Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label TIPS TENANGKAN HATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS TENANGKAN HATI. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Disember 2018

T 46 : TIP-TIP MENJAGA HATI


1. Berdoa supaya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetapkan hati kita kepada Islam
Masalahnya ialah hati kita selalu berbolak-balik dan iman kita pula selalu turun dan naik. Itulah sifat hati dan iman. Ia berbolak-balik dan turun-naik.
Di bawah ini adalah suatu doa yang selalu diamalkan NABI SALLALLAHU `ALAIHI WASALLAM supaya hati kemas dan tetap di atas agamaNYA dan ketaatan kepadaNYA:
Pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH dengan doa ini.

Hafallah ia dan bacalah selalu samada dalam solat atau luar solat:

َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك

(Allahumma musorrifal-quluub, sorrif qulubana `ala to`atika)
“Yaa ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU.”

اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك

(Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala dinika)
“Yaa ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU.”

Doa di atas selalu diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah NABI SALLALLAHU `ALAIHI WASALLAM yang selalu membacanya. Dan in sya ALLAH, ia benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan ALLAH seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.

2. Hidup berjemaah dan bersahabat dengan orang-orang yang soleh.
Hidup berjemaah adalah sunah Rasulullah SAW. Dalam jemaah saling nasihat menasihati, bekerja dan berdakwah bersama saling lengkap melengkapi dan berkasih sayang kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Persahabatan untuk dijadikan rujukan.
Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat

(Pada hari kiamat kelak) Orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.”
(Surah al-Zukhruf ayat 67)

Hadis Persahabatan: Memilih Kawan

“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah/bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari

“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul ALLAH. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia.
(Surah Al-Furqan ayat 27-29)

Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat sama seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana

“Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat.”
(Al-Mustadrak ala al Sahihain)

3. Suasana Persekitaran Yang Baik ( Bi'ah Solehah)
Selain daripada berjemaah perlu mencari persekitaran yang baik, jiran yang baik, rakan sekerja / seperniagaan / sehobi yang mendorong kepada kebaikan. Kesan daripada kebaikan tersebut akan memberi kesan di hati kita.

Selasa, 4 Mac 2014

P 57 : TIPS TENANGKAN HATI

Dato Fadhilah Kamsah

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca al Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka).
7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!
8 ) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10) Kekalkan wuduk.
11) Bersedekah.
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subahat.
14) Berkawan dengan ulama.
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16) Pesan pada orang, jadi baik.

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.




Ahad, 8 Disember 2013

N 19 : EMPAT RAHSIA KETENANGAN HIDUP

1. Aku yakin bahawa rezekiku tidak tertukar, kerana itu hatiku tenang.

2. Aku yakin amalku tidak mungkin digantikan oleh yang lain, kerana itu aku semangat beribadah.

3. Aku yakin bahawa
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengawasiku, kerana itu aku malu bermaksiat.

4. Aku yakin bahawa mati selalu mengikutiku, kerana itu aku selalu siap menghadapinya.
{ Syaikh Hasan Bashri }

Ya ALLAH, Berikanlah kami rezeki yang berlimpah, rezeki yang boleh kami manfaatkan untuk orang yang memerlukan agar sedekah kami boleh banyak, jangan jadikan kami orang yang kikir dalam bersedekah, meskipun rezeki yang telah Engkau berikan belum mencapai apa yang kami inginkan tetapi kami bersyukur terhadap apa yang telah Engkau berikan kepada kami.
Mohon ampuni kami ya Rabb, maafkan kami jika seandainya kami selalu mengeluh terhadap kekurangan kami, angkatlah darjat kami, lindungi kami dan hapuskanlah dosa-dosa kami.

Aamiin Ya Robbal'alamin.



Khamis, 16 Ogos 2012

H 6 TUJUH Cara menyuci diri daripada perasaan hasad

Seorang muslim yang hanif tentulah sedar bahawa penyakit hasad dengki adalah penyakit yang harus diatasi mengingat bahaya yang ditimbulkannya teramat besar. Artikel ini secara ringkas berusaha memberikan beberapa cara untuk mengatasi penyakit hasad tersebut. Semoga bermanfaat

·         Ubat yang paling utama adalah mengakui bahawa hasad itu merupakan sebuah penyakit akut yang harus dihilangkan. Tanpa adanya pengakuan akan hal ini, seorang yang tertimpa penyakit hasad justeru akan memelihara sifat hasad yang dihidapinya. Dan pengakuan bahawa hasad adalah sebuah penyakit yang berbahaya tidak akan timbul kecuali dengan ilmu agama yang bermanfaat.

·         Ilmu yang bermanfaat, hal ini bererti bahawa seorang yang ingin mengubati hasad yang dideritanya harus memiliki pengetahuan atau ilmu, dan pengetahuan ini terbagi menjadi dua jenis, iaitu secara global dan secara terperinci.

Pertama, secara global, maksudnya dia mengetahui bahawa segala sesuatu telah ditentukan berdasarkan qadha dan qadarNya; segala sesuatu yang dikehendakiNya akan terjadi dan segala sesuatu yang tidak dikehendakiNya, tidak akan terjadi. Demikian pula, dia menanamkan dalam dirinya bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan diberikan ALLAH SWT kepada para hambaNya, tidak akan berubah dan tertolak kerana ketamakan dan kedengkian seseorang.

Kedua, secara terperinci, yakni dia mengetahui bahawa dengan memiliki sifat hasad, pada hakikatnya dia membiarkan sebuah kotoran berada di mata air keimanan yang dimilikinya, kerana hasad merupakan bentuk penentangan terhadap ketetapan dan pembagian ALLAH SWTkepada para hambaNya. Dengan demikian, hasad merupakan tindakan pengkhianatan kepada saudaranya sesama muslim dan dapat mewariskan siksa, kesedihan, kegalauan yang berkepanjangan. Demikian pula, hendaklah dia menanamkan kepada dirinya bahawa hasad justeru akan membawa berbagai kesan negatif bagi dirinya sendiri, baik di dunia dan di akhirat. Sebaliknya, orang yang didengki justeru memperoleh keuntungan berupa limpahan pahala akibat hasad yang dimilikinya [Fatawa Syaikh Jibrin 11/69; Maktabah Asy Syamilah].

Jadi bagaimana boleh seorang berakal membiasakan dirinya untuk dengki (hasad) kepada orang lain?
Muhammad ibnu Sirin rahimahullah mengatakan,

“Saya tidak pernah dengki kepada orang lain dalam perkara dunia, kerana apabila dia ditetapkan sebagai ahli jannah, bagaimana boleh saya mendengkinya dalam perkara dunia, sementara dia berjalan menuju jannah. Sebaliknya, jika dia adalah ahli naar, bagaimana boleh saya dengki kepadanya dalam perkara dunia, sementara dia berjalan menuju naar” [Muktashar Minhajul Qashidin 177].

· Dengan amal perbuatan yang bermanfaat, iaitu melakukan kebalikan dari perbuatan-perbuatan negatif yang muncul sebagai akibat dari sifat hasad [Fatawa Syaikh Jibrin 11/69; Maktabah Asy Syamilah]. Hal ini diisyaratkan ALLAH SWT dalam firmanNya,


ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (٣٤)

“Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara Dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”
(Surah 41, Fushshilat : ayat 34)

Jika sifat hasad mendorongnya untuk mencemarkan dan memfitnah orang yang didengkinya, maka ia harus memaksakan lidahnya untuk memberikan pujian kepada orang tersebut. Jika sifat hasad mendorongya untuk bersikap sombong, maka ia harus memaksa dirinya untuk bersikap tawadhuk (rendah hati) kepada orang yang didengkinya, memuliakan, dan berbuat baik kepadanya. Jika di kali pertama dia boleh memaksa dirinya untuk melakukan berbagai hal tersebut, maka in sya Allah selanjutnya dia akan terbiasa melakukannya, dan kemudian hal itu menjadi bahagian dari karakternya.

·         Meneliti dan menelusuri sebab-sebab yang membuat dirinya menjadi dengki kepada orang lain, kemudian mengubatinya satu-persatu. Misalnya, sifat sombong diubati dengan sifat tawadhuk (rendah hati), penyakit haus kedudukan dan jabatan diubati dengan sifat zuhud, sifat tamak (rakus) diubati dengan sifat qana’ah dan berinfak, dan sebagainya.

·         Di antara ubat hasad yang paling mujarab adalah sebagaimana yang telah diterangkan ALLAH SWT dalam firmanNya,


وَلا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا (٣٢)

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan ALLAH kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain, (kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada ALLAH sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui segala sesuatu.”
(Surah 4, An Nisa : ayat 32)

Dalam ayat ini, ALLAH SWT melarang hambaNya iri hati (dengki) terhadap rezeki yang berada di tangan orang lain, dan Dia menunjukkan gantinya yang bermanfaat di dunia dan akhirat iaitu dengan memohon kurniaNya kerana hal tersebut terhitung sebagai ibadah dan merupakan perantara agar permintaannya dipenuhi apabila ALLAH SWT menghendakinya [Fatawasy Syabakah Al Islamiyah 7/278; Maktabah Asy Syamilah].
· Bersandarlah kepada ALLAH SWT, bermunajat serta memohon kepadaNya agar berkenan mengeluarkan penyakit yang kotor ini dari dalam hatinya.

·    Banyak mengingat mati. Abud Darda radhiallahu ‘anhu mengatakan,

من أكثر ذكر الموت قل فرحه وقل حسده

“Seorang yang memperbanyak mengingat mati, nescaya akan sedikit girangnya dan sedikit pula sifat hasadnya.”
[Hilyatul Auliya 1/220].

Penulis: Muhammad Nur Ichwan Muslim
Artikel www.muslim.or.id

Selasa, 7 Ogos 2012

F 98 KETENANGAN HATI

Ketenangan hati ialah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apapun latar belakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spiritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya adalah berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik, dan di sana Tuhan tetap berperanan di dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin-Nya.

Dan seorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku; sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Yang Sentiasa Berkata, Wahai hamba-Ku, mintalah kepada-Ku, akan Ku penuhi segala permintaan kamu! tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!
Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membeli belah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman’ dan `ketenangan hatinyalah’ yang tercedera. Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, “Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!” Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa `sakit’ pada jiwa dan emosinya telah pun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana anak itu yakin, ibunya memahami `penderitaannya’ dan ibunya `mampu’ mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti. Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasa bahawa di sana adanya satu `kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.
Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan betul jika jiwanya sentiasa bercelaru dan dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seseorang yang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya, ia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban. Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya, perkataan-perkataan yang bersifat `teraputik’ yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.

Kekuatan rohaniah (SQ) akan menjadi penjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQ-nya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Ar-Ra’d: 28). Berzikir di sini membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingat Allah, merasakan kehadiran-Nya dan merasa keagungan-Nya di dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu – dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya – berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh merasa tidak tenteram dan aman?

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan `nur’ kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasa ketenangan hidup dan kekentalan serta keharmonian emosi. Tuhan berfirman, Dialah yang menurunkan `sakinah’ ke dalam hati orang-orang yang beriman! (Al-Fath: 4). Erti `sakinah’ ialah ketenangan yang tetap.
Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa, wuduk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak `buta’ daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!


Khamis, 2 Ogos 2012

E 51 EMPAT PERKARA MENERANGKAN HATI

Dan terangnya hatinya itu dari empat macam iaitu:

·         Perut yang lapar
·         Sahabat yang soleh
·         Mengingati dosa-dosa yang lalu
·         Tidak panjang angan-angan


Ahad, 29 Julai 2012

D 43 Punca-punca Ketenangan Jiwa

1.  Mentauhidkan Allah SWT secara sempurna.

2.  Surah Az-Zumar Ayat : 22. Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.

3.  Surah Al-Anam ayat : 125. Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya[503], nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.


4.  Orang yang telah diterangi hatinya dengan cahaya Allah SWT.