Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AKHIRAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKHIRAT. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Februari 2020

U 188 : SEMUANYA SUDAH TERTULIS (LAUHUL MAHFUZH)

Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini adalah perjuangan di antara yang benar dengan yang salah. Orang yang beriman kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, RasulNya dan hari akhirat mestilah mempertahankan keyakinan yang benar dan apa saja yang benar.

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memperingatkan tentang tipu daya dunia kepada manusia. Manusia mestilah sedar bahawa dunia dengan segala kemewahannya tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan perjuangan pada jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Manusia disuruh supaya mengejar nikmat yang ada pada sisi
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, disediakan untuk orang yang bertaubat dan bertaqwa. Manusia juga diperingatkan supaya bersabar menerima ujian daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
Ia mengajar manusia supaya beriman kepada Qada' dan Qadar.
Sebagaimana firman
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :

“Tiadalah suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kamu melainkan semua itu sudah tertulis dalam Kitab(Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 
Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu tidak berputus asa terhadap apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."
(QS.al-Hadiid : 22-23)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menerangkan bahawa segala yang berlaku adalah menurut takdir yang telah tentukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Membuat yang demikian sangatlah mudah bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kerana IlmuNya meliputi yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin. Orang yang beriman tidak seharusnya berputus asa apabila berpisah daripada sesuatu yang dia sayangi, apapun itu kerana mungkin menurut Ilmu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang demikian baik baginya. Kesusahan dan bala bencana membuat manusia menjadi sabar, redha, bertawakal dan bersyukur, lalu dia dibawa dekat denganNya. Ia dijauhkan dari segala yang disayangi, namun didekatkan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Ini jauh lebih baik daripada apa yang terpisah daripadanya.
  
Daripada Abu Sa'id dan Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda : “Jika penduduk syurga sudah masuk ke syurga maka ada yang berseru : Sesungguhnya kalian akan selalu hidup dan tidak akan pernah merasakan mati. Kalian akan tetap sihat dan tidak akan pernah sakit. Kalian juga akan tetap muda dan tidak akan pernah bertambah tua. Kalian juga akan selalu hidup senang dan tidak akan mendapat kesusahan.”
(H.r.Muslim)




Isnin, 31 Disember 2018

T 132 : MIZAN


Timbangan amal manusia itu diciptakan lebih besar dari langit dan bumi, maka perbanyaklah amal ibadah.




Rabu, 3 Januari 2018

S 126 : KEPENTINGAN DUNIA DAN AKHIRAT

Barangsiapa mudah mewujudkan cita-cita akhiratnya dan sulit menggapai cita-cita dunianya, maka dia adalah Pewaris Nabi.
Dan Barangsiapa mudah mencapai keinginan dunianya dan sulit menggapai kepentingan akhiratnya, maka dia termasuk orang-orang yang tertipu.
Dan barangsiapa sulit mewujudkan kepentingan akhirat dan dunianya, maka dia adalah orang yang dimurkai."
(Imam Abdullah bin Alwi Al Haddad)


Sabtu, 10 Januari 2015

R 96 : SAAT PENJAGA ARASY LUPA DENGAN BACAAN TASBIH DAN TAHMIDNYA

Suatu hari RASULULLAH SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”
RASULULLAH SAW meniru zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”

Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!” RASULULLAH SAW yang berada di belakangnya menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!”
Orang itu berasa dirinya diperolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah dilihatnya.

Orang itu berkata, “Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini Orang Badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, MUHAMMAD RASULULLAH.”
Mendengar kata-kata Orang Badwi itu, RASULULLAH SAW tersenyum lalu berkata: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,” jawab orang itu.
“Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?” tanya RASULULLAH SAW.
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya,” jawab orang Arab Badwi itu.

RASULULLAH SAW pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat.”
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, “Tuan ini NABI MUHAMMAD?” “Ya,” jawab NABI MUHAMMAD SAW.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki RASULULLAH SAW.
Melihat hal itu RASULULLAH SAW menarik tubuh orang Arab Badwi itu seraya berkata, “Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, ALLAH mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, “Ya MUHAMMAD, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih ALLAH. Ketahuilah bahawa ALLAH akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar.”

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, “Demi keagungan serta kemuliaan ALLAH, jika ALLAH akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hambapun akan membuat perhitungan denganNya.”

Orang Arab Badwi berkata lagi, “Jika ALLAH akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawanNya.”

Mendengar ucapan orang Arab Badwi itu, maka RASULULLAH SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab Badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, “Ya MUHAMMAD, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa ALLAH tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. ALLAH sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti.”
Betapa sukanya orang Arab Badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.

Rujukan :

http://kisahislami.com/saat-penjaga-arasy-lupa-dengan-bacaan-tasbih-dan-tahmidnya/

Rabu, 13 Ogos 2014

R 85 :WAJAH ORANG BERIMAN AKAN BERCAHAYA DI AKHIRAT NANTI

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

 Dan kamu akan melihat mereka dihadapkan ke neraka dalam keadaan tunduk kerana (merasa) hina, mereka melihat dengan pandangan yang lesu. Dan orang-orang yang beriman berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang merugi ialah orang-orang yang kehilangan diri mereka sendiri dan (kehilangan) keluarga mereka pada hari kiamat[1346]. Ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab yang kekal.
[1346]. Yang dimaksud dengan kehilangan diri dan keluarga ialah tidak merasakan kenikmatan hidup abadi kerana disiksa.
(Surah 42, ASY SYURA : ayat 45)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

 Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya[686]. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan[687]. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.
[686]. Yang dimaksud dengan tambahannya ialah kenikmatan melihat ALLAH.
[687]. Maksudnya: muka mereka berseri-seri dan tidak ada sedikitpun tanda kesusahan.
(Surah 10,  YUNUS : ayat 26)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

 “Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azab) ALLAH, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. mereka Itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”
 (Surah 10, YUNUS : ayat 27)


Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

 “Muhammad itu adalah utusan ALLAH dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia ALLAH dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud[1406]. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu Kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana ALLAH hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). ALLAH menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.”
[1406]  Maksudnya: pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka.
(Surah 48, AL FATH ayat : 29)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

 “Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka[1445].”
[1445]  Maksudnya: pada hari berhisab tidak lagi didengar alasan-alasan dan uzur-uzur yang mereka kemukakan.
(Surah 55, AR RAHMAN : ayat 41)




Jumaat, 30 Mei 2014

R 61 : MAUT, MATI, MENINGGAL DUNIA

السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kata Imam Al-Ghazali, “Yang jauh itu waktu; Yang dekat itu mati; Yang besar itu nafsu; Yang berat itu amanah; Yang mudah itu berbuat dosa; Yang panjang itu amal soleh; Dan yang indah itu saling memaafkan.”

MATI

Itulah fasa yang akan dilalui oleh setiap insan yang hidup di atas muka bumi ciptaan Allah SWT sebelum dihidupkan semula pada hari kiamat kelak bagi menghadapi pembalasan yang hakiki. Mustahil bagi seorang yang hidup itu dapat melarikan diri dari maut. Walaupun disorokkan dirinya di dalam peti besi sekali pun, maut akan tetap mengundang. Ingin aku kongsikan bersama yang antara lainnya betapa dekatnya ajal dengan kita semua tanpa kita sedari. Semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah dariNya. In sya Allah.
Wallahualam.

MEMANG tiada siapapun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
(Surah 21,  AL ANBIYA : ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorangpun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.
Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.
Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.”
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.”
(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut.
Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s. Dia mungkin dicemuh kerana  mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.
Tiada siapapun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.

Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.




Selasa, 20 Mei 2014

R 1 : SIAPAKAH YANG MUFLIS

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Siapa yang muflis? Manusia yang muflis itu bukanlah mereka yang tidak berharta dan memiliki tempat tinggal. Sesungguhnya orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak menunaikan hak-hak orang lain seperti mencaci dan merampas harta tanpa hak, memukul tanpa sebab dan sebagainya.”
(Riwayat Muslim)

Sebenarnya golongan yang menjadi muflis di akhirat asalnya mereka memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizalimi.
Bahkan mereka juga dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang dikumpulkan akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu dibayar kerana kesalahan terhadap orang lain.
Kuat beribadat dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah SWT jika pada masa sama masih lagi melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain.
Dalam pergaulan hidup sehari-hari, sudah tentu berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak. Kesilapan itu boleh mengundang dosa terutama jika ia menyentuh pelanggaran hak berkaitan tubuh, maruah diri dan harta benda orang lain.
Apabila kesalahan berkaitan dengan manusia, wajib kita meminta maaf dan mengembalikan haknya. Jika tidak sempat memohon kemaafan ketika hidup, maka dosa itu akan dibayar dengan pahala di akhirat. Kerana itulah pahala berkurangan sehingga kita miskin di akhirat nanti.
Jika kita miskin di dunia masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu, tetapi siapakah yang akan bersimpati, menolong dan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah SWT?
Bagi dosa membabitkan sesama manusia, lidah yang paling banyak kesalahan. Dosa lidah boleh menyebabkan seseorang itu menjadi muflis di akhirat. Kenapa lidah kita amat mudah untuk bercakap mengenai orang lain? Itulah persoalan yang perlu ditanya diri kita.
Lidah hendaklah diawasi supaya hidup tenteram, aman dan damai. Sikap tidak menjaga lidah bukan saja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada hubungan sesama manusia dan mengakibatkan seseorang itu menjadi muflis di akhirat.
Kita memerlukan kekayaan untuk mendapat alam kubur yang luas dan terang, berada di Padang Mahsyar dengan selesa, meniti Titian Siratul Mustaqim sepantas kilat, melintasi pintu syurga serta membina mahligai besar di dalam syurga.
Tanpa pahala, kita akan menjadi manusia yang miskin di akhirat kelak dan tidak mampu membeli kesenangan, kita akan susah di alam kubur, di Padang Mahsyar dan seterusnya akan dilemparkan ke dalam neraka bersama kaum kafir serta Iblis.

Marilah menghitung adakah sudah cukup amalan kita untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak. Janganlah kita tergolong dalam golongan mereka yang kaya di dunia, tetapi miskin di akhirat.

Isnin, 21 April 2014

Q 71 : KESAKITAN BILA NYAWA DICABUT

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: 

“Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”

Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.
Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.
Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:

Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
Selawat ke atas Nabi
Membaca tasbih

Amalan harian:

Sentiasa membaca al Quran
Memelihara solat terutama solat fardu
Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
Membaca tasbih
Membanyakkan sedekah
Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:

Dusta
Khianat
Mengadu domba
Kencing berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”






Jumaat, 18 April 2014

Q 51 : TIGA SIFAT PENGHUNI SYURGA

Muhasabah: Tanda-tanda penghuni Syurga yang disebut oleh Baginda s.a.w:-

1-Penguasa yang adil dan diberi Taufiq. Mana-mana pemimpin (Waliyyul Amr) yang Allah s.w.t berkehendak kebaikan kepadanya, maka akan diberikan taufiq untuk berbuat adil kepada rakyatnya, lalu pemimpin itu berbuat baik kepada mereka.

2-Seorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada ahli keluarganya dan kepada sesama muslim.


3-Seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha bekerja untuk tidak meminta-minta sedangkan ia mempunyai banyak tanggungan keluarganya.
Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Iyadh bin Himar r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ahli syurga itu ada tiga jenis: Penguasa yang adil dan diberi taufiq, seseorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada kerabatnya dan kepada sesama muslim, serta seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha untuk tidak meminta-minta padahal ia mempunyai banyak keluarga.”  





Khamis, 6 Mac 2014

P 63 : SIAPALAH KITA

•Maaf hari ini, aku telah dilamar oleh MALAIKAT MAUT dan esok aku akan menikah dengan KEMATIAN.
Mungkin lusa, aku akan bercerai dengan dunia yang aku kejaaaarrr....!
Mahar ku adalah SEKARAT dan persalinan ku adalah KAIN KAFAN.
Pelaminanku diwangikan dengan GAHARU CENDANA.
Aku akan diarak dengan LAUNGAN AZAN.
BerAKADkan TALAKIN.
BerWALIkan LIANG LAHAT.
BerSAKSIkan BATU NISAN.
Pada malam pertamaku akan diserikan dengan persoalan MUNGKAR/NANGKIR.
Ya ALLAH Jauhkanlah aku dan setiap orang yang mengucapkan 'Aamiin' dari siksa kubur dan siksaan Api NerakaMU.
Aamiin Ya Robbal'alamin.


Rabu, 19 Februari 2014

P 17 : ENAM PERISTIWA SELEPAS KEMATIAN

Trip itinerary selepas kita mati (waktu akan dimaklumkan kemudian) :

1. Ujian tapisan di alam kubur
2. Result – azab/nikmat kubur
3. Menunggu kebangkitan semula
4. Berkumpul di Padang Mahsyar
5. Tunggu penyerahan kitab amal
6. Menuju jambatan as sirat
7. Result – berumah di syurga atau neraka


Mengingati pertemuan dengan Allah di akhirat, adalah sumber motivasi paling tinggi bagi seorang mukmin untuk khusyuk dan ikhlas dalam solat, amal soleh seperti sedekah dan jihad.




Selasa, 24 Disember 2013

O 26 : NASIHAT KUBUR

1. Aku adalah tempat paling gelap, maka terangilah aku dengan tahajjud,
2. Aku adalah tempat paling sempit maka luaskanlah aku dengan silaturahmi,
3. Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca al Quran,
4. Aku adalah tempatnya binatang binatang yang menjijikkan maka racunilah ia dengan amal sedekah,

5. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan "Laa ilaaha ilallah."





Sabtu, 21 Disember 2013

N 144 : APA YANG TENTUKAN NASIB KITA

"Saat detik-detik kematian itu manusia akan melihat malaikat dan akan mendengar kalimat yang sangat menentukan nasibnya dari malaikat yang turun kepadanya atas perintah ALLAH. Dan bila ia seorang mukmin ia akan mendengar : "Wahai Jiwa yang baik, keluarlah menuju ampunan ALLAH dan keredhaanNya."
( HR.Ahmad )

"Dan bila ia seorang kafir ia akan mendengar : Wahai Jiwa yang keji, keluarlah menuju kemurkaan ALLAH dan kemarahanNya."
( HR.Ahmad )

Ya ALLAH,.
Matikanlah kami dalam keadaan Khusnul Khotimah.
Aamiin

Khamis, 19 Disember 2013

N 134 : INGIN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR

Daripada Al-faqih menegaskan bahawa jika ingin selamat dari siksa kubur, maka lakukan enam perkara dan lenyapkanlah enam perkara:

Solat lima waktu
Banyak sedekah
Selalu membaca al Quran
Banyak bertasbih/zikir
Banyak Solat Tahajud
Jangan Pernah Putus Silaturahimi.

Sedangkan empat perkara yang mendatangkan siksa kubur iaitu :

Jika berkata ia Dusta, meski dalam hal bercanda
Jika berjanji ia Khianat,
Adu Domba,
Menyisakan air kencing (tidak dibersihkan secara benar-benar).

Rasulullah Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ bersabda:

"Bersihkanlah air kencingmu sebersih-bersihnya kerana kebanyakan siksa kubur akibat air kencing yang tersisa meskipun sudah dibersihkan.”
(HR.Muslim)

Rasulullah Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ bersabda:

”Empat perkara yang di benci ALLAH, iaitu:

1. Main-main ketika solat.
2. Bergurau di tengah tengah baca al Quran.
3. Berkata Keji Ketika Puasa dan
4. Tertawa-tawa di kuburan.”

Mari Aminkan doa bersama agar mustajab

Ya ALLAH Lindungilah kami dari :

Siksa kubur
Godaan syaitan saat Sakaratul Maut
Su'ul Khotimah
Aamiin Yaa'Robbal'alamiin.


Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri),"
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)





Ahad, 8 Disember 2013

N 15 : JENAZAH DISELAWATI 70 RIBU MALAIKAT

Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra.

Pada suatu pagi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik ra melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.
Tak lama kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dihampiri oleh Malaikat Jibril.
Lalu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bertanya kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?"
"Yaa RASULULLAH, Matahari ini nampak redup kerana terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya."Jawab Malaikat Jibril.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bertanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?"
"Yaa RASULULLAH, 70 ribu Malaikat." jawab Malaikat Jibril.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bertanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?"
Kemudian Malaikat Jibril menjawab: "Ketahuilah wahai RASULULLAH, sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan selawat kepada salah satu umatmu."
"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
"Dialah Muawiyah..!!!" jawab Malaikat Jibril.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bertanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"
Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai RASULULLAH, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surah Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surah Al-Ikhlas."
Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : "Dari itulah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan selawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut."
SubhanAllah..
Walhamdulillah..
Wala ilaha illallah..
Wallahu akbar.

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :

''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga al Quran dalam semalam?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami boleh membaca sepertiga al Quran?" Lalu NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga al Quran.''
(H.R. Muslim no.1922)


Subhanallah..