Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label INSAN @ MANUSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INSAN @ MANUSIA. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Mac 2020

V 30 : PERJALANAN HIDUP MANUSIA SEBELUM MATI

Tidak ada satu pun orang yang mengetahui seperti apa akhir perjalanan hidupnya di dunia. Apakah menjadi baik atau sebaliknya, malah menjadi buruk pada akhir ajalnya, wal'iyadzubillah. Hanya ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA yang mengetahuinya.

Kisah seorang ahli ibadah berikut ini patut menjadi bahan pelajaran bagi kita semua. Syekh Taqiyuddin al-Hanbali dalam Mashaib al-Insan min Makaid as-Syaithan menukilkan perjalanan hidup Syekh Barshisha. Sebelum akhir hidupnya, Barshisha merupakan seorang hamba Allah yang ahli ibadah dan sangat baik budi pekertinya.
Selama hidupnya, dia mempunyai 60 ribu anak murid dan semua anak muridnya itu menjadi ulama dan para wali ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.

Amat  luar biasanya, Barshisha, dalam perkara ibadah, sampai-sampai menarik decak kagum para malaikat. "Mengapa kalian kagum dengan Barshisha? Padahal, Aku lebih tahu. Barshisha itu akan kafir dan masuk neraka jahanam selama- lamanya," demikian dialog Sang Khalik dengan para malaikat, seperti dinukilkan oleh Syekh Taqiyuddin dalam kitabnya tersebut.

Kisah yang sama juga ditulis oleh sejumlah ulama, di antaranya, Imam at-Thabari dalam tafsir surah al-Hasyr ayat 16-17 dari riwayat Ibnu Mas'ud, Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya, dan al-Bidayah wa an-Nihayah Juz II, serta Imam al-Qurthubi. Pernyataan ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA itu ternyata didengar iblis.

Iblis yakin bahawa Sang Alim tersebut akan binasa dalam perangkapnya. Benar saja, iblis pun mulai menyiapkan agenda-agenda untuk memperdaya sasarannya itu. Iblis mendatangi kediaman Barshisha. Iblis menyamar sebagai seorang hamba Allah yang soleh dan taat. Ia meminta bertemu dengan Barshisha. Kemudian, Barshisha memperkenalkan diri dan bertanya pada tamunya.

"Engkau ini siapa dan apa maksudmu?" Iblis menjawab, "Aku ini hamba Allah yang beribadat kepadaNya dan aku ingin pula membantu tuan dalam hal-hal ibadah." Kemudian, Barshisha berkata kepadanya. "Barangsiapa bermaksud beribadah kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan mencukupinya sebagai teman baik."
Syahdan, selama beberapa hari, iblis menampakkan kegigihan dan kesungguhannya beribadah. Iblis beribadah tiga hari tiga malam berturut-turut tanpa tidur, makan, dan minum. Pemandangan ini pun membuat Barshisha takjub. "Aku ini pernah tidur dan aku ini makan dan minum sedangkan engkau tidak makan sama sekali, padahal aku beribadah kepada Allah bertahun-tahun tanpa sanggup meninggalkan makan minum. Oleh kerana itu, apakah dayaku agar aku ini boleh menjadi seperti engkau?" Tanya Barshisha.
Iblis menjawab, "Pergilah engkau dari tempat ini dan kerjakan larangan Allah, kemudian setelah itu taubatlah kepada Allah kerana Dia Maha Pengasih maka engkau akan mendapat kemanisan bertaubat kepadaNya."
Barshisha bertanya, "Bagaimana aku akan mendurhakai Allah setelah aku menyembahNya sekian lama?"
Iblis menjawab, "Manusia apabila berdosa memerlukan keampunan atas segala dosa-dosanya."
Barshisha bertanya, "Apakah dosa yang baik saya kerjakan?" Iblis menjawab, "Zina."
Barshisha berkata, "Kalau begitu, pasti aku tidak melakukannya." Iblis menjawab, "Engkau bunuh seorang hamba Allah yang mukmin." Barshisha berkata, "Aku tidak akan lakukannya." Iblis berkata lagi, "Kalau begitu minum sajalah air yang memabukkan, ini adalah yang lebih gampang dan ini adalah tidak ada hubungan dengan orang lain."
Barshisha bertanya, "Di manakah aku akan mendapatkan minuman ini?" Iblis berkata, "Engkau pergi ke salah satu kampung yang menjual minuman yang memabukkan." Dengan serta-merta, Barshisha pun pergi ke tempat yang ditunjukkan Iblis itu. Setelah ke tempat itu, Barshisha pun menemui seorang wanita cantik lagi cakap yang pekerjaannya menjual minuman keras.
Barshisha membeli sebotol khamar dari perempuan itu, kemudian meminum hingga ia pun mabuk.
Dalam kondisi mabuk itulah, Barshisha lantas menzinai perempuan itu. Kemudian, dengan tiba-tiba, suami sang perempuan tiba di rumah. Merasa terdesak, akhirnya Barshisha membunuhnya.

Setelah kejadian itu, iblis kembali menyamar sebagai manusia biasa. Lantas, iblis membawa Barshisha kepada penguasa pada zaman itu. Penguasa menjatuhkan hukuman bahawa Barshisha harus dipukul 80 kali akibat meminum khamar dan ditambah 100 kali kerana berzina. Untuk pelanggaran terakhir, iaitu membunuh nyawa tak berdosa, Barshisha diganjar harus disalib.

Tatkala Barshisha dinaikkan ke tiang salib, iblis datang ke tempat Barshisha. Iblis menyamar seorang lelaki yang baik. Iblis bertanya, "Bagaimanakah pendapatmu tentang keadaanmu sekarang?" Barshisha menjawab, "Malang bagi orang yang percaya kepada teman yang jahat, tentulah orangnya akan binasa."
Iblis menjawab, "Aku telah beribadat bersamamu sekian tahun lamanya, akulah yang menyebabkan engkau disalib. Jika engkau menghendaki turun dari tiang salib, aku akan menurunkan engkau. "Barshisha menjawab, "Itulah yang aku maksudkan. Turunkanlah aku. Aku akan berikan apa yang kau pinta dariku."
Berkatalah iblis, "Nah, sujudlah kepadaku." Barshisha menjawab, "Bagaimana aku bersujud, padahal aku terikat di tiang ini?" Iblis menjawab, "Sujudlah dengan menganggukkan kepalamu." Maka, Barshisha pun mengisyaratkan kepalanya dengan maksud sujud kepada iblis. Dengan sujud Barshisha, kafirlah ia kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA dan pada agamaNya.

Lantas, apakah iblis tetap menolong Barshisha?
Tidak. Ketika ia telah berhasil menyesatkannya, ia lepas tangan. Iblis berkata, "Aku melepas diri dari engkau (Barshisha), aku takut kepada Allah, Tuhan yang Maha Besar serta sekalian alam."
(QS al-Hasyr [59]: 16).

Tugas kita sebagai manusia yang lemah dan tak berdaya ini adalah berusaha bagaimana agar boleh mendapatkan pertolongan ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA dari awal kehidupan sampai akhir. Sesungguhnya kesejahteraan seorang hamba bukan ketika hidup, melainkan pada penghujung hidupnya.
Dan, kerana Dialah pemilik hati sesungguhnya. "Sesungguhnya kalbu-kalbu keturunan anak Adam berada di antara dua jari dari jari-jari Allah laksana satu hati, Allah membolak-balikkannya sesuai kehendakNya."
(HR Muslim dari Abdullah bin Amr RA).



Jumaat, 7 Februari 2020

U 128 : PERJALANAN MAKHLUK YANG BERNAMA MANUSIA


Seberapapun usia yang manusia miliki, sepanjang apapun umur manusia di dunia, pada akhirnya akan mati.
Sekuat apapun kecintaan kepada orang-orang yang dikasihi, pada harta benda yang dimiliki dan pada jabatan yang disandang, pada akhirnya akan dilepaskan juga.
Dan seremeh apapun amal yang dikerjakan di dunia kelak akan ada perhitungannya dari sang Maha Pengadil yang tidak pernah berlaku zalim.
Setidaknya inilah pesan singkat dari langit yang disampaikan Jibril kepada Nabi Muhammad shallallâhu ‘alaihi wa sallam.
Jibril ‘alaihis salam berkata:
“Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu kerana sesungguhnya engkau akan mati, cintailah orang yang engkau cintai kerana engkau akan berpisah dengannya, dan beramallah sekehendakmu kerana engkau akan dibalas atas perbuatanmu itu.”
[HR. Ath-Thabrâni, sanadnya shahih)

Dan jika kematian adalah akhir segalanya maka tentu urusannya mudah, dan tidak ada keistimewaan antara orang-orang beriman dan orang kafir, antara mukmin sejati dan orang-orang munafik, namun kematian bukanlah akhir segalanya, kematian adalah babak baru untuk menuju perjalanan panjang nan abadi.

Setelah kematian kita akan berjumpa dengan Allah SWT dan Dia akan bertanya tentang semua amal perbuatan kita, dan sekurangnya ada empat pertanyaan mendasar, di mana kaki seseorang hamba tidak akan beranjak dari tempat berdirinya kecuali empat pertanyaan itu telah diajukan dan dijawab, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam:
“Kedua kaki seorang hamba tidak akan bergeser (beranjak) pada hari kiamat hingga ia ditanyakan (4 perkara);
Tentang umurnya ke mana ia habiskan,
Tentang ilmunya sejauh mana ia mengamalkannya,
Tentang hartanya dari mana ia peroleh dan ke mana ia belanjakan, dan
Tentang jasadnya ke mana ia manfaatkan.”
[HR. At-Tirmidzi 2419 dari Abu Barzah al-Aslami, dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albâni dalam ash-Shahihah 946.]

Sabtu, 25 Januari 2020

U 116 : ADA ORANG KELEBIHANNYA


Ada orang, kelebihannya adalah sabar.
Ada orang, kelebihannya adalah pemurah.
Ada orang, kelebihannya adalah mudah mengasihani.
Ada orang, kelebihannya ialah memberi salam dan mengukir senyuman.
Ada orang, kelebihannya ialah selalu memudahkan urusan orang lain.
Ada orang, kelebihannya ialah tak buat apa-apa, hanya diam dan tidak mengganggu orang lain.

Sebab itu pandanglah orang dengan kebaikan, kasih sayang dan kecintaan.
Jangan pandang orang dengan keburukan, kebencian dan permusuhan.

اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه وسلم

Isnin, 13 Januari 2020

U 110 : PERSIAPAN AWAL

Seorang pemuda lalu di sebuah negeri. Kekecohan sedang berlaku. Lalu si pemuda pergi menyiasat. Rupanya mereka dalam proses melantik raja. Yang peliknya, seorang pun tak sanggup menjadi raja atau pemerintah Negara tersebut. Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah:- Sesiapa yang dilantik menjadi raja atau pemerintah, dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah.Pemuda tadi mengangkat tangan. "Saya sanggup!" Maka dia dilantik menjadi raja pemerintah negara itu.Orang ramai mengatakan pemuda ini bodoh. Hilang akal. Tamak pangkat dan sebagainya.
Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah. Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yang bakal dia dibuang selepas 10 tahun memerintah nanti. Tahun kedua, pemuda mula menghantar jurutera untuk membina jalan. Tahun ketiga, menghantar expert dalam bidang pertanian untuk bercucuk tanam. Tahun ke empat, engineer mula membangunkan bangunan-bangunan canggih. Dan seterusnya.. Sehinggalah tahun ke 10. Pemuda tersebut tidak sabar untuk dibuang negeri. Masanya tiba. Beliau sudah bersedia, kerana.. Sang pemuda tahu, dia sudah menghantar "bekalan" terlebih dahulu sebagai persediaaannya.
Kesimpulan. Ibarat hidup kita. Kita tahu yang kita akan "dibuang" ke "tempat itu." Sudahkah kita mengirimkan bekalan? Adakah tempat itu padang tandus. Atau sudahkah kita semai benih-benih yang akan menjadi pohon rimbun? Sudahkah kita kirim "bahan binaan" untuk membina sebuah mahligai yang akan kita diami? Atau biarkan saja ia kekal sebagai padang tandus.
ITULAH GAMBARAN AKHIRAT KELAK. Sudah bersediakah kita dengan bekalan-bekalannya? Atau masih menunggu esok untuk kita mula menyediakan bekalan?
Wallahu'alam والله اعلم


Sabtu, 11 Januari 2020

U 105 : MEMOHON MAAF KESALAHAN

Minta maaf ada dua:
1) dengan Allah SWT
2) dengan manusia
Kalau Allah SWT maafkan tapi orang lain tak maafkan (jika kita tak pergi minta maaf) takut ia akan menyekat kita untuk ke syurga.



Sabtu, 4 Januari 2020

U 83 : BELAJAR RENDAH HATI DARI IMAM IBNU JAUZI

DOSA pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah SWT adalah kesombongan iblis.
(QS. Shad [38]: 75-76).

Ketika disuruh sujud (penghormatan) oleh Allah SWT kepada Adam, dirinya merasa lebih baik dari manusia dengan alasan; tercipta dari api, sedangkan Adam dari tanah. Sejak saat itu iblis disebut pembangkang dan terusir dari syurga.

Lain halnya dengan Adam, tidak pernah sekali-kali terlihat sifat sombong pada dirinya. Padahal, dirinya memiliki keunggulan dibandingkan dengan makhluk-makhluk lainnya, iaitu: dikurniai ilmu oleh Allah SWT. Bahkan ketika akhirnya tergoda oleh bujuk rayu iblis, ia tidak melakukan apologi, namun mengakui kesalahannya dengan doa yang menggambarkan kerendahhatian.

ﻗَﺎﻻَ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻇَﻠَﻤْﻨَﺎ ﺃَﻧﻔُﺴَﻨَﺎ ﻭَﺇِﻥ ﻟَّﻢْ ﺗَﻐْﻔِﺮْ ﻟَﻨَﺎ ﻭَﺗَﺮْﺣَﻤْﻨَﺎ ﻟَﻨَﻜُﻮﻧَﻦَّ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺨَﺎﺳِﺮِﻳﻦَ

“Yaa Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan jika Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, nescaya kami menjadi bahagian dari orang-orang yang merugi.”
(QS. Al-A’raf [7]: 23)

Demikianlah sejatinya akhlak orang yang berilmu, semakin tinggi ilmunya, maka bertambah rendah hati.

Peribahasa: Seperti padi, kian berisi kian tunduk. Seperti ilmu padi, kian berisi kian merunduk. Maknanya, semakin tinggi ilmu seseorang maka dia semakin rendah hati.

Dalam al-Quran juga ada ungkapan:

ﻭَﻓَﻮۡﻕَ ﻛُﻞِّ ﺫِﻱ ﻋِﻠۡﻢٍ ﻋَﻠِﻴﻢٞ ٧٦

“dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui.”
(QS. Yusuf [12]: 76)

Kerana itulah, ulama sejati akan selalu tawaduk. Dia tidak akan merasa paling berilmu serta meremehkan orang lain. Semakin bertambah ilmu, dirinya merasa semakin bodoh, kerana sejatinya yang diberikan oleh Allah SWT kepada dirinya hanyalah sangat sedikit dibanding keluasan ilmu Allah SWT.

Dari Imam Jauzi (510-597 H) pembaca boleh menemukan sosok ulama teladan yang begitu rendah hati. Bayangkan! Dalam kitab “Dzailu Thabaqāt al-Hanābilah” (I/167) dikisahkan diakhir hidupnya dia pernah bercerita telah menulis dua ribu jilid buku, menobatkan 100 ribu orang dan membuat 20 ribu orang Yahudi dan Nasharani masuk Islam.

Lebih dari itu, jumlah minima hadirin yang mengaji pada beliau adalah 10 ribu orang. Meski demikian, tidak ada kesombongan yang ditonjolkan oleh beliau. Yang ada justeru semakin merasa rendah hati.

Dalam kisah masyhur disebutkan, menjelang wafat beliau kerendahhatian itu masih sangat nampak. Menjelang ajal tiba, beliau sempat berujar kepada murid-muridnya, “Jika kelak di syurga kalian tidak menjumpaiku, maka tanyakanlah kepada Allah perihalku: ‘Yaa Allah yaa Tuhan kami, sesungguhnya hambamu Si Fulan (Ibnu Jauzi) dulu di dunia telah mengingatkan kami tentang diriMu.” Lantas kemudian Ibnu Jauzi menangis.

Ulama yang sedemikian dalam dan luasnya itu tidak pernah merasa tinggi hati. Betapapun jasa-jasanya begitu besar dalam Islam, namun dia menafikan eksistensi dirinya. Dirinya adalah fakir ilmu di hadapan Allah SWT. Ilmu yang luas tidak digunakan untuk merendahkan dan meremehkan orang lain.

Lain halnya dengan fenomena dewasa ini. Banyak yang mengetahui satu ayat dua ayat, atau satu hadits dua hadits dan seterusnya, namun dengan sangat mudah merasa sudah menjadi ulama. Tanpa melalui kajian ilmiah mumpuni, sudah berani menyalahkan orang yang tak sepaham dengannya, gampang menyesatkan, mengkafirkan dan merasa dirinya paling benar. Akibatnya, yang ditimbulkan adalah perpecahan saudara.

Tak menghairankan jika Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam mengajarkan doa:

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﻧْﻔَﻌْﻨِﻲ ﺑِﻤَﺎ ﻋَﻠَّﻤْﺘَﻨِﻲ، ﻭَﻋَﻠِّﻤْﻨِﻲ ﻣَﺎ ﻳَﻨْﻔَﻌُﻨِﻲ، ﻭَﺯِﺩْﻧِﻲ ﻋِﻠْﻤًﺎ

“Yaa Allah! Jadikanlah ilmu yang dianugerahkan olehMu kepadaku bermanfaat; ajarilah padaku ilmu yang bermanfaat; serta tambahkanlah ilmu kepadaku.”
(HR. Tirmidzi, Ibnu Majah)

Ciri ilmu itu bermanfaat –sebagaimana kisah Nabi Adam—adalah di antaranya ketika tidak membuat orang yang berilmu menjadi sombong atau tinggi hati.
Suatu saat, Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu memberi nasihat, “Barangsiapa yang tawaduk (rendah hati) secara khusyuk kepada Allah, maka kelak di hari kiamat angkat diangkat darjatnya oleh Allah. Sedangkan orang yang tinggi hati (sombong), maka akan direndahkan oleh Allah pada hari kiamat.”
(al-Khara`ithi, Masāwi al-Akhlāq , 258)

Dengan demikian, jika dengan ilmu Allah SWT akan mengangkat darjat seseorang (QS. Al-Mujadilah [58]: 11), maka dengan tawaduk pula atau kerendahan hati Allah SWT juga akan mengangkat darjat seseorang. Kerana itu, antara ilmu dan kerendah hatian tidak terpisahkan. Dan itu semua boleh kita teladani dari sosok Imam Ibnu Jauzi.*/ Mahmud Budi Setiawan


Selasa, 31 Disember 2019

U 60 : MENGADULAH KEPADA ALLAH SWT

Perhatikan, berapa ramai manusia yang apabila berada di dalam kesusahan, ia mengadu kesusahannya di hadapan Allah SWT?
Allah SWTlah yang memberikan ujian pada hamba-hambaNya. Bukankah Dia mampu menarik kembali apa yang hambaNya tak sanggup lalui. Atau Allah SWT menunjukkan jalan keluar yang terbaik.
Sesungguhnya jalan yang dilalui oleh para pejuang Islam adalah jalan cinta. Allah SWT menguji hambaNya dengan cinta dan kasih sayangNya. Kerana setiap yang kita lalui itu akan menjadi amal dan ladang pahala bagi kita jika kita terus bersabar dan redha dengan setiap ujian dari Allah SWT.
Untuk apa terus-terusan untuk terus merungut? Kerana kita perlu sedar rungutan tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Yang boleh diubah apabila kita bergerak mencari arah dan solusi untuk keluar dari masalah.
Mudah-mudahan dengan Allah SWT memberi kita taufik dan hidayahNya agar kita dapat terus bergerak meluaskan kebaikan dan menambah pahala kita. Kita sedar bahawa kita adalah pendosa, yang mungkin sebahagian besar dosa kita masih tidak diampunkan kerana kita ada dosa dengan manusia yang lainnya.
Ampuni kami yaa Allah, atas khilaf kami.
Tunjukilah kami jalan yang lurus, agar kami dapat ke syurga dengan redhaMu.
Tambahkanlah iman kami agar kami sentiasa dapat mengingatimu.
Hidupkanlah hati kami dengan Iman,
Suburkan hati kami dengan iman,
Dan matikanlah kami dalam iman.
Wahai Tuhan Maha Penerima Taubat.



Ahad, 29 Disember 2019

U 53 : JANGAN MENGANGGAP DIRI PALING SUCI

Janganlah kita menganggap diri kita akan selamat dari dosa dan maksiat hanya kerana baru mengenal 'Dakwah Ahlus Sunnah.' Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berfirman;

“Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.”
[QS. An-Najm: 32]

Ini yang dialami oleh kita-kita tatkala sudah lama belajar agama. Merasa diri sudah lebih dari orang lain dan lebih faham dari yang lain. Padahal kekurangan kita teramat banyak. Maksiat kecil-kecilan bahkan yang besar masih dilakuni. Ilmu yang telah kita pelajari pun sedikit yang diamalkan.

Bahkan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan para Salaf pun tidak menganggap diri suci. Adakah keraguan pada diri kita, bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah manusia yang paling sempurna keimanannya?

Sekali-kali tidak. Kita amat meyakini kesempurnaan iman Beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Akan tetapi, kesempurnaan iman Beliau tidak membuat Beliau merasa dirinya suci dan bosan dalam beribadah. Meski telah dijamin syurga, akan tetapi Beliau tetap solat malam hingga bengkak kakinya. Lalu bagaimana dengan kita..?! Masih layakkah menganggap diri kita suci..?!

Wallahu a'lam bi shawwab.


Sabtu, 28 Disember 2019

U 47 : JADILAH MANUSIA TERBAIK

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ فَقَالَ : " أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ " قَالَ : فَسَكَتُوا فَقَالَ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ رَجُلٌ : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا قَالَ : " خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ وَشَرُّكُمْ مَنْ لَا يُرْجَى خَيْرُهُ وَلَا يُؤْمَنُ شَرُّهُ "


Daripada Abu Hurarirah RA berkata, “Nabi SAW melewati sekelompok orang yang sedang duduk. Baginda SAW bersabda, “Mahukah aku beritahu kalian, orang yang terbaik di antara yang terburuk dalam kalangan kalian?” Mereka pun terdiam. Rasulullah SAW pun mengulangi pertanyaan tersebut sampai tiga kali. Kemudian mereka pun menjawab, “Ya, wahai Rasulullah! Beritahu kepada kami siapakah orang yang terbaik di antara yang terburuk di antara kami.” Rasulullah SAW kemudian bersabda,

“Manusia terbaik di antara kalian adalah yang diharapkan kebaikannya dan orang lain merasa aman dari gangguannya. Manusia terburuk di antara kalian adalah yang tidak diharapkan kebaikannya dan orang lain juga tidak merasa aman dari gangguannya.”
(HR. Tirmidzi no. 2263, Ahmad no. 8812, dan Ibnu Hibban no. 528. Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2603).

Pengajaran:

1. Manusia yang terbaik adalah yang sentiasa mendatangkan kebaikan kepada orang lain dan orang lain merasa aman dari gangguannya. 

2. Manusia terburuk adalah yang tidak mendatangkan kebaikan kepada orang lain malah orang lain merasa tidak aman dari gangguannya.

3. Jadikanlah kehadiran kita di tengah-tengah masyarakat sebagai orang yang bermanfaat dan dirasai oleh orang lain. Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ


Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.
(HR Ibn Hibban No: 2/48) 


4. Orang yang paling dicintai Allah SWT adalah orang yang paling bermanfaat pada orang lain. Sabda Rasulullah SAW:


أحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أنفَعُهم للنَّاسِ


Orang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.
(Riwayat at-Tabrani) Al-Mu’jam Al-Ausot, no.hadits dan juzu’ : 6/139

5. Jauhilah diri dari menjadi orang yang buruk akhlak dan orang lain tidak merasa aman dengan kehadiran kita di dalam masyarakat.

Moga kita berusaha menjadi orang yang bermanfaat.




Jumaat, 27 Disember 2019

U 37 : HAMBA ALLAH


Jangan sombong. Sebab sombong adalah sifat utama syaitan. Syaitan diusir dari syurga kerana sifat sombong, merasa diri lebih baik dari Adam as.
Jangan riak. Mengharap pujian orang lain dalam ibadah adalah pekerjaan syirik pada Allah SWT. Tahukah kamu ibadah langsung tidak bernilai jika disertai riak.
Jangan dengki. Tidak redha dengan apa yang Allah SWT berikan pada orang lain hanya akan menimbulkan sifat-sifat tercela yang lain. Jika kau hendak dengki, dengkilah pada kebaikan ibadah dan akhlak mereka. Itu akan lebih baik.
Jangan kedekut. Kedekut hanya akan membuatmu miskin. Bukankah syurga haram bagi orang yang bakhil. Apapun yang kau miliki jika Allah SWT tak berkenan menjadikannya rezeki untukmu maka ia akan hilang sia-sia.
Muhasabah diri



U 23 : BERHENTILAH MENJADI GELAS

“Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu nampak murung.

“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” Sang Guru bertanya.
“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.
Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”
Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan Gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.
“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air masin.
“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.
“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan itu.
“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”
Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan Mursyid, begitu fikirnya.
“Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”
“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.
“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”
“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.
“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh ALLAH, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, mendengarkan.
“Tapi Nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya qalbu yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”


U 21 : CARA NAK BAGI SALAM MELALUI ORANG TENGAH

Rupanya....cara yang kita jawab salam yang dikirim melalui orang tengah selama ini salah memang salah. 

Dah pula begitu, dia tak nak bertanya. Ini lagi salah.
Tapi takpe, lepas baca ni, kita dah belajar cara betul, In Shaa Allah. Semoga bermanfaat.

CARA MENJAWAB, JIKA ORANG BERKIRIM SALAM KEPADA KITA:
97% muslim yang kita jumpa bila disebut: "Jef, Naz kirim salam."
Akan dijawab, 
"Yeke? WA'ALAIKUMUSSALAM."
Nampak macam takde masalah kan?
Tertanya-tanya jugak apa masalahnya kan?
Yup, memang ada masalah.
Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi SAW, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam'
tapi...
"Wa'alaika wa'alaihissalam."
Sebab apa?
Azuan suruh Ali kirim salam kat Aini.
Aini jawab "wa'alaikumussalam"
Sedangkan:- "Wa'alaikumussalam = Selamat sejahtera ke atas Kamu.
Jadi, salam Azuan kepada Aini tak terjawab kan? 
Sebab Aini doakan salam tu kepada Ali.
SEDANGKAN ALI TU ORANG TENGAH. 
Manakala:-
Wa'alaika wa'alaihissalam = 
dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.
Maka salamnya terjawab. Indahnya Islam.
Note: hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.
Sebarkan, jangan mintak izin, Ilmu-ilmu Allah ni untuk disebarkan.
Jazakallah khairan kathira..


U 19 : CIRI-CIRI ORANG YANG PANDAI

Orang yang memanfaatkan masa mudanya, bukan tunggu masa tuanya.
Orang yang meninggalkan dunia, sebelum dia meninggal dunia.
Orang yang bersedekah sampai kaya, bukan tunggu kaya baru bersedekah.
Dia berdakwah sampai alim, bukan sudah alim baru berdakwah.
Dia datang ke masjid sampai tua, bukan sudah tua baru ke masjid.
Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang diredaiNYA.
Barokallaahu fiikum.


Isnin, 2 Disember 2019

T 179 TERNYATA CUMA 1.5 JAM SAJA UMUR KITA HIDUP DI DUNIA INI

Mari kita lihat berdasarkan Al Quran sebagai sumber kebenaran absolute

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
3 jam akhirat = 125 tahun dunia
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja!

Patutlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu.
Allah SWT berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)."

Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalanan hidup kita ini.

Kuatkan fikir akhirat kerana dunia ni tempat kita nak tinggalkan. Fokus akhirat. Itulah tempat kita nak hidup seterusnya.

PERINGATAN INI

Untuk diri saya sendiri, juga untuk keluarga, sahabat handai dan sekelian muslimin muslimat yang masih hidup.

Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1000 tahun dulu masih diseksa sehingga kini!

Allahuakbar! 1 waktu kita tinggalkan solat bersamaan 80,000 tahun seksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x solat? 5 darab 80,000 = 400,000 tahun. Nauzubillahiminzalik. 

Ringan-ringankanlah tangan kita untuk share perkara ini. 
Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain.
Bila-bila masa saja malaikat maut boleh tarik nyawa kita....

Sabtu, 29 Disember 2018

T 110 : LINDUNGI DIRIMU


Selimutilah dirimu dengan zikir sebagai pelindung dari kejahatan manusia dan jin.












T 105 : SIAPA JIWA MISKIN?

Jiwa yang miskin adalah jiwa yang selalu merasa kekurangan. Jangan pernah bandingkan diri dan hidup kita kepada mereka yang ada di atas kita, agar jiwamu tak kosong. Bandingkanlah diri dan hidup kita kepada mereka yang berada di bawah kita...agar kita sentiasa memahami dan belajar erti dari rasa syukur.


T 103 : ORANG YANG LUAR BIASA

Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya, akan tetapi hebat dalam tindakannya.



T 93 ; AKU HANYA SEHELAI KERTAS

Aku bukan pelukis ingin melukis masa depanku. Aku juga bukan penghapus untuk menghapus masa laluku, tetapi aku hanya sehelai kertas yang sudah tertulis tentang perjalanan hidupku.


T 92 ; DUA PERKARA SANGAT DIBENCI

“1- Mati, walhal mati itu terlebih baik baginya daripada fitnah. 
2- Sedikit harta, walhal sedikit harta itu mengurangkan hisabnya di hari Kiamat.” 
(Riwayat Ahmad, daripada Mahmud bin Lubaid)



Jumaat, 28 Disember 2018

T 56 : SEBAIK-BAIK MANUSIA


Tahukah anda siapakah sebaik-baik manusia?
Rasulullah SAW bersabda:

( *خيركم من تعلم القرآن وعلمه* ) 
صحيح البخاري 5027


"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya."
(HR. Bukhari 5027)

( *خياركم أحاسنكم أخلاقا* ) 
صحيح البخاري6035 


"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya."
(HR. Bukhari 6035)

( *خيركم أحسنكم قضاء* ) 
أي عند رد القرض .
صحيح البخاري رقم 2305

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik dalam membayar (mengembalikan hutang).”
(HR. Bukhari 2305)

( *خيركم من يُرجى خيره ويُؤمٓن شره* ) 
صحيح الترمذي / 2263


"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling boleh diharapkan kebaikannya dan aman dari keburukannya."
(HR. Tirmidzi 2263)

( *خيركم خيركم لأهله* ) 
صحيح ابن حبان / 4177 


"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya."
(HR. Ibnu Hibban : 4177)


( *خيركم من أطعم الطعام وردَّ السلام* ) 
صحيح الجامع / 3318


"Sebaik-baik kalian adalah orang yang memberi makan (kepada orang lain) dan menjawab salam."
(Shahih Al-Jami' 3318)

( *خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة* ) 
الترغيب والترهيب 234/1
أي: يفسح لمن يدخل الصف في الصلاة .


"Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik dalam meluaskan tempat (bagi orang masuk dalam shaf) dalam solat."
(Targhib wa Tarhib 1/234)


( *خير الناس من طال عمره وحسن عمله* ) 
صحيح الجامع 3297


"Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya."
(Shahih al-Jami' 3297)


( *خير الناس أنفعهم للناس* ) 
صحيح الجامع 3289


"Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain."
(Shahih al-Jami' 3289)

( *خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره* )
صحيح الأدب المفرد/84

"Sebaik-baik sahabat di sisi ALLAH adalah orang yang paling baik terhadap sahabatnya. Sebaik-baik tetangga di sisi ALLAH adalah orang yang paling baik terhadap tetangganya." 
(Shahih Adabul Mufrod : 84)

( *خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم واللِّسان الصَّادق* ) قالوا : صدوق اللسان نعرفه ، فما مخموم القلب ؟ قال :
( *هو النقي ، التقي ، لا إثم عليه ، ولا بغي ، ولا غل ، ولا حسد* ) .
صحيح الجامع / 3291

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang memiliki hati yang makhmum dan lisan yang jujur."
Para sahabat bertanya: “Lisan yang jujur kami faham, maka apa yang dimaksud dengan hati yang makhmum?”
Beliau bersabda: "Orang yang memiliki hati bersih dan bertaqwa, tidak ada dosa, tidak berbuat zalim, serta tidak ada kebencian dan hasad."
(Shahih al-Jami' 3201)

"Sebaik-baik manusia ketika berhadapan dengan zaman fitnah adalah orang yang memegang tali kekang kudanya untuk menghadapi musuh-musuh ALLAH. Ia menakuti-nakuti mereka, dan merekapun menakut-nakutinya. Atau seseorang yang mengasingkan diri ke lereng-lereng gunung, demi menunaikan apa yang menjadi hak ALLAH (uzlah).”
(HR. Al Hakim 4/446, dishahihkan Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah 2/311)

جعلني الله واياكم من خير الناس

Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjadikan kita semua sebagai orang yang terbaik, aamiin.

اللهم صل على محمد وآل محمد