Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

P 138 : PETUA UNTUK MUDAH BANGUN SUBUH

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejut.



Selasa, 8 April 2014

P 118 : PETUA UNTUK MEMBERSIHKAN HATI BUSUK

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca al Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3 kali.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.

7. Cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah selalu.




Khamis, 19 Disember 2013

N 131 : PETUA UNTUK AWET MUDA CARA ISLAM

Petua 1 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah Surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.


Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


N 122 : RAHSIA SURAH AL FATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman.

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental.

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan.

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu..
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYAALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.
Kepada suami isteri dan bakal suami isteri jemput ke Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim untuk Perbincangan dan perkongsian petua dan tips rumahtangga, kehamilan, tips didikan anak-anak In Sha Allah, Semoga Bermanfaat



Ahad, 3 November 2013

M 26 : Petua Mencuci Hati



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati :

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan, “Yaa ALLAH jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat ke atas NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca al Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah, “Aku  sebenarnya, (perkara yang elok-elok belaka)

1.            Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Yaa ALLAH cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian  saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!).
2.             
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subahat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut, dsb), jangan dengar  orang mengumpat.


Rujukan : Harian Islam.com






Ahad, 29 Julai 2012

D 42 EMPAT PERKARA MENGUATKAN MINDA DAN HAFALAN

1.   Tenang hati.

2.   Bersederhana dalam makan dan minum.

3.   Pemakanan berjadual.

4.   Mengeluarkan lemak yang berlebihan dalam badan.

Amalan Dan Petua Ulamak Silam. m/s : 69.



Isnin, 23 Julai 2012

C 21 PETUA MENCUCI HATI

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati :

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya, Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca al Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku  sebenarnya, (perkara yang elok-elok belaka).

7.            Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian  saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
             
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subahat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut, dsb), jangan dengar  orang mengumpat.

Rujukan : Harian Islam.com