Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - HADIS PALSU HADIS SHAHIH HADIS HASAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - HADIS PALSU HADIS SHAHIH HADIS HASAN. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Disember 2017

S 63 : HADITS HASAN SHAHIH, HASAN GHARIB DAN HADITS GHARIB

Apa yang dimaksud oleh Imam Termidzi dengan istilah: Hadits Hasan Shahih, Hasan Gharib, serta Hadits Gharib?

Jawapan:
Istilah Hasan Shahih merupakan masalah yang sangat pelik, kerana para ulama banyak berselisih pandangan dalam masalah ini. Kami belum menemukan, sejauh yang kami ketahui mengenai pendapat pasti yang boleh dijadikan sebagai pedoman. Ini disebabkan At-Termidzi sendiri tidak menjelaskan apa yang beliau maksud dengan istilah Hasan Shahih tersebut.

Adapun istilah Hasan Gharib tidak sama dengan istilah Hadits Hasan. Yang dimaksud dengan Hadits Hasan Gharib adalah Hasan (bagus) secara sanad dan tidak dikenal/asing (gharib) disebabkan salah seorang perawinya meriwayatkan hadits tersebut seorang diri.
Adapun istilah Hadits Hasan yang mana Termidzi tidak menambahkan lafal gharib sesudahnya, maka yang beliau maksudkan adalah Hadits Hasan Li Ghairihi (hadits yang pada asalnya dhaif, namun kemudian menjadi hasan kerana terdapat riwayat lain yang menaikkan darjat hadits tersebut sehingga menjadi Hasan, pent.).

Oleh sebab itu, wajib bagi penuntut ilmu untuk berhati-hati dalam masalah ini, yakni bahawa setiap hadits yang dikatakan oleh Imam At-Termidzi Hadits Hasan, maka sanadnya adalah dhaif, namun beliau mengetahui bahawa terdapat hadits lain sebagai mutaba’at (penyerta) dan syawahid (penguat), yang pada akhirnya menaikkan darjatnya dari dhaif menjadi Hasan. Maksudnya, dhaif dari segi sanad, tetapi Hasan dari segi matan (isi hadits), yang mana kenaikan darjat tersebut merupakan konsekuensi dari matannya, disebabkan kedatangannya melalui jalan-jalan yang lain. Adapun jika ia berkata Hadits Gharib maka kebanyakan yang ia maksudkan adalah dhaif iaitu secara sanad.

Sumber: Fatwa-fatwa Syekh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Media Hidayah, 1425 H — 2004 M.

(Dengan beberapa pengubahan tata bahasa oleh www.konsultasisyariah.com)

S 38 : KENAPA MESTI WASPADA DARI HADITS PALSU?

Kenapa kita harus waspada kalau baca hadits? Kenapa harus diketahui darjatnya segala, Kenapa tak langsung diterima semuanya? Kan isinya bagus-bagus.
Perhatikan beberapa kisah berikut ini. Hammad bin Zaid rahimahullah pernah berkata,

وَضَعَت الزَّنَادِقَة عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم أَرْبَعَة عَشَر أَلف حَدِيث

“Kaum zindiq (munafik) telah memalsukan hadits atas nama Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam sebanyak 14000 hadits palsu.”
[Lihat Al-Kifayah fi ‘Ilmir Riwayah (hal. 604) dan Al-Ba’itsul Hatsits (I/254)]

Ketika salah seorang zindiq yang bernama Abdul Karim bin ‘Auja’ akan dihukum mati oleh seorang penguasa Bashrah pada zaman khilafah Al-Mahdi pada tahun 160 H, ia berkata,

لَقَدْ وَضَعْتُ فِيْكُم أَرْبَعَة ألف حَدٍيْث, أحرِّم فِيْهَا الحَلاَل وَأحل فِيْهَا الحَرَم

“Sesungguhnya aku telah memalsukan hadits pada kalian sebanyak 4000 hadits palsu, aku haramkan padanya perkara yang halal dan aku telah halalkan padanya perkara yang haram.” 
[Lihat Al-Ba’itsul Hatsits (I/254)]

Imam An-Nasa’i rahimahullah berkata, “Para pendusta yang terkenal memalsukan hadits Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam ada empat orang: ‘Ibnu Abi Yahya di Madinah, al-Waqidiy di Baghdad, Muqathil bin Sulaiman di Khurasan dan Muhammad bin Sa’id di Syam yang terkenal dengan sebutan Al-Mashlub (orang yang disalib).” 
[Lihat Adh-Dhu’afa wal Matrukin (hal. 310)]

Perhatikanlah perkataan gurunya Imam Malik rahimahullah, bahawa dahulu banyak orang yang membuat hadits palsu hanya kerana untuk membela pendapatnya. Sama seperti zaman kita sekarang. Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA jaga kita.

‘Abdullah bin Yazid Al-Muqri rahimahullah (guru Imam Malik) pernah berkata: “Seorang ahli bidaah yang sudah bertaubat dari bidaahnya berkata,

أُنطُرُوا هَذَا الحَدِيث مِمَّن تَأخُذُوْنَهُ, فَإِنَّا كَنَا إِذَا رَأَيْنَا رَأيًا جَعَلْنَالَهُ حَدِثًا

“Perhatikanlah hadits itu dari siapa kamu mengambilnya, kerana sesungguhnya kami dahulu, apabila berpendapat dengan satu pendapat, maka kami jadikan pendapat kami itu sebagai satu hadits.” 
[Lihat Al-Ba’itsul Hatsits (I/257)]

Telah berkata ‘Abdullah bin Lahi’ah (wafat thn. 174 H), aku telah mendengar seorang syaikh dari khawarij yang setelah taubat dan rujuk berkata,

إِنَّ هَذِهِ الأَحَاديِث دِين, فَانظُرُوا عَمَّن تَأخُذُونَ دِينَكُم, فَإنَّا كَنَا اذَا هوينا أَمرًا صيرناه حَدِيثًا

“Sesungguhnya hadits-hadits ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agama kamu, kerana sesungguhnya kami dahulu, apabila kami condong kepada satu urusan (maksudnya faham atau pendapat yang sesuai dengan perkara baru mereka), nescaya kami jadikan urusan itu sebagai satu hadits (yakni kami palsukan menjadi sebuah hadits).” 
[Lihat Al-Kifayah min ‘Ilmir Riwayah (hal. 163) dan Muqaddimah Al-Maudhu’at Ibnul Jauzi (hal. 38-39)]

Lihatlah kisah pemalsu hadits demi hanya untuk mendapatkan wang atau kedudukan. Sama halnya dengan zaman kita ini.

Adanya orang-orang yang memiliki hobi bercerita dan memberi nasihat, namun kurang bekal ilmu pada akhir zaman khilafah, dan semakin banyak pada zaman setelahnya. Mereka memalsukan hadits dalam cerita-cerita mereka demi wang dan supaya orang-orang yang mendengarnya kagum kepada mereka.
[Lihat Al-Ba’itsul Hatsits (I/258) dan Al-Maudhu’at (I/46)]

Imam Malik rahimahullah pernah ditanya tentang Syiah dan beliau berkata,
“Jangan bicara dengan mereka, juga jangan meriwayatkan hadits dari mereka kerana mereka adalah kaum pendusta.” 
[Lihat Minhajus Sunnah An-Nabawiyyah (I/16)]

Hammad bin Salamah rahimahullah berkata, “Telah mengabarkan kepadaku seorang syaikh dari Rafidhah (Syiah), sesungguhnya mereka berkumpul (bersepakat) untuk memalsukan hadits-hadits.”
[Lihat Al-Ba’itsul Hatsits (I/257)]

Semoga dengan kisah-kisah tersebut, kita semakin berhati-hati dalam mengambil hadits. Nasihat dari kami, ambillah hadis dari orang-orang yang 'alim ilmunya dan amalannya sesuai dengan tuntunan Nabi ﷺ dan tidak fanatik golongan atau tradisi.
Allahu yahdikum...

Nur As-Sunnah

Sabtu, 25 Februari 2017

R 148 SEMAK DAHULU SEBELUM SEBARKAN SESUATU HADIS

Apa jua khabar atau hadis yang di atas namakan NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM tidak boleh sewenang-wenangnya diterima tanpa terlebih dahulu dipastikan status kesahihan atau kebenarannya. Ini bagi mengelakkan menyandarkan sesuatu kepada Nabi dengan cara prasangka, dusta, atau bohong yang mana telah kita ketahui setiap apa yang datang dari Nabi itu memberi nilai agama sama ada dari aspek aqidah, tauhid, hukum-hakam, akhlak, mu’amalah, dan sebagainya.

Dari itu, siapapun tidak boleh sesuka hati mengatakan sesuatu atas nama Nabi tanpa melalui cara yang benar.

NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM pernah mengingatkan:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta ke atas namaku tidaklah sama dengan berdusta menggunakan nama orang lain. Maka sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap-sedialah dengan tempat duduknya di neraka.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/37, no. 1209)

Oleh sebab itulah para ulama hadis telah menyusun sebuah kaedah khusus bagi memastikan kesahihan khabar yang disandarkan kepada Nabi. Iaitu dengan meneliti sanad dan barisan para perawi hadis. Setelah keabsahannya dikenalpasti, maka barulah ia layak dijadikan sebagai hujjah dan pegangan dalam agama bersesuaian dengan kaedah-kaedah lainnya.

Imam ‘Abdullah B. al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 181H) berkata:

الْإِسْنَادُ مِنَ الدِّينِ، وَلَوْلَا الْإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ

“Isnad adalah sebahagian dari agama. Jika tidak ada isnad, maka sesiapa saja akan berbicara sesuka hatinya.”
(Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Seorang tabi’in, Sa’ad B. Ibrahim berkata:


لَا يُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا الثِّقَاتُ


“Tidak ada yang berhak mengkhabarkan sebuah hadis daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM melainkan orang-orang yang tsiqah(terpercaya).”
(Hadis Riwayat Muslim, 1/15)

Kata Muhammad B. Sirin rahimahullah (Wafat: 110H):

سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ، فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّنَّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ، وَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ الْبِدَعِ فَلَا يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ

“Mereka (ahlus sunnah) sebelum itu tidak bertanya tentang sanad, tetapi ketika terjadi fitnah, mereka pun berkata, “Sebutkanlah kepada kami nama para perawimu.” Apabila dilihat yang menyampaikannya adalah ahlus sunnah maka hadisnya diterima, tetapi bila yang menyampaikannya adalah ahli bid’ah maka hadisnya ditolak.”
(Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Kriteria Hadis Shahih

Seseorang Bertanya kepada imam asy-Syafi’i, “Sebutkan kepadaku syarat minima agar suatu perkhabaran hadis itu boleh diterima sebagai hujjah.” Maka beliau pun menjawab, “Perkhabaran yang disampaikan dari satu orang dari satu orang sehingga sampai kepada Nabi atau kepada perawi yang berada di bawah Nabi (para sahabat).”

Beliau menyambung, “Perkhabaran hadis dari satu orang kepada satu orang tidak dapat diterima sebagai hujjah sehingga memenuhi beberapa syarat yang di antaranya:

“Orang yang meriwayatkan mesti tsiqah (terpercaya) dalam agamanya. Dikenal sebagai orang yang benar lagi jujur dalam berbicara, memahami apa yang ia riwayatkan (atau khabarkan), memahami lafaz yang boleh mengubah makna-makna hadis, dan mampu menyampaikan hadis bertepatan dengan huruf-hurufnya persis sebagaimana yang ia dengar dan bukan menyampaikan sekadar dengan maknanya atau sekadar dari kefahamannya sahaja.

Orang yang meriwayatkannya perlu hafal apa yang ia riwayatkan jika dia meriwayatkannya dari hafalan, atau mencatatnya dengan tepat jika dia meriwayatkan berdasarkan catatannya (atau kitabnya). Apabila dia menghafal suatu hadis bersama-sama dengan para huffaz (penghafal hadis) yang lain, maka apa yang ia riwayatkan perlu selari dengan apa yang diriwayatkan oleh para huffaz lainnya tersebut.

Orang yang meriwayatkannya tidak boleh seorang yang mudallis dengan meriwayatkan suatu riwayat (hadis) dari seseorang yang ditemuinya tetapi tidak pernah mendengar riwayat dimaksudkan secara langsung darinya. Atau apabila ia meriwayatkan suatu hadis daripada NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM, ia tidak boleh menyelisihi apa yang diriwayatkan oleh para perawi tsiqah yang lainnya daripada Nabi.


Inilah keriteria yang perlu dimiliki bermula dari perawi terendah (paling bawah) sehingga paling atas yang sampai kepada NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM yang diriwayatkan secara maushul (bersambung). Iaitu setiap perawi mengakui orang yang menyampaikan kepadanya dan orang yang menyampaikan juga mengakuinya. Tidak seorang pun perawi yang boleh mengelak dari ketentuan ini.”
(asy-Syafi’i, ar-Risalah, m/s. 369-372 – Daar al-Kitab al-‘Ilmiyah, Tahqiq Syaikh Ahmad Syakir)

Kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh imam asy-Syafi’i inilah yang diterima pakai oleh para ulama hadis dahulu dan kini dalam menetapkan boleh atau tidaknya sesebuah hadis diterima pakai. Di mana sanadnya mesti muttashil (bersambung dan tidak putus), para perawinya ‘adil, perawinya dhabit (tepat dan sempurna hafalannya), selamat dari syuyudz (riwayatnya tidak bertentangan dengan riwayat para perawi yang lebih tsiqah darinya), dan selamat dari ‘illat atau kecacatan-kecacatan hadis lainnya. Inilah di antara asas utama bagi memastikan kedudukan sesebuah hadis sama ada shahih, hasan, dha’if (lemah), maudhu’ (palsu), atau selainnya.

Ini sekaligus menunjukkan ketelitian dan kedalaman ilmu yang dimiliki oleh imam asy-Syafi’i dalam bidang hadis. Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah mengatakan, “Siapa sahaja yang memahami ucapan imam asy-Syafi’i rahimahullah pada bab ini, pasti dia akan mendapati bahawa imam asy-Syafi’i telah menyusun (atau merangkumkan) sebuah kaedah yang shahih tentang ilmu hadis. Dan bahawasanya beliaulah orang pertama sekali menjelaskan ilmu ini dengan begitu terang. Beliau adalah pembela hadis yang paling unggul serta orang yang lantang menekankan kewajiban mengamalkan sunnah.

Beliau turut mengeluarkan hujjah bantahan terhadap orang-orang yang menentang dan menolak hadis. Benarlah gelaran yang diberikan oleh pendudukan Makkah kepada imam asy-Syafi’i sebagai Naashirus Sunnah (pembela Sunnah), semoga ALLAH meredhainya.”
(Tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, ar-Risalah, m/s. 369)

Inilah di antara prinsip imam asy-Syafi’i rahimahullah bahkan prinsip para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah dari dahulu hingga kini dalam mengambil dan menerima hadis sebagai hujjah agama. Mereka terlebih dahulu memastikan keabsahan dan keshahihan sesebuah hadis sebelum mengamalkan dan menyebarkannya. Mereka tidak mengambilnya dari sebarangan orang begitu sahaja.

Alhamdulillah pada hari ini, fasa periwayatan dan pembukuan hadis telah pun tamat lengkap dengan sanad-sanadnya sekaligus memudahkan para ulama dan masyarakat terkemudian menyemak serta memanfaatkannya. Cuma setiap hadis tersebut masih perlu dinilai shahih atau tidaknya. Dan ini masih sangat memerlukan perincian dan bantuan dari para ulama hadis sama ada dahulu atau kini. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya memetik hadis begitu sahaja tanpa dipastikan terlebih dahulu keabsahan atau status keshahihannya berpandukan kaedah yang benar. Setiap hadis perlu diambil dari kitab dan sumbernya.

Selamilah pengorbanan para ulama terdahulu yang sanggup keluar bermusafir ribuan batu demi sebuah hadis yang mulia. Hadis-hadis diriwayatkan lalu dibukukan dengan cara terhormat lagi dimuliakan. Dipilih dengan kaedah yang penuh teliti lagi hati-hati.

Maka sepatutnya kita pada hari ini memanfaatkan hasil pengorbanan mereka dengan tidak sewenang-wenangnya memetik hadis hanya dari surat-surat khabar, internet, cakap-cakap orang, dan pelbagai sumber lainnya tanpa terlebih dahulu memastikan keabsahannya.

Para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah terkenal amat berhati-hati dalam memilih dan mengambil hadis. Ini dalam rangka mengelak dari tersalah ambil hadis-hadis yang lemah, maudhu’, atau tidak shahih lalu mengatakannya ini adalah hadis shahih daripada Nabi?! Inilah juga di antara prinsip yang dipegang teguh oleh imam asy-Syafi’i rahimahullah sebagaimana dikatakan imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

تمسكه بالاحاديث الصحيحة: واعراضه عن الاخبار الواهية الضعيفة: ولا نعلم أحدا من الفقهاء أعتنى في الاحتجاج بالتمييز بين الصحيح والضعيف كاعتنائه

“Beliau (Imam asy-Syafi’i rahimahullah) amat berpegang teguh dengan hadis-hadis sahih dan menjauhi hadis-hadis yang lemah lagi dha’if. Kami tidak mengetahui ada seorang pun dari kalangan fuqaha’ yang begitu berhati-hati ketika berhujjah dengan membezakan di antara hadis shahih dan dha’if sebagaimana yang dilakukan oleh beliau (asy-Syafi’i)...”
(al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 1/11)

Tapi sayangnya, prinsip ini banyak diabaikan oleh pengamal mazhab asy-Syafi’i sendiri di Nusantara ini. Sebahagian mereka tidak lagi membezakan di antara hadis yang shahih atau tidak. Banyak berlaku di mana hadis-hadis yang tidak shahih dipegang dan disebarkan sebagaimana hadis shahih. Sehingga apabila didatangkan hadis-hadis yang shahih yang bertentangan dengan apa yang mereka imani atau amalkan, mereka tidak lagi mahu menerimanya.

Ini amat bertentangan dengan perkataan dan prinsip imam asy-Syafi’i sendiri di mana beliau mengatakan:

كُلّ َمَا قُلْتُ وَكَانَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِلَافُ قُولِي مِمَّا يَصِحُّ، فَحَدِيثُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْلَى، وَلَا تُقَلِّدُونِي

“Setiap perkataanku yang berbeza dengan riwayat yang shahih daripada NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM, maka hadis Nabi lebih aula (perlu didahulukan) dan kamu semua jangan bertaklid kepadaku.”
(al-Baihaqi, Ma’rifah as-Sunan wal Atsar, 2/454)

Juga kata beliau:

إذَا صَحَّ الْحَدِيثُ فَهُوَ مَذْهَبِي

“Apabila shahih suatu hadis, maka itulah mazhabku.”
(al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 1/92)

Pernahkah kita mendengar hadis-hadis yang boleh dianggap popular seperti tentang mendapat ganjaran pahala 70 kali ganda jika memakai serban ketika solat, perselisihan di kalangan umat Muhammad adalah rahmat, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, Yasin jantung hati al Quran, sesiapa yang mengenal diri maka dia mengenal ALLAH, bermadu bagi isteri akan mendapat payung emas di Syurga, galakkan membaca surah Yasin untuk orang mati, kisah sahabat Nabi Tsa’labah yang bakhil, nyanyian thola’al badru ‘alaina ketika menyambut Nabi tiba di Madinah, kisah ‘Abdurrahman B. ‘Auf masuk Syurga sambil merangkak, serta pelbagai lagi khabar-khabar hadis popular yang disandarkan atas nama agama dan nama RASULULLAH yang mana hakikatnya ia bukanlah hadis-hadis yang shahih dan boleh dibuat hujah mahupun pegangan dalam agama.

Dukacitanya ia berlegar di sekeliling kita, disampaikan oleh mereka yang bergelar ustaz dan ustazah, serta diimani kebanyakan orang. Oleh itu, pastikanlah setiap hadis yang kita terima dan amalkan adalah hadis-hadis yang shahih terlebih dahulu. Takut-takutlah kita dengan ancaman berdusta atas nama RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM.

Wallahu a’lam.
http://an-nawawi.blogspot.com/2012/02/pastikan-ambil-hadis-sahih-seperti-imam.html

Khamis, 9 Februari 2017

R 146 HIMPUNAN 100 HADIS PALSU & LEMAH

Oleh: Syaikh Ihsan bin Muhammad bin Ayis al-Utaibi


Alhamdulillah tamat himpunan 100 hadis palsu dan dhaif yang dikumpul Syaikh Ihsan al-Utaibi. Hadis-hadis palsu dan lemah bukanlah setakat 100 ini sahaja, masih terdapat banyak lagi yang berlegar-legar digunakan/disampaikan di luar sana. Maka seharusnya kita lebih bijak dan berhati-hati setiap kali berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi. Mempelajari serba sedikit ilmu hadis tidaklah merugikan malah in sya ALLAH memberikan manfaat yang tidak ternilai selain 'mendekatkan' kita dengan NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM.

Disediakan oleh: Syaikh Ihsan bin Muhammad bin Ayis al-Utaibi (anak murid Syaikh Nasr al-Din al-Albani)

فهذه (100) حديث من الأحاديث الضعيفة والموضوعة وهي منتشرة بين الخطباء والوعاظ ، وفي الصحيح ما يغني المسلم عن الأخذ بالضعيف 

Ini adalah 100 buah hadis Dha'if dan Maudhu' yang tersebar luas di kalangan khatib/penceramah/pendakwah. Hadis shahih sudah memadai tanpa perlu mengambil hadis Dha'if.

Kerana masalah font Arab tidak dapat disusun dengan baik di forum ni maka saya akan post terjemahannya sahaja. Untuk melihat matan Arab lawati Code:
http://www.assiraj.bizland.com/library/Uta...n_Hadith100.htm

1.         Hadis-hadis berikut hanya akan disertakan dengan statusnya sahaja (palsu atau lemah) komentar panjang lebar tentang punca kelemahan hadis-hadis berikut tidak disertakan, sekiranya berminat semak kitab-kitab yang dinyatakan sebagai rujukan.
2.         Kita berterima kasih kepada ustaz Zain y.s dan sahabat-sahabat daripada al-Ahkam.net kerana menterjemahkan hadis-hadis ini.
3.         Apabila disebut nama kitab Silsilah al-Dhaifah ianya adalah kitab Silsilah al-Ahadis al-Dhaifah wa al-Maudhuat
4.         Dhaif = lemah
Maudhu' = palsu


1.         Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada ALLAH melainkan semakin jauh dariNya.
Komen Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan. rujuk Mizan al-I'tidal 3/293. Silsilah al-Dhaifah 2/985. Takhrij al-Ihya' 1/143

2.         Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput.

Komen Albani: Tiada asalnya. rujuk Tabaqat Syafi'iyah 4/145. Takhrij al-Ihya' 1/136

3.         Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya.
Komen Albani: Tidak sah daripada
NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 8

4.         Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa.
Komen Albani: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 9

5.         Sesungguhnya aku dibangkitkan sebagai guru.
Komen Albani: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 11. Takhrij al-Ihya' 1/143

6.         ALLAH telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu.
Komen Albani: Maudhu'. rujuk al-Fawaid al-Majmu'at no. 712. Silsilah al-Dhaifah - no. 12

7.         Berhati-hatilah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak.
Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh di suasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat).

Komen Albani: Terlalu dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 42/2. Silsilah al-Dhaifah - no. 14

8.         Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'.
Komen Albani: Maudhu'. rujuk Takhrij al-Ihya' 1/6. Silsilah al-Dhaifah - no. 16

9.         Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di sisi ALLAH adalah agung.
         Komen al-Albani: Tiada asalnya. rujuk Iqtidha ' al-Sirat al-Mustaqim 2/415.  
         Silsilah al-Dhaifah - no. 22

10.      Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… ALLAH akan mengadap wajahnya dan seribu malaikat akan memohon keampunan untuknya.
Komen al-Albani: Dhaif. al-Busairi mengatakan: Sanadnya musalsal tetapi lemah. Silsilah al-Dhaifah - no. 24

11.      Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat.
Komen Ibn Hajar: Aku tidak mengenalinya. lihat al-Maqasid al-Hasanah ms.208. Tazkirat al-Maudhuat-no 68.al-Asrar al-Marfu`ah fi al-Khabar al-Maudhuah ms. 195

12.      Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.
Komen Albani: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no.39.Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis no. 5861. Majma’ al Zawaaid - no.8254. al-Maudhuat 3/69.La'ali al-Masnu'ah 2/279. Tartib al-Maudhu'at no. 839

13.      Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku.
Komen Albani: Maudhu'. rujuk al-Shaghani di dalam al-Maudhuat - no. 53. Silsilah al-Dhaifah - no. 44

14.      Barangsiapa yang berhaji ke Baitullah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku.
Komen al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu'. rujuk Tartib al-Maudhu'at - no.600, al-Maudhuat - no.52. al-Fawaid al-Majmuah - no. 326

15.      Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah-olah menziarahiku semasa aku hidup.
Komen Ibn Taimiyyah: Dhaif. rujuk al-Qaidah al-Jalilah 4/5250
Komentar Albani: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 47

16.      Ikhtilaf (perbezaan pendapat) di kalangan umatku adalah rahmat.
Komen Albani: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 11. al-Asrar al-Marfu`ah - no.506

17.      Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana-mana yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk.
Komen Albani: Maudhu'. Silsilah al-Dhaifah - no. 66

18.      Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.
Dinilai Maudhu' di dalam al-Asrar al-Marfu'ah - no.506 & Tazkirah al-Maudhu'at - no. 11.

19.      Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku.
Komen Ibn Taimiyah: Tiada isnad yang thabit. rujuk Ahaddis al-Qashas - no.78. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.1020.Tazkirah al-Maudhu'at - no. 87

20.      Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang besar.
Komen Al-Saghani: Maudhu'. rujuk al-Maudhuat al-Saghani - no.200.al-Fawaid al-Majmu'ah - no.771. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200

21.      Bekas mulut orang beriman adalah ubat.
Status: Tiada asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu`ah - no.217. Silsilah al-Dhaifah - no. 66.

22.      Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada khalifah ALLAH, al-Mahdi.
Status: Dhaif. rujuk al-Maudhuat Ibn al-Jauzi 39/2. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 233

23.      Orang yang bertaubat adalah kekasih ALLAH.
Status: Tiada asalnya. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 95

24.      Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing.
Status: Tiada asalnya. Silsilah al-Dhaifah - no. 101

25.      Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga.
Status: Tiada asalnya. al-Asrar al-Marfu`ah - no.555. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.766. Tazkirah al-Maudhu'at - no. 200

26.      Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar.
Status: Maudhu'. rujuk al-La’ali al-Masnu`ah 2/286. al-Fawaid al-Majmu'ah - no.669

27.      Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy.
Status: Maudhu'. Tartib al-Maudhuat - no.694. al-Maudhuat al-Saghani - no.97

28.      Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu`ah - no.138. al-Maudhuat Ibn al-Jauzi 76/2

29.      Orang yang pemurah itu hampir dengan ALLAH, hampir dengan syurga dan jauh dari neraka. Orang bakhil itu jauh dari ALLAH, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai ALLAH daripada seorang ahli ibadah yang bakhil.
Status: terlalu dha'if. rujuk Tartib al-Maudhuat - no. 564. al-La’ali al-Masnu`ah 2/91.

30.      Aku berbangsa Arab, al Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah Bahasa Arab.
Rujuk Tazkirat al-Maudhu'at - no.112. Maqasad al-Hasanah - no.31.

31.      Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al Quran sebanyak 10 kali.
Status: Maudhu'. rujuk al-Ilal Ibn Abi Hatim 2/55. Silsilah al-Dhaifah - no. 169

32.      Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun.
Status: Dha'if. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 723. Tartib al-Maudhu'at - no.964

33.      Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid.
Status: Dhaif. rujuk Dhaif al-Daruqutni - no. 362. al-La’ali al-Masnu`ah 16/2.

34.      Hajar al-Aswad adalah tangan kanan ALLAH di mukabumi ini yang berjabat dengan hamba-hambaNya.
Status: Maudhu'. rujuk Tarikh Baghdad 6/328. Silsilah al-Dhaifah - no. 223

35.      Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat.
Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 3/87. Tazkirah al-Maudhuat - no.70. al-Maudhuat al-Saghani - no.72

36.      Jibril as telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana.
Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 2/232. al-Maqasid al-Hasanah - no. 170

37.      Kalau tidak kerana engkau (MUHAMMAD), nescaya tidak aku jadikan dunia.
Status: Maudhu'. al-Lu'lu' al-Marsu' - no.454. Tartib Maudhuat - no.196. Silsilah al-Dhaifah - no. 282

38.      Barangsiapa yang membaca surah al Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya.
Status: Dhaif. ujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 972

39.      Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada ALLAH, maka tiada lagi peliharaan daripada ALLAH. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka.
Status: Dhaif. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 233. Tazkirah al-Maudhuat - no.69.

40.      Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadaan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpin kalian.
Status: Dhaif. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 624. Tazkirah al-Maudhuat - no.182.

41.      Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadaan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpin kalian.
Status: Dhaif. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 624. Tazkirah al-Maudhuat - no.182.
(nota: Dalam teks asal hadis ini disalin sebanyak dua kali dengan rujukan yang sama. Mengapakah Syaikh Ihsan melakukan begitu? Allah lebih tahu.)

42.      Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan di telinga kanannya, dan diiqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin.
Status: Maudhu'. rujuk al-Mizan al-I'tidal 4/397. Majmu' al-Zawaid dan Takhrij al-Ihya' 2/61

43.      Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika umatku dalam kerosakan, maka baginya seratus pahala mati syahid.
Status: Terlalu dhaif. Silsilah al-Dhaifah - no. 326

44.      Orang yang berpegang dengan sunnahku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia mendapat pahala mati syahid.
Status: Dhaif. Silsilah al-Dhaifah - no. 327
(nota: Hadis 43 dan 44 mempunyai maksud hampir sama tetapi lafaz matan berbeza.)

45.      Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim as.)
Status: Tiada asalnya. rujuk Risalah Lathifah - no.23. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.81. al-Nukhbah al-Bahiyah - no.43.

46.      Melihat al Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 356

47.      Barangsiapa yang bersembahyang di masjidku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas dari sifat munafik.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 364

48.      Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik.
Status: Tiada asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.51. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.55. al-Maqasid al-Hasanah - no. 141

49.      Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia bernama Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang diazab? Dia menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini kebenarannya ialah yang dibawa oleh Juhainah.
Status: Maudhu'. rujuk al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 1429

50.      Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya.
Status: Maudhu'. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.192. al-Lu'lu' al-Marsu` - no.189. al-Nukhbah - no.117

51.      Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.
Status: Maudhu'. rujuk al-Maudhu'at Ibn Jauzi 1/215. Tartib al-Maudhu'at adz-Zahabi - no.111. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 852.

52.      Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu` - no.264. Tazkirat al-Maudhuat - no.128. al-Asrar al-Marfu'ah - no.240.

53.      Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari ALLAH ke atas mereka (menutup rahsia anak zina).
Status: Maudhu'. rujuk La'ali al-Masnu'ah 2/449. al-maudhuat Ibn Jauzi 3/248. Tartib al-Maudhu'at adz-Zahabi - no.1123.

54.      Sultan adalah bayangan ALLAH di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanyaakan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.
Status: Maudhu'. Tazkirat al-Maudhuat - no.182. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 623. Silsilah al-Dhaifah - no. 475.

55.      Barangsiapa yang takut azab ALLAH, maka ALLAH akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada ALLAH, maka ALLAH akan menjadikan takut terhadap segala sesuatu.
Status: Dhaif. rujuk Takhrij al-Ihya' 2/145. Tazkirat al-Maudhuat - no.20. Silsilah al-Dhaifah - no. 485.

56.      ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'Ku dan tidak bersabar atas balaKu, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu.
Status: Dhaif. Tazkirat al-Maudhuat - no.189. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 746.

57.      Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yang fasiq.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah - no.390. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if Ibn Qayyim - no. 301.

58.      Apabila mati salah seorang daripada kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya, maka hendaklah salah seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata: Wahai Si Fulan! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan mendengarnya. Hendaklah yang bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah. Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk. Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir.
Status: Dhaif. Takhrij al-Ihya' 4/420. Zad al-Ma'ad Ibn Qayyim 1/206. Silsilah al-Dhaifah - no. 599.

59.      Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah, tidaklah menyesal bagi orang yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana.
Status: Maudhu'. Silsilah al-Dhaifah - no. 611.

60.      Baginda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda SAW dibekam, maka Baginda SAW akan membawa lebihan tersebut – dari rambut, kuku dan darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’ untuk ditanam.
Status: Maudhu'. rujuk al-'Ilal 2/337. Silsilah al-Dhaifah - no. 713.

61.      Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati.
Status: Maudhu'. Kasyful Al-Khafa` wa Muziilu al-Ilbas (karya Imam Al-‘Ajluni) 2/2684. Silsilah al-Dhaifah - no. 760.

62.      Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal 1/249. Silsilah al-Dhaifah - no. 871.

63.      "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka Jibril menjawab: "Sesungguhnya ALLAH TABARAKA WA TAALA telah memerintahkan jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap."
Status: Maudhu'. rujuk al-Haitsami 10/387. Silsilah al-Dhaifah - no. 910.

64.      Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada ALLAH. Maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari zikir kepada ALLAH itu mengeraskan hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada ALLAH ialah yang keras hatinya.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 920.

65.      Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh, maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya.
Status: Dhaif. rujuk al-Talkhis al-Habir Ibn Hajar 2/37. Silsilah al-Dhaifah - no. 921.

66.      Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang mati, maka ALLAH akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain.
Status: Maudhu'. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.470. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if - no.308.

67.      Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi dengan sesuatu yang hebat di dalam hatinya.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.452. Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if - no.246.

68.      Tahiyat Ka'bah adalah tawaf.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no.130. al-Lu'lu' al-Marsu' - no. 143.

69.      Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya dia berada di dalam pemerhatian ALLAH. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling, Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahu berpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? Anak Adam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaik-baik yang patut dipalingkan kepadanya.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1024.

70.      Telah terlintas di dalam hati Musa: "Adakah ALLAH itu tertidur?" Maka ALLAH mengutus malaikat kepadanya dan tidak menidurkannya selama tiga hari serta memberikannya dua buah botol. Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Dia diperintahkan supaya menjaga botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-dua tangannya hampir berlaga. Diapun terjaga serta menjauhkan semula jarak kedua tangan yang memegang botol. Lalu dia kembali mengantuk dan tertidur sehingga berlagalah kedua-dua tangannya. Dan terpecahlah dua botol itu. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: "ALLAH telah memberi perumpaan kepada Musa, kalaulah ALLAH itu tertidur sudah pasti langit dan bumi tidak terkendali.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi. Dinilai Munkar di dalamn Silsilah al-Dhaifah - no. 1034.

71.      Pandangan/melihat itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan ALLAH, nescaya ALLAH akan memberikannya keimanan yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk al-Targhib wa al-Tarhib al-Munziri 4/106. Majmu' al-Zawaid 8/63. Talkhis al-Mustadrak adz-Dzahabi 4/314.

72.      Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah mengalir keluar dari hidung.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1071.

73.      Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan dengan hias-hiasan tetapi apa yang tetap di dalam hati serta membenarkannya dengan perbuatan.
Status: Maudhu'. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1098.

74.      Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa as dan cincin Sulaiman as. Ia berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir."
Status: Munkar. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1108.

75.      RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudian datang labah-labah membuat sarang di pintu gua.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1129.

76.      RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah terbau kentut seseorang lalu bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut, dan berwudhu'lah." Lelaki (yang kentut) itu malu untuk berdiri. Kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu'lah. Sesungguhnya ALLAH tidak malu daripada kebenaran." Lalu Ibnu Abbas berkata: "Wahai RASULULLAH, apakah tidak boleh kami semua bangun dan berwudhu' semuanya?" RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menjawab: "Bangunlah kamu sekelian dan berwudhu'lah."
Status: Bathil. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1132.

77.      Apabila umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya: Apabila ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan berkedudukan, apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai satu denda (dikeluarkan secara paksaan).
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah 2/1421.

78.      Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa kesalahan.
Status: Maudhu'. al-Asrar al-Marfu'ah 1/163. Tazkirat al-Maudhu'at - no.173.

79.      Mencari yang halal itu adalah jihad. Dan sesungguhnya ALLAH mencintai seorang mukmin yang mempunyai pekerjaan.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1301.

80.      Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al Quran adalah surah al-Rahman.
Status: Munkar. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1350.

81.      Penghulu kepada suatu kaum itu adalah khadam kepada mereka.
Status: Dhaif. al-Maqasid al-Hasanah - no. 579. Silsilah al-Dhaifah - no. 1502.

82.      Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al Quran.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1514.

83.      Umaiyah bin Abi Shalt, syairnya beriman tetapi hatinya kafir.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1546.

84.      Kebaikan itu tidak akan punah (tidak putus pahalanya). Dosa itu tidak akan dilupakan. Tuhan itu tidak akan tidur. Jadilah sebagaimana yang kamu mahukan sebagaimana yang kamu lakukan maka itulah yang kamu perolehi.
Status: Dhaif. rujuk al-Lu'lu' al-Marsu' - no. 414.

85.      Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tartib al-Maudhuat - no. 1071. al-Maudhuat Ibn Jauzi 3/220.

86.      Bersegeralah beramal sebelum berlaku tujuh perkara: Adakah kamu menunggu sehingga jatuh sakit yang membinasakan, tua nyanyuk, atau kekayaan yang menjahanamkan, atau kefaqiran yang melarat, atau kematian mengejut, atau datang dajjal iaitu sejahat-jahat perkara ghaib yang ditunggu, atau datangnya kiamat, iaitu perkara yang paling dahsyat sekali.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1666.

87.      Memberi fatwa dapat menyebabkan diri terjerumus ke dalam neraka.
Status: Dhaif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 1814.

88.      Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur ALLAH.
Status: Dhaif. rujuk al-Maudhuat al-Saghani - no. 74.

89.      Dunia adalah rumah bagi yang tiada rumah, harta bagi yang tiada berharta. Yang menghimpun dunia ini ialah orang-orang yang tidak berakal.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Tazkirat al-Maudhuat - no. 174.

90.      Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air.
Status: Tiada Asalnya: rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 2096.

91.      Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya adalah istighfar.
Status: Maudhu'. rujuk rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 2242.

92.      Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar.
Status: Tiada Asalnya. rujuk al-Asrar al-Marfu'ah - no. 221. Tazkirat al-Maudhuat - no. 191.

93.      Barangsiapa yang berbuka satu hari di bulan Ramadhan bukan sebab rukhsah dibenarkan oleh ALLAH, maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasa seumur hidup.
Status: Dhaif. rujuk al-Targhib wa al-Tarhib 2/74.

94.      Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.
Status: Maudhu'. rujuk Al-Manar Al-Munif fi As-Sahih wa Ad-Da`if - no. 306. al-Fawaid al-Majmu'ah - no. 1184.

95.      Perkara halal yang paling dimurkai ALLAH ialah talaq.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah 2/1056.

96.      Apabila RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hamba mengucapkan: "Thala'al badru 'alaina...wajaba al-syukru 'alaina...ayyuhal mab'utsufina...min tsaniyyaati al-wada'...mada'a Lillahi da'...ji'ta bilamril mutho' "
Status: Dhaif. Tazkirat al-Maudhuat - no. 196.

97.      Jauhilah hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.
Status: Dhaif. Mukhtasar Sunan Abi Daud al-Munziri 7/226.

98.      ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah berfirman: Aku adalah ALLAH, Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Raja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Sesungguhnya apabila hambaKu mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Silsilah al-Dhaifah - no. 602.

99.      Azan dan iqamah di telinga bayi yang baru lahir.
Status: Dhaif Jiddan (Sangat Lemah). rujuk Bayan al-Wahm al-Qathan 4/594. al-Majruhin Ibn Hibban 2/128. Silsilah al-Dhaifah 1/494.

100.   Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang yang bijaksana. Maka apabila dia menemuinya, dia lebih berhak memilikinya.
Status: Dhaif. rujuk al-Ilal al-Mutanahiyah Ibn Jauzi 1/96.

Alhamdulillah tamat himpunan 100 hadis palsu dan dhaif yang dikumpul Syaikh Ihsan al-Utaibi. Hadis-hadis palsu dan lemah bukanlah setakat 100 ini sahaja, masih terdapat banyak lagi yang berlegar-legar digunakan/disampaikan di luar sana. Maka seharusnya kita lebih bijak dan berhati-hati setiap kali berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi. Mempelajari serba sedikit ilmu hadis tidaklah merugikan malah in sya ALLAH memberikan manfaat yang tidak ternilai selain 'mendekatkan' kita dengan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.


Sebahagian mungkin tertanya apakah terdapat syarat dalam menyampaikan/mengamalkan hadis dhaif? Sekalipun lebih selamat beramal dengan hadis yang diyakini thabit daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, di bawah ini saya sertakan juga syarat-syarat yang ditetapkan al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani sekiranya hendak menggunakan/beramal dengan hadis dhaif sebagai tambahan ilmu. Yang baik daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan sebarang kekurangan adalah natijah kelemahan saya sebagai makhluk yang tidak sempurna. Jika terlihat sebarang kesilapan sila beritahu agar boleh diperbetulkan.