

 

2. (iaitu) kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas[1602].

[1602]. Orang Quraisy biasa mengadakan perjalanan terutama untuk berdagang ke negeri Syam pada musim panas dan ke negeri Yaman pada musim dingin. Dalam perjalanan itu mereka mendapat jaminan keamanan dari penguasa-penguasa dari negeri-negeri yang dilaluinya. Ini adalah suatu nikmat yang amat besar dari Tuhan mereka. Oleh kerana itu sewajarnyalah mereka menyembah ALLAH SWT  yang telah memberikan nikmat itu kepada mereka.

 

3. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Kaabah).

 

4. Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.

 

Surah Quraisy menerangkan kehidupan orang Quraisy serta kewajipan yang seharusnya mereka penuhi.


HUBUNGAN SURAH QURAISY DENGAN SURAH AL MAA'UUN


1. Dalam surah Quraisy, ALLAH SWT  menyatakan, bahawa Dia membebaskan manusia dari kelaparan, maka dalam surah Al Maa'uun, ALLAH SWT  mencela orang yang tidak menganjurkan dan tidak memberi makan orang miskin.

2. Dalam surah Quraisy, 
ALLAH SWT  memerintahkan menyembahNya maka dalam surat Al Maa'uun, ALLAH SWT mencela orang yang solat dengan lalai dan riak.





Sabtu, 5 Oktober 2013

L 123 ; Surah 105 : AL FIIL (GAJAH)



Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Kaafirun. Nama Al Fiil diambil dari kata Al Fiil yang terdapat pada ayat pertama surah ini, ertinya gajah. Surah Al Fiil mengemukakan cerita pasukan bergajah dari Yaman yang dipimpin oleh Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah di Mekah. Peristiwa ini terjadi pada tahun NABI MUHAMMAD SAW  dilahirkan.

Pokok-pokok isinya:

Cerita tentang pasukan bergajah yang diazab oleh 
ALLAH SWT  dengan mengirimkan sejenis burung yang menyerang mereka sampai binasa.

AZAB ALLAH KEPADA TENTERA BERGAJAH YANG AKAN MENGHANCURKAN KAABAH.

1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah[1601]?
[1601]. Yang dimaksud dengan tentera bergajah ialah tentera yang dipimpin oleh Abrahah Gubernor Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke kota Mekah tentera tersebut diserang burung-burung yang melemparinya dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah.

2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?

3. dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,

4. yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,

5. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Surah Al Fiil ini menjelaskan tentang kegagalan pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, kerana Kaabah dipelihara oleh ALLAH SWT .

HUBUNGAN SURAH AL FIIL DENGAN SURAH QURAISY


Dalam surah Al Fiil, ALLAH SWT . menjelaskan kehancuran pasukan bergajah yang hendak merobohkan Kaabah, sedang dalam surat Quraisy ALLAH SWT  memerintahkan kepada penduduk Mekah untuk menyembah ALLAH SWT pemilik Kaabah itu.