Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label SAINS ISLAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAINS ISLAM. Papar semua catatan

Ahad, 18 Disember 2016

R 114 APABILA ILMU PERUBATAN MENOLAK DAN MEMISAHKAN HUKUM ALLAH SWT

TUGAS seorang pengamal perubatan sungguh mulia. Membantu menyelamatkan nyawa manusia dan menghilangkan kesakitan kepada pesakit (dengan tidak dinafikan bahawa segalanya adalah ketentuan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA jua).

Sesiapa yang menceburi bidang ini, sama ada doktor, jururawat atau seumpamanya adalah khusus bagi menolong kehidupan manusia sejagat. Inilah kemahiran yang sukar diperoleh. Malah untuk menjadi seorang doktor, selain masa yang lebih lama di universiti berbanding dengan profesyen lain.

Oleh kerana keistimewaan inilah tugasan yang diberikan amat besar. Justeru, tugasan ini tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak khusus belajar mengenai hal ehwal merawat pesakit. Lebih besar lagi taklifan yang diberikan kepada para pengamal perubatan ini apabila ada di antara mereka menceburi bidang yang lebih spesifik dalam ilmu dan dunia perubatan.

Sebagai contohnya pembedahan jantung oleh pakar Jantung, hal-hal khusus sakit puan oleh pakar sakit puan. Ada yang mengambil kepakaran sakit tulang, sakit kanak-kanak, sakit berkaitan darah dan sebagainya. Pendek kata bukan calang-calang orang sahaja yang mengambil bidang yang penting ini.

Ilmu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ini juga tidak tertakluk kepada lelaki mahupun wanita. Ianya bergantung kepada kecenderungan masing-masing dan minat yang mendalam dalam sesuatu disiplin ilmu spesifik itu.

Menjaga Batas Syariat

Tidak sihat seseorang itu boleh membawa kepada hidup tidak berkualiti. Kerja terganggu. Ibadah pun terbatas. Malah penyakit yang dialami boleh membawa maut jika tidak diurus dengan baik oleh perawat yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang penyakit tersebut.

Namun di sana timbul satu isu apabila kita sebagai seorang muslim, perlu menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam agama seperti menjaga aurat sepanjang waktu. Aurat lelaki antara pusat dan lutut bagi masyarakat umum. Manakala aurat wanita adalah muka dan tapak tangan boleh didedahkan.

Batasan aurat ini boleh terangkat hukumnya jika berlaku darurat. Apa yang dimaksudkan darurat di sini sebagai contohnya jika wanita yang sudah sampai waktu bersalin, wajib hadir di sisinya seorang pembantu yang mahir dalam selok belok kelahiran dan membantu proses berkaitan dengan kelahiran agar terjamin nyawa ibu dan anak.

Penjagaan batas aurat ini tidaklah termasuk dalam lima perkara penting tujuan diturunkan syariat (maqasid syar’iyyah); iaitu untuk menjaga agama, akal, nyawa, maruah dan harta.

Penggunaan hukum darurat bagi menjaga aurat semasa merawat ini tidak terpakai secara langsung. Cuma hukum darurat ini digunapakai secara tidak langsung apabila ketidakhadiran orang yang mahir (sama ada lelaki atau wanita) boleh mengakibatkan nyawa si ibu atau si anak yang akan dilahirkan terancam.

Batasan hukum penjagaan aurat

Batasan hukum penjagaan aurat dalam bidang perubatan ini boleh diletakkan sebagai rukhsah. Rukhsah bermaksud keringanan yang dibenarkan syariat atas keadaan-keadaan tertentu.

Keringanan ini juga disebut sebagai ‘takhfif’ selain rukhsah. Ia adalah bentuk kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi setiap hambaNya yang berada pada keadaan tertentu. Ibnu Nujaim menyebutkan bahawa rukhsah terdiri dari beberapa jenis:

Pertama: Menggugurkan (takhfif isqath), seperti pengguguran kewajipan solat Jumaat kepada orang yang sakit kronik.

Kedua: Mengurangkan (takhfif tanqish), seperti qasar solat empat rakaat menjadi dua ketika dalam keadaan musafir; dibolehkan solat sesuai dengan kemampuan bagi seseorang yang dalam keadaan sakit dan yang lainnya.

Ketiga: Menggantikan (takhfif ibdal). Misalnya mengganti wuduk air dengan tayamum menggunakan debu diakibatkan tidak adanya air yang digunakan untuk berwuduk.

Keempat: Mendahulukan (takhfif taqdim), seperti rukhsah jamak taqdim.

Kelima: Mengakhirkan (takhfif takhir). Ini termasuklah rukhsah jamak takhir, melewatkan solat Isyak dan lain-lain.

Keenam: Meringankan (takhfif tarkhish), seperti dibolehkan minum arak jika tercekik sesuatu apabila tiada minuman lain di sekelilingnya.

Ketujuh: Mengubah (takhfif taghyir). Misalnya perubahan bentuk perbuatan solat menjadi lebih ringan ketika terjadi peperangan. [Lihat Imam Musbikin, Qawa’id al-Fiqhiyah, Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, 2001]

Dalam konteks yang dibincangkan ini, kehadiran perawat untuk merawat pesakit diringankan hukum melihat auratnya kerana kemahiran yang ada bagi perawat dan kemaslahatan yang timbul atas pesakit.
Jika digabungkan jenis rukhsah, takhfif tarkhish akan diguna pakai. Dengan sendiri isu perawat lelaki tidak timbul. Kehadiran perawat yang berkemahiran amat dituntut demi menjaga kemashlahatan nyawa pesakit.
Jika tidak melibatkan nyawa sekalipun seperti dalam pemeriksaan biasa, sentuhan dari perawat amat penting bagi menjamin kesinambungan penjagaan kesihatan yang berterusan. Lebih-lebih lagi perawat itu adalah lelaki yang lebih berkemahiran. Kerana aurat kemaluan wanita bukan sahaja lelaki ajnabi yang haram melihatnya, wanita pun haram melihatnya tanpa sebab yang khusus seperti berubat.

Namun dari satu sudut yang lain sifat dan naluri seorang manusia tidak boleh lari dari malu mendedahkan anggota sulit mereka kepada sesiapa sahaja. Di sinilah perlunya satu etika khusus dalam berubat dan merawat. Iaitu tidak sewenangnya mengambil ruang rukhsah tersebut dalam mengambil kesempatan melihat aurat di luar dari batas yang sepatutnya.

Dr Suhazeli Abdullah ialah Pakar Perubatan Keluarga

http://www.feryco.com/sejauh-mana-dibenar-melihat-aurat-dalam-perubatan

Isnin, 4 November 2013

M 27 : SUBHANALLAH, INILAH RAHSIA JANTUNG MANUSIA

Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah bag berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?
Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni ALLAH SWT dalam penciptaanNya.

“(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu,”
[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 – 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

Subhanallah, Inilah Rahsia Jantung Manusia

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.
Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.
Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.
Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.
Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan. Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.
Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam al Quran tiga hal tersebut digabung jadi satu.

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta Pertanggungjawabkannya.”
[Qs. Al-Israa (17): 36]

Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.
Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.
Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.
Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.
Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah …
Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari. Subhanallah!
Rujukan : Harian Islam.com


Khamis, 31 Oktober 2013

M 19 : Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit



Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Di Jepun hari ini sudah menjadi amalan untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya.
Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:
Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

  1.  Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi
2.    Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3.    Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.  Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

1.    Tekanan darah tinggi – 30 hari
2.    Gastrik – 10 hari
3.    Diabetes – 30 hari
4.    Sembelit – 10 hari

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
Semuanya di atas izin ALLAH jangan sesekali putus harapan dan hilang semangat teruskan berdoa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Rujukan : Harian Islam.com




Rabu, 2 Januari 2013

K 149 AYAT SUCI BERKAITAN KROMOSOM MANUSIA.


Seorang ilmuwan yang penemuannya sehebat Gallileo, Newton dan Einstein yang berhasil membuktikan tentang keterkaitan antara Al Quran dan rancang struktur tubuh manusia adalah Dr. Ahmad Khan. Dia adalah lulusan Summa Cumlaude dari Duke University. Walaupun ia ilmuwan muda yang tengah menanjak, terlihat cintanya hanya untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan untuk penelitian genetiknya. Ruang kerjanya yang dihiasi kaligrafi, kertas-kertas penghargaan, tumpukan buku-buku kumal dan kitab suci yang sering dibukanya, menunjukkan bahawa ia merupakan kombinasi dari ilmuwan dan pecinta kitab suci. Salah satu penemuannya yang menggemparkan dunia ilmu pengetahuan adalah ditemukannya informasi lain selain konstruksi Polipeptida yang dibangun dari kodon DNA. Ayat pertama yang mendorong penelitiannya adalah Surah “Fussilat” ayat 53 yang juga dikuatkan dengan hasil-hasil penemuan Profesor Keith Moore ahli embriologi dari Kanada. Penemuannya tersebut diilhami ketika Khatib pada waktu solat Jumaat membacakan salah satu ayat yang ada kaitannya dengan ilmu biologi. Bunyi ayat tersebut adalah sebagai berikut: “…Sanuriihim ayatinaa filafaaqi wa fi anfusihim hatta yatabayyana lahum annahu ul-haqq…”
Yang ertinya; 

“Kemudian akan Kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran.”

Hipotesis awal yang diajukan Dr. Ahmad Khan adalah kata “ayatinaa” yang memiliki makna “Ayat ALLAH”, dijelaskan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bahawa tanda-tanda kekuasaanNya ada juga dalam diri manusia. Menurut Ahmad Khan ayat-ayat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ada juga dalam DNA (Deoxy Nucleotida Acid) manusia. Selanjutnya ia beranggapan bahawa ada kemungkinan ayat Al Quran merupakan bahagian dari gen manusia. Dalam dunia biologi dan genetik dikenal banyaknya DNA yang hadir tanpa memproduksi protein sama sekali. Area tanpa produksi ini disebut Junk DNA atau DNA sampah. Kenyataannya DNA tersebut menurut Ahmad Khan jauh sekali dari makna sampah. Menurut hasil hasil risetnya, Junk DNA tersebut merupakan untaian firman-firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagai pencipta serta sebagai tanda kebesaran ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bagi kaum yang berfikir. Sebagaimana disindir oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA; Afala tafakaruun (apakah kalian tidak mahu bertafakur atau menggunakan akal fikiran?)
Setelah bekerjasama dengan adiknya yang bernama Imran, seorang yang ahli dalam analisis sistem, laboratorium genetiknya mendapatkan projek dari pemerintah. Projek tersebut awalnya ditujukan untuk meneliti gen kecerdasan pada manusia. Dengan kerja kerasnya Ahmad Khan berupaya untuk menemukan huruf Arab yang mungkin dibentuk dari rantai Kodon pada cromosome manusia. Sampai kombinasi tersebut menghasilkan ayat-ayat Al Quran. Akhirnya pada tanggal 2 Januari tahun 1999 pukul 2 pagi, ia menemukan ayat yang pertama “Bismillahir Rahman ir Rahiim. Iqra bismirrabbika ladzi Khalq”; “bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.” Ayat tersebut adalah awal dari surah Al-A’laq yang merupakan surah pertama yang diturunkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM di Gua Hira. Anehnya setelah penemuan ayat pertama tersebut ayat lain muncul satu persatu secara cepat. Sampai sekarang ia telah berhasil menemukan 1/10 ayat Al Quran.

Dalam wawancara yang dikutip “Ummi” edisi 6/X/99, Ahmad Khan menyatakan: “Saya yakin penemuan ini luar biasa, dan saya mempertaruhkan karier saya untuk ini. Saya membicarakan penemuan saya dengan dua rakan saya; Clive dan Martin seorang ahli genetik yang selama ini sinis terhadap Islam. Saya menyurati dua ilmuwan lain yang selama ini selalu alergi terhadap Islam iaitu Dan Larhammar dari Uppsala University Swedia dan Aris Dreisman dari Universitas Berlin.
Ahmad Khan kemudian menghimpun penemuan-penemuannya dalam beberapa lembar kertas yang banyak memuat kod-kod genetik rantai kodon pada cromosome manusia iaitu; T, C, G, dan A masing-masing kod Nukleotid akan menghasilkan huruf Arab yang apabila dirangkai akan menjadi firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang sangat mengagumkan.

“Kemudian akan Kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran.”
(QS Al Fussilat : 53)

Subhanallah, Allahu Akbar
Wallahu a’lam
Dr. Ahmad Khan – “Al Quran dan Genetik”,
SUBHANALLAH, SACRED TEXTS IN HUMAN CHROMOSOME
A scientist whose discovery was as powerful as Gallileo, Newton and Einstein to prove about the link between the Koran and design the structure of the human body is Dr. Ahmad Khan.
He is a graduate Summa Honors from Duke University. Although he is young scientist who looks her up, only for God and for its genetic research. His room is decorated with calligraphy, paper-paper Awards, heaps of the shabby books and Scripture that often opens, indicating that it is a combination of scientists and lovers of Scripture.
One of the discoveries was the tumultuous world of science is the discovery of other information in addition to the construction of a polypeptide of codon DNA. The first verse that prompted his research was a letter “Fussilat” paragraph 53 which is also corroborated by the results of his discoveries of Professor Keith Moore expert embryologist from Canada. The Penemuanny was inspired when Khatib at the time of Friday prayers read out one paragraph which has something to do with biology. The sound of the verse is as follows: “…Sanuriihim ayatinaa filafaaqi wa yatabayyana lahum hatta anfusihim Internet annahu ul-haqq … “
Which means; “Then we will show you our signs in nature and in themselves, until it is clear to them that this is the truth”.
The initial hypothesis proposed Dr. Ahmad Khan is the word “ayatinaa” which means “God’s Verse”, described by God that the signs of his power there is also in man. According to Ahmad Khan of the verses of God is also in DNA (Deoxy Nucleotida Acid). He contended that there is a possibility the Qur’anic verse was part of the human gene. In the world of biology and genetics known DNA are present without producing the protein at all. Without this production Area is called Junk DNA or DNA is junk. In fact the DNA according to Ahmad Khan is far from meaning rubbish. According to the results of his research results, Junk DNA are strands of the oracles of God as a creator and as a sign of the greatness of Allah for a people who think. As disindir by God; Afala tafakaruun (if you guys don’t want to meditate or use common sense thoughts?).
After collaborating with his brother, Imran, an expert in the analysis of the system, its genetic laboratories get the project from the Government. The project was initially intended to examine the intelligence genes in humans. With their hard work Ahmad Khan tried to find the Arabic alphabet which may be formed from a chain of Codon on cromosome man. To produce the combination of Qur’anic verses. Finally on 2 January 1999 at 2 am, he found the first verse “Bismillahir Rahman ir Rahiim. Iqra ladzi Khalq bismirrabbika “; “read with your Lord who created the name”. The text is the beginning of surat Al-A’laq which is the first letter that God revealed to the Prophet Muhammad in the cave of Hira. Strangely after the discovery of the first verse, another verse appear one by one in a hurry. Until now he has managed to find 1/10 verses of the Holy Quran.
In the interview cited “Ummi” issue 6/X/99, Ahmad Khan stated: “I am confident this discovery is amazing, and I risked my career for this. I discuss my findings with my colleagues; Clive and Martin a geneticist who had been cynical about Islam. I wrote two other scientists who has always been allergic to Islam i.e. And Larhammar from Uppsala University Sweden and Aris Dreisman from the University of Berlin.
Ahmad Khan then brought together so much in a few sheets of paper that contains the genetic codes in the human chain of codon cromosome namely; T, C, G, and A, respectively, Nucleotida code will generate the Arabic alphabet which when strung together would be the word of God that was amazing.
“Then we will show you our signs in nature and in themselves, until it is clear to them that this is the truth”. (QS Al Fussilat: 53)
Subhan Allah, Allahu Akbar
Allaah knows best

Dr. Ahmad Khan-”the Holy Quran and genetic”,


Khamis, 27 Disember 2012

K 124 Bahaya berkhalwat dengan wanita mengikut kajian sains.




Mengapa NABI MUHAMMAD SHALALLAHU ‘ALAIHI WA SALAM melarang berkhalwat antara lelaki dan wanita yang bukan mahram? Apa yang disampaikan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak ada yang keliru padanya, sehingga penelitian-penelitian ilmiah dari Baratpun membuktikannya. Berikut adalah terjemahan dari tulisan Abduldaem Al-Kaheel terkait bukti ilmiah bahaya berkhalwat dengan yang bukan mahram:***

“Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita sehingga Anda memiliki proporsi tinggi dari hormon meningkat” inilah temuan studi ilmiah yang dimuat tahun 2010 di Daily Telegraph! Mengapa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengharamkan khalwat antara lelaki dengan wanita atau melihat sesuatu yang diharamkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA? Apa hikmah ilmiah larangan ini? Mari kita baca berita ilmiah ini…

Para peneliti di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita (yang bukan mahram) menjadi daya tarik yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Adapun Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam tubuh. Meskipun subjek penelitian mencuba untuk melakukan penelitian atau hanya berfikir tentang wanita yang sendirian dengannya namun hal tersebut tidak mampu mencegah tubuh dari sekresi hormon.

Para cedikiawan mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk kinerja tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan proporsi yang rendah, namun jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian dapat menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan berakibat pada diabetes dan penyakit lainnya yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.

Bentuk yang menyerupai alat proses hormon penelitian tersebut berkata bahawa stres yang tinggi hanya terjadi ketika seorang lelaki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada saat wanitanya memiliki daya tarik lebih besar! Tentu saja, ketika seorang lelaki bersama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak akan terjadi efek dari hormon kortisol. Seperti halnya ketika lelaki duduk dengan seorang lelaki aneh, hormon ini tidak naik. Hanya ketika sendirian dengan seorang lelaki dan seorang wanita yang aneh!

Para peneliti mengatakan bahawa lelaki ketika ada perempuan asing di sisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membangun hubungan dengannya (jika tidak emosional), dan dalam penelitian lain, para ilmuwan menekankan bahawa situasi ini (untuk melihat wanita dan berfikir tentang mereka) jika diulang, mereka memimpin dari waktu ke waktu untuk penyakit kronis dan masalah psikologis seperti depresi.

NABI MUHAMMAD SHALALLAHU ‘ALAIHI WA SALAM melarang khalwat. Kita semua tahu hadits yang terkenal yang mengatakan: 

“Ingatlah, janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”
(Sunan Tirmidzi no. 20165)

“Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita saja, kecuali ia bersama muhrimnya.”
(Bukhari no. 4904)

Kerana itu NABI MUHAMMAD SHALALLAHU ‘ALAIHI WA SALAM melalui syariat Islam ini menginginkan kita menghindari berbagai penyakit sosial dan fizikal.
Ketika seorang Muslim mampu menghindari diri dari melihat aurat wanita (yang bukan mahram) dan menghindari diri dari berkhalwat dengan mereka, maka ia mampu mencegah penyebaran amoraliti dan dengan demikian melindungi masyarakat dari penyakit epidemi dan masalah sosial, dan mencegah individu dari berbagai penyakit.
Kami katakan kepada mereka yang tidak puas dengan agama kami yang hanif (lurus): Bukankah Islam sebagai agama yang benar, layak dihormati dan diikuti?
(siraaj/kaheel7/arrahmah/khoirunnisa-syahidah.blogspot.com)

Jumaat, 16 November 2012

J 125 Rahsia dan khasiat berzikir dalam kajian sains


FAKTA SAINS SEBENAR

“Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks. Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik. Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit.”

Kepentingan Penjagaan Otak

Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan, sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang.

Otak juga bertanggungjawab ke atas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).

Dari Sudut Islam Pula

Di dalam “Al-Wabil” yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:

- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir

- Zikir melahirkan cinta sejati kepada ALLAH SWT dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta ALLAH SWT hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.

- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.

- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada ALLAH SWT. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan ALLAH SWT menjadi Pelindung dan Pembantunya.

- Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.

- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai ALLAH SWT.

- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.

- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.

-Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.

- Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.

- Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.

Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra’d Ayat 28 yang bermaksud:

“Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada ALLAH itu, jiwa menjadi tenang.”

Selasa, 6 November 2012

J 79 Bahaya alkohol dan daging babi mengikut kajian sains


Subahanallah (Maha Suci Allah)! Tidak ada satu larangan Allah swt atas kita kecuali bahawa para cendikiawan n telah membuktikan akan bahayanya ….

Subahanallah (Maha Suci Allah)! Tidak ada satu larangan Allah swt atas kita kecuali bahwa para cendikiawan telah membuktikan akan bahayanya, dan tidak ada satu perintahpun untuk kita kecuali para cendikiawan menetapkan terdapat banyak manfaat di dalamnya..

Beberapa cendikiawan Barat melalui media Inggeris menegaskan bahawa mengkonsumsi daging babi dapat menyebabkan kanser dan penyakit lainnya, sedangkan mengkonsumsi minuman keras dan alkohol akan menjadi penyebab munculnya penyakit Kanser mulut, tenggorokan, dan payudara, dan menyebabkan kanser kelebihan lemak dari rahim, ginjal, itu Menurut majalah Times.
(Gambar sel kanser): Tim Riset dan studi baru-baru ini melakukan peninjauan terhadap 500 ribu penelitian yang telah dipublikasi tentang kanser di seluruh dunia, dan memilih tujuh ribu kajian yang paling relevan dengan tema, dan menyusun kembali laporan di dalamnya koleksi penelitian itu. Dan melalui penelitian tersebut mendorong masyarakat untuk menjauhkan diri dari daging babi yang kering dan diawetkan dan meminalisir mengkonsumsi alkohol. Adapun daging babi dapat meningkatkan risiko kanser sekitar 10%,

Komen pada hasil penelitian ini
Saudarku yang tercinta kerana Allah! Tentu saja, kita sebagai umat Islam tidak mungkin merasakan pengharaman daging babi dan Alkohol! Tetapi para pengkaji mulai memperingatkan tentang bahaya zat-zat pada diri manusia, mereka mengingatkan akan bahaya alkohol sampai mereka mengakui kegagalan upaya untuk mencegah orang dari kecanduan alkohol.

Mungkin akan tiba saatnya nanti para ulama memperingatkan dengan keras bahaya mengkonsumsi daging babi setelah setelah ditemukan bahayanya terhadap manusia, dan mereka telah melakukannya dengan tegas dengan melontarkan salah satu peringatan ini. dan dari sini kita mengingat akan larangan Allah dalam mengkonsumsi daging babi. Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. tetapi Barangsiapa dalam Keadaan terpaksa (memakannya) sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Baqarah:173)

Sebagaimana kita juga ingat peringatan Allah swt yang melarang kita akan minuman beralkohol. Allah swt berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
(Al-Maidah:90)

Dan hendaknya kita mengucapkan syukur, ya Tuhanku segala puji hanya untukmu yang telah mengharamkan atas kami semua buruk bagi kami dan telah memberi kami
melakukan studi, serta menghindarkan kami dari penyakit yang disebabkan oleh hal-hal yang diharamkan.

Pertanyaannya adalah: ini jelas merupakan mukjizat al-Quran? Bukankah dalam penelitian ini merupakan jawapan  terhadap orang yang menyangkal akan mukjizat  ilmiah, bahkan ada yang  mengolok-olokannya? Jika mukjizat ilmiah adalah dusta sebagaimana yang mereka klaim, maka dari mana Nabi saw mengetahui akan bahaya alkohol dan daging babi? Jika Al-Quran tidak mengandung mukjizat ilmiah, maka dari mana asalnya ilmu yang banyak yang terdapat  dalam kitab Allah SWT? Apakah seseorang dapat menyangkal bahawa al-Quran berbicara tentang Rajutan dunia dan benda antariksa alam semesta serta lubang hitam … bahkan ratusan ribu fakta-fakta ilmiah yang disampaikan oleh al-Quran?

Kita tidak boleh memiliki apa-apa kecuali dengan mengatakan tentang firman Allah swt:

سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa Sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?”
(Fushilat:53)

——————–
Oleh: Abduldaem Al-Kaheel


J 77 Sains membuktikan Mendampingi Allah swt dan Rasul adalah Rawatan terbaik

Jika kita tinjau pada beberapa penelitian tentang psikologi yang terbit baru-baru ini, maka akan ditemukan bahawa para cendikiawan banyak yang memfokus pembangunan sikap optimisme sebagai satu cara pengubatan yang efektif terhadap banyak penyakit, kerana otak akan menanggapi sikap optimisme dan mengeluarkan perintah untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

Penemuan ilmiah terbaru

Para cendikiawan menemukan bahawa beberapa perubahan yang nyata dalam rangka memfungsikan otak sehingga dapat memberikan indikator untuk membezakan antara peribadi yang optimis dan pesimis, diketahui bahawa banyak orang memiliki reaksi yang sangat berbeza pada satu peristiwa, kejadian atau tindakan, di antaranya sikap positif dan negatif.

Sebagian cendikiawan dari Stanford University di Amerika, melakukan riset tentang permasalahan ini, tentang pemisahan antara peribadi yang baik dan optimis dengan pribadi pesimis dan  murung, penelitian dilakukan oleh sebagian kalangan wanita yang beragam usia antara sembilan belas dan empat puluh dua tahun.

Para wanita dibagi menjadi dua bahagian dan para cendikiawan menampilkan dua potret menarik akan peristiwa  yang membahagiakan, seperti pesta ulang tahun, dan potret dalam suasana suram dan sedih sebagai bangsal rumah sakit dan lain-lainnya, dan pada saat proses berlangsung, para cendikiawan mengukur aktiviti otak, dan mencatat panel ilmiah bahawa perempuan yang optimis mampu lebih kuat dan cepat memberikan respek yang pada saat mengalami kebahagiaan dibandingkan dengan wanita yang mengalami kesedihan dan cemas. Justeru sebaliknya, jika dihalusi bahawa ada aktiviti yang tidak biasa di otak wanita yang sedang mengalami cemas dan sedih ketika diperlihatkan gambar-gambar suram dan sedih.

Dr. John Gabrielli, Ketua Tim Peneliti berkata: Sesungguhnaya respek otak terhadap suatu peristiwa sangat bergantung pada sifat keperibadian masing-masing, tetapi dalam percubaan tidak membuktikan secara pasti jika alasan pesimisme atau optimisme adalah kelemahan atau kurangnya aktiviti otak, atau hanya untuk melihat atau mengubah fisiologi lain.

Namun lebih jauh Dr Gabrielli mengatakan bahawa penempaan lebih banyak cahaya pada kegiatan otak dan sifatnya secara arsitektur di kemudian hari dapat berguna dalam menangani penyakit mental seperti depresi, dan ini belum diketahui apakah masalah ini berkaitan dengan genetik pra-kondisi, atau merupakan bahagian dari proses pendidikan dan adaptasi sosial.
Oleh kerana itu, otak adalah dalam hal stabiliti dan kenyamanan tergantung pada manusia optimis, dan ahli psikologi juga menegaskan bahawa stabiliti otak sangat penting untuk menjaga kesihatan manusia secara psikologi dan fisik. Sementara itu para cendikiawan menyarankan bahawa metode optimisme sangat penting untuk melakukan pengubatan dan perawatan berbagai penyakit mental. bahkan ada banyak penelitian menegaskan bahawa optimis lebih sihat daripada pesimis. Dengan demikian, optimisme adalah salah satu pengubatan terhadap berbagai penyakit yang sulit tersembuhkan, dan mungkin hal-hal yang paling penting adalah bahawa dalam kondisi optimisme sistem kekebalan tubuh manusia bekerja dalam bentuk yang lebih baik!!

Petunjuk Nabi Muhammad saw

Kita semua tahu bagaimana Nabi saw memandang kehidupan dengan penuh optimisme, beliau sangat  mengagumi optimisme dan memerintahkan para sahabatnya untuk menjadi orang yang selalu optimis. bahkan dalam situasi yang paling sulit sekalipun Nabi saw mengajari kita cara untuk menangani kecemasan dan ketakutan dalam satu kata saja! Kita semua ingat kisah hijrahnya Nabi saw dari kota Mekah ke kota Madinah, ketika Nabi dan sahabatnya Abu Bakar  memasuki gua, dan orang musyrik mencari mereka, dan sedikit sekali jarak antara mereka dan kematian jika orang-orang musyrik mendapati mereka namun rahmat Allah swt dan perlindungan-Nya lebih besar dan lebih kuat daripada tipu daya para penyembah berhala.

Dalam situasi sulit seperti itu Abu Bakar menolehkan kepalanya kepada Nabi saw dan berkata kepadanya, “Wahai Rasulullah saw: “Jika salah satu dari mereka melihat posisi kedua kakinya maka dia akan melihat kita, dan beliau berkata kepadanya,” Wahai Rasulullah, aku tidak takut diriku sendiri, namun aku takut akan keselamatan dirimu … Ini adalah kondisi dan situasi ketakutan dan kecemasan yang sangat tinggi. Namun bagaimana Nabi saw mengatasi situasi seperti itu? Mari merenungkan bersama saya teks ilahi yang menggambarkan kepada kita tentang peristiwa tersebut:

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka Sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang Dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu Dia berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(At-Taubah:40).

Ungkapan yang sangat menakjubkan “Janganlah takut kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyertai kita” dengan demikian setiap mukmin harus ingat kalimat ini ketika dihadapkan pada posisi yang sulit, dan demikian pula yang dilakukan oleh para Nabi, termasuk Nabi Yakub yang diuji oleh kehilangan anak-anaknya. Apa yang dia lakukan oleh beliau? dan bagaimana mengatasi keprihatinan dan kesedihan ini? Apakah beliau pesimis dan marah dan menjadi gelisah? Lihat apa yang ia katakan kepada anak-anaknya: “Hai anak-anakku, Pergilah kamu, Maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
[Yusuf: 87].

Lihatlah ungkapan yang luar biasa ini: “dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” Kata-kata yang paling indah untuk mengubati kecemasan dan pesimisme.
Terakhir marilah bersama saya merenungkan seruan ilahi ini dengan penuh optimisme dan harapan, renungkanlah bagaimana Al-Quran mengajarkan kepada kita harapan dan keyakinan terhadap rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dan kita selalu melantunkannya pada saat kita perlu dan dan menghadapi masalah sehingga kelak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan merespon permohonan kita, asalkan berdoa dengan tulus! ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahawasanya aku adalah dekat. aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”  
[Al-Baqarah: 186].
——————–
Oleh: Abduldaem Al-Kaheel