Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AMALAN BAIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMALAN BAIK. Papar semua catatan

Ahad, 27 September 2020

V 92 : MENCARI KEREDHAAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA

1. Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa. 

Rasulullah  ﷺ bersabda: "Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga." 

(Hadis Riwayat Ahmad). 

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, In Shaa Allah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

2. Berselawat Kepada Rasulullah ﷺ

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah   kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya. "Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda."

(Hadis Riwayat Muslim)


‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Di dalam masa satu minit, kita boleh bersolawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

3. Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Allah Subhanahu Wata'ala akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. 

Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." 

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad). 

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek (أستغفر الله العظيم)

“Astaghfirullah hal adzhim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

4. Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WA sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang. Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.

Sabda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim." 

(Hadis Riwayat Bukhari)

5. Lafaz Tasbih

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih yaitu:

‎– سبحان الله و بحمده – 

‎– سبحان الله العظيم – 

"Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim." (Hadis Riwayat Muslim). Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

6. Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Allah Subhanahu Wata'ala.

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad ﷺ juga ada bersabda: "Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga."

‎لا حول ولا قوة إلا بالله

(Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

7. Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, In Shaa Allah, Allah Subhanahu Wata'ala juga akan memberikan doa yang sama buat kita. Rasulullah bersabda ﷺ : "Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya." 

(Hadis Riwayat al-Thabarani)

8. Sebarkan Kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.

Moga bermanfaat

FB majlis ilmu




Sabtu, 22 Februari 2020

V 8 : ZIKIR, SENJATA AMPUH MELAWAN SYAITAN


Syaitan akan terus menerus menggoda kita, di mana pun dan dalam kondisi apa pun. Oleh sebab itu, kita harus terus berzikir agar diselamatkan dari godaan syaitan. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman dalam Al Quran:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ

“(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring…”

Syaitan berupaya membuat kita lupa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Dengan kelupaan, kita akan melakukan kealpaan, kekhilafan, kemaksiatan, dan kezaliman. dalam Al Quran di terangkan:
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

“Syaitan berusaha membuat mereka lupa berzikir kepada Allah. Mereka itulah kelompok syaitan. Ingatlah sesungguhnya kelompok syaitan (golongan yang) merugi.” 
(Al-Mujadalah[58]: 19)

Dengan segala kekuatannya, syaitan berupaya membuat manusia lupa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, apa pun yang ada pada fikiran kita akan dijadikan oleh syaitan sebagai penggoda. Kekayaan, kekuasaan, populariti, ilmu, gengsi, kecantikan, dan keluarga. Semuanya akan dijadikan senjata oleh syaitan, agar kita lupa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Dengan semua kenikmatan yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berikan kepada kita, syaitan berusaha membuat agar kita lupa bahawa semua nikmat itu berasal dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Berbagai macam cara akan dilakukan untuk membuat kita lupa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Orang yang lupa berzikir kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA jadikan syaitan sebagai sahabat di dalam hidupnya.

Rasulullah SAW bersabda :

“Syaitan menempatkan belalainya atau muncungnya kepada setiap hati Bani Adam, tatkala hati Bani Adam itu ingat Allah, maka ia tarik belalainya atau muncungnya dari Bani Adam itu, tapi tatkala hati Bani Adam itu lupa kepada Allah, maka ia ikatkan belalainya, ia dekatkan muncungnya kepada hati Bani Adam itu, lalu ia alirkan bisikkan-bisikkan, kemungkaran, kesesatan, kemaksiatan dan kezaliman.” 
(H.R. Abu Ya’la dari Anas bin Malik)

Hamba yang selalu berzikir kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan selalu taat akan perintahNya. Sebaliknya, orang yang lalai dan lupa berzikir kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan melakukan berbagai kemaksiatan. Syaitan membuat kita lupa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Oleh kerana itu, teruslah berzikir kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar selamat dari godaan syaitan yang terkutuk.
  
Sumber : Tausiyah Ustad Arifin Ilham (KH. M. Arifin Ilham)
Oleh : Ning Silviana Sholeha
Redaktur : Aminatul Jannah

V 7 : KEISTIMEWAAN ISTIGHFAR

Istighfar merupakan sebuah kalimat yang sangat pendek, akan tetapi memiliki makna yang sangat besar, dahsyat, indah, dan agung dalam hidup di dunia dan juga di akhirat. Keistimewaan istighfar atau kalimat istighfar ini memiliki dua makna, yakni sebagai berikut:

1. Satara yang mempunyai maksud ghafaro.
Setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahaladzim, bererti kita meminta ampun kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, agar dimaafkan kesalahan kita dan ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar, maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan dan segala macam aib. Kerana itu, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sangat mencintai hambaNya yang selalu beristighfar. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman : 

“Sesungguhnya Allah sangat menyukai hambanya yang selalu bertaubat atau beristighfar.” 
(Al-Baqaroh [2] : 222)

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah luput dari dosa, dengan kita melanggengkan istighfar maka dosa-dosa yang ada dalam diri kita akan dibersihkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Istighfar merupakan suatu kewajipan dan keperluan kita semua, agar ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita, dan menutupi aib-aib kita.

2. Aslaha
Setiap kita mengucapkan astaghfirullah, bererti kita meminta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan memohon kepadaNya agar ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah (khusyuk), dan menjadikan akhlak kita mulia.
Subhanallah. Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. Kerana itu, tidak hairan jika hamba Allah yang sungguh-sungguh beristighfar, kehidupannya semakin berkah, membawa kebaikan dan perbaikan, bahagia, tenang, senang, dan menyenangkan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang melazimkan dirinya beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih, dan Allah beri rezeki dari jalan yang tak pernah ia sangka.” 
(H.R Abu Daud)

Kemudian dijelaskan dalam Al Quran:

“Maka aku katakan kepada mereka; Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan kepadamu denngan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula (di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” 
(Nuh [71]:10-12)

Allahu akbar. Istighfar bukan saja kewajipan tetapi juga keperluan kita. Kerana itu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAMtidak bangun dari tempat duduk beliau kecuali beristighfar kepada Allah 70 kali. Padahal, beliau maksum orang yang sudah dijamin masuk surga, bebas dari dosa Tetapi beliau sangat rajin beristighfar kepada Allah. Seharusnya, kita yang banyak dosa mengambil contoh ketauladanan beliau. Astaghfirullahhalazhim; ampunilah dosa kami yaa Allah. Sebagaimana diceritakan dalam sebuah hadist: Abu Bakar berkata bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

“Sungguh akan teguh hati seseorang yang beristighfar meskipun dilakukan dalam sehari sebanyak 70 kali.”

Dalam sebuah hadits lain diceritakan bahkan sampai 100 kali :

Ibnu Umar berkata, “Aku duduk bersama Rasulullah SAW dan aku mendengarnya beristighfar sebanyak 100 kali. Kemudian beliau mengucapkan: Yaa Allah, Ampunilah aku, kasihanilah aku, dan bukakanlah pintu taubat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Taubat dan Maha Penyayang atau Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Taubat lagi Pengampun.”

Semoga kita digolongkan hamba yang pandai bertaubat. Aamiin.
  
Tausiyah : Ustaz Muhammad Arifin Ilham
Oleh :  Ning Silviana Sholeha
Redaktur : Aminatul Jannah



Sabtu, 1 Februari 2020

U118 : DAHSYATNYA KALIMAT, "LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH"


 Dahsyatnya.                                                                                      لا حول ولا قوة إلا بالله

Bagi seorang muslim kalimat Hawqalah iaitu lafaz, 'Laa hawla wa laa quwwata illa billah' tentu bukan hal yang asing. Ucapan tersebut sering kali diucapkan secara spontan ketika seseorang dalam kesulitan, dalam keadaan tertekan atau boleh juga ketika seseorang terkagum-kagum menyaksikan keajaiban yang terjadi, iaitu suatu kejadian yang mustahil terjadi menurut fikiran manusia.

Dikisahkan sahabat 'Auf bin Malik Al-Asyja'i pergi menemui Rasulullah صل الله عليه وسلم  dan berkata:

"Yaa Rasulullah sesungguhnya anakku Malik pergi bersamamu berperang di jalan Allah dan ia belum pulang, apa yang harus saya perbuat? Padahal seluruh pasukan sudah pulang."
Rasulullah صل الله عليه وسلم bersabda:

"Ya 'Auf perbanyaklah kamu dan isterimu mengucapkan:

لا حول ولا قوة إلا بالله

(Laa haula wa laa quwwata illa billah... Tidak ada daya dan kekuatan selain daripada Allah.)"
Auf pulang ke rumah dan isterinya sendiri menanti anaknya yang belum datang. Melihat suaminya datang isterinya bertanya:

"Wahai 'Auf apa yang diberikan Rasulullah صل الله عليه وسلم?"
Auf menjawab: Beliau mewasiatkan untukku dan kamu juga agar kita banyak mengucapkan

لا حول ولا قوة إلا بالله

Apa jawapan isteri yang sholehah dan sabar ini?

"Ya, sungguh benar Rasulullah صل الله عليه وسلم"

Akhirnya mereka berdua duduk terus berzikir dengan

لا حول ولا قوة إلا بالله

Sampai saat malam yang gelap tiba, seketika ada yang mengetuk pintu, dan Auf berdiri membuka pintu, ternyata yang datang adalah anaknya Malik membawa banyak sekali domba sebagai ghonimah.

Maka Auf bertanya: Apa ini?
Malik menjawab:
"Sesungguhnya musuh menangkapku dan mengikatku dengan rantai besi dan mengikat dua kakiku, maka ketika malam tiba saya berusaha keras untuk kabur tapi tidak boleh, kerana kuatnya ikatan di kedua tangan dan kaki. Tiba-tiba ikatan borgol yang dari besi perlahan-lahan longgar sehingga ikatan di kedua tangan dan kaki boleh lepas. Maka saya boleh datang sekarang dengan kambing-kambing ghonimah ini."
Maka Auf berkata: "Wahai ananda bukankah jarak antara musuh dan kita jauh sekali? Bagaimana kamu boleh datang dalam waktu satu malam?"
Malik menjawab: "Wahai ayahanda, demi Allah ketika ikatan itu lepas saya merasa ada Malaikat yang membawa saya."

Subhanallahal 'adzim...

Maka Auf mendatangi Rasulullah صل الله عليه وسلم untuk memberi kabar beliau.
Tapi sebelum Auf memberi kabar beliau, Rosulullah صل الله عليه وسلم mengatakan kepada Auf: Wahai Auf bergembiralah bahawa Allah سبحان وتعالى menurunkan ayatnya tentang urusanmu:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(QS Ath-Thalaq:2-3)

Ketahuilah sesungguhnya:

لا حولا ولا قوة إلا بالله

Adalah harta terpendam di bawah singgasana 'Arsy Ar-Rahman.
Ia adalah ubat bagi 99 penyakit, yang paling ringan adalah penyakit gundah.
Kalimat ini juga merupakan simpanan pahala yang banyak di syurga.

Suatu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada ‘Abdullah bin Qois, “Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah, ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga.”
(HR. Bukhari no. 7386).

Daripada Abi Musa Al-Asy’ari radhiallahu anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkata kepadaku:

“Mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?” Maka aku menjawab: “Tentu, wahai Rasulullah.” Maka beliau menjawab: “Ucapkanlah, Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah.”

Rabu, 1 Januari 2020

U 65 : SEDEKAH ITU MUDAH... YA TAK YA JUGA YA

SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI

Semasa saya singgah di sebuah Masjid untuk bersolat Zohor, sebuah kereta Proton Saga Tua juga masuk ke kawasan Masjid. Saya agak, mungkin juga singgah nak bersolat Zohor. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang lebih. Pemandunya  seorang Tua berserban turun dan di tangannya saya lihat sebuah pemegang Cebok Air atau Gayung. 'Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid' tekaan hati saya.

Ketika saya berwuduk di Kolah Masjid, dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan Cebok Air yang dibawanya untuk membasuh kaki. Saya menggunakan Cebok yang telah tersedia. Cebok yang dibawanya diletak di tebing Kolah dan dia naik ke Masjid, lalu kami solat bersama.

Ketika menuruni tangga Masjid, saya lihat dia terus ke keretanya. Saya segera memperingatnya Ceboknya yg tertinggal. Dia beralih senyum kepada saya dan berkata.
Saya sengaja bawa Cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di Masjid yang ada Kolah, sebagai satu Wakaf Yang Kecil yang saya mampu. Semoga ianya memanfaatkan.'
'Subhanallah!' saya pula yang terasa malu! Tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian. Dia menyambung.

'Di mana Masjid saya singgah, yang ada Kolah, saya tinggalkan sebuah Cebok. Bekal untuk mati. Tak mampu nak sedekah yang lain.'

Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.
Sebuah Cebok yang ditinggal di Kolah Masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk! Bayangkan ganjarannya! Berapa ringgit sangat sebuah Cebok Air?
Bukan nanti ada Duit Beribu baru boleh berbuat baik. Yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan, maka Allah SWT dorongkan.
Bagi orang tua ini sebuah Cebok Air untuk Masjid takkan sama dengan Ribuan Ringgit yang disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia. Tetapi pada sisi Allah SWT ianya mungkin lebih besar dari itu.

Justeru:
Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata Manusia.
Masjid dan Surau memerlukan berbagai peralatan kecil yang diguna selalu dan mudah rosak. Saya nak ajak anda semua, Jom kita tiru orang tua ini dengan meninggalkan sebuah Cebok Air di Kolah Masjid yang kita singgah sebagai wakaf. Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 Cebok. Jangan cakap saja, tapi tak buat. Maka biarlah bermula dengan sebuah Cebok Air di mana saja Masjid yang disinggahi.
Atau,
Sebiji Sponge yang dipasang di kepala paip untuk mengelak percikan air..
Atau,
Sepasang Selipar untuk ditinggal di tandas Masjid.
Atau,
Sepotong Getah Paip untuk tandas Masjid yang tiada Getah Paip untuk kemudahan bersuci.
Atau,
Sebatang Penyapu, sebuah Penyodok Sampah atau Sebotol Minyak Wangi ditinggalkan di tempat minyak wangi, atau apa lagi yang boleh difikirkan.

Jangan tunggu hingga diminta, dirayu, kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah SWT, mungkin kerana terpaksa. Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang, membeli saham kesyurga sedikit demi sedikit. Apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita, atau, merasa dah cukup layak ke syurga, atau, malas nak fikir?
Jom..!! Kita mulakan beberapa Alatan Kecil dibawa bersama dalam Kereta untuk ditinggal sebagai Wakaf kepada Masjid, Surau walapun mungkin hanya beberapa Pin Mata Lalat atau Paku Tekan untuk melekat dokumen di Papan Kenyataan.
Betul-Betul Menyentuh Hati


Ahad, 29 Disember 2019

U 56 : BERLUMBA-LUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN

Rasulullah ﷺ memerintahkan kita agar melihat orang yang berada di bawah kita dalam masalah kehidupan dunia dan mata pencaharian. Tujuan dari hal itu, agar kita tetap mensyukuri nikmat yang telah Allah عزوجل berikan kepada kita. Nabi ﷺ melarang seorang Muslim melihat kepada orang yang di atas. Maksudnya, jangan melihat kepada orang kaya, banyak harta, kedudukan, jabatan, gaji yang tinggi, kenderaan yang mewah, rumah mewah dan lain-lainnya.

Dalam kehidupan dunia terkadang kita melihat kepada orang-orang yang berada di atas kita. Hal ini merupakan kesalahan yang fatal. Dalam masalah tempat tinggal, misalnya, terkadang seseorang hidup bersama keluarganya dengan "mengontrak rumah," maka dengan keadaannya ini hendaklah ia bersyukur kerana masih ada orang-orang yang tidak memiliki tempat tinggal dan tidur beratapkan langit. Begitu pun dalam masalah penghasilan.

Sedangkan dalam masalah agama, ketaatan, pendekatan diri kepada Allah عزوجل, meraih pahala dan syurga, maka sudah seharusnya kita melihat kepada orang yang berada di atas kita, iaitu para nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada, dan orang-orang yang soleh. Apabila para salafush-soleh sangat bersemangat dalam melakukan solat, puasa, sedekah, membaca Al-Qurân, dan perbuatan baik lainnya, maka kita pun harus berusaha melakukannya seperti mereka. Dan inilah yang dinamakan berlumba-lumba dalam kebaikan. Dalam masalah berlumba-lumba meraih kebaikan ini, Allah عزوجل berfirman ; "Dan untuk yang demikian itu, hendaknya orang berlumba-lumba."
(QS. Al-Muthaffifîn : 26)

Rasulullah ﷺ memerintahkan kita melihat kepada orang yang berada di bawah kita dalam masalah dunia, agar kita menjadi orang-orang yang bersyukur dan qana’ah, iaitu merasa cukup dengan apa yang Allah عزوجل telah kurniakan kepada kita, tidak hasad dan tidak iri kepada manusia.

Apabila seorang muslim hanya mendapatkan makanan untuk hari yang sedang ia jalani sebagai kenikmatan yang paling besar baginya. Rasulullah ﷺ telah menyinggung hal ini dalam sabdanya; "Siapa saja di antara kalian yang merasa aman di tempat tinggalnya, diberikan kesihatan pada badannya, dan ia memiliki makanan untuk harinya itu, maka seolah-olah ia telah memiliki dunia seluruhnya."
(HR. At-Tirmidzi)

Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas


Jumaat, 27 Disember 2019

U 34 : MAGNET MENARIK REZEKI


Sederhana untuk dilakukan/amalkan sehari-hari, semoga boleh membantu membuka pintu rezeki.

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
4. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
5. Jika kamu hadir dalam suatu acara (keluarga, kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukannya (orang tua, orang sakit, anak-anak dan lain-lain).
6. Jika kamu membeli barang dari pedagang-pedagang kecil kemudian kemudian sang pedagang ingin mengembalikan wang kembalian atau wang baki, biarkan wang recehan itu untuknya (disedekahkan atau dihadiahkan).
7. Belilah Mushaf (Al-Qur'an), letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat dari setiap huruf dari mereka yang membacanya.
8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan berbicaralah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah dan menzalimimu.
11. Setting pada handphone kamu, tanda peringatan pada waktu-waktu tertentu untuk kamu membaca surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas yang dihadiahkan kepada kedua orangtua kamu, baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
12. Silakan kirimkan tips² ini ke semua teman atau sanak keluarga kamu. Barangkali ada yang mahu mengamalkannya.

Semoga kita pun akan diberi pahala kerananya.
Selamat bersedekah. Semoga kita dilimpahkan rezeki yang banyak dan berkah dari ALLAH SWT.. Aamiin...



U 31 : APAKAH PERBEZAAN ANTARA MAGHFIRAH (مغفرة) DAN 'AFUW (عفو)?

* Maghfirah *: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa, tetapi dosa itu masih akan didaftarkan pada kitab kamu. Maghfirah adalah pengampunan Allah atas dosa-dosamu tetapi pada Hari Kiamat itu akan dituliskan pada catatan anda, Allah akan meminta anda mengenainya tetapi dia tidak akan menghukum anda kerana itu.

* 'Afuw *: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa dan menghapusnya dari kitab kamu seolah-olah ia tidak berlaku. 'Afuw adalah pengampunan Allah atas dosa kamu, ia akan dihapuskan sepenuhnya dari rekod kamu dan Allah tidak akan bertanya kepada kamu tentangnya pada Hari Penghakiman.

Inilah sebab mengapa Rasulullah (salla Allahu alaihi wa sallam) berkata, ini adalah Dua terbaik untuk membuat pada Lailatul Qadr:

"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul' afwa fa'fu 'annee."
(Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi)

Yaa Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun, dan Engkau suka memaafkan, jadi ampunilah aku."

Oleh itu pastikan anda membaca dua ini sepanjang masa dan seberapa banyak yang anda boleh. Buatlah salah satu daripada latihan harian anda.

Bayangkan anda berdiri pada hari Penghakiman yang dipertanggungjawabkan untuk perbuatan anda, dan anda tidak dijamin masuk ke Jannah.

Tiba-tiba anda mendapati bahawa anda mempunyai gunung-gunung Hasanat (ganjaran) dalam rekod anda.

Adakah anda tahu dari mana gunung-gunung hadiah datang?

Kerana di Dunya anda terus berkata: * "SubhanAllah wa bihamdihi SubhanAllah al 'Adhim"

Nabi Muhammad ﷺ bersabda: "Dua kata adalah cahaya pada lidah, beratnya seimbang, mereka dicintai oleh Al Rahman, (Yang Maha Pemurah Satu):

سبحان الله و بحمده, سبحان الله العظيم - SubhanAllahi wa biHamdihi, Subhan-Allahi 'l -`adheem (Maha Suci Allah, dan Puji, Maha Suci Allah, Yang Agung)."

(
📚Bukhari, Muslim)
Bolehkah anda bayangkan betapa banyak ganjaran anda akan berlipat ganda jika anda berkongsi maklumat ini tentang kebaikan peringatan ini dengan rakan-rakan anda dan mereka terus mengatakannya * (SubhanAllah wa bihamdihi SubhanAllah Al Adheem) * kerana anda menuntun mereka untuk berbuat baik?

* Jadilah orang yang membimbing orang lain untuk perbuatan baik.


Selasa, 3 September 2019

T 174 : SILATURRAHIMI


“Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujurat :10)

Mendamaikan yang Berselisih

فَاتَّقُواْ اللّهَ وَأَصْلِحُواْ ذَاتَ بِيْنِكُمْ

“Maka bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu.”
(Al-Anfal :1)

Ayat ini menarik untuk kita perhatikan lebih dalam. Bertakwalah. Lalu perbaiki hubungan di antara sesamamu. Ayat ini seakan ingin berbicara bahawa tak ada ertinya taqwa tanpa memperdulikan keadaan sekitar kita. Tak ada ertinya taqwa tanpa rasa peduli untuk mendamaikan saudara yang berselisih.

Larangan Putus Tali Silaturrahim

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ, فَيُعْرِضُ هَذَا, وَيُعْرِضُ هَذَا, وَخَيْرُهُمَا اَلَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Abu Ayyub ra. menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak halal (tidak boleh) seorang Islam menyisihkan saudaranya lebih dari tiga hari, jika keduanya bertemu, maka yang seorang berpaling ke sana dan yang seorang lagi berpaling ke sini tetapi yang paling baik di antara yang kedua itu ialah siapa yang memulai mengucapkan salam kepada lawannya.”
(Muttafaqun 'alaih)

Huraian kandungan hadith:

Anjuran untuk muhasabah diri tanpa menghakimi orang lain mahupun menyusahkan orang lain. Dengan demikian jelas bahawa bagi kita kaum muslimin tidak dihalalkan untuk bersengketa dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Yang ditandai dengan tidak saling memandang muka dan tidak saling menegur.

Yang paling baik bagi mereka adalah saling memaafkan dan sekaligus yang paling dahulu memberi salam. Memang terkadang kita merasa berat untuk melupakan kesalahan yang dilakukan oleh saudara kita yang pernah menyakiti hati, namun sebagai muslim haruslah berlapang dada untuk saling memaafkan.

Kesan Putus Tali Silaturrahim

Kesan yang ditimbulkan bila silaturahim di antara kita putus, sangatlah besar, baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Segala amalnya tidak berguna dan tidak berpahala. Walaupun kita telah beribadah dengan penuh keikhlasan, siang dan malam, tetapi bila kita masih memutus tali silaturrahim dan menyakiti hati orang-orang Islam yang lain, maka amalannya tidak ada ertinya di sisi Allah SWT.

2. Amalan solatnya tidak berpahala. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat lima macam orang yang solatnya tidak berpahala, iaitu: isteri yang dimurkai suami kerana menjengkelkannya, hamba(budak) yang melarikan diri, orang yang mendendam saudaranya melebihi tiga hari, peminum khamar(arak) dan imam  yang tidak disenangi makmumnya.”

3. Rumahnya tidak dimasuki malaikat rahmat. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya malaikat tidak akan turun kepada kaum yang di dalamnya ada orang yang memutuskan silaturrahim.”

4. Orang yang memutuskan tali silaturrahmi diharamkan masuk syurga. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat tiga orang yang tidak akan masuk syurga, iaitu: orang yang suka minum khamar(arak), orang yang memutuskan tali silaturrahim dan orang yang membenarkan perbuatan sihir.”

Semoga kita tidak hanya bersaudara dunia, tapi juga kelak berkumpul di jannahnya Allah SWT. Aamiin. Wallahua'lam