Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - KELUARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - KELUARGA. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Februari 2020

121 : NASIHAT SEORANG IBU KEPADA ANAK TENTANG AYAHNYA


Anakku ...
Memang ayah tidak mengandungmu...
tetapi darahnya mengalir di darahmu...
namanya melekat di namamu…
Memang ayah tak melahirkanmu...
memang ayah tak menyusuimu...
tetapi dari keringatnyalah setiap titisan yang menjadi air susumu…
Anakku...
Memang ayah tak menjagamu setiap saat...
tapi tahukah kau dalam doanya selalu ada namamu disebutnya…
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar, kerana dia ingin terlihat kuat, agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau merasa tak aman…
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu, kerana kecintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu…
Dia ingin kau berdirikari, agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri...
Ibu hanya ingin kau tahu nak...
Bahawa…
Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta ibu...
Anakku…
Jadi dirinya juga terdapat Syurga bagimu…
maka hormati dan sayangi ayahmu...
doakan, agar Allah SWT mengampuni dosanya...
Mungkin ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi apakah engkau tahu, bahawa sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu ...
Engkau berkata : "Semasa kecil, ibukulah yang lebih sering menggendongku..."
Tapi apakah engkau tahu, bahawa ketika ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih...
ayahlah yang selalu menanyakan apa yang engkau lakukan seharian...
walau ia tak bertanya langsung kepadamu kerana penat jerihnya mencari nafkah dan melihatmu terlelap dalam tidur nyenyakmu...
Saat engkau sakit demam, ayah membentakmu : "Sudah diberitahu, jangan minum ais!" Lantas engkau merengut menjauhi ayahmu dan menangis di depan ibu...
Tapi apakah engkau tahu bahawa ayahlah yang risau dengan keadaanmu, sampai beliau hanya boleh menggigit bibir menahan kesakitanmu...
Ketika engkau remaja, engkau meminta izin untuk keluar malam, lalu ayah dengan tegas berkata : "Tidak boleh!"
Sadarkah, bahawa ayahmu hanya ingin menjagamu, beliau lebih tahu dunia luar dibandingkan engkau, bahkan ibumu...
Kerana bagi ayah, engkau adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat engkau sudah dipercayai olehnya, ayah pun melonggarkan peraturannya, maka kadang engkau melanggar kepercayaannya...
Ayahlah yang setia menunggumu di ruang tamu dengan rasa sangat risau, bahkan sampai menyuruh ibu untuk mengontak beberapa temannya untuk menanyakan keadaanmu, "di mana, dan sedang apa engkau di luar sana..."
Setelah engkau dewasa, walau ibu yang menghantarmu ke sekolah untuk belajar, tapi tahukah engkau, bahawa ayahlah yang berkata : "Ibu, temanilah anakmu, aku pergi mencari nafkah dulu buat kita bersama."
Di saat engkau merengek memerlukan ini dan itu, untuk keperluan kuliahmu dll, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya, dan cuma berfikir ...
Ke mana aku harus mencari wang tambahan, padahal gajiku pas-pasan dan sudah tidak ada lagi tempat untuk meminjam...
Saat engkau berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu... Ayahlah yang mengabari sanak saudara : "Anakku sekarang sukses."
Walau kadang engkau cuma boleh membelikan baju koko, itu pun cuma setahun sekali, tetapi ayah akan tetap tersenyum dengan bangga...
Dalam sujudnya ayah juga tidak kalah dengan doanya ibu, cuma bezanya ayah simpan doa itu dalam hatinya...
Sampai ketika nanti engkau menemukan jodohmu, ayahmu akan sangat berhati-hati mengizinkannya...
Dan akhirnya, saat ayah melihatmu duduk di atas pelaminan bersama pasanganmu, ayahpun tersenyum bahagia...
Lantas pernahkah engkau mendapati, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis ? Ayahmu menangis kerana ayah sangat bahagia nak...
Dan beliau pun berdoa : “Yaa Allah, bahagiakanlah putera-puteriku bersama pasangannya..."
Silakan disebarkan, mudah-mudahan anda mendapatkan bahagian dari pahalanya.
Barakallah fikum.
Ditulis oleh Ustadz Najmi Umar Bakkar _hafidzohulloh_ 

Rabu, 1 Januari 2020

U 64 : ROTI HANGIT

Kisah ini dikongsi oleh seorang anak:
Setelah sepanjang hari emak buat macam-macam kerja yang meletihkan. Ibuku meletakkan di hadapan ayahku roti bakar tetapi telah hangus.
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambal tersenyum manis ke arah ibuku.
Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.
Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.
Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku.
"Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.”
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."
Ayahku merangkul aku ke dadanya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
Anakku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagipun. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.
Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.
Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.
Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.
Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya.
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia negatif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati. Jom. Kita fikir yang baik-baik. Cakap yang baik-baik. Dengar yang baik-baik.
Yang baik-baik saja.

http://bossjohnbravo.blogspot.com/2017/01/kisah-roti-hangit-yang-perlu-dijadikan.html


U 63 : JADILAH SEORANG YANG BAIK


Jadilah seorang yang baik meskipun engkau tidak dilayan dengan baik. Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yang paling indah:
"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan denganmu. Seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu. Seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam. Ambil beratlah tentang dirimu sendiri. Jagalah ia. Pimpinlah ia. Jangan kamu layan peristiwa yang berlaku melebihi kadar yang sepatutnya. Pastikan dengan sebenar-benarnya. Ketika engkau bersedih, tiada yang boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri.  Ketika engkau tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri. Kemampuanmu untuk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu.
Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia. Carilah ia dalam jiwa kamu sendiri. Bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan. Bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yang dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi.
Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah SWT. Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah SWT dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di Tangan Allah SWT. Yang perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah SWT kerana bila engkau meredhakan Allah SWT, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai untukmu. Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hatimu menangis. Sebaliknya, katakanlah: "Yaa Allah! Gantikanlah untukku dengan kedua-dua kebaikan di dunia dan akhirat.
Kedukaan itu akan hilang dengan satu sujud. Manakala kegembiraan akan datang dengan satu seruan. Allah SWT tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan yang telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau tolong ceriakan.
Hiduplah di atas prinsip: Jadilah seorang yg baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik. Bukan kerana mereka, tetapi kerana Allah SWT suka kepada orang yang baik."

Sabtu, 29 Disember 2018

T 108 : MANA LEBIH BAIK

Diriwayatkan dalam haditsnya Anas RA dia berkata: aku bertanya wahai Rasulullah apakah duduk" bersama keluarga itu lebih utama atau (yang utama) duduk di masjid?
Rasulullah SAW menjawab: Duduk sesaat bersama keluarga lebih aku sukai, dari beri'tikaf di masjidku ini.

Dia bertanya lagi: wahai Rasulullah apakah memberi nafkah keluarga lebih engkau cintai, atau memberi nafkah di jalan ALLAH? Beliau menjawab : Satu dirhamnya seorang lelaki yang dinafkahkan pada keluarganya lebih aku cintai dari seribu dirham yang dinafkahkan di jalan ALLAH.

(Hadis dan sanadnya?)
Itulah bahagian keutamaan kalau kita berkumpul dengan keluarga dan keutamaan bernafkah pada keluarganya hingga rasulullah SAW mencintai. Semoga kita termasuk orang yang dicintai rasulullah SAW.
Aamiin ya rabbal alamiin


Jumaat, 28 Disember 2018

T 55 : MAKNA "IPAR ADALAH KEMATIAN"


Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

إيَّاكُمْ والدخول على النساءِ فقالَ رجلٌ منَ الأنصار يا رسولَ اللهأفرأيتَ الْحَمُو قالَ الْحَمُو الموت

“Janganlah kalian memasuki tempat para wanita. Maka berkata seorang lelaki dari kaum Anshar: Wahai Rasulullah, bagaimana dengan ipar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam berkata: Ipar adalah kematian.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu’anhu]

Makna "ipar adalah kematian”

Al-Imam Ath-Thobari rahimahullah berkata,

المعنى أن خلوة الرجل بامرأة أخيه أو بن أخيه تنزل منزلةالموت والعرب تصف الشيء المكروه بالموت


“Maknanya adalah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan isteri saudaranya atau isteri ponakannya sama seperti kematian (yang akibatnya tidak disukai), dan kebiasaan orang Arab mensifatkan sesuatu yang tidak disukai dengan kematian.”
[Fathul Baari, 9/332]

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata,

وإنما المراد أن الخلوة بقريب الزوج أكثر من الخلوة بغيرهوالشر يتوقع منه أكثر من غيره والفتنة به أمكن لتمكنه منالوصول إلى المرأة والخلوة بها من غير نكير عليه بخلافالأجنبي


“Maknanya adalah berdua-duaan dengan kerabat suami lebih berbahaya dibanding dengan selainnya, demikian pula keburukan dan fitnah (godaan yang menjerumuskan kepada zina) dengan ipar lebih besar, kerana (umumnya) sangat memungkinkan untuk berhubungan dan berdua-duaan dengannya tanpa mendapat teguran, berbeza dengan wanita lain (yang umumnya mendapat teguran orang).”
[Fathul Baari, 9/332]

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

قيل المراد أن الخلوة بالحمو قد تؤدي إلى هلاك الدين أن وقعتالمعصية أو إلى الموت أن وقعت المعصية ووجب الرجم أو إلىهلاك المرأة بفراق زوجها إذا حملته الغيرة على تطليقها أشارإلى ذلك كله القرطبي


“Dikatakan bahawa berdua-duaan bersama ipar (adalah maut) maksudnya dapat membawakan kepada kebinasaan agama seseorang apabila terjadi kemaksiatan, atau membawakan kepada kematian apabila terjadi kemaksiatan (zina) dan wajib untuk direjam (dilempari batu sampai mati dengan perintah penguasa), atau membawakan kepada kehancuran wanita tersebut kerana bercerai dengan suaminya apabila suaminya cemburu sehingga menceraikan isterinya itu, semua makna ini diisyaratkan oleh Al-Qurthubi.”
[Fathul Baari, 9/332]

Al-Imam Al-Qusyairi rahimahullah berkata,

كأنه يقال : من قصد ذلك فليكن الموت في دخوله عوضا مندخول الحمو الذي قصد دخوله ، ويجوز أن يكون شبه الحموبالموت ، باعتبار كراهته لدخوله ، وشبه ذلك بكراهة دخولالموت


“Seakan dikatakan: Barangsiapa yang sengaja melakukan hal itu maka lebih baik mati daripada berdua-duaan dengan ipar. Boleh juga maknanya adalah diserupakannya ipar dengan kematian, dari sisi tidak disukainya berdua-duaan dengannya, maka sebagaimana kematian itu tidak disukai demikian pula berdua-duaan dengan ipar tidak dibolehkan.”
[Ihkaamul Ahkaam, hal. 398]

Beberapa Pelajaran:

1) Al-Hamwu ‘ipar’ yang dimaksud di sini adalah kerabat suami yang tidak termasuk mahram bagi isteri, tidak terbatas saudara (adik atau kakak lelaki suami) tapi seluruh kerabatnya yang bukan mahram seperti pamannya, sepupunya dan lain-lain. Adapun mahram isteri dari kerabat suami adalah seperti bapak mertua dan seterusnya ke atas, anak suami (anak tiri) dan seterusnya ke bawah.
(lihat Fathul Baari, 9/331)

2) Dalam hadits yang mulia ini disebutkan larangan memasuki ruangan atau tempat wanita, dan apabila disertai khalwat (berdua-duaan) tentu lebih terlarang lagi.
(lihat Fathul Baari, 9/331)

3) Peringatan keras untuk menjauhi perbuatan maksiat terutama dosa-dosa besar seperti zina kerana akibatnya yang sangat berbahaya sehingga diserupakan dengan bahaya kematian.

4) Peringatan keras dari memasuki ruangan atau tempat para wanita, terlebih lagi berdua-duaan antara lelaki dan wanita bukan mahram.

5) Dosa zina orang yang sudah pernah menikah lebih besar daripada yang belum pernah menikah, makanya hukuman untuk pelakunya di dunia dibezakan.

6) Perhatian Islam yang sangat besar untuk menjaga keselamatan masyarakat dari kerosakan-kerosakan moral.

7) Haramnya melakukan hal-hal yang boleh membawakan kepada zina mahupun maksiat yang lainnya.

8) Demi untuk menjaga dan menutup pintu zina, dahulu Amirul Mukminin Umar bin Khattab radhiyallahu’anhu melarang seorang bujangan tinggal bersama orang-orang yang sudah menikah, demikian sebaliknya orang yang sudah menikah tidak boleh tinggal bersama para bujangan, dan inilah yang diamalkan kaum Muhajirin ketika datang ke Madinah di masa Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.
(lihat Taysirul ‘Allam, 2/72)

9) Mahram bagi seorang wanita adalah yang diharamkan untuk dinikahi selama-lamanya, inilah mahram yang boleh menemani dalam safar, baik safar mubah mahupun ibadah seperti untuk haji dan umrah, yang boleh berjabat tangan dan melihat perhiasan seorang wanita. Adapun ipar hanyalah diharamkan untuk dinikahi sementara waktu saja, jadi ipar bukan mahram yang dibolehkan menemani safar seorang wanita, tidak boleh pula berjabat tangan dengannya dan melihat perhiasannya, apalagi yang tidak punya hubungan mahram sama sekali.

10) Keindahan dan kemuliaan syari’at yang berasal dari Rabbul ‘aalaamiin yang Maha Mengetahui lagi Maha Hikmah, syari’at yang mengarahkan kepada kemaslahatan dan kebaikan, serta melarang, mencegah dan menutup pintu-pintu keburukan dan kemudaratan.

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم


Isnin, 21 April 2014

Q 65 : KENAPA PERLU KAHWIN?

Jul 31, ’08 7:51 AM for everyone

Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu syok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa?” Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz mengulas kemelut ini.
Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin.
Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumahtangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.
Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah SWT kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah SWT akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah SWT.
Bila kita berhubung dengan Allah SWT sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah SWT. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah SWT akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumahtangga).Kalau tak berhubung dengan Allah SWT, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.
Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah SWT datangkan istidraj… kadang-kadang Allah SWT beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah SWT. Ini formula yang tak boleh dilanggar.
Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” Apa jalan keluarnya?
Saya kata, you pinanglah orang lelaki! Perkara ini tidak salah. Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Buatlah dengan cara yang betul, seperti melalui orang ketiga. Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu?
Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah SWT dulu. Kenal pasti apa yang Allah SWT suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah SWT iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah SWT.
Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah SWT terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah SWT, kita mintapun dengan Allah SWT. Allah SWT taala akan pandu dalam usaha kita. Allah SWT beri panduan. Allah SWT tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah SWT tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah SWT.
Jadi usaha mesti dengan Allah SWT dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah SWT. Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan.
Dalam soal ini, Allah SWT kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik.
Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya.
Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah SWT, Allah SWT tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah SWT – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tanganNya.
Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah SWT. Allah SWT juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah SWT, apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah SWT pandu kita. Allah SWT hanya akan memandu orang yang beriman.
Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?
Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas.
Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya?
Saya pernah ditanya oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah NGO. Mereka buat kajian masalah keluarga di dalam masyarakat. Dia tanya, ‘Doktor rasa apa punca timbulnya masalah keluarga ini?’ Kata saya, ‘Senang saja. Puncanya mereka tidak solat.’ Dia terperanjat kerana berdasarkan kajiannya, 50 peratus dari keluarga yang terlibat adalah orang yang tahu agama. Orang yang solat.
Ini bukan saya yang cakap tapi Rasulullah yang kata: Siapa yang solat yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, sesungguhnya dia tidak solat. Atau dalam hadis lain disebut, sesungguhnya dia bukan semakin hampir dengan Allah SWT tapi bertambah jauh dariNya.
Jadi konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah SWT lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah SWT’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat.
Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa.
Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?
Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya.
Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan.
Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin?
Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah SWT. Orang yang kahwin kerana Allah SWT akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah SWT untuk mendapatkan pasangan.
src : http://srikandi89.multiply.com/
http://4ayesha.blogspot.com/2008/08/satu-soalan-kita-berkahwin-untuk-apa.html




Selasa, 4 Mac 2014

P 53 : KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA...

- Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.
- Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.
- Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
- Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.
- Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
- Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami.....
1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.




Isnin, 3 Disember 2012

K 37 Bahagia hingga ke Syurga

Kebahagiaan dalam hidup berkeluarga bukannya mudah. Ia memerlukan kerjasama semua pihak. Organisasi kecil ini memerlukan pengurus yang baik bergelar suami. Memerlukan pembantu pengurus yang cekap bergelar isteri. Ahli organisasi juga perlu bekerjasama dan bekerja keras untuk merealisasikan impian membentuk keluarga bahagia. Mahligai impian duniawi ini cuma akan nampak indah dan sentiasa dihiasi bunga cinta yang segar mekar apabila semua pihak yang bernaung di bawahnya memahami tanggungjawab dan tugas masing-masing. Bergerak seia sekata dalam satu barisan dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan orang lain.

Tunggak utama mestilah ajaran agama dan reka bentuknya tidak boleh lari jauh dari pelan kekeluargaan Rasulullah s.a.w. Ruang udaranya mestilah sentiasa dibekalkan dengan cinta kasih dan belas kasihan.

Keluarga juga umpama kapal. Ia tidak akan sentiasa berlayar di air tenang, malah menjadi sunnahnya berhadapan dengan ombak dan taufan. Perjalanan masa menjadikan ikatan cinta makin longgar dan suhu sayang juga semakin sejuk. Punca utama ialah rasa jemu kerana bertemu orang yang sama bertahun-tahun lamanya. Tidur sebantal dengan orang yang sama. Makan sehidang dengan orang yang sama. Mungkin juga berpunca dari faktor usia. Usia memakan kulit yang tegang menjadi kendur, rambut yang lebat menjadi luruh dan beruban, muka yang cantik menjadi kusam berkedut.

Mungkin cinta pada waktu ini sudah tidak mampu untuk terus bertahan menjadi kemudi dan dayungnya. Ia memerlukan kekuatan kedua yang bernama ‘belas kasihan’. Biar sedalam manapun perasaan jemu, hodoh manapun rupa paras, lemah manapun tenaga batin, bosan manapun jiwa, belas kasihan masih mampu membawa ahli keluarga ke titik terakhir matlamat cinta iaitu syurga. Lantaran itu, Allah S.W.T. mengingatkan pasangan yang ingin berumahtangga agar dari awal lagi menjadikan cinta sebagai mahar dan belas kasihan sebagai hantaran.
Firman Allah S.W.T: 

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan belas kasihan.”

Kasihani isteri yang telah lama berkorban jiwa dan raganya untuk mendampingi anda. Ia telah menyerahkan hati dan jasadnya untuk ketenangan anda. Sanggup bangun seawal pagi untuk menyediakan sarapan dan menggosok pakaian. Pulang anda disambut dengan senyuman dan hidangan minuman kegemaran. Malam pula ia sanggup bermesra dengan anda walaupun fizikalnya sudah keletihan kerana banyaknya tugasan rumah yang perlu ia selesaikan. Ia juga dengan jayanya mendidik anak-anak yang seharian anda tinggalkan kerana kerjaya dan tugas mencari rezeki buat keluarga. Ia juga sanggup mengadai nyawa untuk melahirkan anak-anak anda. Fikirkanlah sebelum terfikir untuk mengeluarkan kalimah cerai.
Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Seorang mukmin tidak akan menceraikan isterinya yang mukminah sekiranya ia membenci satu sifat dari sifat-sifatnya sedang dalam masa yang sama ia redha dan mengingati kebaikan-kebaikannya yang lain.”

Kasihani suami yang sanggup mengambil anda sebagai isterinya. Mengorbankan usia dan keringatnya untuk menyara keluarga. Mendamaikan jiwa ketika kesedihan. Ingatlah kegirangan yang ia bawa dalam hidup anda. Ingatlah bagaimana ia masih mampu tersenyum setiap kali ia pulang dari kerja walaupun ia telah kehilangan sebahagian tenaganya di tempat kerja. Ingatlah koceknya yang sering kosong kerana membeli keperluan anda dan anak-anak. Ingatkan semua itu sebelum terlintas di fikiran untuk meminta cerai.

Jika kebaikan pasangan tidak mampu meleraikan kekusutan hubungan, ingatlah pada anak-anak. Kalian mendambakan kehadiran mereka semenjak malam pertama perkahwinan. Hari kelahiran mereka merupakan sejarah besar keluarga yang membawa sejuta wangian kebahagiaan. Ia pelengkap kehidupan anda. Kehadirannya menjadikan anda memiliki status manusia yang sempurna. Anda sudah jadi individu, suami, bapa, isteri dan ibu. Ingatlah pada anak-anak anda sebelum mana-mana pihak berfikir untuk bercerai.

Perkahwinan dan keluarga yang dibina tidak sepatutnya berakhir di kamar mahkamah tetapi sewajibnya berkesudahan di kamar syurga. Allah S.W.T. menjanjikan orang-orang yang beriman akan tinggal bersama dengan ahli keluarganya di syurga. Firman Allah S.W.T.:

“Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. Dan Kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini. Di dalam syurga mereka saling memperebutkan piala (gelas) yang isinya tidak (menimbulkan) kata-kata yang tidak berfaedah dan tiada pula perbuatan dosa. Dan berkeliling di sekitar mereka anak-anak muda untuk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan. Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling tanya-menanya. Mereka berkata, “Sesungguhnya kami dahulu sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab)”. Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembah-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang.”

“Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): “Salam sejahtera atas mu kerana kesabaranmu”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.

Imam al-Qurtubi ketika memberi komen tentang ayat 23 dalam Surah al-Ra’d berkata, “Sesungguhnya antara nikmat di syurga itu nanti, ialah dengan menghimpunkan ahli syurga dengan kerabatnya di dalam syurga”. Imam Ibnu Kathir pula menyebut, “(Orang mukmin) akan dihimpunkan bersama orang-orang yang ia sayangi termasuk ibu bapa, isteri-isteri dan anak-anaknya andainya mereka itu layak memasuki syurga di kalangan mereka yang beriman agar tenang perasaan mereka dengan kehadiran keluarganya sehingga ia diangkat dari darjat bawahan di syurga ke darjat paling atas sebagai anugerah dari Allah dan pemberian yang tidak ternilai tanpa dikurangi sedikitpun.”

Kata Said bin Jubair: “Apabila orang mukmin masuk syurga ia akan bertanya tentang ibu bapanya, anak-anaknya, di manakah mereka? Lalu dikatakan kepadanya, “Sesungguhnya mereka tidak mencapai tahapmu dalam melakukan amal kebaikan”. Lalu ia berkata, “Sesungguhnya aku melakukan semua amalan itu untukku dan mereka”. Lalu merekapun digabungkan bersamanya dalam syurga pada darjat yang serupa.”

Inilah impian tertinggi orang mukmin dalam berkeluarga. Impian untuk hidup sebumbung di syurga akhirat. Itulah hakikat cinta abadi bagi pasangan yang menjadikan Allah S.W.T. sebagai pusat kecintaan dan Rasul-Nya s.a.w. sebagai sumber ikutan mereka. Syurga yang menghimpunkan segala kenikmatan yang tidak pernah terlintaspun di pemikiran manusia. Itulah tempat tuju mereka. Bermula dari hari pertama perkahwinan, dikurniakan zuriat dan melayari kehidupan berkeluarga yang penuh pancaroba, kesudahan yang mereka harapkan ialah syurga dan nikmat syurga. Walaupun mungkin di dunia mereka terlepas banyak peluang kebahagiaan dan kesenangan.
Untuk itu, apabila anda menziarahi pasangan yang baru melangsungkan pernikahan mereka, jangan ucapkan “Selamat pengantin baru, moga kekal ke anak cucu”, tidak juga ucapan, “Selamat pengantin baru moga kekal ke akhir hayat”, tapi ucapkanlah “Selamat pengantin baru, moga kekal hingga ke syurga.” Ucapan begitulah yang lebih bermakna.

Semoga kebahagiaan dan kerukunan yang dikecapi dalam keluarga, berterusan hingga ke akhirat. Tempat yang tiada lagi duka nestapa, tidak perlu lagi merajuk dan memujuk, tiada penat dan lesu, tiada sedih dan sepi. Yang ada cuma kebahagiaan yang kekal abadi. Allahumma Amin Ya Rabb al-Alamin.

Rujukan :
http://ismashahalam.net/v2/bahagia-hingga-ke-syurga/



Isnin, 13 Ogos 2012

G 39 SEPULUH Nasihat penting membina keluarga bahagia

Dalam mengemudi sebuah rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang dan keharmonian seharusnya menjadi keutamaan. Oleh itu berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda.  Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan adalah ganjaran yang amat tidak ternilai.

JADI PASANGAN REALISTIK BUKAN HIPOKRIT

Terimalah kenyataan tentang diri anda dan pasangan seadanya.  Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik.  Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.

BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN

Awas!  Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri tentang diri dan perasaan pasangan anda.  Biasanya tanggapan anda terhadap pasangan adalah salah satu kurang tepat.  Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda.  Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan.  Sebaliknya anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.



LAKUKAN SEGALA-GALANYA BERSAMA

Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa-masa gembira dan duka bersama-sama.  Oleh itu bermula dari hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda.  Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian. Jika si dia gemar membeli belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak.  Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.

FAHAM MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR

Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri.  Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah keranan hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah.  Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda.  Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan jua kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.

TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA

Belikan minyak wangi, seutas jam tangan, sejambak bunga atau coklat untuk si dia.  Atau sesekali masakkan menu istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya.  Anda tidak perlu menunggu hari-hari tertentu seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan utuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.

HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN

Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda.  Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya.  Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri apakah pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya.  Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya dan tidak menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka mahupun sindirian.

LUPAKAN PERISTIWA LALU

Jangan suka mengungkit tentang masa silam pasangan anda.  Jangan sesekali bercerita tentang keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama.  Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia juga  boleh menyebabkan kekeliruan berlaku.  Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba utuk menyambung kembali hubungan yang telah terputus.

BUANG SIKAP CEMBURU

Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumahtangga.  Kalau anda sering menyelongkar barang-barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini.  Ingatlah sikap cemburu membabi buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua.  Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.

TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN

Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda.  Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi.  Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan  pastikan anda sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.

JUJUR

Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumahtangga.  Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya.  Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya.  Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.

Rujukan :


http://www.muslimdiary.com/


Khamis, 19 Julai 2012

B 80 PANDUAN MEMBINA KELUARGA SOLEHAH

Firman Allah Taala :

وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ .

Yang Bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah Ar-Rum : 21)

1. ASAS KELUARGA

Hidup berkeluarga adalah kehendak semulajadi manusia, setiap orang akan berusaha untuk mendapat pasangan hidup yang ideal (sesuai) dengannya bagi menjamin keharmonian hidup berkeluarga.

Pembinaan sesebuah keluarga bermula dari perkahwinan. Oleh itu di dalam mencari pasangan hidup keutamaan hendaklah berpandu kepada garis yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya :

تُنْكِحُ الْمَرْأَةُ ِلأَرْبَع , لِمَالِهَا وَنَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ .

Ertinya : Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Utamakanlah yang beragama nescaya kamu jadi tenteram.

2. TUJUAN PERKAHWINAN

Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamat yang besar ia adalah sunnah nabi Muhammad SAW, di dalam Islam perkahwinan adalah ibadat, tidak sama dengan fahaman dan pegangan agama-agama lain seperti kristian, budha dan lain-lain yang mana para pembesar ugamanya tidak berkahwin kerana mereka percaya berkahwin bukan ibadat. Sedangkan berkahwin mempunyai tujuan yang murni indah di antaranya ialah :

1. Menghindarkan dari berlaku maksiat zina sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ وِجَاةٌ


Ertinya : Golongan belia sekelian barangsiapa di antara kamu berkuasa (berkemampuan) menyediakan nafkah zahir batin maka hendaklah kamu berkahwin, maka sesungguhnya perkahwinan itu dapat memejamkan mata (mengelak dari melakukan maksiat) dan memelihara kehormatan dan mereka yang tidak berkuasa maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya dengan berpuasa itu adalah menjadi perisai baginya.

2. Menuruti fitrah melahirkan zuriat keturunan anak adam sesuai dengan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

3. Menyempurnakan tuntutan kelamin (seks) mengikut hukum Islam.

4. mengelak dari penyakit yang berpunca dari hubungan jenis yang tidak seimbang (seperti siflis, aids, dan lain-lain)

5. Membentuk sebuah kehidupan berkeluarga yang aman damai.

6. Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

3. KEBAIKAN DARI PERKAHWINAN

Perkahwinan merupakan tali perhubungan di antara lelaki dan perempuan, tali yang dapat mempereratkan kasih sayang, cinta abadi, melahirkan perasaan bertimbang rasa dan bertanggungjawab serta dapat membina sebuah mahligai rumah tangga yang aman damai dan bahagia.

Perkahwinan juga dapat menghindarkan daripada perbuatan jahat dan curang serta membenteras dan menghapuskan segala nafsu kehaiwanan dan persundalan penjenayah zina disenaraikan sebagai penceroboh yang amat keji dan merbahaya yang mana amalan perzinaan boleh membawa kepada keruntuhan moral dan budi pekerti dan akhirnya boleh menjahanamkan kehidupan masyarakat yang bermaruah.

Ugama Islam telah mendisiplinkan umatnya dengan budi pekerti yang luhur, menghalang dari kerosakkan moral terus bermaharajalela dengan penyakit zina yang mana melalui penyakit itu boleh melahirkan satu generasi yang biadap dan tidak bermoral. Ini adalah merupakan kesan negatif dari anak-anak yang dilahirkan dari proses zina. Kerana mereka tidak mendapat pengawasan dan pengawalan yang sewajar dari kedua ibu bapanya, tidak mendapt asuhan dan didikan yang sempurna seperti anak-anak lain yang mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab. Akhirnya hidup mereka terbiar tanpa teguran dan ajaran, bagaikan telah dibunuh hati nurani mereka, hidup di dalam keadaan frust dan melarat tanpa pembelaan dari mana-mana pihak.

Di dalam erti kata yang lain bahawa anak-anak dilahirkan secara haram boleh menimbulkan beraneka bentuk masalah yang sukar diatasi dan menjadi beban yang berat di dalam masyarakat.

4. HUKUM KAHWIN

Berkahwin hukumnya mengikut keadaan seseorang itu :

1.    Wajib : Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang memuncak yang mana sekiranya tidak berkahwin akan menjerumuskannya ke lembah maksiat zina.

2.    Sunat : Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat menjaga dan mengawal dirinya dari melakukan maksiat zina.

3.    Makruh :  Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak mampu dari segi kewangan. Oleh hal yang demikianlah maka Rasulullah SAW menganjurkan kepada golongan ini supaya berpuasa.

4.    Haram : Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi berkahwin dengan tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan jahat terhadap bakal isterinya.

5. PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN

Seseorang yang hendak kahwin hendaklah terlebih dulu mengetahui tentang tugas dan tanggungjawab sebagai suami atau isteri , bapa atau ibu.

Perkara yang paling penting kepada seseorang lelaki yang hendak berkahwin ialah mampu menanggung nafkah bakal isterinya, nafkah zahir dan batin termasuk juga di dalam golongan nafkah iaitu tempat kediaman yang sesuai dan pakaian.

Suami isteri juga hendaklah mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengan perkahwinan seperti nikah, cerai, rujuk, iddah dan sebagainya.

6. CARA MEMILIH JODOH

Di awal tulisan ini saya ada menyebut tentang garis panduan tentang pemilihan mencari jodoh sebagaimana yang diutarakan oleh baginda Rasulullah SAW iaitu keutamaan ialah perempuan yang beragama. Walaupun di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW ada menerangkan bahawa seseorang itu akan memilih jodoh kerana hartanya dan ada pula kerana keturunannya. Dan ada juga yang memilih kerana kecantikannya dan tidak kurang pula yang memilih kerana agamanya, tetapi Rasulullah memberi penekanan kepada yang beragama, kerana yang mempunyai pegangan agama yang kukuh menjamin kebahgiaan yang sejati.

Wanita yang mempunyai sifat-sifat lain tetapi tidak mempunyai agama tidak menjamin kebahagiaan yang berkekalan bahkan banyak akan menimbulkan kesulitan.

7. KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI

Suami adalah payung kepada sebuah keluarga, dialah juga nakhoda kepada sebuah bahtera rumahtangga, oleh itu suami mestilah mengetahui serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isterinya.
Di antara tanggungjawab ialah

Bergaul dengan cara yang baik serta memimpin dan memberi perlindungan terhadap isteri dan keluarganya.
Melahir dan memberi kasih sayang yang sejati serta tidak menyakiti isteri.
Menghormati dan menjaga rahsia dan keaifan isteri serta menjauhkan perasaan cemburu yang membabi buta.
Berlaku adil dalam memberi nafkah dan menolong isteri di dalam kesempitan dan kesusahan.
Membantu isteri di dalam tugas-tugas menjaga dan mengasuh anak.
Sabar di atas kelemahan isteri.
Memberi kebebasan berfikir kepada isteri.
Memberi nasihat kepada isteri sekiranya ia melakukan kesalahan dan bertindaklah mengikut hukum syarak sekiranya nasihat itu tidak diendahkan.
Memberi bimbingan dan pengajaran ugama dan membenarkannya mendapat pengajaran ugama sekiranya ia tidak mampu memberi pengajaran ugama.
Berlaku adil di antara isteri-isterinya bagi yang berpoligami.
Bijaksana ketika timbul perselisihan dengan isteri dan hendaklah suami mengendalikannya dengan penuh cermat dan ajaran-ajaran yang baik serta menahan diri jangan terlalu ikut perasaan hati.

8. KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI

Isteri ialah orang terpenting bagi pembantu dan menolong tugas-tugas dan peranan suami dan ada kalanya isteri terpaksa mengambil alih tugas suami ketika ketiadaannya.
Di antara tugas dan tanggungjawabnya ialah :
Hormat dan taat kepada suami.
Membantu suami di dalam mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.
Bermanis muka ketika berhadapan dengan suami.
Menghargai pemberian suami walaupun sedikit.
Berjimat cermat di dalam perbelanjaan serta sederhana dalam penghidupan.
Menjaga rahsia suami dan rumahtangga.
Menjaga keaifan dan maruah suami.
Memelihara dan menjaga keaifan diri sendiri.
Mengurus dan mengatur rumahtangga serta memelihara hubungan kekeluargaan.
Bersabar di dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul di dalam kehidupan berumahtangga.
Mengadakan hubungan-hubungan keluar hendaklah dengan persetujuan dan izin suami.

9. KEWAJIPAN BERSAMA

Suami isteri adalah bertanggungjawab di dalam mengendalikan urusan rumahtangga, oleh itu mereka berdua mempunyai kewajipan bersama di antara kewajipannya ialah :

Kedua belah pihak hendaklah saling hormat-menghormati dan tolong-menolong.
Saling percaya dan mempercayai diantara satu sama lain.
Mengelakkan dari melahirkan rahsia masing-masing dan juga keaifan yang mungkin timbul dari mana-mana pihak walau di waktu berlaku salah faham dan perbalahan.
Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan luar, halusi dan periksa dengan teliti terlebih dahulu.
Jauhi dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada salah faham.
Rela berkorban untuk kebahagian rumah tangga.
Kedua belah pihak hendaklah bersabar di atas kelemahan dan kekurangan yang timbul samada dari pihak suami ataupun isteri.
Hendaklah berbincang dan membuat perundingan di dalam sesuatu masalah.
Sama-sama bertanggungjawab memimpin dan mendidik anak.
Kedua belah pihak hendaklah sanggup menerima teguran dan nasihat dari pihak yang lain dan begitu juga hendaklah sama-sama memberi nasihat dan teguran demi kebaikan bersama.

Di dalam penentuan hak tanggungjawab bersama yang mesti disempurnakan oleh suami isteri adalah merupakan asas yang teguh yang dapat menjadi keharmonian rumahtangga, Rasulullah SAW bersabda pada “Hujjatul Wida’”

اَلاَ إِنَّ لَكُمْ عَلَى نِسَائِكُم حَقًا وَلِنِسَائِكُم عَلَيْكُمْ حَقًّا غَيْرَ أَنَّ الإِسْلامِ قَدْ خَصَّ الرَّجُلِ بِدَرْجَةٍ ِلاعْتِبَارَاتٍ مُعَيَّنَةٍ لِقَوْلِهِ تَعَالىَ وَلَهُنَّ مِِثْلُ الَّذِيْ عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوْفِ وَلِلرِّجَالُ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٍ وَقَوْلِهِ تَعَالَى : الرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضُهُم عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوْا .

Ertinya : Jaga ! Sesungguhnya kamu ada mempunyai hak ke atas isteri kamu dan demikian pula isteri-isteri kamu kamu terhadap kamu sendiri. Selain dari itu Islam telah menentukan kelebihan lelaki di atas perempuan kerana beberapa faktor yang tertentu seperti maksud firman Allah SWT :

Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang bersama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya. Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami) mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri) yakni sebagaimana seorang isteri menanggung kewajipan terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik maka si suami juga menanggung kewajipan terhadap isteri yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik.

Dan firmanNya lagi : Orang-orang lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal kepada tanggungjawab di atas perempuan-perempuan (isteri) disebabkan Allah telah melebihkan orang-orang lelaki ke atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki itu memberi nafkah (kepada isterinya).

10. PERGAULAN YANG BAIK

Perkara yang amat penting di dalam membina kebahagian rumahtangga ialah cara pergaulan yang baik, letakkan segala harapan di atas kerukunan rumahtangga, Rasulullah SAW telah memberi kita banyak panduan tentang pergaulan di dalam kehidupan berumahtangga baginda tidak pernah bermasam muka dengan isteri-isteri baginda. Baginda sendiri yang menjahit kasut baginda manakala terkoyak. Di dalam soal kebaikan ini Rasulullah SAW pernah bersabda :
خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي

Ertinya : Sebaik-baik kamu ! sebaik kamu bagi ahlinya dan aku sebaik-baik bagi ahliku.

Di dalam pergaulan harian di antara suami isteri mungkin ada ketika tergeser sekali sekala. Maka soal mengatasinya hendaklah berpandukan kepada hukum Islam. Di dalam hubungan ini Allah SWT. berfirman :

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Ertinya : Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (Nushuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka dari tempat tidur dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka, sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Para isteri wajib menjaga maruah dirinya sama ada di hadapan suami atau semasa ketiadaannya dan juga menjaga maruah dan kemuliaan suaminya. Bergaullah dengan suami dengan penuh kasih sayang, turutilah segala perintah dan kehendaknya selama mana perintahnya tidak bercanggah dengan hukum syarak. Di dalam hubungan ini Rasulullah SAW bersabda :

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدُ ِلأَحَدٍ َلأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا

Ertinya : Sekiranya aku diperintah akan seseorang supaya menyembah seseorang yang lain nescaya aku menyuruh perempuan menyembah akan suaminya.
Isteri adalah ratu rumahtangga bagi suami, dialah tempat untuk melepaskan kerisauan oleh itu jagalah keperibadian sebagai seorang isteri yang solehah. Rasulullah SAW bersabda :

خَيْرُ النِّسَاءِ إِمْرَأَةٌ إِذَا نَظَرْتُ إِلَيْهَا سَرَّتْكَ وَإِنْ أَمَرْتَهَا أَطَاعَتْكَ وَإِنْ غِبْتَ عَنْهَا حَفِظَتْكَ فِيْ مَالِكَ وَنَفْسِهَا

Ertinya : Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila engkau melihat kepadanya membuat engkau gembira dan apabila engkau menyuruhnya sesuatu ia menuruti engkau dan apabila engkau tiada di sampingnya dia menjaga harta engkau dan mengjaga maruah dirinya.


11. TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Anak adalah amanah Allah swt yang dipertanggungjawabkan terhadap dua ibu bapa supaya mengasuh, mendidik dan memberi pengajaran yang sempurna, di antara tanggungjawabnya ialah :

Membantu keperibadian anak bermula dari cara memilih isteri sebagai bakal ibu kepada anak-anaknya dari perempuan yang solehah, perempuan yang berugama.
Semasa mengadakan hubungan jenis dengan isteri hendaklah sentiasa memohon perlindungan dari Allah swt supaya benih yang akan dilahirkan mendapat hidayat dan taufik Allah swt dengan didahului doa sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW :

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Ertinya : Ya Allah jauhkanlah kami akan syaitan dan jauhilah syaitan ke atas apa (anak) kurniaan Engkau kepada kami.

Azan dan Iqamah semasa anak mula lahir dari kandungan ibu.
Menyusu dengan susuan ibunya sendiri.
Mengadakan aqiqah , bercukur dan memberi nama yang elok pada hari ketujuh.
Berkhatan sama ada anak lelaki dan perempuan.
Memberi didikan dan asuhan yang sempurna.
Memberi pelajaran dunia dan akhirat.
Memperjodohkan apabila layak dan sesuai.
Selalulah berunding, berbincang serta memberi nasihat yang berguna tanpa paksaan yang melulu. Rasulullah SAW bersabda :

اَكْرِمُوا أَوْلاَدَكُمْ وَأَحْسِنُوا أَدَابَهُمْ

Ertinya : Muliakanlah olehmu anak-anak kamu dan perelokkan tingkah-laku mereka.

12. KESIMPULANNYA

Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang dibina di atas asas yang paling teguh dan betul mengikut Islam serta yang dapat memenuhi ciri-ciri dan kehendak syariat Islam. Dengan terlaksananya aturan tersebut Insya Allah segala cita-cita untuk membina sebuah istana keluarga akan mendapat kejayaan di samping mendapat rahmat dan nikmat dari Allah SWT. Semua pihak akan dapat menikmati kebahagian dan kerukunan rumahtangga. Sesuai dengan firman Allah SWT :

لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً

Ertinya : Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan diantara kamu (suami isteri)) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.