Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label TAUBAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAUBAT. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Februari 2020

U 198 : TAUBAT DARI SESUATU DOSA TAPI MASIH MELAKUKAN DOSA YANG LAIN


Di antara pertanyaan yang penting yang menuntut untuk dijawab dan dijelaskan hukumnya di sini adalah pertanyaan: apakah taubat dari suatu dosa sah, jika sambil tetap melakukan dosa yang lain?
Dalam hal ini ada dua pendapat ulama, dan keduanya adalah dua riwayat dari imam Ahmad. Orang yang mengatakan di situ ada ijma', tidak mengetahui ikhtilaf pendapat yang terjadi, seperti an-Nawawi yang berpendapat lain dan ulama lainnya.
Abu Thalib al Makki dalam kitabnya "Qutul Qulub" meriwayatkan pendapat berikut ini dari beberapa ulama: “Orang yang telah taubat dari sembilan puluh sembilan dosa, namun ia tidak bertaubat dari satu dosa, maka ia menurut kami bukan kelompok orang yang bertaubat."
[Qutul Qulub: 1/191]

Imam Ibnu Qayyim berkata: Masalah ini pelik, dan memiliki kerumitan tersendiri. Namun perlu memilih salah satu pendapat itu dengan diperkuat oleh dalil. Mereka yang mengabsahkan taubat seperti itu berdalil bahawa keislaman seseorang jelas sah --dan keislaman itu adalah taubat dari kekafiran-- meskipun ia masih tetap melakukan maksiat yang ia belum bertaubat darinya. Maka demikian pula halnya dengan taubat dari suatu dosa sambil masih tetap melakukan dosa yag lain.
Sedangkan kelompok ulama yang lain berkata: keislaman itu lain masalahnya dari yang lain, kerana kekuatannya, serta keislaman itu dapat terjadi --dengan keislaman kedua orang tuanya atau salah satunya-- bagi anak kecil.
Sementara kelompok ulama yang lain lagi berdalil, bahawa taubat itu adalah kembali kepada Allah SWT dari melanggar aturanNya menuju ketaatanNya. Maka bagaimana ia dapat dikatakan kembali jika ia hanya taubat dari satu dosa, sementara masih terus melakukan seribu dosa lainnya?
Mereka berkata: ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak menghukum orang yang telah bertaubat kerana orang itu telah kembali kepada ketaatan dan penghambaanNya, serta telah taubat dengan taubat nasuha. Sedangkan orang yang masih terus melakukan dosa lain yang sejenisnya --atau malah lebih besar lagi-- tidak dapat dikatakan telah kembali kepada ketaatan, dan tidak pula telah taubat dengan taubat nasuha.
Mereka berkata: Orang yang bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA T, darinya telah hilang cap "pelaku maksiat", seperti orang kafir ketika ia masuk Islam yang hilang cap "kafir" itu darinya. Sedangkan orang yang tetap melakukan dosa lain selain dosa yang ia mintakan taubat itu, maka cap "maksiat" masih tetap melekat padanya, sehingga taubatnya tidak sah. Rahsia masalah ini adalah: taubat itu memiliki macam-macam bahagian, seperti kemaksiatan, sehingga ia dapat taubat dari satu segi, tidak pada segi lainnya, seperti antara keimanan dengan keislaman.

Pendapat yang kuat adalah: taubat itu dipecah-pecah, seperti perbezaan dalam pelaksanaannya. Demikian juga dalam jumlahnya. Maka jika seorang hamba telah menjalankan suatu kewajipan dan meninggalkan kewajipan yang lain, ia akan menerima hukuman atas yang ditinggalkan itu tidak atas kewajipan yang telah dilakukannya. Demikian juga halnya orang yang telah bertaubat dari satu dosa dan tetap melakukan dosa yang lain, kerana taubat adalah kewajipan dari dua dosa. Maka ia telah melakukan satu dari dua kewajipan dan meninggalkan yang lain. Sehingga apa yang ditinggalkannya tidak membuat batal apa yang telah dikerjakannya. Seperti orang yang tidak melaksanakan haji, namun menjalankan solat, puasa dan zakat.
Kelompok yang lain berkata: taubat adalah satu pekerjaan. Maknanya adalah meninggalkan apa yang dibenci oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA serta menyesal dari perbuatannya yang buruk, dan kembali kepada ketaatan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Maka jika ia tidak melengkapinya, taubatnya itu tidak sah, kerana ia adalah satu kesatuan ibadah. Maka melaksanakan sebahagian taubat sementara meninggalkan taubat yang lain adalah seperti orang yang melakukan sebahagian ibadah dan meninggalkan bahagian lainnya. Dan ikatan bahagian-bahagian suatu ibadah satu sama lain lebih kuat dari ikatan ibadah-ibadah yang bermacam-macam, satu sama lain.
Dan kelompok yang berpendapat lain berkata: setiap dosa memiliki taubat yang khusus baginya, dan taubat itu wajib dilakukannya. Namun taubat itu tidak berkaitan dengan taubat dari perbuatan lainnya. Seperti tidak ada kaitan antara satu dosa dengan dosa lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: menurutku dalam masalah ini adalah: suatu taubat atas suatu dosa tidak sah jika orang itu tetap menjalankan dosa lainnya yang sejenis. Sedangkan taubat dari satu dosa sambil masih melakukan dosa lain yang tidak mempunyai hubungan dengan dosa pertama, juga bukan dari jenisnya, taubat itu sah. Seperti orang yang bertaubat dari riba, dan belum bertaubat dari meminum khamar misalnya. Kerana taubatnya dari riba adalah sah. Sedangkan orang yang bertaubat dari riba fadhl, kemudian ia tidak bertaubat dari riba nasi'ah dan terus menjalankan riba ini, atau sebaliknya, atau orang yang taubat dari menggunakan ubat bius dan ia masih tetap minum minuman keras, atau sebaliknya, maka taubatnya ini tidak sah. Ini adalah seperti orang yang bertaubat dari berzina dengan seorang wanita, namun ia masih tetap berzina dengan wanita-wanita lainnya, maka tidak sah taubatnya. Demikian juga orang yang bertaubat dari meminum juice anggur yang memabukkan, namun ia masih terus meminum minuman lainnya yang memabukkan juga, maka orang ini sebetulnya belum bertaubat. Namun ia hanya berpindah dari satu macam ke macam lainnya.
Berbeza dengan orang yang meninggalkan satu jenis maksiat, sambil menjalankan maksiat jenis lainnya. Kerana dosanya lebih ringan, atau kerana dorongannya baginya lebih kuat, serta kekuatan syahwat untuk melakukan itu amat kuat baginya atau juga faktor-faktor yang mendorongnya untuk terus melakukan itu masih tetap ada, tidak perlu dicari. Berbeza dengan maksiat yang perlu dicari dahulu perangkatnya untuk mengerjakannnya, atau juga kerana teman-temannya memilikinya, dan mereka tidak membiarkannhya untuk bertaubat darinya, dan ia memiliki kehormatan di hadapan mereka, maka jiwanya tidak membiarkannya untuk merosak penghormatan mereka atasnya itu dengan melakukan taubat.
[Madarij Salikin: 1/273-275]

Pendapat yang aku pilih dalam masalah ini adalah: seluruh orang yang bertaubat dari suatu dosa dengan taubat yang benar, maka diharapkan Allah SWT menerima taubatnya, dari dosa itu. Meskipun ia masih terus menjalankan dosa yang lain. Barangsiapa yang bertaubat dari perbuatan kaum Luth (homoseksual) dengan benar, nescaya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan menerima taubatnya, meskipun ia masih berat untuk bertaubat dari zina. Orang yang bertaubat dari riba nasi'ah, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan menerima taubatnya, meskipun ia masih menjalankan riba fadhl. Atau ia taubat dari ghibah (menceritakan keburukan orang) dan namimah (mengadu domba), meskipun ia masih sering menghina orang, berbohong ketika bicara atau dosa lidah lainnya.
Taubat itu sah kerana taubat pada dasarnya adalah hasanah (kebaikan), bahkan kebaikan yang besar. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar." 
[an Nisa: 40]

Kemudian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berjanji akan menerima taubat hamba-hambaNya secara umum. Dan tidak mengkhususkan satu dosa dari dosa lainnya. Seperti dalam firman Allah SWT:

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan." 
[QS. asy-Syuura: 25].

Orang ini telah bertaubat dari dosanya, dan ia berhak untuk diterima taubatnya oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan dimaafkan.
Kemudian ini sesuai dengan keluasan rahmat dan maghfirah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang mencakup seluruh orang yang berdosa dan seluruh orang yuang bertaubat. Seperti firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

"Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa seluruhnya."

Kemudian itu juga akan mengubati kelemahan manusia, dan menuntunnya secara bertahap, dan membuka kesempatan baginya meningkat setahap demi setahap. Sehingga ia dapat meninggalkan maksiat sedikit demi sedikit, dan dari satu fasa ke fasa selanjutnya. Hingga pada akhirnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan hidayah kepadanya untuk meninggalkan seluruh kemaksiatan itu. Dalam hadits sahih disabdakan:

"Kalian diutus hanya untuk memberi kemudahan dan tidaklah kalian diutus untuk membuat kesulitan."

Pendapat yang mengatakan diterimanya taubat seseorang yang taubat ketika ia masih berbuat dosa lagi, dan ia kemudian kembali bertaubat, didukung oleh hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang hamba melakukan dosa, dan berdoa: Yaa Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku. Tuhannya berfirman: HambaKu mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hambaKu itu. Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa: Yaa Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku. Allah berfirman: HambaKu mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hambaKu itu. Kemudian ia terus dalam keadaan demikian selama masa yang ditentukan Allah hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdoa: Yaa Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku. Allah berfirman: HambaKu mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya. Maka Aku telah berikan ampunan kepada hambaKu, (diulang tiga kali) dan silakan ia melakukan apa yang ia mahu."
[Hadits Muttafaq alaih: lihat: al Lu'lu wa al Marjan (1754) dan lihatlah: Fathul Bari juz 13 hal. 46 dan setelahnya]

Al Qurthubi berkata dalam kitabnya "al Mufhim fi syarhi Muslim": Hadits ini menunjukkan kebesaran faedah istighfar, dan keagungan nikmat Allah SWT, keluasan rahmatNya serta sifat pemaaf dan pemurahNya. Namun istighfar ini adalah permohonan taubat yang maknanya tertanam dalam hati sambil diiringi dengan ucapan lidah, sehingga ia tidak lagi menjalankan dosa itu, dan ia merasa menyesal atas perbuatan masa lalunya. Sehingga itu adalah ungkapan praktikal atas taubat. Seperti dikatakan oleh hadits: orang yang paling baik dari kalian adalah setiap orang yang terfitnah (sehingga melakukan dosa) dan sering bertaubat." Maknanya: iaitu orang yang terulang dosanya dan mengulang taubatnya. Setiap kali ia jatuh dalam dosa ia mengulang taubatnya. Bukan orang yang berkata dengan lidahnya: aku beristighfar kepada Allah SWT, namun hatinya masih terus ingin menjalankan maksiat itu. Inilah istighfar yang masih memerlukan kepada istighfar lagi!
Al Hafizh ibnu Hajar berkata dalam kitab Fathul Bari ketika memberi komentar atas hadits itu, sebagai berikut: hal ini diperkuat oleh hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dari hadits Ibnu Abbas secara marfu':
"Orang yang bertaubat adalah seperti orang yang tidak mempunyai dosa, dan orang yang meminta ampunan dari dosa, sementara ia masih tetap melakukan dosa, adalah seperti orang yang mengejek Tuhannya."
Ia berkata: yang rajih adalah: redaksi dari "wal mustaghfir... hingga akhirnya, adalah mauquf. Atau dari perkataan Ibnu Abbas, bukan hadits Nabi. Yang pertama menurut Ibnu Majah dan Thabrani, dari hadits Ibnu Mas'ud. Dan sanadnya hasan.
Al Qurthubi berkata: faedah hadits ini adalah: kembali berbuat dosa adalah lebih buruk dari ketika pertama kali melakukan dosa itu, kerana dengan kembali berdosa itu ia bererti melanggar taubatnya. Tapi kembali melakukan taubat adalah lebih baik dari taubatnya yang pertama, kerana ia bererti terus meminta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Yang Maha Pemurah, terus meminta kepadaNya, dan mengakui bahawa tidak ada yang dapat memberikan taubat selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Imam an Nawawi berkata: dalam hadits itu, suatu dosa --meskipun telah terulang sebanyak seratus kali atau malah seribu dan lebih-- jika orang itu bertaubat dalam setiap kali melakukan dosa-- niscaya taubatnya diterima, atau juga ia bertaubat dari seluruh dosa itu dengan satu taubat, maka taubatnya juga sah. Dan redaksi: "perbuatlah apa yang engkau mahu" -- atau "Maka silakan ia berbuat apa yang ia mahu" - maknanya: selama engkau masih melakukan dosa maka bertaubatlah, nescaya Aku akan ampuni dosamu,"
[Lihat: Fathul Bari: 14/ 471. Cetakan: Darul Fikr al Mushawirah An Salafiyah]

Benar, taubat yang sempurna adalah taubat dari seluruh dosa. Dan itulah yang akan membawa kepada keberuntungan yang disinyalir dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." 
[QS. an-Nur: 31]

Taubat seperti itulah yang akan menghapus seluruh keburukan, dan menghilangkan seluruh dosa, dan orangnya akan masuk dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak mengcewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya.
Inilah yang akan menarik cinta ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepadanya, juga kesenangan dan senyumNya terhadap mereka.
Juga taubat yang sempurna adalah taubat yang tidak hanya mencegah orang itu untuk kembali melakukan maksiat saja, namun ia adalah taubat yang mendorongnya untuk melakukan ketaatan, menjalankan perbuatan yang soleh, serta mematuhi hukum-hukum syari'ah dan adab-adabnya, secara zahir dan batin, antara dia dengan Rabbnya, antara dirinya dengan dirinya sendiri, serta antara dirinya dengan seluruh makhluk. Sehingga ia dapat mencapai keberuntungan di dunia dan akhirat, dan mendapatkan kemenangan syurga serta selamat dari neraka.

Oleh kerana itu, kita harus membezakan antara taubat yang menyeluruh yang akan mengantarkan orang itu kepada kemenangan mendapatkan syurga dan selamat dari neraka, dengan taubat yang parsial yang memberikan keuntungan kepada orang yang taubat itu serta membebaskannya dari suatu dosa tertentu, meskipun ia tetap terikat dengan dosa yang lain. Kedua macam taubat itu mempunyai ketentuan hukumnya masing-masing. 
Semoga Bermanfaat. Salam Santun Silaturahmi - PATIMBER
Posted by Naufal Habibullah


Selasa, 24 Disember 2019

T 198 : MENGHILANGKAN DOSA DENGAN TAUBAT DAN ISTIGHFAR


Apakah dosa itu dan bagaimana cara menghilangkannya. Umat Kristian dengan doktrin penebusan dosanya meyakini bahawa dosa manusia sudah ditebus oleh darah Yesus di tiang salib. Manusia terlalu kotor dan tidak mampu menghilangkannya dengan kekuatan sendiri, hanya Yesuslah yang boleh menebus segala kesalahan. Tetapi Islam tidak mengajarkan konsep penebusan dosa tersebut tetapi Islam mengajarkan dosa boleh dihilangkan dengan taubat. Allah SWT menciptakan manusia tidak hanya diberikan segala kemampuan jasmaniah melainkan telah dilengkapi juga kekuatan rohaniah, termasuk ketika dia berdosa manusia sebenarnya telah diberi kemampuan untuk bangkit, dengan bertaubat dan menebusnya dengan kebaikan yang lebih banyak. 

Hakikat dosa bukanlah bahawa Allah SWT menciptakan dosa lalu kemudian sesudah ribuan tahun baru terfikir olehNya untuk pengampunan dosa, tidak; tetapi sebagaimana lalat memiliki dua sayap, di satu sayapnya terdapat penawar dan di sebelahnya terdapat racun, demikian pula pada manusia ada dua 'sayap' satu sayap maksiat dan yang satu lagi sayap penyesalan. 

Taubat merupakan bukti perasaan menyesal. Ini sudah merupakan kaedah umum bahawa jika seseorang memukul orang lain maka sesudahnya ia akan menyesal dan merasa bersalah, seolah-olah kedua sayapnya mengepak secara bersamaan, iaitu ketika racun beraksi terdapat pula antidotnya. Kini pertanyaannya adalah mengapa dosa itu dibuat, mengapa manusia tidak diciptakan saja menjadi suci semua tanpa cela sebagaimana fikiran orang-orang Kristian. Jawapannya adalah kendatipun ia racun namun kerana terdapat sifat mematahkan di dalamnya, maka ia memiliki fungsi sebagai penawar. Racun juga apabila sudah melalui sebuah proses maka itu akan berfungsi sebagai ubat. Dari racun-racun seperti itu banyak sekali diramu menjadi ubat-ubatan. Dari suatu kesalahan seorang dapat belajar sehingga menjadi insan yang lebih kuat, yang lebih berhati-hati. 

Jika tidak ada dosa maka akan muncul racun yang lain, iaitu racun keangkuhan yang dengan itu akan menghancurkan manusia. Jadi taubat akan berfungsi menghilangkannya. Taubat akan menghindarkan manusia dari bahaya takbur dan ujub. 

Bertaubat Dengan Memperbanyak Istighfar

Sebagai seorang mukmin mestilah kita memperbanyak istighfar dan taubat kepada Allah SWT. Jika satu sayap sudah mengepak, ertinya kita telah diperingatkan untuk kembali kepada Allah SWT meminta ampun, dan selanjutnya memperbaiki kesalahan dengan tidak mengulanginya dan menggantinya dengan kebaikan-kebaikan yang baru. Jika junjungan kita yang Mulia Nabi Muhammad SAW saja masih beristighfar setidaknya 70 kali sehari, maka apalagi kita yang seharusnya melakukan lebih banyak lagi. Taubat itu tidak bererti hanya berlaku kepada orang yang pada saat itu melakukan dosa, tetapi taubat juga belaku untuk setiap kondisi sebagai penghadang dari potensi dosa yang boleh saja terjadi kemudian hari. Ia akan menjadi pelindung, iaitu kita yang mengenali dosa itu sebagai dosa maka ia akan lebih berhati-hati untuk menjauhi dosa tersebut. 

Jika kita dengan kesungguhan hati menangis memohon ampunan kepada Allah SWT, maka Allah SWT dengan sifat Ghofurnya akan memaafkan kita. Seseorang yang terus beristighfar maka hatinya akan melihat dosa itu sebagai suatu hal yang jijik dan ia tidak ingin mendekatinya. 

Secara alami umat Islam telah tertanam rasa jijik akan daging babi, padahal ribuan perbuatan lainnya yang kotor tetap saja dilakukan. Jadi hikmahnya adalah Allah SWT telah meletakkan contoh rasa jijik dan rasa tidak suka kepada daging babi, maka rasa itu jugalah yang harus ditumbuhkan kepada setiap perbuatan dosa. Dan hal itu boleh dilakukan dengan taubat dan memperbanyak istighfar. 

Jika dalam diri manusia telah tertanam rasa benci pada dosa dan kemudian mengayunkan langkahnya kepada perbaikan diri, maka lama kelamaan segenap keburukannya akan menjauh. 

Yakinlah bahawa di dalam taubat terdapat buah-buah yang berlimpah. Ini merupakan sumber mata air keberkatan. Pada hakikatnya para wali dan orang-orang soleh adalah mereka yang bertaubat dan kemudian mereka terus istiqomah dalam taubatnya. 

Oleh kerana itu kita harus tingkatkan taubat kita kita jadikanlah amal kita mendatangkan redha sang Pemilik kita. Ingatlah bahawa hukuman dari kekeliruan akidah kita akan diputuskan di akhirat nanti, keputusan menjadi orang Hindu atau Kristian atau menjadi orang Islam. Tetapi orang yang aniaya yang bergelimang dosa dan pelanggaran, di dunia ini juga ia akan mendapatkan hukuman.

Sabda Nabi SAW berikut kiranya dapat menjadikan kita hamba-hamba yang bertaubat dan memperbaiki diri.

"Allah lebih senang kepada orang yang bertaubat daripada orang yang haus menemukan air, orang yang mandul lalu punya anak, dan orang yang tersesat lalu menemukan jalan. Dan barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang baik, maka Allah membuat lupa dua malaikat yang mengawasi amal tersebut (Rakid dan Atid), seluruh anggota badannya, dan tempat dalam tanah (kubur) terhadap kesalahan-kesalahan orang yang taubat dan dosa-dosanya."
(HR Ibnu Abbas)

Semoga Allah SWT menerima taubat kita. 

Khamis, 30 Mei 2019

T172: BERTAUBAT SEBELUM TIDUR


Oleh: Muhammad Wasitho Abu Fawaz

Bismillah. Hidup di dunia ini hanya sementara. Saat kematian menjemput seseorang, bererti harus berpisah dengan dunia dan segala isinya. Dan itu pasti terjadi. ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati.”
[al-Anbiyâ’/21:35]

Dalam ayat lain ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA berfirman:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu (berada) dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.”
[an-Nisâ`/4: 78]

Kematian akan menimpa semua orang, baik yang shalih atau yang durhaka, yang kaya raya ataupun yang miskin papa, yang terpandang ataupun tidak, yang ikut berjihad ataupun duduk santai di rumahnya, dan lain sebagainya. Semuanya pasti akan mati bila ajalnya telah tiba ajalnya dan semuanya akan binasa, kerana ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

“Semua yang ada di bumi itu fana (tidak kekal).”
[ar-Rahmân/55:26]

Kemudian sesudah mati, kita semua akan dihidupkan kembali untuk mempertanggung jawabkan semua amal perbuatan kita. ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman, yang ertinya,

“Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati.”
[Hûd/11:7]

Mari Segera Bertaubat Kepada ALLAH AZZA WA JALLA

Jika memang demikian, sementara sudah dapat dipastikan bahawa setiap manusia tidak akan luput dari kelalaian, kesalahan dan dosa kecuali yang dirahmati ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dan diberi al-‘ishmah (terpelihara dari salah dan dosa) seperti para nabi dan rasul, maka sudah seharusnya kita semua untuk segera bertaubat kepada ALLÂH AZZA WA JALLA dan tidak menunda-nundanya. NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:

كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Setiap anak Adam (manusia) pernah berbuat kesalahan, namun sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan ialah orang yang segera bertaubat (kepada ALLÂH).”
[HR. Ibnu Mâjah 2/1420, no.4251][1])

ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA memerintahkan kita agar segera bertaubat, sebagaimana firmanNya:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLÂH, hai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.”
[an-Nûr/24:31].

Dan firmanNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada ALLÂH dengan taubat yang benar (ikhlas).”
[at-Tahrîm/66:8]

Dan hendaknya kita sering beristighfâr (mohon ampun kepadaNya) atas dosa-dosa yang telah kita perbuat selama ini, kerana ALLÂH Zat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang akan sentiasa menerima taubat dari para hambaNya dan mengampuni dosa-dosa sebesar dan sebanyak apapun. ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman, yang ertinya,

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat ALLÂH. Sesungguhnya ALLÂH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[az-Zumar/39: 53]

Di dalam hadits Qudsi yang diriwayatkan daripada Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu, RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA berfirman: “Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangiKu dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukanKu, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan.”
[HR. Tirmidzi IV/548, no.3540][2]

Hendaknya kita mempersiapkan diri dengan bekal taqwa untuk menempuh perjalanan menuju ke negeri akhirat yang merupakan tempat tinggal abadi.

Beberapa Hal Yang Dapat Mendorong Seorang Hamba Agar Segera Bertaubat Kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA Sebelum Tidur

Kenapa sebelum tidur? Terdapat banyak hal yang dapat membantu seorang hamba untuk segera bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA bilapun dan di mana-manapun. Namun dalam pembahasan kali ini kami akan menyebutkan sebahagian amalan yang diharapkan dapat mendorong seorang hamba bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA sebelum tidurnya. Di antaranya:

1. Melakukan Muhâsabah (Introspeksi Diri).

Muhâsabah ialah usaha seseorang untuk mengevaluasi segala perbuatannya, baik sebelum mahupun sesudah melakukannya. Sebelum tidur hendaklah seorang hamba mengintrospeksi diri atas segala perkataan mahupun perbuatannya sepanjang hari, baik yang berkaitan dengan hak-hak ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA mahupun hak-hak sesama manusia. Jika dia telah melakukan amal shalih, maka hendaknya dia bersyukur dengan memuji ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dan memohon kepadaNya tambahan nikmat. Dan memohon kepadaNya pula agar sentiasa diberi taufiq dan kesanggupan untuk dapat melaksanakan amal ketaatan. Namun jika sebaliknya, maka hendaknya dia segera bertaubat dan memohon ampunan kepadaNya serta bertekad untuk segera melakukan kebaikan.

Tentang muhâsabah, ALLÂH AZZA WA JALLA berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLÂH dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada ALLÂH.”
[al-Hasyr/59:18]

Umar bin Khattab Radhiyallahu anhu berkata, “Hisablah diri kalian sebelum dihisab, dan timbanglah amal kalian sebelum ditimbang (oleh Allâh) ….”

2. Mengingat Alam Kubur Yang Sangat Gelap Dan Dia Akan Menyendiri di sana

Ketika akan tidur, hendaknya seseorang mengingat suasana alam kubur yang sangat gelap, dia akan berada di sana seorang diri tanpa teman, hanya amalannya selama di dunia yang mendampinginya. Dengan mengingat kondisi ini, hati akan merasa takut kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dan siksaNya yang sangat pedih, sehingga dia terdorong untuk segera bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dan banyak mohon ampun kepadaNya.

3. Banyak Mengingat Kematian

Setiap muslim dan muslimah, yang sihat ataupun yang sedang sakit, tua mahupun muda, hendaknya selalu mengingat kematian yang datang secara tiba-tiba. Ingatan ini boleh menghalangi dan menghentikan seseorang dari perbuatan maksiat serta memotivasinya untuk beramal soleh.
Mengingat kematian ketika dalam kesempitan akan boleh melapangkan hati seorang hamba. Kalau dia ingat kematian ketika hatinya sedang senang, maka dia itu menyebabkan dia tidak lupa diri. Dengan begitu ia selalu dalam keadaan siap untuk pergi meninggalkan dunia dan menghadap ALLÂH AZZA WA JALLA.
Mengingat mati boleh melembutkan hati dan menghancurkan sikap tamak terhadap dunia kerananya, RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM memberikan anjuran untuk banyak mengingatnya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahawa RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda:

أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هَاذمِ اللَّذَّاتِ

“Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelazatan (yakni kematian).”
[HR. At-Tirmidzi no. 2307, An-Nasa`i no. 1824, Ibnu Majah no. 4258][3]

Orang cerdas yang sesungguhnya ialah orang yang banyak mengingati mati dan mempersiapkan bekal untuk mati. Hal ini sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar Radhiyallahu anhuma, ia menuturkan, “Aku sedang duduk bersama RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM tatkala datang seorang lelaki dari kalangan Anshar. Ia mengucapkan salam kepada RASÛLULLÂH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM, lalu berkata, ‘Wahai Rasûlullâh, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’ ‘Mukmin manakah yang paling cerdas?’, tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab:

أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ أَكْيَاسٌ

“Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.”
[HR. Ibnu Majah no. 4259, dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384]

Imam al-Qurthubi rahimahullah berkata, “Ad-Daqqaq berkata,
“Siapa yang banyak mengingat mati, ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: Bersegera untuk bertaubat, hati merasa cukup, dan antusias dalam beribadah. Sebaliknya, siapa yang melupakan mati, ia akan dihukum dengan tiga perkara: Menunda taubat, tidak redha dan malas dalam beribadah. Maka berfikirlah, wahai orang yang tertipu; Yang merasa tidak akan dijemput kematian, tidak merasakan sekaratnya, kepayahan, dan kepahitannya! Cukuplah kematian sebagai pengetuk hati, membuat mata menangis, memupus kelazatan dan memupus angan-angan. Apakah engkau, wahai anak Adam, mahu memikirkan dan membayangkan tibanya hari kematianmu dan perpindahan hidupmu dari tempatmu yang sekarang?”
[Lihat at-Tadzkîrah, hlm. 9].

4. Menyadari Hakikat Kehidupan Dunia Yang Fana Dan Akhirat Yang Kekal

Keberadaan makhluk di dunia ini hanyalah sementara, dan semua yang ada di alam semesta ini akan hancur kecuali ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA semata yang kekal dan abadi. ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).”
[Ar-Rahman/55: 26]

Sedangkan kehidupan akhirat merupakan kehidupan yang hakiki, kekal dan abadi, sebagaimana firmanNya:

وَالآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

“Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.”
[Al’A’la/87: 17].
Dan dia mengetahui pula bahawa ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA telah menciptakannya di dalam kehidupan ini tiada lain hanya untuk mengujinya, siapa di antara para hambaNya yang paling baik amal perbuatannya, sebagaimana firmanNya di dalam surat Al-Mulk, ayat 2.
Dengan demikian, maka diapun segera terdorong untuk bertaubat kepada ALLÂH SUBHANAHU WA TA’ALA, memohon ampunan kepadaNya, dan mempersiapkan bekal untuk kehidupan akhirat yang hakiki nan abadi.
Demikian tulisan singkat tentang bertaubat sebelum tidur. Mudah-mudahan bermanfaat bagi siapa saja yang membacanya, dan menjadi amal soleh bagi penulisnya. Aamiin.
[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 09/Tahun XIV/1431H/2010. Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo – Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 0271-858197 Fax 0271-858196]
_______
Footnote
[1]. Syaikh al-Albâni rahimahullah meng-hasan-kannya dalam Takhrîj Misykâtul Mashâbîh, no.2341
[2]. Syaikh al-Albâni menilai hadits ini hasan dalam Silsilatul Ahâdîts Ash-Shahîhah 1/249, no.127.
[3]. Syaikh al-Albâni menilai hadits ini, “Hasan shahih.” (Takhrîj Misykâtul Mashâbih, no.1607)