Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - KEMURKAAN ALLAH SWT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - KEMURKAAN ALLAH SWT. Papar semua catatan

Selasa, 6 November 2012

J 76 ENAM Jenis mata yang mendapat kemurkaan Allah SWT

1- Mata yang melihat perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

2- Mata yang dimiliki oleh mereka yang membesarkan diri dengan Allah SWT.

3- Mata yang sentiasa mencari kesalahan orang-orang mukmin.

4- Mata yang  mengambil peluang untuk melihat perkara yang tidak baik.

5- Mata yang tidak mengambil pengajaran daripada yang dilihat.



6- Mata yang dimiliki golongan hasad terdiri daripada manusia dan jin.


Jumaat, 19 Oktober 2012

J 10 TIGA Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT

1- Jika cuai atau meringankan perintah Allah SWT.

2- Tidak reda dengan hukum pembahagian daripada Allah SWT.

3- Marah kepada Allah SWT apabila permohonannya tidak diterima.


KItab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 979.


Jumaat, 14 September 2012

H 140 ENAM Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT

Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :

1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh di atas tindakan  Allah SWT.

3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

4- Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.

5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

6-  Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak di matanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.


Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 370.



Isnin, 23 Julai 2012

C 18 BALA BENCANA ADALAH TEGURAN ALLAH SECARA HALUS

ALLAH SUBHANAHU WA TA‛ALA telah menurunkan berbagai musibah, ujian dan bala bencana yang menimpa manusia, adalah disebabkan perbuatan maksiat dan dosa mereka kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA‛ALA dan RasulNya dalam menerima dakwah para Nabi dan Rasul-rasulNya. Selain itu mereka juga mendustakan ayat-ayat ALLAH SUBHANAHU WA TA‛ALA, mengkufuri nikmat-nikmatNya dan menukarkan kenikmatan itu dengan kekufuran, serta para penguasa dan pembesar-pembesarnya menukar hukum ALLAH SUBHANAHU WA TA‛ALA dengan hukum mengikut hawa nafsu mereka  dan kecenderungan masyarakat memilih serta mengikuti tradisi nenek moyang dengan ajaran sesatnya yang membelakangi dari hidayah dan Sunnah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Al Quran menjelaskan, membenarkan perkara tersebut,

 ALLAH SUBHANAHU WA TA‛ALA berfirman yang bermaksud:

 “Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.”

(QS. Al Qhashash, 28 : 59)

FirmanNya lagi yang bermaksud:

 “Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.”

(QS. Hud : 117)

 FirmanNya lagi yang bermaksud:

 “Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.”

(QS. An Nisaa : 147)

 FirmanNya lagi yang bermaksud:


“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

(QS. Al Isra, 17 : 16)

  FirmanNya lagi yang bermaksud:

“Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).”

(QS. Al Isra, 17 : 58)

 

FirmanNya lagi yang bermaksud:


“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.”

(QS. As Syura, 42 : 30)

 FirmanNya lagi yang bermaksud:


“Dan Allah Telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.”

(QS. An-Nahl, 16 : 112)

 FirmanNya lagi yang bermaksud:


“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? iaitu neraka Jahanam; mereka masuk ke dalamnya; dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman.”

(QS. Ibrahim, 14 : 28-29)

 FirmanNya lagi yang bermaksud:


“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat yang diderita oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu lebih kuat dari mereka, mereka telah mengolah bumi dan memakmurkannya lebih banyak dari apa yang mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan dan bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka ,tetapi merekalah yang berlaku zalim terhadap diri mereka. Kemudian akibat orang-orang yang melakukan kedurhakaan dan kejahatan adalah azab siksa yang lebih buruk, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-olok.”

(QS. Rum, 30 : 9-10).

 Dan firmanNya lagi yang bermaksud:

 “(ingatlah), ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata: “Mereka itu (orang-orang mukmin) ditipu oleh agamanya.” (Allah berfirman): “Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, Maka Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Kalau kamu melihat ketika Para Malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar”, (tentulah kamu akan merasa ngeri), demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya, (keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi amat keras siksaanNya, (siksaan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri [Allah tidak mencabut nikmat yang telah dilimpahkanNya kepada sesuatu kaum, selama kaum itu tetap taat dan bersyukur kepada Allah], dan sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui, (keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya, maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim. Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman.”

(QS. Al An fal, 8 : 49-55)

 Demikianlah di antara ayat-ayat ALLAH SUBHANAHU WA TA‛ALA yang menerangkan sebab-sebab datangnya musibah dan bala bencana.

 

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM juga menerangkan akan sebab-sebab musibah dalam haditsnya:

Berkata Ummu Salamah, isteri RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, aku mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

 

“Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab-siksa kepada mereka.” Aku berkata : Wahai Rasulullah, apakah pada waktu itu tidak ada orang-orang soleh? Beliau menjawab: “Ada!” Aku berkata lagi: Apa yang akan Allah perbuat kepada mereka? Beliau menjawab: “Allah akan menimpakan kepada mereka azab sebagaimana yang ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat, kemudian mereka akan mendapatkan keampunan dan keredhaan dari Rabbnya.”

(HR. Imam Ahmad)

Ahad, 15 Julai 2012

B 32 : MAKSUD ISTIDRAJ

Ianya adalah pemberian nikmat Allah swt kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

 Rasullulah SAW bersabda :

“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah swt berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah swt pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah swt menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikalpun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malampun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah swt memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda:

 “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya”
(Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah swt hendak membinasakannya, Allah swt berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersinun tidak pernah kerana Allah swt berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah swt binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah swt, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah swt sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah swt pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah swt bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah swt. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah swt? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah swt. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredaan Allah swt, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

In sya Allah.

Rabu, 11 Julai 2012

A 146 TUJUH GOLONGAN YANG ALLAH MURKAI





 1-Melakukan hubungan seks dengan sejenis.

 2-Orang yang mengeluarkan air mani dengan tangannya.

 3-Orang yang bersetubuh dengan binatang.

 4-Orang yang mensetubuhi isterinya  melalui  duburnya.

 5-Orang yang mengahwini ibu dan anak wanitanya.

 6-Orang yang melakukan zina dengan isteri jirannya.

 7-Orang yang menyakiti jirannya sama ada dengan perkataan atau  perbuatan.