Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label PESANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PESANAN. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Disember 2019

U 49 : USTADZ ARIFIN ILHAM MENULIS PESAN SAAT DIRAWAT DI PENANG MALAYSIA

Berikut ini kalimat-kalimat pesan religius dari Ustaz Arifin Ilham di Facebook yang dibanjiri simpati, tangis dan doa.
Assalaamu‘alaikum wa rahmatullahi wa barkaatuhu.
Siapa aku? Ya, aku dari tiada, sekarang ada, itu juga hanya sebentar, kembali lagi tiada. Aku berasal dari ayah ibu, datuk nenek, terus ke atas hingga mendarat di datuk manusia, Nabi Adam dan Bunda Hawa. Ujung-ujungnya kita harus menyebut kita adalah bani Adam, keturunan Adam ‘alaihis salam.
Sementara bahan dasar moyang kita itu dari tanah, sekarang di atas tanah, semua yang kulihat dari tanah, tidak lama lagi aku pun masuk ke dalam tanah. Ya, aku yang selalu apik merawat tubuh ini, ternyata calon bangkai yang berkalang tanah.
Aku akan masuk ruang sunyi senyap berbantal tanah, kepala utara, kaki selatan miring ke kiblat. Belatung, cacing, bau busuk menyerengai dalam daging tulang yang selalu kurawat saat hidup. Harapan kita tentu Allah menjadikan kuburan kita, Taman SyurgaNya. Aamiin.
Astaghfirullah, inilah yang membuat aku terus-menerus memohon ampunanNya. Inilah yang membuatku semangat dalam beribadah, bernikmat dalam solat, bahagia berlama-lama sujud di penghujung malam, menangis, dan menyelimuti diri dengan rasa takut akan murka dan azabNya.
Allahu Akbar, inilah yang membuat gelora asa terpatri kuat dalam memburu redha dan SyurgaNya; inilah yang mendesakkan rasa rindu berjumpa denganNya. Inilah energi amal solehku, dakwahku.
Inilah yang menjadi asbab bersemangat dalam mencari rejeki yang halal, kuat bestari dalam beramal silaturahim, sayang pada keluarga, sayang pada semua apalagi pada yang papa lebih-lebih pada saudara-saudara yang tertindas.
Merenungi siapa aku, menjadikan diri ini disibukkan dengan perbaikan diri, dan sama sekali tidak tertarik mencari aib orang lain, aib diri saja seabrek abrek. Lunglai sudah jika teringat akan siapa diri ini. Tertatih jasad ini dalam mengimbangi gelora ruh dan hati yang terus berjibaku menujuNya.
Terluap "khouf" rasa takut hebat kepadaNya dan "rojaa" berharap sangat kepadaNya. Bergelayut sedih berbaur bahagia. Putaran waktu di dunia ini terlalu sebentar untuk mengumpulkan bekal hidup selama-lamanya. Sebentar, tetapi menentukan keadaan di Akhirat kelak. Dunia bukan untuk main-main apalagi maksiat. Umurku tidak sepanjang perjuanganku. Sementara dosaku banyak, ilmuku kurang, keadaan inilah membuat waktu hidup ini terasa semakin sebentar.
Duhai kalian, Abah yang telah berpulang, Mama, anak-anakku, isteri-isteriku, anak-anak yatimku, anak-anak santriku, keluargaku, guru-guruku, para sahabatku, jamaah zikir, juga kalian sahabat FBku, instgramku, saudara-sauadaraku di Palestin, Afghan, Irak, Suriah, Yaman, Mesir, Afrika Tengah, Ughur China, Khasmir, Rohingya, Patani, Moro dan seluruh umat, juga negeri Indonesia tercinta ini, telah masuk merenggut hati dan fikiranku.
Diri ini, demi Allah, sayang semua, cinta semua kerana Allah. Rasanya tidak disebut doa, kecuali kalian semua bahagian doaku. Aku ingin semua damai dalam naungan SyariatNya dan hidup bahagia dalam Sunnah NabiNya, sehingga negeri tercinta kita Indonesia hidup damai aman dalam penuh berkah Allah.
"Allahumma ya Allah ampunilah diri ini, dan semua kami. Selamatkanlah kami dari semua fitnah dunia dan kezaliman, dan terimalah mereka yang wafat sebagai syuhada disisiMu...
SubhanAllah air mata ini terus mengalir dalam oase hati ini kerana sayangnya abang pada antum semua kerana Allah.


Selasa, 20 Mei 2014

Q 146 : BAGAIMANA MENCUKUPKAN GAJI?

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji," memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan.

Moga ada manfaat!

Wallahu a' lam

Jumaat, 18 April 2014

Q 53 : WANG HANTARAN YANG BERLEBIHAN

Wang hantaran yang berlebihan menyebabkan ramainya lelaki menangguhkan niatnya untuk bernikah. Lantas, banyaknya kes penzinaan berlaku. Maka, apabila dikatakan salah siapa. Disalahkan lelaki itu pula? Wanita itu tidak bersalah? Ibu bapa mereka tidak bersalah?
Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini?
abi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.”
(Hadith Riwayat Tarmidzi dan Ahmad)
"Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya."
Rendah Maharnya, tinggi Nilai Cintanya.




Khamis, 17 April 2014

Q 33 : SUMBER DARI INTERNET - LANGKAH PENAPISAN PENGAMBILANNYA

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, minat terhadap ilmu agama semakin meluas di kalangan orang ramai baik di internet mahupun di luar internet. Di mana-mana sahaja orang mula berbicara mengenai ilmu agama. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa akan datang, Islam akan menjadi gah semula dan tidak lagi diperkotak-katikkan. In Sya Allah yang Maha Tinggi.

Zaman ini, kita adalah perintis kepada kecemerlangan Islam akan datang. Maka perlulah kita memastikan ilmu agama yang dipelajari adalah benar-benar bersih dari kekotoran mereka yang tidak bertanggungjawab, baik dari orang bukan Islam, munafik dan dari orang Islam itu sendiri supaya generasi akan datang lebih berilmu dan hebat semangatnya sesuai dengan fitnah-fitnah yang bakal berlaku akhir zaman.
Internet mempunyai ‘sumber ilmu yang tidak terbatas’ dan pemantauan terhadapnya adalah hampir mustahil. Jadi seeloknya, perlu ada satu piawaian atau penapisan sebelum kita mengambil sumber-sumber dari internet ini. Malah boleh juga mengggunakan kaedah ini sebelum mengambil apa-apa ilmu agama dari sesiapa dan di mana sahaja.
(Maksud ‘sumber ilmu yang tidak terbatas’ itu adalah; sesiapa sahaja boleh meletakkan atau menulis apa sahaja yang difikirkannya sama ada benar atau tidak, ataupun ilmiah atau jahil)
Itulah tujuan risalah ini dan ia dikhususkan kepada pengambilan sumber agama, iaitu penapisan sesuatu pengajian seperti tafsir al Quran, hadis, doa-doa, artikel-artikel dan lain-lain yang seumpamanya yang bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri.

PERBINCANGAN

Umum mengetahui, sumber syariat Islam adalah dari al Quran dan as Sunnah. Walaupun ijmak, qiyas dan ijtihad digunakan, namun ia tetap bersumber dari al Quran dan as Sunnah. Begitu juga sekiranya kita ingin mengambil sumber agama dari internet, ia hendaklah bersumber dari al Quran dan as Sunnah. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengetahui ianya dari sumber yang tulin?

1. Memastikan Sumber Itu Dari Akidah yang Benar

Firman Allah swt yang bermaksud :

 “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Surah Al-Hujuraat [49] : 6

Tidak boleh kita mengambil sumber agama dari orang bukan Islam, kerana musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk mempertikaikan dan mencari-cari kesalahan agama Islam. Cara mengenalinya dengan melihat ‘muqaddimah’ laman web tersebut. Contoh mudah, dari blog ini sendiri.

Pertama : Kami meletakkan (Surah Al-Hajj [22]:78) menerangkan keimanan kepada para Nabi dan Rasul dan menyatakan keIslaman. Tetapi ini tidak mencukupi.

Kedua : Kami meletakkan asas ikutan kami adalah Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) dan membenarkan kerasulannya (Surah Al-Ahzab [33]: 21).

Ketiga : Meletakkan hadis mutawatir, bahawa barangsiapa yang menipu menggunakan nama Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) diancam ke neraka. Ia adalah ikrar bahawa hadis di dalam blog ini adalah dipercayai.

Keempat : Kemudian kami meletakkan pengenalan diri dengan dimulakan puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Agung dan mengakui tiada tuhan selain Allah, kerasulan Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) serta tidak mengingkari para sahabat radiyallahu anhum (r.a).

Maka jika anda mahu berdakwah, menulis mengenai Islam atau mengenai sesuatu yang berkaitan dengan agama melalui internet (blog dan sebagainya), hendaklah melengkapi sekurang-kurangnya perkara ‘keempat’ di atas. Iaitu, lafaz kalimah tauhid yang menerangkan akidah anda. Ini adalah perkara paling utama.
Antara laman web yang tidak dibenarkan mengambil sumbernya kerana bertentangan dengan akidah adalah;

Contoh 1 : Pengajian Sahih Muslim – Dilihat seperti ia menjelaskan mengenai hadis, tetapi sila lihat muka depan laman web ini (Answering Islam). Sebenarnya apa yang diperjelaskan melalui laman itu ternyata satu usaha menolak dan mempertikaikan sumber kitab hadis yang utama. Penjelasannya hanya berdasarkan kejahilan dan penolakan kepada kebenaran.

Contoh 2 : Jemaah Al Quran – Dilihat muka depan laman web ini seperti ia memperjuangkan agama Islam dan cuba membawa umat Islam kembali kepada al Quran. Tapi sayangnya, penafsirannya hanya mengikut logik akal semata-mata dan penuh dengan sangka-sangka. Sila lihat laman ‘page’ ini (Keluar Dari Kejumudan), di mana beliau mencela kesahihan sahih Bukhari dan seluruh kitab hadis sahih yang lain.

Telah disepakati oleh para ulama bahawa hadis di dalam sahih Bukhari telah lengkap segala sanadnya dan diiktiraf kesahihannya secara ilmiah, bukan sangka-sangka. Begitu pula kitab-kitab hadis sahih yang ada sekarang telah lengkap pentahkikan dan pentakhrijannya.
Maka sesiapa yang menolak hadis sahih, sama seperti menolak para sahabat r.a. Menolak para sahabat sama seperti menolak Rasulullah saw. Menolak Rasulullah saw sama seperti menolak al Quran. Menolak al Quran sama seperti mengingkari Allah yang Maha Agung.
Orang-orang seperti ini diancam kekal di dalam neraka, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud :

“Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya dan melanggar ketentuan-ketentuanNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.”
Surah An-Nisaa' [4] : 14

Manakala, mereka yang taat pada Allah dan Rasulnya, iaitu mengikuti apa yang disampaikan melalui al Quran dan as Sunnah;

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.”
Surah An-Nisaa' [4] : 13

Ini adalah contoh laman web yang tidak meletakkan prinsip atau pegangannya atau akidahnya yang sebenar dan ternyata di dalamnya penuh kepura-puraan dan sangka-sangka. Ini terkecuali sekiranya laman web itu memang seorang yang dikenali atau mahsyur, seperti laman web Ustaz Zaharuddin, Dr. Mohd Asri (Dr. Maza) dan lain-lainnya.
Namun kami berharap, langkah ini diikuti oleh semua pendakwah internet bagi membezakan antara satu sama lain (yang benar dan batil) dan sebagai langkah berjaga-jaga serta pengambilan dari sumber yang salah dapat dikurangkan.

PERHATIAN : Ini bukanlah pendapat saya sewenang-wenangnya, sila lihat tafsir al Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab ulama dahulu dan sekarang. Sila baca ‘muqaddimah’ mereka. Semuanya bermula dengan ikrar tauhid selepas puji-pujian kepada Allah yang Maha Agung.
Malah al Quran sendiri dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang seterusnya penafian kepada kekuasaan lain kecuali, hanya Allah yang Maha Memelihara dan Mentadbir seluruh alam semesta.
(Rujuk Surah Al-Fatihah [1] : 1-2).

2. Mengelakkan Mengambil Sumber Tanpa Rujukan

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.”
Surah An-Nuur [24] : 11

a. Al Quran

Setiap ayat al Quran hendaklah diletakkan nama surah, nombor surah dan ayat, supaya mudah untuk diperiksa kembali. Tidak boleh, hanya menulis ;

‘Allah berfirman bahawa lelaki dan wanita mencuri hendaklah dipotong tangannya.’

Kesalahannya adalah tidak meletakkan rujukan surah tersebut. Sekiranya tidak diletakkan rujukan surah, boleh mendatangkan kekeliruan sama ada ia dari al Quran atau hadis qudsi. Contoh hadis qudsi;

‘...Allah Taala berfirman, Aku membahagikan solat itu antaraKu dengan hambaKu kepada dua bahagian.’

Kedua-duanya ditulis Allah berfirman, tetapi satu dari al Quran dan satu lagi dari hadis. Ini boleh mengelirukan ramai orang. Jadi laman web yang terdapat tulisan sebegini mesti dielakkan.

b. Hadis

Setiap hadis yang dikeluarkan hendaklah, sekurang-kurangnya menulis status hadis tersebut sama ada sahih, hasan, daif, palsu dan sebagainya serta dimanakah hadis itu diambil berserta periwayatannya. Contoh;

Contoh hadis 1 : Daripada Anas r.a :"Sekali pandang muka orang alim adalah lebih aku sukainya daripada ibadah enam puluh tahun; puasanya dan qiamulailnya."
(MAUDHU’ / Hadis PALSU, [0035] Jilid ke-2, bab Mengenai Keutamaan Ilmu - HImpunan Hadis-Hadis Maudhu [Edaran : Al-Hidayah Publishers]

Contoh hadis 2 : Daripada Abu Bakar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Dajjal akan keluar dari belahan bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dia diikuti oleh beberapa kaum. Wajah mereka terlihat seolah seperti perisai yang menutupi." [2237] Sahih. At-Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah
Sekiranya hanya ditulis, ‘Nabi saw bersabda bahawa sabar itu separuh dari iman’, tanpa meletakkan seperti contoh di atas, maka haram baginya mengambil, menggunakannya dan menyebarkannya. Malah perkataan ‘sabar separuh dari iman’ itu juga tidak diketahui asalnya, yang sahih adalah;
Di dalam Sahih Bukhari hadis bernombor 19 : Dari Salim bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malu itu separuh dari iman."

c. Artikel atau Tulisan lainnya

c.1. Tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Contoh; lihat artikel ini (RakanMasjid.com / Sayyidah / Scribd). Di antaranya si penulis berkata,
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya...’
Perkataan ini benar-benar bertentangan dengan akidah seperti firmanNya yang bermaksud :

“Dan tidak mungkin bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizinNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.”
(Surah 42, Asy-Syuura  : 51)

Perkara itu hanya khusus kepada para Nabi dan Rasul sahaja, dan adalah mustahil sama sekali dan tidak mungkin mana-mana manusia (selepas kewafatan Rasulullah saw) mengatakan bermimpi mendengar tuhan berkata-kata dengannya kecuali orang-orang yang sesat dan terencat akalnya (Sila lihat Artikel - Tipu Daya Iblis Zaman Ini). Maka sumber seperti ini dilarang menyebarkannya.

c.2. Membuat notakaki atau penjelasan mengenai sesuatu tulisan atau menjelaskan sumbernya.

Contoh 1 : Hirabah atau pemberontakan adalah sekumpulan orang yang bersenjata di negara Islam keluar untuk mengadakan kekacauan, rusuhan, pertumpahan darah, merosakkan tanaman.... (Bersumber dari Fiqh Sunnah Jilid 5 halaman 167).
Contoh 2 : Artikel Tujuan Menuntut Ilmu - Menegakkan agama Islam bermaksud..... Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al Quran dan As-Sunnah. (Rujukan : Krisis Dalam Pendidikan Islam - Dr. S.S Husain dan Dr. S.A Ashraf )
Notakaki adalah sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan mengenai apa yang diperkatakan. Ia juga boleh digunakan sebagai dalil dan pemahaman kepada maksud-maksud tertentu. Sumber tulisan seperti ini (yang tiada sumber rujukannya) tidak layak dijadikan hujah, hanya sekadar bacaan santai.

3. Menghindari Laman Web yang Menghina Ulama

Berikut adalah firman Allah yang Maha Agung mengenai pembersihan nama Ummul Mukminin ‘Aisyah r.ha. Namun, ini juga merupakan pengajaran kepada para mukminin dan mukminat supaya bersangka baik. (Rujuk tafsir Ibn Katsir halaman 270 juz 16-19)

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata" (kerana tidak mendatangkan bukti).”
(Surah 12, An-Nuur  : 24)

Firman Allah swt yang bermaksud :

“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.”
(Surah 24, An-Nuur  : 15)

Banyak laman web yang menghina para ulama baik dari ulama salaf, khalaf dan ulama masakini. Amat mendukacitakan kerana mereka mengkritik tanpa ilmiah dan hanya terikut-ikut rentak orang-orang yang tidak diketahui latarbelakangnya. Saya tidak meletakkan contoh di sini, memadai dengan tajuk di atas.
Sekiranya terdapat laman web yang menghina para sahabat r.a, dan para ulama lainnya seharusnya dielakkan dan jangan mengambil apa-apa sumber yang terdapat dalam laman web tersebut, kerana mereka tidak lain hanya mengikut nafsu semata dan taksub malah mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
Termasuk dalam kategori ini adalah laman web yang mengandungi unsur-unsur fitnah kepada para ulama, pemimpin atau mana-mana individu. Larangan ini jelas di dalam al Quran dan hadis;

Firman Allah swt yang bermaksud :

“kamu katakan dengan mulut mu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.”
(Surah 24, An-Nuur  : 15)

Daripada Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda,

“Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).”
 [0082] Sahih Muslim

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa,

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya (tidak diketahui latarbelakangnya).”
(Surah 68, Al Qalam : 10-13)

PENUTUP

Tidaklah risalah ini bertujuan menghina mana-mana usaha dakwah dari laman-laman web yang ada, ia sekadar salah satu cara untuk mengelakkan dari mengikut secara membuta-tuli apa yang ditulis oleh orang-orang yang sengaja memperlekehkan Islam ataupun orang yang tidak sengaja (kerana jahil).


“Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.”
(Surah 35, Faathir  : 38)

Moga risalah ini dapat dipanjangkan kepada para sahabat-sahabat yang lain dan semoga Allah yang Maha Agung menghindarkan kita dari ilmu yang tidak bermanfaat.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
Surah Ali 'Imran [3] : 104

Rujukan :
Al Quran dan terjemahan, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Abbas
Kitab Hadis-Hadis Sahih dan Al-Jamiush Shaghir
Manahij Al-Muhaddithin [Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir]
The History Of Quranic Text [Prof. M.M Al-A’zami]

Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah – Cetakan kedua 1996 [Dr. Yusuf Al-Qaradawi]




Rabu, 16 April 2014

P 142 : NASIHAT IMAM AL GHAZALI

Allâh SWT berfirman,

“Wahai manusia! Dunia adalah rumah bagi orang-orang yang tidak mempunyai rumah,
harta bagi mereka yang tidak berharta. Orang-orang yang tidak berakal akan  mengumpulkannya, orang yang tidak mengerti akan membanggakannya, orang yang tidak bertawakal pada Allâh akan tamak padanya, dan orang yang tak mengenal akan menuruti hawa nafsunya padanya.

Maka dari itu, siapa yang mencari kenikmatan dan kehidupan yang sementara, bererti dia telah berbuat aniaya pada dirinya, mendurhakai Tuhannya, lupa pada akhirat,
dan tertipu oleh dunia. Ia melakukan dosa, lahir dan batin.



P 141 : MEMERINTAH KEPADA KEBAIKAN

Al Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu.” Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan.” Al Hasan balik berkata: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran.”

(Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an: 1/367, Al-Qurthubi)


Selasa, 15 April 2014

P 127 : MINTA TOLONG KEPADA ALLAH SWT

Nabi SAW bersabda,

"Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah."
(HR Tirmidzi)


Khamis, 13 Februari 2014

O 141 : NAFSU DALAM DIRI ITU PALING BAHAYA

WALAUPUN harimau itu merbahaya
Tapi jarang kita ketemu, ia tidak begitu membimbangkan
Nyamuk dan lalat walaupun membawa kuman
boleh membahayakan manusia
Tapi masih boleh dibendung
kerana ia adalah di luar diri kita
Tikus juga membawa kuman
yang boleh membahayakan manusia
Tapi ia masih di luar diri manusia
Mudah dijaga dan dikawal atau dibendung
Kuman-kuman di dalam makanan dan minuman
Juga boleh mendatangkan penyakit
Itu pun masih tidak dianggap terlalu merbahaya
Tapi perlu diingat!
Bahawa nafsu di dalam dirimu itu paling bahaya
Bahaya buat dirimu dan orang lain
Namun tidak pernah dibising-bisingkan
dan diheboh-hebohkan
Tidak pernah diceritakan bagaimana menjaga
dan mengawalnya
Padahal nafsu di dalam diri manusia itu
telah merosakkan manusia dan dunia
Telah memusnahkan pembangunan, kemajuan dan tamadun
Tidak adapun klinik dan hospital yang merawatnya
Ia lebih merbahaya daripada harimau, nyamuk, lalat dan tikus
Ia telah menyerang semua orang tidak ada kecualinya
Tapi ramai di kalangan manusia tidak memandang merbahaya
Padahal merbahayanya hingga terjun ke Neraka.

Daripada : koleksi sajak Ustaz Ashaari Muhammad