Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - PERLINDUNGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - PERLINDUNGAN. Papar semua catatan

Rabu, 1 Januari 2020

U 67 : 7 GOLONGAN DINAUNGI ALLAH SWT


 

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد


Tazkirah subuh


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ: الإِمَامُ الْعَادِلُ, وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ, وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ, وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ, وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ, وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ, وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ.

Daripada Abu Hurairah, daripada Nabibersabda

"Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya: 
1. Pemimpin yang adil, 
2. Seorang pemuda yang sentiasa ibadah kepada Rabbnya,
3. Seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid,
4. Dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah SWT: mereka tidak bertemu kecuali kerana Allah SWT dan berpisah kerana Allah SWT, 
5. Seorang lelaki yang diajak berbuat zina oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata: 'Aku takut kepada Allah', 
6. Seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya,
7. Seorang lelaki yang berzikir kepada Allah SWT seorang diri hingga ia menangis.

Pesanan :
1. Keutamaan 7 golongan tersebut, iaitu mendapat naungan Allah SWT di hari akhir.
2. Hadis ini memotivasi kita agar menjadi setidak-tidaknya satu dari tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan kelak.

Sahih al-Bukhari – 620

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين،
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين





Ahad, 2 September 2012

H 86 Allah menaungi 7 Golongan

Daripada Abu Hurairah ra, daripada NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM sabdanya: “ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan memberikan naungan kepada Tujuh jenis orang pada hari Kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

1. Imam yang adil.

2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

3. Seseorang yang hatinya tergantung di Masjid.

4. Dua orang yang saling mengasihi kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ; mereka berkumpul kerana ALLAH swt dan berpisah kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

5. Seorang Lelaki yang dirayu untuk berzina oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus “Aku takut kepada ALLAH.”

6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya.

7. Seorang yang mengingat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA waktu bersunyi sunyi, lantas meleleh air matanya.”


Riwayat Bukhari.


Ahad, 5 Ogos 2012

F 53 BILAKAH KITA AKAN BERSAMA ALLAH SWT ???

Dalam suatu Konferensi iblis, syaitan   dan jin, dikatakan: “Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid”, “Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Quran dan mencari kebenaran”, “Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah swt dan Pembawa risalahNya Muhammad”, “Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah swt, maka kekuatan kita akan lumpuh.”

“Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah swt”.
“Inilah yang akan kita lakukan,” kata iblis. ”Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah swt dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!”. “Bagaimana kami melakukannya?” tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,”

Jawab sang iblis “Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG”.

“Bujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 – 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong.” “Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.”

“Jika keluarga mereka mulai tidak harmonis, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah sepulang dari bekerja”. “Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa ada ketenangan di rumah.”

“Pikat mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan”. “Dorong mereka untuk menyetel TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan musik terus menerus di semua restoran mahupun toko2 di dunia ini.”

“Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya”

“Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid”. “Cekoki mereka dengan berbagai berita dan gosip serta infotainment selama 24 jam sehari”.

“Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan”. “Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

“Muat gambaran wanita yang cantik itu adalah yang langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggiring para suami berfikir bahawa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka”

“Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala”.

“Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari di luaran”. “Hal inilah yang akan mempercepat retaknya sebuah keluarga”
“Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna solat.”

“Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, dugem, fitness, mall, pertandingan-pertandingan, konser musik dan bioskop.”

“Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK.” “Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak bererti, sehingga percakapan mereka tidak berdampak apa-apa.

“Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah swt.” “Dan Dengan segera mereka akan merasa bahawa keberhasilan, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah).”

“PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL.” “RENCANA YANG BAGUS.” Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KALANG KABUT, DAN SENANG HURA-HURA”. “Dan hanya menyisakan sedikit saja waktu buat Allah sang Pencipta.”

“Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya”. Sekarang pertanyaan saya adalah, “APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???”

ANDALAH YANG MENENTUKAN!!!
“ Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang menentukan “


Rabu, 25 Julai 2012

C 74 TIGA Perkara Menyebabkan Kita Dipayungi Oleh Allah SWT

1.   Berwuduk dalam waktu sejuk yang melampau.

2.   Berjalan ke masjid dalam keadaan gelap-gelita.


3.   Memberi makan kepada mereka yang lapar.


Jumaat, 20 Julai 2012

B 120 AMAL TIGA PERKARA AKAN MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH




Apabila seseorang melakukan tiga perkara berikut akan mendapat peliharaan Allah SWT, dilimpahi rahmat dan akan memasuki Syurga:

1. Apabila diberi ia bersyukur atau berterima kasih.
2. Apabila mampu membalas kezaliman yang dilakukan ke atasnya ia memaafkan kepada mereka yang menzaliminya.

3. Apabila ia marah ia bersabar dan berfikir.