Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - MUSUH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - MUSUH. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2016

R 128 MENGAPA ISRAEL TAKUT DENGAN PENGHAFAL AL QURAN?

Seperti yang telah kita ketahui bersama bahawa perang antara Israel - Palestin (HAMAS) tidak akan ada hentinya. Israel terus melakukan pembunuhan demi pembunuhan terhadap warga Palestin.

Perlu diketahui bahawa dari ribuan jiwa yang terkorban mangsa keganasan perang Israel, 75 % di antara mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Pelbagai alasan yang diberikan oelh pihak Yahudi mengenai korban tersebut. Sebahagian besar alasannya sangat tidak masuk akal sama sekali. Lebih mengecewakan lagi apabila negara-negara dunia seakan tidak mampu menghentikan ini semua, termasuk negara-negara Arab sendiri.

Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa tentera yahudi membunuh kanak-kanak Palestin? Ada yang berkata memang tabiat tentera yahudi yang kejam dan biadab. Ada juga yang berkata tentera Yahudi takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin kerana kanak-kanak yang terlahir adalah generasi masa depan Islam yang gemilang. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga.

Berikut adalah sebab mengapa tentera Yahudi laknatullah menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kumpulan HAMAS.

Semasa serangan tentera yahudi terhadap Palestin pada Disember 2008 yang berlaku ketika bulan suci Ramadhan tahun 1429 H, pimpinan HAMAS Ismail Haniyah melantik sekitar 3500 kanak-kanak Palestin yang telah hafal Al Quran. Kanak-kanak tersebut sudah menghafal 30 juz Al Quran. Ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa? ” Demikian pemikiran yang berkembang di dalam fikiran orang-orang Yahudi.

Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al Quran. Keadaan Gaza yang dikepung dari segala arah oleh tentera yahudi laknatullah menjadikan masa mereka terus berinteraksi dengan Al Quran. Tidak ada yang bermain Play Station atau ‘game’ bagi mereka.
Keadaan tersebut memangkin mereka untuk menjadi para penghafal Al Quran ketika masih begitu muda. Ketakutan Zionis Yahudi laknatullah terhadap keadaan ini menyebabkan kira-kira 500 kanak-kanak penghafal Quran itu telah syahid.

Itulah sebahagian sebab mengapa HAMAS mengenakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota mereka antaranya hafiz Al Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah terutama solat subuh.
Teringat zaman emas tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan dahulu. Rahsia besar yang perlu dicatat dalam masa itu adalah umat Islam tidak pernah jauh dengan Al Quran, tidak pernah melepaskan hadis RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menjadi pedoman. Seperti dalam sebuah hadis RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM pernah bersabda.

“Telah kutinggalkan untuk kalian dua perkara. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya, maka kalian tidak akan pernah sesat , iaitu Kitab ALLAH dan Sunnah NabiNya.”
( HR. Malik)

Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka diancam setiap saat, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak melunturkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh tentang Agama Islam.

Israel memang unggul dalam segi jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.


Antara syarat utama menjadi tentera hamas ialah hafaz Al Quran & tidak pernah tinggal solat berjemaah terutamanya solat subuh...

Jumaat, 4 April 2014

P 100 : WASPADA DENGAN MUSLIHAT YAHUDI

PERSELISIHAN antara kaum Yahudi dengan umat Islam bukan perkara yang baharu. Allah SWT telah menegaskan di dalam al Quran bahawa kaum Yahudi itu sama sekali tidak akan senang dengan umat Islam sehingga mereka berjaya mempengaruhi umat Islam supaya mengikut jejak langkah mereka.
Allah swt  berfirman yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.”
(al-Baqarah: 120)

Menurut riwayat al-Tha’labi dari Ibn Abbas, sebab penurunan ayat ini adalah kaum Yahudi dan Nasrani sangat mengharap agar Nabi Muhammad SAW bersolat menghadap ke kiblat penyembahan mereka.
Namun Allah telah memalingkan kiblat baru bagi umat Islam menghadap ke Kaabah di Mekah. Justeru, kaum Yahudi dan Nasrani berkomplot dan berusaha untuk mempengaruhi Nabi supaya menyetujui arah kiblat yang sesuai dengan agama mereka.
Lalu ayat ini diturunkan oleh Allah bagi memberi penegasan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan bersetuju dengan Nabi walaupun permintaan mereka ditunaikan.
Kalimah Lan Tardho dalam ayat tersebut yang bermaksud “tidak akan meredhai selama-lamanya” harus menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia agar berhati-hati dan berwaspada dengan mainan kotor dan taktik jijik yang sering digunakan oleh kaum Yahudi khususnya dalam misi mereka untuk menghancurkan umat Islam.
Amaran juga diberikan oleh Allah agar umat Islam jangan sesekali taat kepada golongan ini. Sebabnya, mereka sentiasa cuba memesongkan umat Islam dari landasan yang benar.
Selain itu, ahli agama di kalangan mereka juga selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al Quran (rujuk ayat 146 surah al-Baqarah).

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri[97]. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”
[97]. Mengenal Muhammad s.a.w. iaitu mengenal sifat-sifatnya sebagai yang tersebut dalam Taurat dan Injil.

Sejarah juga membuktikan kaum inilah yang menyihir Nabi. dilakukan oleh seorang Yahudi yang bernama Lubayd bin al-A’som daripada Bani Zuraiq.
Begitu juga seorang wanita Yahudi pernah menghidangkan daging kambing beracun dengan tujuan jahat untuk membunuh baginda.
Justeru, sejarah membuktikan bahawa membinasakan dan membunuh manusia bukan perkara yang asing bagi kaum Yahudi sehinggakan Nabi pun sanggup dibunuh oleh mereka, apatah lagi umat Islam yang lain.
Maka, Allah melaknat kaum ini disebabkan sifat-sifat mereka yang jahat dan terkutuk ini, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.”
(al-Maidah: 78).

Walaupun menjadi kaum yang dilaknat dan terkutuk, mereka masih meneruskan sifat-sifat buruk yang sebati dalam diri mereka. Umat Islam pasti tidak dapat melupakan kezaliman Yahudi ke atas umat Islam dan telah terpahat sebagai satu malapetaka besar kepada dunia dan juga keamanan sejagat iaitu peristiwa Nakhbah Palestin pada 15 Mei 1948.
Tarikh yang malang ini memulakan detik yang paling mendukacitakan umat dunia yang cintakan keamanan kerana pada tanggal ini negara haram Israel ditubuhkan. Bermodalkan penipuan, rampasan, penindasan dan pembunuhan, negara haram Israel berjaya ditubuhkan sekaligus menafikan hak wilayah berdaulat Palestin.
Penubuhan negara haram Israel yang direstui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), British dan konco-konconya ini akhirnya menjadi permulaan kepada penderitaan rakyat Palestin. Rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah air tempat tumpah tumpah darah mereka.
Kampung halaman, ladang-ladang pertanian serta ternakan rakyat Palestin semuanya dimusnahkan. Bumi Palestin serta merta menjadi medan penghapusan etnik terbesar dan dilakukan di depan masyarakat antarabangsa tanpa berselindung lagi.
Rejim zionis tanpa segan silu mencabuli wilayah Palestin, merampas tanah dan juga hasil bumi, menghalau serta membunuh warga Palestin. Air mata ibu-ibu Palestin mencurah-curah mengalir, anak-anak teresak-esak dengan tangisan, anak muda mula bangkit mengorak perjuangan membebaskan Palestin.
Dianggarkan lebih 750,000 rakyat Palestin diusir dari kampung halaman dan dipaksa pindah ke Gaza dan Tebing Barat. Mereka dilonggok di suatu tempat dan disekat dalam semua keadaan.
Khemah-khemah pelarian dibina sebagai penempatan sementara manakala bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan elektrik dan air semuanya dicatu.
Tidak dapat terbayang di akal fikiran manusia yang waras bagaimana penjajahan terbuka, bersistematik dan zalim ini dapat berjalan dengan lancar walaupun PBB masih lagi berkuasa.
Hak dan kedaulatan rakyat Palestin dicabuli mereka di depan mata dunia. Tiada langsung pembelaan dari negara-negara yang melaung-laungkan kebebasan hak asasi manusia dan keamanan dunia.
Negara-negara Arab yang bersempadan dengan Palestin juga tidak berupaya untuk bersuara dan berusaha.
Peristiwa Sabra dan Shatila, pengusiran dan penghapusan etnik secara sistematik, perluasan wilayah penjajahan secara berperingkat dan pembinaan penempatan haram Yahudi merupakan antara siri-siri pencabulan hak asasi manusia yang masih berlangsung sehingga sekarang.
Pelan demi pelan diatur, perjanjian demi perjanjian dimeterai namun penyelesaiannya masih belum berhasil. Sebabnya, Israel sewenang-wenangnya mencabuli setiap ketetapan yang dicapai dan mendabik angkuh dengan bantuan sekutu rapatnya Amerika.
Pencerobohan dan penindasan Israel terhadap umat Palestin pada tahun 1948 merupakan titik tolak kepada keganasan global yang berlaku dewasa ini.
Keganasan yang diasaskan oleh rejim zionis ini berterusan sehingga kini dan memangkin kepada kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang ‘dihalalkan’ oleh PBB.
Akhirnya, respons agresif yang terhasil daripada ketidakadilan ini menjadikan dunia ini seolah-olah tidak lagi selamat untuk didiami.
Kezaliman ke atas umat Palestin ini patut menginsafkan kita tentang nilai sebenar erti kemerdekaan. Nilai dan kedaulatan sesebuah negara dapat dirampas dengan mudah sekiranya kita tidak bersedia dan berupaya mempertahankannya.
Pergolakan dalaman, pengkhianatan, pecah amanah, korupsi, penyelewengan dan sebagainya mampu membuahkan bibit-bibit perpecahan, sekaligus membuka ruang campur tangan kuasa asing.
Sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana, tidak mustahil ‘Nakhbah’ Malaysia pula akan menimpa negara kita yang tercinta ini.

Pengajaran daripada Nakhbah Palestin ini harus dihayati dan dicermati oleh setiap rakyat Malaysia. Ia merupakan pengajaran yang sangat penting bagi kita dalam mempertahankan tanah air daripada campur tangan kuasa asing.



Sabtu, 5 Januari 2013

K 159 : KEBIJAKSANAAN YAHUDI MENIPU KITA



Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang Yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan Yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis 
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

SHARE jika anda suka dengan artikel ini
17 November 2012









Khamis, 27 Disember 2012

K 121 Negara Yahudi Laknatullah





Pembetulan...Harap dapat pengesahan para cendiakawan/ustaz2....
Kite selalu menyebut boikot Israel...Adakah kita tahu apa makna 'Israel'????
Israel bermakna  -  tentera
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA 
Israel juga bermaksud nama lain bagi nabi ALLAH yaakub as.

Wahai kawan-kawan, jgn berdoa meminta Israel dilaknat kerana maksud Israel adalah “Tuhan kami”.
Israel adalah “Tuhan kami”.
Isra = Yang Teratas = Tuhan
El = Kami
Fikirkan, kita berdoa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetapi mengutuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tanpa kite sedari apabila melaknat Israel...Gunalah istilah “Yahudi Laknatullah”... Sila sebarkan maklumat ini...
‎: Jangan... ::
~ Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
~ Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

~ Jangan biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
~ Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
~ Jangan ego untuk meminta maaf kalau memang Kita bersalah.
~ Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
~ Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
~ Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

#Alhamdulillah Terima Kasih Ya ALLAH.


Selasa, 13 November 2012

J 115 KATA SYAITAN : Aku berasa HAIRAN dengan MANUSIA

Mereka mencintai ALLAH.
tetapi mereka melakukan MAKSIAT kepadaNya.



Mereka membenciku.
tetapi mereka menurutiku.
Astagfirullah !!


Rabu, 19 September 2012

I 10 BENARKAH YAHUDI BIJAK?

Kajian dilakukan oleh Dr. Stephen Carr Leon 

SETELAH 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. 

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? 

Maka saya tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. 

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. 

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. 

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

(Menerusi hadith, Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan kita minum susu dgn kurma, tidak makan kepala ikan utk mengelakkan otak kita bebal) 

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. 

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. (Sebab tu Nabi Muhammad SAW suruh kita makan kurma dulu sebelum jamah makanan lain). 

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. 

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. 

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. 


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti. 

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. 

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! 

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. 

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. 

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! 

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. 

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! 

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Kesimpulannya, semua amalan2 org yahudi ini mempunyai persamaan dengan ajaran Islam. Cuma kita sebagai umat Islam tidak mempraktikkan dalam kehidupan seharian.



I 7 BERSIKAP PROFESIONAL BOIKOT PRODUK YAHUDI, AS

Disiarkan dalam Akhbar Berita Harian Ruangan Agama 19hb. Feb. 2009 

SEJAK kempen boikot barang Israel dan Amerika Syarikat dilancarkan, banyak restoran makanan segera seperti KFC dan Pizza Hut menerima kesannya. Ada kemungkinan keadaan ini berlaku impak daripada kegawatan ekonomi yang berlaku di serata dunia sehingga menyebabkan daya beli masyarakat semakin berkurangan. Atau boleh jadi juga implikasi boikot membuahkan hasil dicita-citakan. 

Tentu ramai bersorak gembira kerana kempen yang diuar-uarkan ke seluruh negara menampakkan natijahnya, namun berbaloikah tindakan itu jika ditujukan kepada syarikat milik Bumiputera yang majoriti pekerja terdiri daripada rakan seagama? Sesetengah orang menyangka tindakan ini wajar dilakukan terhadap Israel dan Amerika yang menghancurkan bumi Palestin sambil memboikot apa saja yang datang dari negara mereka. 

Namun, apabila difikirkan dengan lebih rasional, sanggupkah kita menggadaikan pekerjaan saudara seagama demi menyelamatkan maruah dan nyawa saudara seagama lain, sedangkan negara Arab yang tinggal berhampiran Palestin pun tak mampu berbuat apa-apa bagi menghalang pencerobohan Israel. Malah, lebih mengelirukan apabila syarikat dari Mesir dikatakan terbabit menyediakan bekalan makanan kepada tentera Israel ketika kempen serangan di Gaza, baru-baru ini. 

Kita dalam dilema, antara terus memboikot semua produk yang ada dan dalam keadaan yang lain rela melihat ramai saudara seagama menganggur, bagi menanggung keluarga dan persekolahan mereka. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini. Inilah yang dikatakan 'ditelan mati emak diluah mati bapa'. 

Kelihatan tiada yang mampu dilakukan kerana seluruh dunia sudah lama termakan budi dan tidak berdaya berdiri sendiri. Lihat saja kepada jenama barang mereka yang sudah lama bertapak dan dikenali di seluruh dunia. Seolah-olah tanpa KFC dan Pizza Hut tiada alternatif untuk makanan segera tempatan yang setanding jenama terkenal itu. 

Perlu diketahui, Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad adalah pemilik rangkaian restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura, yang kini berjumlah 190 cawangan. JCorp juga adalah pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad yang mengendalikan 460 restoran KFC di Malaysia, Singapura dan Brunei. 

JCorp yang kini diterajui Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah sebuah syarikat konglomerat Bumiputera di selatan tanah air yang aktif memperjuangkan 'Jihad Melalui Bisnes'. Dalam usaha untuk berkongsi keuntungan perniagaan supaya dapat dimanfaatkan seluruh masyarakat Islam, JCorp mewakafkan saham anak syarikat miliknya di bawah konsep Wakaf Korporat. 

Melalui kaedah ini JCorp mewakafkan RM200 juta saham syarikat di bawah pengurusan Kumpulan Wakaf An-Nur Sdn Bhd. (KWANB), keuntungan atau manfaat daripada pewakafan itu diagihkan kepada golongan yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Pada 2007, perolehan yang diterima KWANB adalah sebanyak RM3.23 juta dan RM177,360 sudah diagihkan kepada jalan fisabilillah dan kebajikan. 

Jadi, apakah kempen ini perlu diberhentikan setakat ini atau boikot masih boleh diteruskan tetapi terhad kepada produk tertentu saja, misalnya rokok dan lain-lain yang memudaratkan. Terpulang kepada kebijaksanaan individu untuk menilai kewajaran melakukan tindakan ini. Jangan sampai 'marahkan nyamuk kelambu pula dibakar'. 

Ada juga yang mencadangkan agar JCorp melakukan penjenamaan semula terhadap restoran makanan segera di bawah kelolaannya agar lebih bersifat glokal dan tidak lagi terikat dengan jenama Amerika. Kemungkinan ia boleh difikirkan walaupun sudah pasti memerlukan modal besar dan jangka masa panjang. 

Ada juga yang lain, menegaskan bahawa sebelum masyarakat Islam bertindak memboikot produk yang disahkan halal lagi suci oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah lebih baik bertindak untuk berhenti membeli produk makanan yang meragukan di pasaran. Jika tidak akan ada pihak tertentu mengambil kesempatan menangguk di air keruh, meraih keuntungan lumayan daripada ketirisan sensitiviti umat Islam.



Selasa, 14 Ogos 2012

G 75 TIGA Musuh Manusia

Berkata Yahya bin Muaz al-Razi: “Musuh manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan nafsunya. Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud (menjauhkan diri daripada keduniaan), berlindunglah daripada syaitan dengan melawan kehendaknya dan berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwat.”

Beliau juga berkata: “Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa) iaitu makan sekadar untuk menguatkan badan, bicara seperlunya, mengurangi tidur dan menahan cercaan orang lain.” Menurutnya, dengan sedikit makan, syahwat untuk melakukan perbuatan hina dan mungkar akan luput, bercakap yang seperlunya akan menghindarkan segala bencana dan bersabar menahan cercaan orang akan memudahkan tercapai cita-cita.

Berkata Abu Yahya al-Warraq: “Barangsiapa merelakan anggota-anggotanya dipengaruhi syahwat bermakna dia telah menanam pohon penyesalan di hatinya.” Jaafar bin Humaid pula berkata; “Para ulama telah bersepakat bahawa kenikmatan di akhirat tidak akan tercapai kecuali dengan meninggalkan kenikmatan di dunia.” Wuhaib Ibnul- Ward: “Barangsiapa lebih menyintai syahwat di dunia, maka hendaklah ia bersedia menuju kehinaan.”
Rujukan :
http://www.muslimdiary.com/



Isnin, 13 Ogos 2012

G 37 Haram memohon keampunan Allah SWT kepada mereka yang syirik

Hadis Al-Musayyab bin Hazn r.a katanya:

Rasulullah s.a.w menziarahi Abu Talib di saat-saat beliau tenat menghadapi sakaratul maut. Baginda dapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umaiyyah bin Al-Mughirah turut berada di sana. Rasulullah s.a.w bersabda: Pak cik! Ucaplah Dua Kalimah Syahadat, aku akan menjadi saksi kamu di hadapan Allah s.w.t. Lalu Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah mencelah: Wahai Abu Talib Sanggupkah kamu meninggalkan agama Abdul Muttalib? Rasulullah s.a.w tidak berputus asa malah tetap mengajarnya mengucap Dua Kalimah Syahadat serta berkali-kali mengulanginya. Sehinggalah Abu Talib menjawab sebagai ucapan terakhir kepada mereka bahawa dia tetap bersama dengan agama Abdul Muttalib malah enggan mengucapkan Kalimah Syahadat. Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah, aku akan pohonkan keampunan dari Allah untukmu sehinggalah Allah menurunkan ayat

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ


Yang bermaksud: Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampun bagi orang-orang yang syirik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri. Telah nyata bagi mereka bahawa orang-orang syirik itu adalah ahli Neraka.

Firman Allah bersempena dengan peristiwa Abu Talib

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ


Yang bermaksud: Sesungguhnya engkau wahai Muhammad tidak berkuasa memberi hidayat iaitu petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya dia menerima Islam tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya iaitu menurut undang-undang peraturannya dan Dia jualah yang lebih mengetahui siapakah orang-orang yang ada persediaan untuk mendapat petunjuk memeluk Islam

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 35