Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label IBADAH - ISTIQAMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IBADAH - ISTIQAMAH. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Ogos 2012

H 16 Hadis tentang kepentingan Istiqamah (berterusan) dalam beribadat

Istiqamah menurut bahasa ertinya tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian. Umar al-Khattab menjelaskan tentang istiqamah dengan berkata:
“Istiqomah itu tetap menurut perintah mengikuti perintah dan menjauhi larangan serta tidak menyimpang daripadanya”

Daripada Aisyah r.ha., RASULULLAH SAW bersabda:

“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya ALLAH tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling ALLAH sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:

“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada ALLAH secara berterusan.”

Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.

“Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)

Kaitan Istiqamah dengan Niat.

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانت
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْه

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar RASULULLAH SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya kepada ALLAH dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : قل آمنت بالله ثم استقم

Daripada Abu `Amru atau digelar juga Abu `Amrah Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:

"Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada ALLAH. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah."
(Riwayat Muslim)

Cara-cara memupuk sikap Istiqamah.
Terdapat beberapa faktor lain yang dapat menjana sikap istiqamah dalam beribadat:

1.  Ilmu yang mantap tentang ibadah tersebut.
2.  Bersahabat dengan orang yang istiqamah
3.  Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah
4.  Mujahadah melawan nafsu
5.  Doa memohon pertolongan ALLAH SWT
Rujukan :
http://murabbiy.com/?p=1878



Ahad, 22 Julai 2012

C 2 Maksud Istiqamah

Jenis-jenis Istiqamah.

Sebagaimana dibincangkan dalam siri usrah rasa hati 30, perlunya istiqamah dalam melakukan ketaatan kerana menunaikan ketaatan adalah satu kewajipan, oleh itu istiqamah dalam melakukan ketaatan juga satu kewajipan.

Istiqamah dalam ketaatan meliputi tiga bahagian utama iaitu;

1.    Istiqamah hati
2.    Istiqamah lisan.
3.    Istiqamah amalan.

Istiqamah pada hati dan amalan merupakan buah dan hasil dari istiqamah hati dalam ketaatan kepada Allah swt. Ketaatan pada amalan tanpa ketaatan hati, amalan tiada nilai disisi Allah swt. Itulah amalan orang munafik yang sentiasa berpura-pura dalam amalan mereka.

Hati adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Bila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah swt, maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan. Sebaliknya, bila hati penuh dengan syahwat dan hawa nafsu, maka yang akan muncul dalam perilaku adalah keburukan dan kemaksiatan.

Keburukan dan kemaksiatan ini boleh datang kerana hati seseorang dalam keadaan lalai dari zikir kepada Allah swt. Ibnul Qayyim al-Jauziyah berkata,

“Apabila hati seseorang itu lalai dari zikir kepada Allah, maka syaitan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya syaitan ke dalam hati yang lalai ini, lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan.”

Oleh kerana itu hati seorang mukmin harus sentiasa dijaga dari pengaruh syaitan ini dengan sentiasa berada dalam sikap taat kepada Allah SWT. Kekuatan inilah yang disebut dengan Istiqamah.

Imam al-Qurtubi berkata,

“Hati yang istiqamah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan, hati yang istiqamah adalah jalan menuju kejayaan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan diluaskan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat. Dengan hati yang istiqamah, malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap azab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.”

Ada banyak cara untuk memikili hati yang istiqamah ini, antaranya;

Meletakkan cinta kepada Allah swt di atas segala-galanya. Ini adalah persoalan yang tidak mudah dan memerlukan usaha yang gigih kerana, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengalami pertembungan antara kepentingan Allah swt dan kepentingan makhluk, Apabila dalam kenyataannya kita lebih mendahulukan kepentingan makhluk, maka itu pertanda bahawa kita belum meletakkan cinta Allah swt di atas segala-galanya.

Membesarkan perintah dan larangan Allah swt. Membesarkan perintah dan larangan Allah harus dimulai dari membesarkan dan mengagungkan pemilik perintah dan larangan tersebut, iaitu Allah swt. Membesarkan perintah Allah swt di antaranya adalah dengan menjaga waktu solat, melakukannya dengan khusyuk, memeriksa rukun dan kesempurnaannya serta melakukannya secara berjamaah.

Sentiasa berzikir kepada Allah swt kerana itulah perintah Allah swt dan Rasul-Nya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis qudsi Allah swt berfirman,

قَالَ مَنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَمَنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ مِنْ النَّاسِ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ أَكْثَرَ مِنْهُمْ وَأَطْيَبَ

Maksudnya;“Barangsiapa yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barangsiapa yang mengingat-Ku dalam keramaian, maka Aku akan mengingat-Nya dalam keramaian yang lebih baik darinya."

Mempelajari kisah orang-orang soleh terdahulu supaya kita boleh mengambil pelajaran dari mereka. Bagaimana kesabaran mereka ketika menghadapi ujian yang berat, kejujuran mereka dalam bersikap, dan keteguhan mereka dalam mempertahankan keimanan. Sebagaimana firman Allah swt,
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Maksudnya; "Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman."

(Yusuf: 111).