Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label NABI MUHAMMAD SAW - ISRAK DAN MIKRAJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NABI MUHAMMAD SAW - ISRAK DAN MIKRAJ. Papar semua catatan

Isnin, 28 Oktober 2013

M 13 ; PERISTIWA Israk dan Mikraj



PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada manusia yang paling layak dan teragung, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.

Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.

Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah ILAHI. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang istimewa di sisiNya.

Pengajaran Tentang Solat

Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.

Apabila Mikraj RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjadikan bagi umat NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kekuasaan serta keesaanNya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.

Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.

Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.

Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah memfardukan solat ke atas hamba-hambaNya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadratNya, peringatan tentang keagunganNya dan tanda kesyukuran hamba-hambaNya atas nikmat yang dicurahkanNya.

Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM: 

“Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain.” 
(Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma’ al Zawaid (1/291))

Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu’ kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepadaNya, bertakwa kepadaNya, menunaikan perkara yang menjurus kepada kerhedaanNya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmatNya.

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: 

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.”

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM: 

“Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya.” 
(riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).

Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM lagi: 

“Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga.”
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim)


Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.

Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.

Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.

Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.

Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang maksudNya: 

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati ALLAH, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya ALLAH membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya ALLAH memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
(al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menyebut tentang solat dengan sabdanya: 

“Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf.” 
(riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah ra berkata, aku mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

“Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?” Sahabat menjawab, “Tidak ada suatu kotoranpun yang tinggal.” Sabda BAGINDA SAW, “Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya ALLAH menghapuskan kesalahan-kesalahan.”
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.


Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj








M 12 ; MUKJIZAT ISRAK DAN MIKRAJ NABI AGUNG MUHAMMAD SAW.



Dikutip dari kitab Sirah Nabawiyah karya asy-Syahid asy-Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy.

Israk ialah perjalanan NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsha di al-Quds Palestin.

Mikraj ialah kenaikan
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menembus beberapa lapisan langit tertinggi sampai batas yang tidak dapat dijangkau oleh ilmu semua makhluk, malaikat, manusia dan jin. Semua itu ditempuh dalam sehari semalam.

Terjadi silang pendapat tentang sejarah terjadinya mukjizat ini. Apakah pada tahun ke-10 kenabian ataukah sesudahnya? Menurut riwayat Ibnu Sa’d di dalam Thabaqatnya peristiwa ini terjadi 18 bulan sebelum hijrah.

Jumhur kaum muslim sepakat bahawa perjalanan ini dilakukan
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dengan jasad dan ruh. Kerana itu, ia merupakan salah satu mukjizatnya yang mengagumkan yang dikurniakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepadanya. Kisah perjalanan ini disebutkan oleh Imam Bukhari dan Muslim secara lengkap di dalam shahihnya.

Disebutkan bahawa dalam perjalanan ini
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menunggang Buraq, yakni satu jenis binatang yang sedikit lebih besar dari keldai dan lebih kecil sedikit dari unta. Binatang ini berjalan dengan langkah sejauh mata memandang.

Disebutkan pula bahawa
NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM memasuki Masjidil Aqsha lalu solat dua rakaat di dalamnya. Kemudian Jibril datang kepadanya seraya membawa segelas khamr dan segelas susu. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM memilih susu. Setelah itu Jibril as berkomentar: “Engkau telah memilih fitrah (kesucian).”

Dalam perjalanan ini
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM naik ke langit pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya sampai ke Sidratul Muntaha. Di sinilah kemudian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mewahyukan kepadanya apa yang telah diwahyukan. Di antaranya adalah kewajipan solat lima waktu atas kaum muslim, di mana pada awalnya sebanyak lima puluh kali sehari semalam.

Keesokan harinya
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menyampaikan apa yang disaksikan kepada penduduk Mekah. Tetapi oleh kaum musyrik berita ini didustakan dan ditertawakan. Sehingga sebahagian mereka menentang RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM untuk menggambarkan Baitul Maqdis, jika benar ia telah pergi dan melakukan solat di dalamnya. Padahal ketika menziarahinya, tidak pernah terlintas dalam pikiran RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM untuk menghafal bentuknya dan menghitung tiang-tiangnya. Kemudian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memperlihatkan bentuk dan gambar Baitul Maqdis di hadapan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sehingga dengan mudah beliau menjelaskannya secara rinci.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: “Ketika kaum Quraisy mendustakan aku, aku berdiri di Hijr Isma’il, lalu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memperlihatkan Baitul Maqdis kepadaku. Kemudian aku kabarkan kepada mereka tentang tiang-tiangnya dari apa yang aku lihat.”

Berita ini oleh sebahagian kaum musyrik disampaikan kepada Abu Bakar dengan harapan dia akan menolaknya. Tetapi ternyata Abu Bakar menjawab dengan tegas: “Jika memang benar MUHAMMAD yang mengatakannya, maka dia telah berkata benar dan sungguh aku membenarkan lebih dari itu.”


Pada pagi harinya di malam Israk itu Jibril as datang kepada
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengajarkan tata cara solat dan menjelaskan waktu-waktunya. Sebelum disyariatkannya solat lima waktu, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukan solat dua rakaat di pagi hari dan dua rakaat di petang hari sebagaimana dilakukan oleh Nabi Ibrahim as.










M 11 ; Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW



1. Sebelum Israk dan Mikraj

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.” Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM akan melakukan hijrah. 
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa as menerima wahyu daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA; 
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetapt teguh beriman kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.`

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berhenti.

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui ALLAH SUBHANAHU WA TAALA):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam as. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa as dan Nabi Yahya as.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf as.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris as.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAMRASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, Nabi Ibrahim as bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibubapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan MUHAMMAD, RasulNya:
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA : Ya MUHAMMAD. RASULULLAH : Labbaika. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapapun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.

4. Selesai munajat, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dibawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM merayu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALAperkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan takut kepada kekuasaanNya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaranNya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam














Sabtu, 22 September 2012

I 27 IKTIBAR DARI KEMBARA AGUNG PERJALANAN KE LANGIT

Artikel ini telah diterbitkan dalam Ruangan Rencana Utusan Malaysia dan Ruangan Agama Berita Harian bertarikh 20hb. Julai 2009

KINI setelah 40 tahun angkasawan Niel Amrstrong bersama Apollo 11, menjejakkan kaki ke bulan, masih banyak lagi rahsia langit yang tidak dapat diketahui oleh akal fikiran manusia. Malah akal tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai oleh pancaindera. Justeru itu wahyu dan pertolongan Allah SWT sahaja yang boleh merungkai segala rahsia alam ini.

Sebagai contohnya peristiwa kembara agung perjalanan Rasulullah SAW ke langit menjadi bukti kepada orang yang beriman betapa Allah SWT Maha berkuasa menjemput kekasihnya Nabi Muhammad SAW menerusi suatu perjalanan menakjubkan daripada Masjidil Haram di Mekah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitul Maqdis di Palestin lalu dibawa naik melepasi langit ke tujuh dalam satu malam bertemu zat Allah SWT Yang Maha Mulia. 

Peristiwa menghairankan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud,


“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Surah al-Isra’:1) 

Sehubungan dengan itu, umat Islam diperingatkan agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak yang menyelerakan sahaja tanpa berusaha mengambil pelajaran daripada kejadian yang berlaku. Ini kerana banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuat keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Antaranya ialah; 

Wajib beriman dengan perkara ghaib

Peristiwa Isra Mikraj merupakan peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima perkhabaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Mana tidaknya perjalanan yang mengambil masa berbulan-bulan ditempuhi oleh Baginda SAW dalam tempoh satu malam. Oleh itu setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara-perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar, kerana di dunia ini terdapat banyak perkara yang dibuktikan sains wujud tetapi tidak terlihat oleh pandangan mata kasar. Sebagainya contohnya oksigen yang dihidu oleh manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat sbenarnya walaupun dibuktikan ada malah sangat penting kepada manusia. 

Wajib mengerjakan solat

Ibadah olat yang difardukan oleh Allah SWT pada malam Isra dan Mikraj merupakan suatu kaedah unik yang diadaptasi daripada pelakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT. Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini, dalam apa jua situasi tanpa sebarang persoalan. Sembahyang lima waktu yang difardukan oleh Allah SWT juga merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredaannya. Bahkan ia termasuk perkara pertama yang akan dihisab dihari kemudian. Berbagai-bagai hukuman disediakan Allah SWT kepada yang ingkar cukup menjadi ingatan agar orang Islam tidak melalaikannya. Gambaran azab dengan menghantuk-hantukkan kepala ke dinding hanya kerana leka dan malas mengerjakan sembahyang cukup menjadi bukti betapa ibadah sembahyang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. 

Wajib percaya dengan Hari kiamat

Sayugia difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara, seluruh manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk diperhitungkan segala perlakuan semasa didunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Isra dan Mikraj, dunia kini diambang kehancuran. Oleh itu setiap orang Islam bukan sahaja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari dahsyat itu. Individu Muslim disaran agar meletakkan diri dalam realiti seorang pengembara dalam perjalanan bertemu Allah SWT dengan membawa berbagai bekalan kebajikan semasa di dunia bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disamping itu persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.

Wajib percaya dengan azab Tuhan

Berbagai-bagai siksaan ditayangkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Isra dan Mikraj akibat perbuatan zina, makan riba’, engkar menunaikan kewajipan sembahyang dan membayar zakat, selalu berdusta serta pecah amanah membuktikan betapa Allah SWT Maha Berkuasa menghukum hamba yang berdosa. Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi perbuatan dosa yang mengundang kemurkaan ilahi. Di sudut pandang yang lain, gambaran kurnia ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari yang sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang yang tinggi terutama ketika berhadapan dengan syaitan musuh yang paling utama. 


Wajib percaya dengan qadak dan qadar


Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier dakwahnya iaitu Siti Khadijah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam Isra dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya.

Di sana terdapat berbagai lagi iktibar yang boleh diperolehi oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT. Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan berbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran disebalik setiap peristiwa yang berlaku. Syukurilah segala nikmat itu dengan mempertingkat amal kebajikan guna untuk kebahagiaan hidup kita bersama di dunia dan akhirat.






Selasa, 18 September 2012

I 4 Jemputan istimewa ke langit

Artikel ini telah diterbitkan dalam Ruangan Forum Akhbar Berita Harian bertarikh 16 Jun 2012

DISEBALIK kemeriahan EURO 2012 yang semakin hampir ke penghujungnya, umat Islam di seru tidak terleka menghayati tarikh mulia 27 Rejab sempena peristiwa Israk dan Mikraj Baginda Nabi Muhamad SAW. Ini kerana detik bersejarah perjalanan Nabi Muhamad SAW daripada Mekah ke Masjidil Aqsa kemudian ke petala langit ketujuh dan bertemu Allah SWT adalah peristiwa agung yang sangat menakjubkan. Malah perjalanan tersebut turut diwarnai dengan pelbagai pengajaran dan peristiwa aneh yang boleh dijadikan iktibar untuk semua kaum Muslimin.

Ini kerana perjalanan pada waktu malam bermula daripada Mekah melalui ruang udara Madinah, kemudian transit di Palestin sebelum dibawa Buraq hingga naik melepasi langit ketujuh bertemu Allah SWT adalah sesuatu yang di luar jangkauan logik akal manusia. 

Perkara ini boleh diperhatikan kepada firman Nya yang bermaksud; “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.( Surah al-Isra”:1)

Selain daripada itu, Allah SWT turut menunjukkan bukti-bukti kebesaran Nya melalui peristiwa-peristiwa aneh yang menakjubkan. Antaranya diperlihatkan akan sekelompok manusia yang perut mereka besar seumpama sebuah rumah yang dipenuhi dengan cacing dan boleh dilihat dari luar perut. Lalu Malaikat Jibril yang menemaninya sepanjang perjalanan mengatakan itulah balasan kepada pemakan riba’ yang diharamkan. 

Baginda juga dipertontonkan dengan segolongan manusia yang menanam tanaman dan menuai hasilnya pada hari yang sama. Dikatakan kepadanya itu adalah balasan baik bagi orang yang berjihad di jalan Allah SWT. Terdapat pula gelagat manusia yang dengan sendirinya menghantukkan kepala ke dinding lalu pecah dan bercantum semula kemudian dihantuknya lagi sehingga pecah dan bercantum semula sebagai azab Allah SWT terhadap orang yang malas dan meninggalkan solat.

Oleh itu sempena memperingati peristiwa agung ini umat Islam tidak terlalu leka dan terkesima dengan berbagai hiburan dan berjenaka sepanjang masa sehingga lalai melaksanakan ibadah yang difardukan. Sebagai contohnya kewajipan salat yang difardukan secara langsung kepada Nabi Muhammad SAW ketika bertemu Allah SWT pada malam Isra’dan Mikraj. Ini berbeza dengan ibadat lain seperti zakat dan haji yang diwahyukan menerusi perantaraan Malaikat Jibril AS. 

Hal ini sekali gus menunjukkan betapa salat ibadah paling penting dan sama sekali tidak tidak patut diabaikan. Malah ia merupakan ibadat yang pertama kali akan dipersoalkan semasa di dalam kubur. Keengganan sesetengah masyarakat Islam untuk melaksanakan salat pada masa kini dikhuatiri bakal menyumbang kepada gejala sosial dan moral yang semakin meruncing kerana tiada benteng penampan yang dapat mengawal mereka daripada melakukan perkara-perkara tersebut. 

Selain itu penglibatan umat Islam dalam transaksi kewangan dan perbankan yang berteraskan riba’ juga adalah wajib dihindari. Ini kerana ia diharamkan sama seperti meminum minuman keras dan memakan babi yang diharamkan. Malah dengan situasi masa kini yang mana di negara kita telah terdapat pelbagai produk pembiayaan dan kewangan yang patuh syariah hukum darurat bermuamalah dengan perbankan konvensional sepatutnya tidak lagi terpakai. 

Begitu pula keterlibatan segelintir umat Islam yang kurang ilmu agama sehingga sanggup memperolok-olokkan produk-produk perbankan Islam yang bebas riba’ juga dilihat tidak selari dengan ketentuan syariat. Adalah lebih molek jika idea-idea yang bernas disalurkan kepada pihak berwajib sehingga urusan penambahbaikan dapat dilakukan demi manfaat bersama. Selari dengan itu juga penghayatan terhadap peristiwa Isra’ dan Mikraj perlu diterjemahkan dengan hanya memilih produk pembiayaan dan pelaburan yang patuh syariah dan bukan memburuk-burukkan sistem Islam sendiri.

Bagi menghayati peristiwa Isra’ dan Mikraj ini juga jihad dalam skop yang lebih luas boleh diterapkan kepada jihad melawan hawa nafsu dan jihad daripada belenggu kemiskinan. Ini kerana hampir setiap hari ada sahaja berita berkaitan jenayah pembunuhan, penindasan terhadap kanak-kanak dan warga emas, jenayah rogol, merompak, bersekedudukan dan berzina dibicarakan di sana sini. Ia seolah-olah seperti lahar dalam gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletuskannya keluar dek kerana kroniknya masalah sosial dan moral yang berlaku. 

Justeru itu umat Islam diseru mengambil iktibar daripada peritiwa Isra Mikraj yang disambut setiap tahun bukan hanya dengan menghabiskan cuti berehat bersama keluarga mahupun ke majlis ceramah agama dan pulang begitu sahaja. Ia perlu dihayati dan diterjemahkan dalama kehidupan seharian bagi membentuk ummah yang berkualiti dari sudut akidah, syariah dan akhlak. 

In kerana peristiwa Isra’ dan Mikraj jelas membuktikan betapa kehebatan dan keagungan Allah SWT sama sekali tidak mampu ditandingi. Justeru itu setiap hamba harus tunduk dan taat mengabdikan diri kepada Nya. Malah Allah SWT sentiasa memantau setiap gerak-geri manusia dan kemudiannya mampu pula mengenakan azab dan siksa atas setiap inci kesalahan yang dilakukan semasa di dunia.Sedarlah juga betapa kehidupan di dunia hanya sementara. Oleh itu usahlah dihabiskan dengan hanya berseronok dan bersuka ria tanpa memikirkan apa yang telah dipersiapkan untuk bertemu hari pembalasan. 

Lebih daripada itu sambutan hari kebesaran Islam yang silih berganti diraikan sepanjang tahun ini perlu dihayati dan diterjemahkan dalam realiti kehidupan seharian agar ia benar-benar mencapai matlamat yang diharap-harapkan. 





Jumaat, 10 Ogos 2012

G 10 Perjalanan Rasulullah SAW menemui Allah SWT

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan); Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya : § Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetapi teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S.W.T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat.

Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat. Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Selepas Mikraj Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam. (Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah swt dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S.W.T. : 

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain.” Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.” Berkata bumi, “Hai langit, di tempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).” Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syariatnya juga di tempatku.” Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.” Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.” Jibrail A.S. bertanya, “Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?” Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.” Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?” Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.” Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.” Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Rujukan :

http://cintasuci.blog.com/