Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AKHIRAT - ALAM BARZAH(KUBUR). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKHIRAT - ALAM BARZAH(KUBUR). Papar semua catatan

Jumaat, 24 April 2020

V 61 : SELESA DI ALAM KUBUR

Baru-baru ini saya ada mendengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, di dunia ini, jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.

Amalkan 3 perkara ini:

1. Baca Al Quran sebelum subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al Quran yang dibaca sebelum subuh. Al Quran akan jadi peguambela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Al Quran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?

Saudara/saudari/adik kakak,
Saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, kita tengah menunggu giliran. Ramai sudah kaum kerabat, saudara mara, jiran tetangga, rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita yang telah meninggalkan kita. Telah ke alam yang kekal abadi. Alam Barzah. Giliran kita ke berapa? Kita tidak tahu. Adakah giliran yang ke 1 juta atau tinggal beberapa sahaja lagi. Tunggu giliran. Malaikat maut semakin menghampiri kita, hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa.
Tapi tulah, dah bersediakah kita?


Rabu, 25 Disember 2019

U 2 : SYURGA ATAU NERAKA TEMPATMU DI ALAM BAKA

Semua orang pasti tentunya ingin masuk syurga. Hal ini disebabkan syurga merupakan tempat kesenangan yang abadi di akhirat kelak. Oleh kerana itu semua orang pasti ingin berada pada tempat kesenangan tersebut.

"Siapa yang masuk syurga akan hidup senang dan tidak akan mengalami kesusahan. Pakaiannya tidak akan lusuh dan masa mudanya tidak akan sirna."
(H.R. Muslim no. 2836)

Dan orang pertama yang akan menginjakan kakinya ke syurga adalah Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam. Hal ini disebabkan para malaikat hanya diperintahkan oleh Allah SWT untuk membuka pintu syurga untuk Rasulullah SAW saja dan tidak boleh untuk orang-orang sebelumnya.

"Pada hari kiamat nanti, aku akan mendatangi pintu syurga, kemudian aku minta untuk dibukakan (pintunya). Maka penjaganya bertanya : 'Siapa anda?' Aku menjawab, 'Muhammad.' Selanjutnya dia berkata, 'Hanya untukmu aku perintahkan agar membuka pintu ini dan dilarang bagi seorang pun sebelummu."
(H.R. Muslim no. 188)

Setelah Nabi Muhammad Shalallahu'alaihi Wasal'lam menginjakan kaki dan masuk ke syurga. Barulah seluruh umat Rasulullah SAW ikut masuk ke dalam syurga.

"Seluruh umatku akan masuk syurga, kecuali yang enggan." Maka dikatakan: "Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?" Beliau menjawab: "Barangsiapa yang mentaatiku maka dia pasti masuk syurga, sedangkan barangsiapa yang mendurhakaiku maka sesungguhnya dia telah enggan(masuk syurga)."
(H.R. Al-Bukhari)

Semoga kita semua orang yang mentaati Allah SWT dan Rasulnya agar boleh masuk syurga.
Aamiin...



Ahad, 31 Disember 2017

S 77 : BAGAIMANALAH KEADAAN KITA NANTI? SUASANA DI ALAM BARZAKH

Daripada Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:

“Jika salah seorang dari kalian dikuburkan, maka akan datang kepadanya dua malaikat yang hitam dan kedua mata mereka biru.
Salah satunya bernama Munkar dan yang lainnya bernama Nakiir.
Keduanya bertanya :
‘Apakah pendapatmu mengenai lelaki ini?’
Lalu dia menjawab sebagaimana yang pernah dikatakan dahulu:
‘Dia adalah hamba Allah dan RasulNya. Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang hak selain Allah dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya’.
Keduanya berkata:
‘Kami sudah mengetahui bahawa kamu akan mengucapkan demikian.’
Kemudian kuburnya dilapangkan seluas tujuh puluh hasta dikali tujuh puluh hasta.
Lalu diterangi dan dikatakan kepadanya:
‘Tidurlah.’
Dia berkata:
‘Biarkanlah aku kembali kepada keluargaku untuk mengkabarkan kepada mereka.’
Keduanya berkata:
‘Tidurlah seperti pengantin yang tidak dibangunkan kecuali oleh orang yang paling dia cintai.’
Hingga Allah membangkitkannya dari tempat tidurnya.
Adapun seorang munafik berkata:
‘Aku hanya mendengar orang-orang mengatakannya lalu aku ikut mengatakannya. Aku tidak tahu.’
Keduanya berkata:
‘Kami sudah tahu mengatakan demikian.’
Lalu dikatakan kepada bumi:
‘Himpitlah dia!’
Lantas bumi menghimpitnya hingga persendiannya hancur.
Dan dia terus diazab di dalamnya hingga Allah membangkitkan dari tempat tidurnya.”
[HR. At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albaani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 1/544].

Selasa, 20 Mei 2014

Q 142 : TUJUH HAL YANG DAPAT MENERANGI ALAM KUBUR

1. Ikhlas dalam beribadah.
2. Berbakti kepada ibu dan bapa.
3. Mempererat tali silaturrahiim.
4. Tidak menyia-nyiakan usia dalam kemaksiatan.
5. Tidak mengikuti kehendak hawa nafsu.
6. Bersungguh-sungguh dalam taat.
7. Memperbanyak zikir kepada ALLAH.

(Kitab Nashoihul Ibad)



Isnin, 28 April 2014

Q 113 ; DI SAAT TIADA LAGI PENOLONG DI ALAM BARZAH

"SUATU SAAT NANTI" Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi. Saat kegelapan menghentak ketakutan. Saat tubuh menggigil gemetaran, Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong. Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita. Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.
Astaghfirullahhal'Adzhiim.
Ampunilah kami Ya ALLAH. Kami hanyalah hambaMU yang berlumur dosa dan maksiat. Sangat hina diri kami ini di hadapanMU. Tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirahMU. Sementara kami selalu melanggar laranganMU.
Ya ALLAH.... Izinkan kami untuk sentiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmatMU. Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahayaMU. Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus. Agar kami tidak sesat dan tersesatkan.

Aamiin Yaa Rabbal'Aalamiin..




Selasa, 25 Februari 2014

P 31 : PERTANYAAN MALAIKAT DI DALAM KUBUR

Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. ALLAH Tuhanku.
Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi.Muhammad Nabiku
Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu dini, Islam agamaku
Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab : Al Quran Imami. Al Quran Imamku
Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Kaabah kiblatku
Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani.
Muslimin dan Muslimah saudaraku.
Jawapannya sangat sederhana bukan?
Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?
Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.
Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.
Astaghfirullahal 'Adzim.
Ampunilah kami Ya ALLAH, kami hanyalah hambaMu yang berlumur dosa dan maksiat.
Sangat hina diri kami ini di hadapanMu, tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirahMu, sementara kami selalu melanggar laranganMu.
Ya ALLAH...
Izinkan kami untuk sentiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmatMu.
Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahayaMu.Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus, agar kami tidak sesat dan tersesatkan.
Aamiin Yaa Rabbal'alamin.




Rabu, 11 Disember 2013

N 49 : INGIN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR

Daripada Al-faqih menegaskan bahawa jika ingin selamat dari siksa kubur, maka lakukan enam perkara dan lenyapkanlah enam perkara:

1.  Solat lima waktu
2.  Banyak sedekah
3.  Selalu membaca al Quran
4.  Banyak bertasbih/zikir
5.  Banyak Solat Tahajud
6.  Jangan Pernah Putus Silaturahimi.

Sedangkan empat perkara yang mendatangkan siksa kubur iaitu :

1.  Jika berkata ia dusta, meski dalam hal bercanda
2.  Jika berjanji ia Khianat,
3.  Adu Domba,
4.  Menyisakan air kencing (tidak dibersihkan secara benar-benar).

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

“Bersihkanlah air kencingmu sebersih-bersihnya kerana kebanyakan siksa kubur akibat air kencing yang tersisa meskipun sudah dibersihkan.” 
(HR.Muslim)

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

“Empat perkara yang dibenci ALLAH, iaitu :
1. Main-main ketika solat.
2. Bergurau di tengah tengah baca al Quran.
3. Berkata Keji Ketika Puasa.
4. Tertawa-tawa di kuburan.”

Mari Aminkan doa bersama agar mustajab
Ya ALLAH Lindungilah kami dari :
 Siksa kubur
 Godaan syaitan saat Sakaratul Maut
 Su'ul Khotimah


Aamiin Yaa'Robbal'alamiin.




Sabtu, 5 Januari 2013

K 160 Nasihat Kubur.


1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL QURAN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yang menyepitmu hingga hancur bila mana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

(Dipersilakan untuk SHARE. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua)






Ahad, 16 September 2012

H 141 TUJUH Amalan memberi cahaya di dalam kubur

1- Ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT.

2- Berbakti kepada kedua orang tua.

3- Berhubung Silatul Rahim.

4- Tidak mensia-siakan umur untuk melakukan maksiat terhadap Allah SWT.

5- Tidak menuruti kehendak hawa nafsu.

6- Bersungguh-sungguh dalam taat  kepada Allah SWT.

7- Memperbanyakan zikir kepada Allah SWT.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 132.




Ahad, 2 September 2012

H 88 AMALAN MERINGANKAN AZAB DALAM KUBUR

Apabila manusia mati maka ia akan ditanam dalam kubur. Pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku selepas itu. Alam yang dilalui selepas itu disebut alam Barzakh. Apakah alam Barzakh? Alam Barzakh ialah alam kubur yang dialami oleh orang yang telah mati dan akan berpanjangan hingga hari kiamat.

KEADAAN ORANG DI ALAM BARZAKH

Ada yang diseksa dan ada yang dilepaskan dari seksaan kubur. Ada yang disoal oleh Mungkar dan Nangkir dan ada yang tidak. Ada yang dibuka pintu neraka dan ruhnya diseksa. Ada yang dibuka pintu syurga dan ruhnya diberi nikmat. Ada yang menghadapi fitnah kubur (Dihimpit).

AMALAN YG DAPAT MELEPASKAN DAN MERINGANKAN SEKSAAN KUBUR

1.Bersembahyang lima waktu dan menunaikan Rukun Islam serta semua suruhan Allah disamping menjauhkan yang dilarang.

2.Selalu membaca suruh Al Ikhlas terutama dalam kesakitan. Rasulullah saw bersabda:

“Siapa membaca ‘Qul huwallaahu..ahad’ dalam kesakitan yang membawa matinya, tidaklah ia menderita fitnah di dalam kubur dan terpeliharalah dia dari himpitan kubur dan di hari kiamat kelak ia akan dibawa oleh malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas ia dari titian Siratul Mustaqiim dan sampai ke syurga.”
(Riwayat At Tabrani).

3.Selalu membaca surah Al Mulk atau sekurangnya malam Jumaat. Rasulullah saw bersabda:

“Siapa yang membaca setiap malam tabaarakallazi..adalah dia akan dicegahkan Allah dari siksaan kubur.”
(Riwayat An Nasaai).

4.Mati syahid iaitu mati kerana berjuang menegak kalimah Allah swt.

5.Mati di malam atau di siang hari jumaat.

6.Mati sebab sakit dalam perut.

7.Tidak ditangisi mayat di kala kematiannya.

8.Selalu beri sedekah. Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan(siksaan) kubur daripada orang yang selalu memberi sedekah dan hanya sesungguhnya orang mukmin itu akan bernaung di bawah naungan sedekahnya di hari kiamat.”
(Riwayat Tabrani).

9. Menyempurnakan wuduk dan membantu orang yang dianayai. Ibn Mas’ud meriwayatkan cerita dari Rasulullah saw bahawa ada seorang hamba Allah yang telah diperintahkan disebat 100 kali dalam kuburnya tetapi kerana ia selalu berdoa supaya dilepaskan dari azab kubur, maka ia disebat sekali sahaja, tetapi dengan sekali sebatan itu api telah memenuhi kuburnya. Kemudian dia bertanya malaikat sebab ia dipukul. Jawab malaikat ini disebabkan ia solat dengan wuduk yang tidak sempurna dan ia pernah menemui orang yang dianayai tetapi tidak menolong.

10. Selalu berdoa agar dilindungi dari siksaan kubur. Rasulullah saw selalu berdoa yang membawa maksud

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan Engkau dari siksaan neraka Jahanam, daripada siksaan kubur, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada kejahatan al Masiih ad Dajjal.”


11.Selalu membaca Al Quran dan bila tamat hendaklah berdoa dengan doa yang bermaksud, “Ya Allah, perjinakkanlah keliaranku dari ketakutan dalam kubur.” Hadis riwayat Abi Umamah.


Ahad, 12 Ogos 2012

G 16 LIMA Seruan Kubur kepada manusia setiap hari

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali…

1) Aku rumah terpencil maka aku akan senang dengan selalu membaca al-Quran.

2) Aku rumah yang gelap maka terangilah aku dengan selalu sembahyang malam.

3) Aku rumah penuh dengan nah dan debu maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4) Aku ular berbisa maka bawalah amalan “Bismillah” sebagai penawar.

5) Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir maka banyakanlah bacaan “Lailahillallah Muhammad Rasulullah”.

Rujukan :

http://www.lailahaillallah.com/


Khamis, 2 Ogos 2012

E 46 LIMA JENIS AMAL SOLEH YANG DIPERLUKAN SEMASA DI DALAM KUBUR

Sesungguhnya kubur memanggil anda 5 kali sehari:

1.    Wahai manusia! kami adalah rumah terpencil, maka bacalah Al-Quran agar kamu ditemaninya nanti.
2.    Wahai manusia! kami adalah rumah yang gelap, maka tunaikan solat lima waktu kerana ianya akan menjadi obor kepada kamu didalam kubur nanti.
3.    wahai manusia! kami adalah rumah daripada tanah, maka lakukan amal soleh untuk kamu jadikan hamparan di dalamnya kelak.
4.    Wahai manusia! kami adalah rumah ular-ular yang besar, maka carilah penawar untuk mengubati bisa-bisa ular tersebut dengan Bacaan ” Bismillah Hirrahman Nirrahim ” dan  air mata yang menangis kerana takutkan Allah SWT.
5.    Wahai manusia! kami adalah rumah tempat pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nangkir, maka perbanyakkanlah bacaan ” La Ilaha Illallah ” agar dapat membantu kamu menjawab pertanyaan mereka.

Kitab Ingat akan maut m/s: 64


Selasa, 31 Julai 2012

D 140 TIGA PERKARA YANG AKAN MENGHANTAR KITA

Rasulullah SAW bersabda :

“Ada tiga perkara yang akan mengikuti manusia.

Yang pertama ketika roh tercabut,
Yang kedua Ketika ke kubur dan yang ketiga ketika di padang Mahsyar.
Yang pertama yang menghantar kita setelah roh tercabut adalah harta.
Yang kedua yang menghantarnya ke kubur adalah keluarganya.
Yang ketiga yang  menghantar ke padang Mahsyar adalah amalnya.”


Kitab Penenang Hati . m/s : 175.

Riwayat Hadis dan Sanadnya......


D 119 TUJUH BELAS PERKARA MENGUNDANG AZAB DI DALAM KUBUR

Disebutkan oleh  Imam Ibn al-Qayyim Allah bahawa orang-orang dari kubur sedang disiksa kerana kejahilan  mereka tentang Allah  dan tidak melaksanakan perintah Allah SWT serta melakukan  dosa. Sesungguhnya azab kubur adalah sebahagian daripada azab di negeri akhirat, kesan dari murka Allah SWT dan dosa hambanya, Azab Allah SWT berlaku mungkin disebabkan  dosa hati, mata, telinga, mulut, lidah, perut, kemaluan, tangan dan seluruh tubuh, Allah SWT murka kerana mati tanpa bertaubat. Maka azab kubur bergantung kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT terhadap seseorang hambanya. Terdapat juga dosa yang akan ditambah azabnya atau dosa yang akan dikurangkan azabnya. Mereka yang  berkata benar atau yang berbohong semuanya mendapat balasan daripada Allah SWT.

Amaran Allah SWT terhadap dosa-dosa tersebut terlalu banyak di antaranya ialah :

1 – Mengumpat  dan memfitnah.

2 – Tidak beristbra’ semasa membuang air kecil.

3 – Solat tanpa membersihkan diri dengan sempurna.

4 – berbohong.

5 – Meninggal solat dan meremeh-remehkannya.

6 – Tidak membayar zakat.

7 – Berzina.

8 – Mencuri (pencurian).

9 -  Khianat.

10 – mencari perselisihan di kalangan umat Islam atau menabur fitnah.

11 – Makan harta RIBA/INTEREST. ( fenomena berbahaya ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita)

12 – Tidak  membela  mereka yang  tertindas.

13 – Minum arak.

14 – Melabuhkan pakaian melebihi paras buku lali.

15 – Membunuh.

16 – Menghina  atau mencaci para sahabat.


17 – Mati semasa melakukan perkara bidaah.


Rabu, 25 Julai 2012

C 60 Roh Akan Menghadapi EMPAT Api Di Dalam Kubur

1.   Apabila Api pertama datang, solat akan memadamnya.

2.   Apabila api kedua datang, puasa akan memadamnya.

3.   Apabila api ketiga datang, sedekah akan memadamnya.

4.   Apabila api ke empat datang, sabar akan memadamnya.


Jauhar Mauhub. m/s:155.


Isnin, 23 Julai 2012

C 17 FITNAH KUBUR

1. Takrif Fitnah Kubur.

Bahasa : Ujian dan `ibtilaa
Syarak : Soalan terhadap si mati tentang tuhannya, nabinya dan amalannya.

2. Dalil tentang kewujudan fitnah kubur.

Dari Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : 

Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila diletakkan di dalam kuburnya dan keluarganya meninggalkannya, ketika mana dia masih lagi dapat mendengar bunyi selipar/kasut mereka, datang kepadanya dua malaikat lalu mereka mendudukkannya lantas bertanya : Apa yang kamu katakan tentang lelaki ini iaitu Muhammad s.a.w?

Seandainya dia seorang mukmin maka dia menjawab : Aku bersaksi bahawa dia (Muhammad) adalah hamba Allah dan rasulNya. Kemudian dikatakan kepadanya: Lihatlah tempat kamu di dalam neraka, sesungguhnya Allah telah tukarkan ia kepada suatu tempat di dalam syurga. Lalu dia melihat kepada kedua-duanya. Kemudian diluaskan kuburnya seluas tujuh puluh hasta dan dipenuhkan dengan tanaman-tanaman sehinggalah hari dia dibangkitkan.

Seandainya dia seorang munafik maka dia menjawab : Aku tidak tahu, aku berkata tentangnya sebagaimana dikatakan oleh orang lain. Kemudian dikatakan kepadanya: Tidaklah kamu tahu dan tidaklah kamu membaca. Maka dia dipukul dengan tukul-tukul daripada besi satu pukulan di antara kedua telinganya lantas dia bertempik dengan tempikan yang didengari oleh semua melainkan jin dan manusia.
Bukhari dan Muslim.(Dipetik dari kitab At-Tazkirah, Al-Qurtubi)

3. Beberapa persoalan / fasal mengenai fitnah kubur.

1- Menurut pendapat yang paling sahih, ruh adalah satu jisim yang halus yang berkait / berhubung dengan jisim yang nyata. Fitnah kubur akan berlaku pada ruh dan juga jasad.

2- Beriman dengan fitnah kubur dan azabnya adalah wajib berdasarkan perkhabaran Rasulullah s.a.w.

3- Para penentang agama menolak kewujudan azab kubur dengan hujjah bahawa ianya tidak dapat dibuktikan pada pandangan manusia.
Jawapan terhadap mereka :
a. Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
b. Banyak perkara yang ada di dunia ini tidak dapat dilihat oleh pandangan mata.

4. Kubur dari taman syurga @ jurang neraka,


Ahad, 8 Julai 2012

A 105 SIKSAAN DI ALAM KUBUR

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai ke kubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk di sekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di depannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk dekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?"

Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai ke langit, dan di sana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik ke langit yang atas hingga sampai ke langit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyinKemudian dikembalikan ia ke bumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan di dalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya." Maka kembalilah roh ke jasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?"

Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata." Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk di mukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikulmaut dan duduk di samping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah." Maka tersebar di semua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan." dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai di langit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya.

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat: "Laa tufattahu lahum abwabus samaa'i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath." (Yang Bermaksud) "Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum."
Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam sijjin." Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat "Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama'i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq." (Yang bermaksud) "Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin ke dalam jurang yang curam."

Kemudian dikembalikan roh itu ke dalam jasad di dalam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Maka terdengar suara seruan dari langit: "Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu." Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang jelek." Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat."
Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: "

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh Malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut di dalam adunan sambil dipanggil: "Ya ayyatuhannafsul muth ma'innatur ji'i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah." (Yang bermaksud) "Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah." Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh di atas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang di dalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya: "Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ke
tempat yang rendah hina dan siksaNya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan di atas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa ke sijjin."

Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan di kubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran cukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan di dalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk ke dalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."

Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:
§ Menjaga sembahyang lima waktu
§ Banyak bersedekah
§ Banyak membaca al-quran
§ Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
§ Dusta
§ Kianat
§ Adu-adu
§ Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa di kubur."

Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung di dalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain di dalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk ke dalamnya."

Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka."
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: "Hai hamba Allah, berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada di tempat, ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu di ubun-ubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat dan segera-segera, sebab di belakangmu ada yang mengejar kamu yaitu kubur, ingatlah bahawa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka dan kubur itu tiap-tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat."

Ingatlah sesudah itu ada hari (saat) yang lebih ngeri, hari di mana anak kecil segera beruban dan orang tua bagaikan orang mabuk, bahkan ibu yang meneteki lupa terhadap bayinya dan wanita yang bunting menggugurkan kandungannya dan kau akan melihat orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk khamar, hanya siksa Allah s.w.t. yang sangat ngeri dan dahsyat.

Ingatlah bahawa sesudah itu ada api neraka yang sangat panas dan suram dalam, perhiasannya besi dan sirnya darah bercampur nanah, tidak ada rahmat Allah s.w.t. disana. Maka kaum muslimin yang menangis. lalu ia berkata: "Dan disamping itu ada syurga yang luasnya selebar langit dan bumi, tersedia untuk orang-orang yang takwa. Semoga Allah s.w.t. melindungi kami dari siksa yang pedih dan menempatkan kami dalam darunna'iem (Syurga yang serba kenikmatan).

Usaid bin Abdirrahman berkata: "Saya telah mendapat keterangan bahawa seorang mukmin jika mati dan diangkat, ia berkata: "Segerakan aku.", dan bila telah dimasukkan dalam lahad (kubur), bumi berkata kepadanya: "Aku kasih padamu ketika diatas punggungku, dan kini lebih sayang kepadamu." Dan bila orang kafir mati lalu diangkat mayatnya, ia berkata: "Kembalikan aku." dan bila diletakkan di dalam lahadnya, bumi berkata: "Aku sangat benci kepadamu ketika kau diatas punggungku, dan kini aku lebih benci lagi kepadamu."
Usman bin Affan r.a. ketika berhenti di atas kubur, ia menangis, maka ditegur: "Engkau jika menyebut syurga dan neraka tidak menangis, tetapi kau menangis kerana kubur?" Jawabnya: "Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Alqabru awwalu manazilil akhirah, fa in naja minhu fama ba'dahu aisaru minhu, wa in lam yanju minhu fama ba'dahu asyaddu minhu." (Yang bermaksud)"Kubur itu pertama tempat yang menuju akhirat, maka bila selamat dalam kubur, maka yang di belakangnya lebih ringan, dan jika tidak selamat dalam kubur maka yang di belakangnya lebih berat daripadanya."

Abdul-Hamid bin Mahmud Almughuli berkata: "Ketika aku duduk bersama Ibn Abbas r.a., tiba-tiba datang kepadanya beberapa orang dan berkata: "Kami rombongan haji dan bersama kami ini ada seorang yang ketika sampai di daerah Dzatishshahifah, tiba-tiba ia mati, maka kami siapkan segala keperluannya, dan ketika menggali kubur untuknya, tiba-tiba ada ular sebesar lahad, maka kami tinggalkan dan menggali lain tempat juga ada ular, maka kami biarkan dan kami menggali lain tempat juga kami dapatkan ular, maka kami biarkan dan kini kami bertanya kepadamu, bagaimanakah harus kami perbuat tehadap mayat itu?"

Jawab Ibn Abbas r.a.: "Itu dari amal perbuatannya sendiri, lebih baik kamu kubur saja demi Allah andaikan kamu galikan bumi ini semua niscaya akan kamu dapat ular di dalamnya." Maka mereka kembali dan menguburkan mayat itu di dalam salah satu kubur yang sudah digali itu dan ketika mereka kembali ke daerahnya mereka pergi ke keluarganya untuk mengembalikan barang-barangnya sambil bertanya kepada isterinya apakah amal perbuatan yang dilakukan oelh suaminya? Jawab isterinya: "Dia biasa menjual gandum dalam karung, lalu dia mengambil sekadar untuk makanannya sehari, dan menaruh tangkai-tangkai gandum itu ke dalam karung seberat apa yang diambilnya itu."

Abul-Laits berkata: "Berita ini menunjukkan bahawa kianat itu salah satu sebab siksaan kubur dan apa yang mereka lihat itu sebagai peringatan jangan sampai kianat."
Ada keterangan bahawa bumi ini tiap hari berseru sampai lima kali dengan berkata:
  • Hai anak Adam, anda berjalan di atas punggungku dan kembalimu di dalam perutku.
  • Hai anak Adam, anda makan berbagai macam di atas punggungku dan anda akan di makan ulat di dalam perutku.
  • Hai anak Adam, anda tertawa di atas punggungku, dan akan menangis di dalam perutku.
  • Hai anak Adam, anda bergembira di atas punggungku dan akan berduka di dalam perutku.
  • Hai anak Adam, anda berbuat dosa di atas punggungku, maka akan tersiksa di dalam perutku.

Amr bin Dinar berkata: "Ada seorang penduduk kota Madinah yang mempunyai saudara perempuan di hujung kota, maka sakitlah saudaranya itu kemudian mati, maka setelah diselesaikan persiapannya dibawa ke kubur, kemudian setelah selesai menguburkan dan kembali pulang ke rumah, ia teringat pada kantongan yang dibawa dan tertinggal dalam kubur, maka ia minta bantuan orang untuk menggali kubur itu kembali, dan sesudah digali kubur itu maka bertemulah dia akan kantongannya itu, ia berkata kepada orang yang membantunya itu: "Tolong aku ketepi sebentar sebab aku ingin mengetahui bagaimana keadaan saudaraku ini."

Maka dibuka sedikit lahadnya, tiba-tiba dilihatnya kubur itu menyala api, maka segera ia meratakan kubur itu dan kembali kepada ibunya lalu bertanya: "Bagaimanakah kelakuan saudaraku dahulu itu?" Ibunya berkata: "Mengapa kau menanyakan kelakuan saudaramu, padahal ia telah mati?" Anaknya tetap meminta supaya diberitahu tentang amal perbuatan saudaranya itu, lalu diberitahu bahawa saudaranya itu biasanya mengakhirkan sembahyang dari waktunya, juga cuai dalam kesucian dan di waktu malam sering mengintai rumah-rumah tetangga untuk mendengar perbualan mereka lalu disampaikan kepada orang lain sehingga mengadu domba antara mereka, dan itulah sebabnya siksa kubur. Kerana itu siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur haruslah menjauhkan diri dari sifat namimah (adu domba di antara tetangga dan orang lain) supaya selamat dari siksaan kubur dan mudah baginya menjawab pertanyaan Malaikat Munkar Nakier.

Alabarra' bin Aazib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika ditanya dalam kubur, maka ia langsung membaca Asyhadu an laa ilaha illallah wa anna Muhammad abduhu warasuluhu, maka itulah yang tersebut dalam firman Allah: Yutsabbitullahul ladzina aamanu bil qaulits tsabiti filhayatiddun ya wafil akhirah (Allah menetapkan orang-orang yang beriman dengan khalimah yang teguh di mana hidup did unia dan di akhirat (yakni khalimah laa ilaha illallah, Muhammad Rasullullah).

Dan ketetapan itu terjadi dalam tiga masa iaitu:
§ Ketika melihat Malakulmaut
§ Ketika menghadapi pertanyaan Mungkar Nakier
§ Ketika menghadapi hisab dihari kiamat

Dan ketetapan ketika melihat Malaikulmaut dalam tiga hal iaitu:
§  Terpelihara dari kekafiran, dan mendapat taufiq dan istiqamah dalam tauhid sehingga keluar rohnya dalam Islam.
§  Diberi selamat oleh Malaikat bahawa ia mendapat rahmat.
§  Melihat tempatnya di syurga sehingga kubur menjadi salah satu kebun syurga.

Adapun ketetapan ketika hisab juga dalam tiga perkara iaitu:
§Allah s.wt. memberinya ilham sehingga dapat menjawab segala         pertanyaan dengan benar.
§   Mudah dan ringan hisabnya.
§   Diampunkan segala dosanya.

Ada juga yang mengatakan bahawa ketetapan itu dalam empat masa iaitu:
§  Ketika mati
§Di dalam kubur sehingga dapat menjawab pertanyaan tanpa gentar atau   takut
§  Ketika hisab
§  Ketika berjalan di atas sirat sehingga berjalan bagaikan kecepatan kilat

Jika ditanya tentang soal kubur bagaimanakah bentuknya, maka ulama telah membicarakannya dalam berbagai pendapat. Sebahagiannya berkata pertanyaan itu hanya kepada roh tanpa jasad dan di saat itu roh masuk ke dalam jasad hanya sampai di dada. Ada pendapat berkata bahawa rohnyanya di antara jasad dan kafan dan sebaiknya seorang mempercayai adanya pertanyaan dalam kubur tanpa menanyakan dan sibuk dengan caranya. Dan kita sendiri akan mengetahui bila sampai di sana, maka bila ada orang menolak adanya soal Mungkar Nakir dalam kubur, maka penolakannya dari dua jalan iaitu:

  • Mereka berkata: "Ia tidak mungkin menurut perkiraan akal, sebab menyalahi kebiasaan tabiat alam."
§  atau mereka berkata: "Tidak ada dalil yang menguatkan."

Pendapat pertama bahawa ia tidak mungkin dalam akal kerana menyalahi kebiasaan tabiat alam. Pendapat ini bererti menidakkan kenabian dan mukjizat, sebab para Nabi itu semuanya dari manusia biasa dan tabiatnya mereka sama, tetapi mereka telah dapat bertemu dengan Malaikat dan menerima wahyu, bahkan laut telah terbelah untuk Nabi Musa a.s., demikian pula tongkatnya menjadi ular, semua kejadian itu menyalahi tabiat alam, maka orang yang menolak semua itu bererti keluar dari Islam. Jika ia berkata: "Tidak ada dalil.", maka hadis-hadis yang diterangkan sudah cukup untuk menjadi alasan bagi orang yang akan mahu terima.

Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa man a'rodho an dzikri fa inna lahu ma'i syatan dhanka wanah syuruhu yaumal qiyaamati a'ma. (Yang bermaksud) "Dan siapa yang mengabaikan peringatanKu (ajaranKu) maka ia akan merasakan kehidupan yang sukar (kehidupan sukar ini ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur)."

Demikian pula ayat: "Yu tsabbitulladzina aamanu bil qoulaits tsabiti filhayatiddunia wafil akhirati. (Yang bermaksud) "Allah akan menetapkan hati orang-orang mukmin dengan khalimah yang teguh di dunia dan di akhirat."

Abu-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Saad bin Almusayyab dari Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Jika seorang mukmin telah masuk ke dalam kubur, maka didatangi oleh dua Malaikat yang menguji dalam kubur, lalu mendudukkannya dan menanyainya, sedang ia mendengar suara derap sandal sepatu mereka ketika kembali, lalu ditanya oleh kedua Malaikat itu: Siapa Tuhammu, dan apakah agamamu, dan siapa Nabimu, lalu dijawab: Allah tuhanku, dan agamaku Islam dan Nabiku Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Malaikat itu berkata: Allah yang menetapkan kau dalam khalimah itu, tidurlah dengan tenang hati. Itulah ertinya Allah menetapkan mereka dalam khalimah hak.

Adapun orang kafir zalim maka Allah menyesatkan mereka dengan tidak memberi petunjuk taufiq pada mereka, sehingga ketika ditanya oleh Malaikat: Siapa Tuhanmu, apa agamamu dan siapa Nabimu, maka jawab orang kafir atau munafiq: Tidak tahu. Maka oleh Malaikat dikatakan: Tidak tahu, maka langsung dipukul sehingga jeritan suaranya terdengar semua yang di alam kecuali manusia dan jin. (Dan andaikan didengar oleh manusia pasti pingsan)

Abu Hazim dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Umar r.a : "Bagaimanakah kau hai Umar jika didatangi oleh kedua Malaikat yang akan mengujimu di dalam kubur iaitu Mungkar Nakir hitam keduanya kebiru-biruan siung keduanya mengguriskan bumi, sedang rambut keduanya sampai ke tanah dan suara keduanya bagaikan petir yang dahsyat, dan matanya bagaikan kilat yang menyambar?" Umar bertanya: "Ya Rasullullah, apakah ketika itu aku cukup sedar sebagaimana keadaanku sekarang ini?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Ya." Umar berkata: "jika sedemikian maka saya selesaikan keduanya dengan izin Allah s.w.t.Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "sesungguhnya Umar seorang yang mendapat taufiq."

Abul-Laits berkata: "saya telah diberitahu oleh Abul-Qasim bin Abdurrahman bin Muhammad Asysyabadzi dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Tiada seorang yang mati melainkan ia mendengkur yang didengari oleh semua binatang kecuali manusia, dan andaikata ia mendengar pasti pingsan, dan bila dihantar ke kubur, maka jika solih (baik) berkata: "Segerakanlah aku, andaikan kamu mengetahui apa yang di depanku daripada kebaikan, nescaya kamu akan menyegerakan aku. Dan bila ia tidak baik maka berkata: "Jangan ke buru, andaikata kamu mengetahui apa yang di depan aku daripada bahaya, nescaya kamu tidak akan ke buru. Kemudian jika telah ditanam dalam kubur, didatangi oleh dua Malaikat yang hitam kebiru-biruan datang dari arah kepalanya, maka ditolak oleh sembahyangnya: Tidak boleh datang dari arahku sebab adakalanya ia semalaman tidak tidur kerana takut dari saat yang seperti ini, lalu datang dari bawah kakinya, maka ditolak oleh baktinya pada kedua orang tuanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa berjalan tegak kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu datang dari arah kanannya, maka ditolak oleh sedekahnya: Tidak boleh datang dari arahku, kerana ia pernah sedekah kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu ia datang dari kirinya maka ditolak oleh puasanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa lapar dan haus kerana takut saat seperti ini, lalu ia dibangunkan bagaikan dibangunkan dari tidur, lalu ia bertanya: Bagaimana pendapatmu tentang orang yang membawa ajaran kepadamu itu? Ia tanya: Siapakah itu? Dijawab: Muhammad s.a.w? Maka dijawab: Saya bersaksikan bahawa ia utusan Allah. Lalu berkata kedua Malaikat: Engkau hidup sebagai seorang mukmin, dan mati juga mukmin. Lalu diluaskan kuburnya, dan dibukakan baginya segala kehormatan yang dikurniakan Allah kepadanya. Semoga Allah memberi kita taufiq dan dipelihara serta dihindarkan dari hawa nafsu yang menyesatkan, dan menyelamatkan kami dari siksa kubur kerana Nabi Muhammad s.a.w juga berlindung kepada Allah dari siksa kubur."

A'isyah r.a. berkata: "Saya dahulunya tidak mengetahui adanya siksa kubur sehingga datang kepadaku seorang wanita Yahudi, minta-minta dan sesudah saya beri ia berkata: "Semoga Allah melindungi kamu dari siksa kubur. Maka saya kira keterangannya itu termasuk tipuan kaum Yahudi, lalu saya ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w maka Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kepadaku bahawa siksa kubur itu hak benar, maka seharusnya seorang muslim berlindung kepada Allah s.w.t. dari siksa kubur, dan bersiap sedia untuk menghadapi kubur dengan amal yang soleh, sebab selama ia masih hidup maka Allah s.w.t. telah memudahkan baginya segala amal soleh. Sebaliknya bila ia telah masuk ke dalam kubur, maka ia akan ingin kalau dapat diizinkan, sehingga ia sangat menyesal semata-mata, kerana itu seorang yang berakal harus berfikir dalam hal orang-orang yang telah mati, kerana orang-orang yang telah mati itu, mereka sangat ingin kalau dapat akan sembahyang dua rakaat, berzikir dengan tasbih, tahmid dan tahlil, sebagaimana ketika di dunia, tetapi tidak diizinkan, lalu mereka hairan pada orang-orang yang masih hidup menghambur-hamburkan waktu dalam permainan dan kelalaian semata-mata. Saudaraku jagalah dan siap-siapkan harimu, sebab ia sebagai pokok kekayaanmu, maka mudah bagimu mendapatkan atau mencari untung laba, sebab kini dagangan akhirat agak sepi dan tidak laku, kerana itu rajin-rajinlah kau mengumpulkan sebanyak mungkin daripadanya, sebab akan tiba masa dagangan itu sangat berharga sebab pada saat itu ia berharga, maka kau tidak akan dapat mencari atau mencapainya. Kami mohon semoga Allah s.w.t. memberi taufiq untuk bersiap-siap menghadapi saat keperluan dan jangan sampai menjadikan kami dari golongan yang menyesal sehingga ingin kembali kedunia tetapi tidak diizinkan, juga semoga Allah s.w.t. memudahkan atas kami sakaratulmaut, dan kesukaran kubur, demikian pula pada semua kaum muslimin dan muslimat.