Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label DOSA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOSA. Papar semua catatan

Jumaat, 11 September 2020

V88: BERSEGERALAH MEMOHON KEAMPUNAN

 Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ


Maksudnya: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa."
[Surah Ali Imran ayat 133]
Peluang terbesar yang Allah Subhanahu Wata'ala berikan kepada kita untuk meraih ampunan dan redhaNya dengan menabung segala amal kebaikan kita. Peluang ini yang patut kita syukuri dalam hidup kita adalah kerana kita masih diberi peluang hidup di dunia ini. Rebutlah peluang meraih ampunan dan redha Allah Subhanahu Wata'ala.





V 85: HITUNGLAH DOSA

 "Hitunglah dosa kita selagi nafas masih dikandung badan. Supaya datang keinsafan dan kesedaran.

Menghitung bukan untuk kesombongan dan merasa diri lebih baik dan suci dari orang lain. Namun untuk memperbaiki diri terus menerus agar menjadi hamba sentiasa syukur dan agar sentiasa dalam rendah diri serta tawaduk agar benar ucapan kita bahawa hidup dan mati hanya untuk Allah Subhanahu Wata'ala."




V 82: BERBUAT DOSA

 Dan berbuat dosalah kamu sekadar kesabaran kamu tinggal di dalam neraka."

Allah Subhanahu Wata'ala mencabar kita. Silakan derhaka atau berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, tetapi ingat, sekadar kesanggupan kamu menahankan seksa neraka. Cubalah bakar jari telunjuk anda dengan api lilin selama satu minit. Cuba bayangkan pula panasnya api neraka. Bagaimana kalau anda diseksa di neraka selama satu hari, satu minggu, satu bulan atau satu tahun? Kalau begitu fikirlah dahulu sebelum berbuat dosa.




Sabtu, 29 Februari 2020

V 16 : HUKUMAN YANG TIDAK TERASA


Seorang murid mengadu kepada gurunya:
"Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya sebagaimana mestinya, tapi saya langsung tidak melihat Allah menghukum kita."

Sang Guru menjawab dengan tenang:
"Betapa sering Allah menghukummu tapi engkau tidak terasa."
"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang boleh menimpamu wahai anakku, ialah sedikitnya taufik (kemudahan) untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan.”
Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari "kekerasan hatinya dan kematian hatinya."
Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut darimu rasa bahagia dan senang dengan bermunajat kepadaNya, merendahkan diri kepadaNya, menyungkurkan diri di hadapanNya?
Sedarkah engkau tidak diberikan rasa khusyuk dalam solat?
Sedarkah engkau, bahawa beberapa hari-harimu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca Al Quran, padahal engkau mengetahui firman Allah:
"Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke gunung, nescaya engkau melihatnya tunduk, retak, kerana takut kepada Allah tetapi engkau tidak tersentuh dengan ayat-ayat Al Quran, seakan engkau tidak mendengarnya.”
Sedarkah engkau, telah berlalu beberapa malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiyamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur sampai larut malam.
Sedarkah engkau, bahawa telah berlalu atasmu musim musim kebaikan seperti: Ramadan.. Enam hari di bulan Syawal.. Sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, dan sebagainya tapi engkau belum diberi taufik untuk memanfaatkannya sebagaimana semestinya.
Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu?
Tidakkah engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)?
Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdoa kepadanya?
Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau lemah di hadapan hawa nafsu?
Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua ini?
Sedarkah engkau, yang mudah bagimu berghibah, mengadu domba, berdusta, memandang ke yang haram?
Sedarkah engkau, bahawa Allah membuatmu lupa kepada akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu dan ilmu tertinggi?

Semua bentuk pembiaran ini dengan berbagai bentuknya ini, hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau menyedarinya, atau tidak menyedarinya.
Waspadalah wahai saudara/sahabatku, agar engkau tidak terjatuh ke dalam dosa-dosa dan meninggalkan kewajipan yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA perintahkan kerana hukuman yang paling ringan dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA terhadap hambaNya ialah "hukuman yang terasa" pada harta atau anak atau kesihatan.
Sesungguhnya hukuman terberat ialah "hukuman yang tidak terasa" pada kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan, dan tidak merasakan sakitnya dosa kerana itu wahai saudara/sahabatku, Perbanyaklah dicelah-celah harimu amalan taubat dan istighfar. Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menghidupkan hatimu.
(Diterjemahkan dari Taushiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan di Masjidil Haram).

Sabtu, 28 Disember 2019

U 41 : JANGAN REMEHKAN KESYIRIKAN

Tidaklah cukup seseorang hanya mengenal tauhid dan mengamalkannya.
Pengetahuan tentang syirik pun mutlak diperlukan agar seseorang tidak terjerumus ke dalamnya. Sayangnya, banyak orang tidak memahami hakikat kesyirikan dan betapa dahsyat bahayanya sehingga mereka pun meremehkannya. Padahal semakin kuat tauhid seseorang, seharusnya dia semakin takut akan syirik dan kuatir menjadi pelakunya. Sebaliknya seseorang yang tidak memahami hakikat tauhid akan meremehkannya sehingga tidak ada sedikipun rasa takut di hatinya. Semoga penjelasan ringkas ini, menggugah kesedaran kita agar tidak lagi meremehkan dosa yang sangat besar ini.

Dahsyatnya Bahaya Syirik. Cukuplah ayat berikut menggambarkan dahsyatnya dosa kesyirikan. Allah SWT berfirman,

إِنَّ اللهَ لاَيَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَادُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَآءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا {48}

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
(QS. An Nisaa’:48)

Tidak ada seorang pun yang terlepas dari gelimang dosa. Ampunan dosa merupakan rahmat Allah SWT yang diberikan kepada semua hamba. Namun, hal ini dikecualikan bagi orang-orang musyrik (jika sampai mati ia masih membawa dosa syiriknya tanpa bertaubat ), kerana begitu besarnya dosa syirik. Ini menunjukkan bahawa dosa syirik merupakan dosa yang sangat besar.
Dalam ayat lain Allah SWT menjelaskan bahawa pelaku kesyirikan diharamkan masuk ke dalam syurga, padahal syurga adalah tujuan akhir seorang hamba. Allah SWT berfirman,

… إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَالِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ {72}

“…Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.”
(QS. Al Maidah:72)

Daripada Ibnu Mas’ud radliyallah ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ مَاتَ وَهْوَ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ نِدًّا دَخَلَ النَّارَ

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan menyembah selain Allah, pasti ia masuk ke dalam neraka.”[1].

Sungguh, benar-benar mengerikan bahaya kesyirikan. Na’udzu billahi min dzaalik. Seluruh Rasul Mengingatkan Bahaya Syirik. Setiap Rasul yang diutus oleh Allah SWT pasti menyeru tentang bahaya syirik. Mereka semua mendakwahkan tauhid dan memperingatkan tentang syirik. Hal ini sebagaimana dijelaskan Allah SWT :

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أَمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ …{36}

“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja) dan jauhilah Thaghut itu.”
(QS. An Nahl:36).

Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan tentang ayat ini, “Seluruh para rasul menyeru untuk beribadah hanya kepada Allah SWT dan melarang untuk menujukan ibadah kepada selainNya.
Allah SWT tidak mengutus seorang rasul pun sejak terjadinya kesyirikan pada kaum Nuh yang diutus rasul kepada mereka kecuali untuk tujuan tersebut (hanya beribadah kepada Allah SWT semata).
Rasul yang pertama diutus ke muka bumi sampai penutup para Rasul, Muhammad shalallahu ‘alaihi wa salaam, semuanya mendakwahkan sebagaimana yang Allah SWT perintahkan :

وَمَآأَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّنُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لآ إِلَهَ إِلآ أَنَا فَاعْبُدُونِ {25}

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.”
(QS. Al Anbiya’:25)”[2].

Jelaslah bahawa kesyirikan adalah dosa yang sangat besar sehingga seluruh Rasul diperintahkan untuk memperingatkan umatnya dari dosa ini. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa salam Berlindung dari Kesyirikan. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa salam mengajari kita untuk berlindung dari kesyirikan. Beliau berdoa:

وَأَنَا أَعْلَمُ وَأَسْتَغْفِرُك لِمَا لَا أَعْلَمُ اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِك أَنْ أُشْرِكَ بِك

“Yaa Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syirik (menyekutukanMu) sedangkan aku mengetahuinya. Dan aku memohon ampun kepadaMu terhadap kesyirikan yang tidak aku ketahui.”[3].

Bagaimana mungkin kita tidak takut terjerumus syirik padahal Nabi shalallahu ‘alaihi wa salaam saja takut terhadap masalah ini? Nabi Ibrahim ‘alaihis salam kuatir terjerumus syirik. Nabi Ibrahim ‘alaihis salam mempunyai kedudukan yang mulia. Allah SWT berfirman tentang beliau,

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ {120}

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan).”
(QS. An Nahl:120)

Allah menyifati beliau dengan sifat-sifat mulia iaitu :
– Beliau adalah imam, yakni teladan dalam kebaikan.
– Beliau adalah orang yang selalu taat, sentiasa melakukan amal ketaatan dan ikhlas dalam beramal.
– Beliau adalah seorang yang hanif, yakni yang sentiasa menghadap kepada Allah SWT dan berpaling dari selainNya.
– Beliau tidak termasuk golongan orang-orang musyrik, yakni berlepas diri dari orang-orang musyrik dan agama mereka [4]
Sifat-sifat yang dimiliki oleh Ibrahim ‘alaihis salaam adalah wujud dari kebersihan tauhidnya. Namun di sisi lain, beliau masih berdoa kepada Allah SWT,

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ ءَامِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ اْلأَصْنَامَ {35}

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Yaa Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”
(Ibrahim:35)

Lihatlah, kedudukan beliau yang mulia dan kebersihan tauhid yang beliau miliki tidak menjadikan beliau merasa aman dari kesyirikan. Bahkan beliau masih berlindung kepada Allah SWT dari bentuk kesyirikan yang paling zahir (paling nampak), iaitu menyembah berhala. Padahal kita ketahui bersama bahawa Ibrahimlah yang menghancurkan berhala-berhala kaumnya.
Allah SWT menjelaskan alasan yang mendasari ketakutan Ibrahim terhadap syirik dalam firmanNya,

رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ… {36}

“Yaa Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia…”
(QS. Ibrahim:36).

Jika seseorang mengetahui bahawa banyak di antara manusia terjerumus ke dalam syirik akbar dan mereka tersesat menjadi penyembah berhala, tentunya wajib bagi dia untuk takut terjerumus dalam kesyirikan yang telah menyesatkan banyak orang. Oleh karena itu Ibrahim at Taimi mengatakan, “Siapakah yang merasa aman dari tertimpa musibah kesyirikan setelah Ibrahim ‘alaihis salaam?!”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim).

Tidak ada yang merasa aman terjerumus dalam kesyirikan kecuali orang yang bodoh dalam memahami tauhid dan tidak mengerti larangan dari berbuat syirik.[5]
Lihatlah diri kita. Siapakah kita? Seberapakah keilmuan kita tentang tauhid? Namun kita seolah-olah sudah merasa aman dari bahaya syirik. Kesyirikan Dikuatirkan Menimpa Para Sahabat rodhiyallahu ‘anhum. Para sahabat adalah generasi terbaik umat ini. Keteguhan iman mereka sudah teruji, pengorbanan mereka terhadap Islam sudah tidak perlu diragukan lagi. Namun demikian, Nabi shalallahu ‘alaihi wa salaam masih mengkuatirkan kesyirikan menimpa mereka. Beliau bersabda.

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ ». قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « الرِّيَاءُ

“Sesuatu yang aku kuatirkan menimpa kalian adalah perbuatan syirik asghar.” Lalu para sahabat menanyakan pada beliau, “Apa yang dimaksud syirik ashgar, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, riak.”[6]

Dalam hadist di atas terdapat pelajaran tentang takut kapada syirik. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam kuatir kesyirikan menimpa sahabat muhajirin dan anshor, sementara mereka adalah sebaik-baik umat. Maka bagaimana terhadap umat selain mereka? Jika yang beliau kuatirkan menimpa mereka adalah syirik asghar yang tidak mengeluarkan dari Islam, bagaimana lagi dengan syirik akbar? Wal ‘iyadzu billah !![7]

Bukti Rasa Takut yang Benar
Setiap orang yang bersih tauhidnya pasti memiliki rasa takut terhadap syirik. Oleh kerana itu, orang yang paling bersih tauhidnya yakni Nabi kita Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam memperbanyak doa agar dijauhkan dari syirik. Demikian juga Ibrahim ‘alaihis salaam berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan dari kesyirikan dan menyembah berhala. Sedikit sekali orang yang tidak memiliki rasa takut terhadap kesyirikan akan sempurna tauhidnya, bahkan hal ini tidak mungkin terjadi. Setiap orang yang berusaha membersihkan tauhidnya, dia akan sentiasa bersemangat dalam bertauhid dan takut terjerumus syirik. Jika sudah muncul rasa takut terhadap syirik, rasa takut dalam hatinya tersebut akan menjadikan seorang hamba bersemangat. Rasa takutnya akan menimbulkan bebrapa faedah :

– Dia akan terus mempelajari kesyirikan dan macam-macamnya sehingga tidak terjerumus ke dalamnya.
– Akan sentiasa mempelajari tauhid dan macam-macamnya sehingga muncul dalam hatinya rasa takut terhadap syirik.
– Seseorang yang takut terhadap syirik, hatinya senantiasa istiqomah di atas jalan ketaatan dan mengharap wajah Allah SWT.
– Jika melakuakan suatu dosa atau kesalahan akan segera memohon ampun kepada Allah SWT, kerana perlunya dia terhadap ampunan dosa.[8]

Lihatlah Fenomena di Sekitar Kita
Pembaca yang dirahmati Allah, fenomena kesyirikan merebak di sekitar kita. Dari kesyirikan yang tersembunyi sampai bentuk yang paling zahir, baik itu syirik besar mahupun syirik kecil. Di kota hingga pelosok desa marak dengan kegiatan syirik. Kesyirikan di zaman ini tidak mengenal waktu, baik siang mahupun malam, baik dalam kondisi susah mahupun senang. Media yang beredar juga tak ketinggalan menawarkan berbagai bentuk kesyirikan. Bahkan para cendekiawan muslim yang dianggap tokoh agama pun ikut andil dalam mendakwahkan kesyirikan. Wahai saudaraku, hati ini sangat lemah. Sungguh, dengan fenomena tersebut, hati kita memiliki kecenderungan untuk mudah terjerumus dalam syirik. Tidak ada yang boleh kita lakukan kecuali membentengi diri kita dengan ilmu tauhid yang benar dan berusaha untuk mempelajari kesyirikan agar kita dapat menjauhinya. Usaha doa pun harus sentiasa kita lakukan. Semoga Allah SWT meneguhkan kita di atas jalan tauhid sampai ajal menjemput kita, sebagaimana Allah SWT firmankan,

يَوْمَ لاَيَنفَعُ مَالٌ وَلاَبَنُونَ {88} إِلاَّ مَنْ أَتَى اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ {89}

“(iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna(88), kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih(89).”
(QS. As Syu’araa:88-89)

Syaikh As Sa’di rahimahullah menjelaskan, “Hati yang bersih maksudnya hati yang selamat dari kesyirikan dan keragu-raguan serta selamat dari rasa cinta terhadap keburukan serta bersih dari bidaah dan perbuatan dosa…”[9].
Wallahul musta’an.

Penulis: Abu ‘Athifah Adika Mianoki
Muroja’ah: M.A. Tuasikal
Artikel www.muslim.or.id
Catatan Kaki:
[1]. HR. Bukhari 4498
[2]. Fathul Majiid, hal 24. Syaikh ‘Abdurrahman bin Hasan Alu Syaikh. Penerbit Muasasah al Mukhtar. Cetakan pertama tahun 1425 H/2004.
[3]. HR. Ahmad (4/403). Dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiihul Jaami’ (3731) dan Shahih at Targhiib wa at Tarhiib (36).
[4]. I’aanatul Mustafiid bi Syarhi Kitaabi at Tauhiid, hal 71. Syaikh Shalih Fauzan. Penerbit Markaz Fajr. Cetakan kedua tahun 2003.
[5]. Fathul Majiid, hal 79.
[6]. HR. Ahmad 5/428,429. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih, namun ada yang munqothi’ (terputus).
[7]. I’aanatul Mustafiid bi Syarhi Kitabi at Tauhiid, hal 90.
[8]. At Tamhiid li Syarhi Kitaabi at Tauhiid hal 43-44. Syaikh Shalih Alu Syaikh. Penerbit Daaru at Tauhiid. Cetakan pertama tahun 1423 H/2002.
[9]. Taisiirul Kariimir Rahman, Tafsir Surat Asy Syu’araa, Syaikh ‘Abdurrahman As Sa’di. Penerbit Daarul Hadist
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Disalin Oleh Muhammad Syarif
Khamis 14 - syawal - 1439 H /
2- Jun - 2018 M



Sabtu, 29 Disember 2018

T 100 : PERBUATAN DOSA

Seandainya seorang hamba mahu berfikir tentang kebesaran dan segala ciptaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka ia takkan sampai hati untuk melakukan perbuatan-perbuatan dosa.









Jumaat, 28 Disember 2018

T 67 : PENDEDAHAN PADA KEHIDUPAN MAKSIAT


Bismillahirrahmanirrahim

Pada zaman sekarang ini pintu kemaksiatan terbuka lebar. Wanita fasik dan fajir telah diperdaya oleh syaitan hingga mengumbar aurat di mana-mana. Mata setiap orang bebas memandang perkara yang diharamkan, kecuali orang yang dirahmati ALLAH AZZA WA JALLA. Bercampur gaul antara lelaki dan perempuan terjadi di setiap tempat. Majalah porno dan filem lucah bermaharajalela tanpa kawalan. Traveling ke negeri-negeri rosak dan kafir dibuka lebar. Pergaulan bebas digandrungi setiap remaja. Prostitusi dan media porno dibuka di sembarang tempat, dan setiap orang leluasa menikmatinya tanpa batas. Pergaulan bebas dan pacaran, bahkan seks bebas di kalangan kawula muda dianggap perkara biasa, kerana sudah menjadi lifestyle (gaya hidup) di sebahagian kalangan masyarakat. Perempuan bergandingan dan pergi dengan lelaki yang bukan mahramnya, baik dalam acara resmi, santai, study atau bisnes. 

Maka tidak dapat dielakkan lagi bahawa musibah besar akan menimpa generasi muda dunia ini. Oleh kerana itu, seorang remaja Muslim yang ingin pandai bergaul namun tetap bersih dan tidak terkontaminasi oleh berbagai macam kebiasaan buruk dan dekadensi moral sehingga menjadi ”sampah masyarakat”, harus memperhatikan dan menghindari kebiasaan-kebiasaan buruk.
#.Astagfirullah...


T 59 : SIAPA ORANG FASIK?


Hal-hal yang bersifat duniawi seringkali melalaikan, menjadikan lupa terhadap Allah SWT. Berjibaku dengan kesibukan dunia hingga lupa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Maka Allah SWT akan menutupi hatinya dari mengingatNya. Mereka akan dibuat lupa terhadap diri mereka sendiri, sehingga apa yang dilakukan tidak membuat dirinya produktif, segala pekerjaannya menjadi sia-sia.

Maka, banyak-banyaknya berzikir untuk mengingat Allah SWT. Sertakan Allah SWT dalam segala urusan yang dilakukan, jadikan Allah SWT sebagai satu-satunya alasan dalam mengambil segala keputusan dalam hidup. Sesungguhnya Allah SWT selalu bersama dengan orang-orang yang sentiasa mengingatiNya.

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

وَلَا تَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ نَسُوا اللّٰهَ فَاَنْسٰٮهُمْ اَنْفُسَهُمْ ؕ اُولٰٓئِكَ هُمُ الْفٰسِقُوْنَ

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada ALLAH, sehingga ALLAH menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik."
(QS. Al-Hasyr: Ayat 19)


T 41 : JALAN MENGHAPUS DOSA

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah pagi tadi seorang sahabat telah forward-kan tazkirah dari ustaz, yang membariskan jalan-jalan untuk menghapuskan dosa.
Alhamdulillah, jom kita rebut peluang yang banyak Allah SWT sediakan untuk kita bagi menghapus dosa: 
Sentiasa kita bertaubat pada Allah SWT; sering-sering buat solat sunat taubat, doa mohon ampun atas dosa yang dilakukan.
Perbaguskan wuduk - mengambil wuduk dengan sempurna... 
Perbanyakkan istighfar.
Rajin bersedekah, 
Selalu berbuat baik.
Sentiasa berzikirullah  
Bersabar dengan musibah yang menimpa seperti sakit, susah hati dan sebagainya. 
Ini antara jalan Allah SWT nak hapuskan dosa kita. Jadi jangan tunggu lagi. Ayuh kita gunakan umur yang masih ada ini untuk berusaha beramal soleh dengan semampunya In Syaa Allah. Moga-moga Allah SWT ampunkan kita...aamiinn.

Menyebut perihal sedekah, ustaz dalam Kuliah Maghrib telah berpesan agar hendaklah kita berlaku baik pada haiwan terutamanya kucing-kucing yang berkeliaran datang ke rumah kita. Yang kita bela sendiri tu, lainlah, tentunya mendapat perhatian kita, makan minumnya pasti terjaga. Yang ustaz tekankan ialah kucing yang datang-datang ke rumah kita. Maksudnya yang bukan kita bela.  Kata ustaz, memberi makan dan minum pada haiwan juga merupakan sedekah. Jadi jangan ambil ringan perkara ini dengan kita hanya memberi tulang-tulang ikan yang lebih kita makan saja pada kucing. Perhebatkanlah sedekah kita pada kucing dengan membeli ikan yang khusus buatnya. Beli ikan,  rebus, gaulkan dengan nasi dan air rebusannya kemudian bagilah makan pada kucing-kucing tersebut. Rebutlah pahala sedekah yang Allah SWT persiapkan untuk kita. Aamiinn. Beri sedekah yang terbaik. In Syaa Allah.

Begitu juga dengan burung-burung yang sering hinggap di ampaian dan bermain-main di sekitar laman kita. Taburlah makanan untuk mereka makan sebagai sedekah kita. Hendaklah berlapang dada sekiranya burung-burung, tupai mahupun monyet sering dilihat datang memakan buah-buah rambutan di laman kita. Semua itu, kata ustaz termasuk sebagai sedekah.

“Setiap orang muslim yang menanam sebuah pohon, setiap buah yang dimakan orang dari pohon tersebut baginya pahala sedekah dan setiap buah yang dicuri orang dari pohon tersebut baginya pahala sedekah, dan tidak seorangpun yang mengurangi buah dari pohon tersebut melainkan baginya pahala sedekah.” 
(HR. Muslim)

Dalam riwayat lain:

“Setiap orang muslim yang menanam pohon sekalipun ia tidak merawatnya, setiap manusia yang makan buah dari pohon tersebut, dan binatang melata dan burung, nescaya ia akan mendapatkan pahala sedekah hingga hari kiamat.”

Dalam riwayat lain:

“Setiap muslim yang menanam pohon sekalipun ia tidak merawatnya, setiap manusia yang makan buah dari pohon tersebut dan binatang melata dan makhluk apapun jua melainkan ia mendapat pahala sedekah.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Diselitkan hadis-hadis tentang menanam pohon ini khusus buat tatapan en suami yang rajin menanam pokok-pokok buah di kawasan surau. Alhamdulillah pokok mangga epal di kawasan surau lama dulu telah membukan hasil dan kini pokok-pokok rambutan di kawasan surau baru pula sudah semakin tinggi dan nampak begitu subur sekali alhamdulillah.  En suami sesekali pergi tabur baja organik untuk menambah subur dua pokok rambutan tersebut. In syaa Allah tak lama lagi tentunya akan mengeluarkan hasil serta dapat dinikmati oleh ahli kariah surau seluruhnya serta penduduk sekitar... Alhamdulillah.

T 33 : MANFAAT SAKIT


Sakit itu, "Zikrullah." Mereka yg menderitanya akan lebih sering menyebut Asma ALLAH dibanding ketika dalam sihatnya. Sakit itu "Istighfar." Dosa-dosa akan mudah teringat, jika datang sakit. Sehingga lisan terbimbing untuk memohon keampunan.

Sakit itu "Tauhid." Bukankah saat sedang merasa sakit, kalimat thoyyibat yang akan terus disebut. Sakit itu "Muhasabah." Kita lagi sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal kembali.

Sakit itu "Jihad." Kita ketika sakit tak boleh menyerah kalah, diwajibkan terus berikhtiar, berjuang demi kesembuhan. Bahkan sakit itu "Ilmu." Bukankah ketika sakit, kita akan memeriksa, berkonsultasi & pada akhirnya merawat diri untuk berikutnya ada ilmu untuk tidak mudah kena sakit.

Sakit itu "Nasihat." Yang sakit mengingatkan si sihat untuk jaga diri. Yang sihat menghibur yang sakit agar mahu bersabar. ALLAH cinta dan sayang kedua-duanya. Sakit itu "Silaturrahim." Saat menjengok, bukankah keluarga yang jarang bertemu akhirnya datang mengziarah, penuh senyum dan rindu mesra? Kerana itu pula sakit adalah perekat ukhuwah.

Sakit itu "Penggugur Dosa." Barang haram tercelup di tubuh dilarutkan di dunia,
Anggota badan yang sakit dinyerikan dan dicuciNYA. Sakit itu "Mustajab Doa." Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang sakit lalu minta didoakan oleh yang sakit.

Sakit itu salah satu keadaan yang "Menyulitkan Syaitan." Diajak maksiat tak mampu yakni tak mahu. Dosa. Lalu malah disesali. Kemudian diampuni. Sakit itu membuat "Sedikit tertawa dan banyak menangis.” Satu sikap ke-Insyaf-an yang disukai Nabi & para makhluk langit.

Sakit meningkatkan kualiti "Ibadah." Rukuk - Sujud lebih khusyuk, Tasbih - Istighfar lebih sering, Bermunajat - Doa jadi lebih lama. Sakit itu memperbaiki "Akhlak." Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi dibiasakan santun, lembut & Tawaduk.

Dan pada akhirnya "sakit" membawa kita untuk selalu ingat "kematian."
Subhaanallaah....


Khamis, 27 Disember 2018

T 17 : IMPAK DARI DOSA DAN MAKSIAT

Maka akan terhalang dari ilmu yang haq, kerana ilmu merupakan cahaya yang dimasukkan ke dalam hati, sementara maksiat akan memadamkan cahaya.
Tatkala Al-Imam Asy-Syafi’i belajar kepada Al-Imam Malik, Al-Imam Malik terkagum-kagum dengan kecerdasan dan kesempurnaan pemahaman Asy-Syafi’i.
Al-Imam Malik pun berpesan pada muridnya ini, “Aku memandang ALLAH telah memasukkan cahaya ilmu di hatimu. Maka janganlah engkau padamkan cahaya tersebut dengan kegelapan maksiat. Mari perbanyak taubat dan istighfar, agar hati bersih dan mudah menerima ilmu.



Khamis, 28 Disember 2017

S 30 : TAJASSUS

Tajassus adalah mencari-cari kesalahan orang lain dengan menyelidikinya atau memata-matai. Dan sikap tajassus ini termasuk sikap yang dilarang dalam Al Quran mahupun hadis. Imam Abu Hatim bin Hibban Al-Busthi berkata dalam sebuah kitabnya yang dikutip oleh Syekh Abdul Muhsin bin Hamd al-‘Abbad al-Badr dalam tulisannya sebagai berikut,

“Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan sentiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukkan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa capai. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang sentiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih, dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya.”
Semoga kita sentiasa dimudahkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam berakhlak karimah dan menjauhi sifat-sifat buruk dan sikap yang merugikan diri kita sendiri. Aamiin...


S 22 : HATI-HATI DARI DOSA TAKHBIB

Apa Itu Takhbib?
(Menanggapi Cinta dari Wanita Bersuami dalam Pandangan Islam)

Berawal dari komunikasi sederhana, dilanjut dengan saling curhat(berhubung), hingga tertanam cinta kerana syahwat. Lebih parah lagi, ketika kejadian itu dialami oleh mereka yang telah berkeluarga kerana interaksi lawan jenis yang tidak halal, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA cabut rasa cintanya terhadap keluarganya, digantikan dengan kehadiran orang baru dalam hatinya. Disedari mahupun tidak, sejatinya itu merupakan hukuman bagi orang yang telah boleh menikmati segala yang haram, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA hilangkan dari dirinya untuk boleh menikmati sesuatu yang halal.

Dosa Takhbib

Di antara dosa besar yang mungkin jarang diketahui oleh kaum muslimin adalah dosa takhbib. Menjadi penyebab perceraian dan kerosakan rumahtangga kerana kehadirannya, membuat seorang wanita menjadi benci suaminya dan meminta untuk berpisah dari suaminya. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM dalam banyak hadis, memberikan ancaman keras untuk pelanggaran semacam ini.

Di antaranya, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,

ﻟَﻴْﺲَ ﻣِﻨَّﺎ ﻣَﻦْ ﺧَﺒَّﺐَ ﺍﻣﺮَﺃَﺓً ﻋَﻠَﻰ ﺯَﻭﺟِﻬَﺎ

“Bukan bahagian dariku seseorang yang melakukan takhbib terhadap seorang wanita, sehingga dia melawan suaminya.”
(HR. Abu Daud 2175 dan dishahihkan al-Albani)

Juga daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,

ﻭَﻣَﻦْ ﺃَﻓْﺴَﺪَ ﺍﻣْﺮَﺃَﺓً ﻋَﻠَﻰ ﺯَﻭْﺟِﻬَﺎ ﻓَﻠَﻴْﺲَ ﻣِﻨَّﺎ

“Siapa yang merosak hubungan seorang wanita dengan suaminya maka dia bukan bahagian dariku.”
(HR. Ahmad 9157 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Dalam penjelasannya tentang bahaya cinta buta, Imam Ibnul Qoyim menjelaskan tentang dosa takhbib,

ﻭﻗﺪ ﻟﻌﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻣﻦ ﻓﻌﻞ ﺫﻟﻚ ، ﻭﺗﺒﺮﺃ ﻣﻨﻪ ، ﻭﻫﻮ ﻣﻦ ﺃﻛﺒﺮ ﺍﻟﻜﺒﺎﺋﺮ ، ﻭﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺪ ﻧﻬﻰ ﺃﻥ ﻳﺨﻄﺐ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻋﻠﻰ ﺧﻄﺒﺔ ﺃﺧﻴﻪ ﻭﺃﻥ ﻳﺴﺘﺎﻡ ﻋﻠﻰ ﺳﻮﻣﻪ : ﻓﻜﻴﻒ ﺑﻤﻦ ﻳﺴﻌﻰ ﺑﺎﻟﺘﻔﺮﻳﻖ ﺑﻴﻨﻪ ﻭﺑﻴﻦ ﺍﻣﺮﺃﺗﻪ ﻭﺃﻣﺘﻪ ﺣﺘﻰ ﻳﺘﺼﻞ ﺑﻬﻤﺎ
                                                                     
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM telah melaknat orang yang melakukan takhbib, dan beliau berlepas diri dari pelakunya.

Takhbib termasuk salah satu dosa besar

Disebabkan ketika NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM melarang seseorang untuk meminang wanita yang telah dilamar oleh lelaki lain, dan melarang seseorang menawar barang yang sedang ditawar orang lain, maka bagaimana lagi dengan orang yang berusaha memisahkan antara seorang suami dengan isterinya atau budaknya, sehingga dia boleh menjalin hubungan dengannya.
(al-Jawab al-Kafi, hlm. 154).

Bahkan, disebabkan besarnya dosa takhbib, Syaikhul Islam melarang menjadi makmum di belakang imam yang melakukan takhbib, sehingga boleh menikahi wanita tersebut. (Majmu’ Fatawa, 23/363).

Makna Takhbib

Dalam Syarah Sunan Abu Daud Adzim Abadi (w. 1329 H) menjelaskan, takhbib secara bahasa ertinya menipu dan merosak. Dengan menyebut-nyebut keburukan suami di hadapan isterinya atau kebaikan lelaki lain di depan wanita itu. (Aunul Ma’bud, 6/159).

Di bahagian lain, beliau juga menyebutkan,

ﻣَﻦْ ﺧَﺒَّﺐ ﺯﻭﺟﺔ ﺍﻣﺮﺉ ﺃﻱ ﺧﺪﻋﻬﺎ ﻭﺃﻓﺴﺪﻫﺎ ﺃﻭ ﺣﺴﻦ ﺇﻟﻴﻬﺎ ﺍﻟﻄﻼﻕ ﻟﻴﺘﺰﻭﺟﻬﺎ ﺃﻭ ﻳﺰﻭﺟﻬﺎ ﻟﻐﻴﺮﻩ ﺃﻭ ﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ

‘Siapa yang melakukan takhbib terhadap isteri seseorang’ maknanya adalah siapa yang menipu wanita itu, merosak keluarganya atau memotivasinya agar cerai dengan suaminya, agar dia boleh menikah dengannya atau menikah dengan lelaki lain atau cara yang lainnya.’
(Aunul Ma’bud, 14/52).

Imam Ad-Dzahabi mendefinisikan takhbib,

ﺇﻓﺴﺎﺩ ﻗﻠﺐ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓ ﻋﻠﻰ ﺯﻭﺟﻬﺎ

“Merosak hati wanita terhadap suaminya.”
(al-Kabair, hal. 209).

Dalam Fatwa Islam, usaha memisahkan wanita dari suaminya, tidak hanya dalam bentuk memotivasi si wanita untuk menuntut cerai dari suaminya. Yang juga termasuk takhbib adalah ketika seseorang memberikan perhatian, empati, menjadi teman curhat terhadap wanita yang sedang ada masalah dengan keluarganya.

ﻭﺇﻓﺴﺎﺩ ﺍﻟﺰﻭﺟﺔ ﻋﻠﻰ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﻟﻴﺲ ﻓﻘﻂ ﺑﺄﻥ ﺗﻄﻠﺐ ﻣﻨﻬﺎ ﺍﻟﻄﻼﻕ ، ﺑﻞ ﺇﻥ ﻣﺤﺎﻭﻟﺔ ﻣﻼﻣﺴﺔ ﺍﻟﻌﻮﺍﻃﻒ ﻭﺍﻟﻤﺸﺎﻋﺮ ، ﻭﺍﻟﺘﺴﺒﺐ ﻓﻲ ﺗﻌﻠﻴﻘﻬﺎ ﺑﻚ ﺃﻋﻈﻢ ﺇﻓﺴﺎﺩ ، ﻭﺃﺷﻨﻊ ﻣﺴﻌﻰ ﻳﻤﻜﻦ ﺃﻥ ﻳﺴﻌﻰ ﺑﻪ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ .

“Merosak hubungan isteri dengan suaminya, tidak hanya dalam bentuk memotivasi dia untuk menggugat cerai. Bahkan semata upaya memberikan empati, belas kasihan, berbagi rasa, dan segala sebab yang membuat si wanita menjadi jatuh cinta kepadamu, merupakan bentuk merosak (keluarga) yang serius, dan usaha paling licik yang mungkin bisa dilakukan seseorang.”
(Fatwa Islam, no. 84849)

Memahami hal ini, berhati-hatilah dalam bergaul dengan lawan jenis siapapun dia.
Boleh jadi pada awalnya seseorang memiliki niat baik, niat saling menolong, niat merasa kasihan, perlu ada teman untuk berbagi rasa. Kan gak ada masalah kalau cuma jadi teman curhat, yang penting gak ada perasaan apa-apa. Kita kan niatnya baik, saling mengingatkan dan menasihati.

Saya merasa dekat dengan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA semenjak kenal dia, kita saling mengingatkan untuk tahajud, untuk puasa sunah, saya menjadi rajin ibadah kerana nasihatnya, hatiku merasa nyaman dan tenteram bersamanya, semoga dia menjadi pasanganku di syurga…, dan seabreg khayalan kasmaran lainnya.

Imam Ibnul Jauzi menukil nasihat dari Al-Hasan bin Sholeh yang mengatakan,

ﺇﻥ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ ﻟﻴﻔﺘﺢ ﻟﻠﻌﺒﺪ ﺗﺴﻌﺔ ﻭﺗﺴﻌﻴﻦ ﺑﺎﺑﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﺨﻴﺮ ﻳﺮﻳﺪ ﺑﻪ ﺑﺎﺑﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﺮ

“Sesungguhnya syaitan membukan 99 pintu kebaikan, untuk menjerumuskan orang ke dalam satu pintu keburukan.”
(Talbis Iblis, hlm. 51).

Waspada bagi para lelaki, jangan sampai menerima curhat wanita tentang keluarganya. Boleh jadi ini langkah pembuka Iblis untuk semakin menjerumuskan anda.
Terkecuali jika anda seorang ulama, tokoh agama, yang berhak memberikan fatwa dengan ilmunya. Anda boleh menjelaskan halal-haram satu masalah.
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, menyelamatkan kita dari bahaya besar lingkungan yang kurang memperhatikan adab pergaulan.

Allahu a’lam.(AMM)

S 21 : DOSA SYIRIK

Banyak yang tidak tahu, keadaan orang-orang kafir musyrik zaman sebelum turun RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Orang-orang kafir musyrik terdahulu bukanlah orang yang tidak memiliki peribadahan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sama sekali. Mereka bukan orang yang tidak kenal pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Mereka mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mereka melakukan tawaf di kaabah, pergi haji, memuliakan tamu, dan masih banyak lainnya.
Apa buktinya? Surah Az-Zumar ayat 3 ini.

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

“Ingatlah, hanya kepunyaan ALLAH-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain ALLAH (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada ALLAH dengan sedekat-dekatnya." Sesungguhnya ALLAH akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya ALLAH tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.”

Kafir Musyrikin zaman dahulu menjadikan perantara antara dirinya dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mereka memberikan ibadah yang harusnya ditujukan untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mereka sampaikan kepada perantara-perantara mereka sebagai bentuk mendekatkan diri pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Dan mereka tidak menyadari, tidak mengakui apa yang dilakukan mereka sebagai bentuk kesyirikan, mereka jahil akan hal tersebut.
Ketika RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mulai mengingatkan mereka, itu jawapan mereka atas peribadatan mereka, "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada ALLAH dengan sedekat-dekatnya." Apa yang mereka lakukan? Mereka berdoa pada selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, meminta syafaat pada kuburan, bahkan rukuk, sujud, berqurban, dan banyak ibadah lain yang seharusnya hanya boleh ditujukan pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan tujuan untuk mendekatkan diri pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Apa hari ini tidak ada yang seperti itu? Banyak. Bahkan yang melakukan hal tersebut mahunya dibilang muslim, mereka meminta syafaat kepada orang soleh. Bahkan jawapan mereka persis seperti apa yang disebut dalam Az-Zummar ayat 3 tersebut, "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada ALLAH dengan sedekat-dekatnya." Seperti yang dilakukan orang-orang terdahulu kepada latta, uzza, manat, dan lainnya. Mereka dahulu orang-orang soleh, latta, dahulu mengalun roti pada musim haji dan membagikannya pada orang yang berhaji.

عن ابن عباس رضي الله عنهما ، في قوله : { اللات والعزى } كان اللات رجلا يلت سويق الحاج

“Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu’anhuma, beliau menafsirkan makna ayat "اللات والعزى" bahawa Latta adalah seorang lelaki yang membuat adunan roti untuk para jamaah haji.”
(HR. Bukhari no. 4859).

Apa jawapan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk orang-orang yang seperti ini? Mereka yang menjadikan orang soleh sebagai tempat bagi mereka menujukan ibadah? Menjadikan mereka sebagai perantara antara dirinya dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA?

Surah An-Najm, ayat 23:

إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَاؤُكُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنفُسُ وَلَقَدْ جَاءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ الْهُدَىٰ

“Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu mengadakannya; ALLAH tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka.”

Dan ketahuilah, hal tersebut adalah sebuah bentuk mensekutukan ALLAH. Takutlah kepada ALLAH, kerana Dia yang membolak-balikkan hati. Dan ALLAH tidak mengampuni dosa dari mensekutukan ALLAH, kezaliman besar, adab paling buruk kepada ALLAH.

Surah An-Nisa, ayat 48:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

Wahai saudaraku, mari kita hati-hati terhadap pembatal keIslaman pertama ini. Kesyirikan, kerana bentuknya bukan hanya mengambil agama selain Islam. Syaitan pintar dalam menipu anak Adam walaupun tipu daya mereka sebetulnya lemah, dengan mudah orang dibuat berdoa kepada makhluk. Banyak kisah dalam al Quran menerangkan hal ini, hanya saja kadang kita tidak belajar. Kita tidak tahu, maka kita terjatuh dalam ketidak tahuan kita dalam hal yang inti dalam agama ini.

Wallahualam.