Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - KEHIDUPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - KEHIDUPAN. Papar semua catatan

Jumaat, 22 November 2024

W 14 : AJARAN ISLAM PERIHAL DIAM

 ORANG Mukmin diperintahkan agar memelihara lisan (termasuk yang ditulis dalam media sosial):


وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ


“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam.”

(HR Al-Bukhari)


Termasuk perkataan yang baik adalah berkata benar, mencegah kemungkaran dan tidak menjadi saksi palsu.


Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:

إِنَّ أَفَرَى الفِرَى أَنْ يُرِي عَيْنَيْهِ مَا لَمْ تَرَيَا


“Sesungguhnya kedustaan yang paling berat ialah apabila seseorang mengemukakan kesaksian terhadap hal yang tidak di­saksikannya.”

(HR Al-Bukhari)


Begitu aneh manusia. Kita mengambil masa sekitar dua tahun untuk belajar bertutur tetapi, kemungkinan kita memerlukan seumur hidup untuk belajar menahan diri daripada berbicara perkara yang tidak perlu.


Kata Ibnu Rajab:


“Tidak ada perkataan yang bersifat pertengahan antara bicara dan diam. Kemungkinan yang ada ialah, suatu ucapan merupakan kebaikan sehingga kita diperintahkan untuk mengatakannya. Kemungkinan yang lain pula, suatu ucapan mengandungi keburukan sehingga kita diperintahkan untuk diam.”

(Jami’ul Ulum wal Hikam)


Kita perlu menyedari kekurangan kita selaku manusia biasa. Tidak semua perkara berada di dalam pengetahuan kita. Maklumat kita terbatas. Oleh kerana itu, Islam memberi panduan khusus berkenaan pendirian seorang Mukmin terhadap perkara yang tidak diketahuinya.

Diam. Orang yang suka menunjuk-nunjuk pengetahuannya seringkali terbabas hingga mempamerkan pula kejahilan dirinya. Adakah seorang Muslim diwajibkan untuk mengulas setiap isu yang berlaku? Tidak. Akan tetapi, kita pasti akan disoal atas setiap kata-kata dan perbuatan kita.


Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا


“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempu­nyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung­jawabkannya.”

(Al-Isra’: 36)


Empat pendapat berkenaan ayat:

1.     Ibnu Abbas mengata­kan bahawa makna ‘la taqfu‘ ialah ‘la taqul‘. Janganlah kamu mengatakan.

2.     Al-Aufi - Janganlah kamu menuduh seseorang dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuan berkenaannya.

3.     Muhammad bin al-Hanafiyah - Makna yang dimaksudkan ialah kesaksian palsu.

4.     Qatadah - Janganlah kamu mengatakan bahawa kamu melihatnya, padahal kamu tidak melihatnya. Atau kamu katakan bahawa kamu mendengarnya, padahal kamu tidak mendengarnya. Atau kamu katakan bahawa kamu mengetahuinya, padahal kamu tidak mengetahui. Kelak Allah Subhanahu Wata'ala akan meminta kamu bertanggungjawab berkenaan hal tersebut secara keseluruhan.

Kesimpulan pendapat mereka, Allah Subhanahu Wata'ala melarang hambaNya mengatakan sesuatu tanpa pengetahuan, bahkan melarang pula mengatakan sesuatu berdasarkan sangkaan semata-mata. Berbeza pula bagi mereka yang mempunyai ilmu, mereka diperintahkan untuk menyampaikan kebenaran.


Pesan Imam Ahmad bin Hanbal:


إذا سكت العالم تقية، والجاهل يجهل، فمتى يظهر الحق؟


“Apabila orang yang alim berdiam diri kerana taqiyah (play safe), dan orang jahil terus jahil, bilakah lagi kebenaran itu akan tertegak?”

Maha benar Kalamullah:


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُواْ الألْبَابِ


“Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”

(az-Zumar: 9)

Ahad, 21 April 2024

W 10 : HIDUP SATU UJIAN

 Hidup di dunia ini adalah satu ujian

Senang diuji, susahpun diuji

Kaya diuji, miskinpun diuji

Orang baik diuji, orang jahatpun diuji

Ujian pasti kerana dunia ini hanyalah pentas ujian. 

Tiada ruang bersenang-senang di dunia ini bagi Umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Umat Islam).

HARUS SENTIASA REDHA DAN BERSYUKUR



Jumaat, 24 April 2020

V 66 : JADUAL KEHIDUPAN HARIAN


Disusun oleh Ustaz Ismail Kamus

1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pg) - mandi dan ambil wuduk
2. Solat sunat wuduk.
3. Solat sunat taubat.
4. Solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. Solat sunat hajat (minta allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta).
6. Solat sunat witir 3 rakaat.
7. Istighfar 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. Tasbih 40x
11. Solat sunat fajar.
12. Solat subuh.
13. Baca yaassin lepas subuh.
14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat zohor.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
16.solat asar
- solat sunat sebelum
17. Solat maghrib
- solat sunat selepas
18. Solat isyak
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- surah al-mulk
- surah sajjadah
- surah al-waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
[Ustaz Ismail Kamus]


V 65 : UMPAMA BINATANG TERNAK

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya yakni ayat-ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (al-Quran atau bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (al Quran, ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf 7: 179)
  
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi.”
(Al-Furqan 25: 44)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sebaliknya orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
(Muhammad 47: 12)

Yaa Allah, lindungi kami dari segala perbuatan keji lagi tercela… Ampunilah segala dosa-dosa kami Yaa Allah….


Isnin, 30 Mac 2020

V 48 : PENGAJARAN KISAH LOCKDOWN NABI YUNUS AS

Terima kasih atas perkongsian ini. Saya petik daripada whatsap oleh Dr Aman Rashidi Hussain. Moga menjadi pelajaran bagi kita semua.
Nabi Yunus as terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Mari kita belajar dari kisah Nabi Yunus as ketika beliau sempat di'LOCKDOWN' oleh Allah SWT di dalam perut ikan, sehingga wajar bila tubuh Nabi Yunus as saat itu menjadi sangat lemah, tanpa makanan, minuman, tanpa teman bicara dan kemungkinan besar sesak nafas sebab kekurangan oksigen.
Nabi Yunus as bukan di'LOCKDOWN' di dalam sebuah kota atau negara, tapi beliau di'LOCKDOWN, di dalam perut ikan paus, di dalam kegelapan, dan tentunya di dalam lautan. Nabi Yunus as benar-benar sendirian tanpa ada seorang pun manusia yang mampu menolongnya, sehingga bingung kerana tidak ada gambaran solusi sedikit pun. Terputus segala hubungan, terpisah dan keseorangan dan benar-benar telah Allah SWT 'LOCKDOWN' secara fizikal dan logiknya.
Untungnya Nabi Yunus AS segera menginsafi diri, sedar diri kenapa Allah SWT sampai menghukumnya dengan 'LOCKDOWN' beliau di dalam perut ikan paus. Kalau kecerdasan PQ dan IQ sudah tak berdaya untuk mencari dan menemukan solusi, maka kita harus berusaha menggunakan kecerdasan EQ, SQ, dan RQ, dan itulah yang dilakukan oleh Nabi Yunus as.
Mari kita perhalusi dan menghayati perjalanan dan proses Nabi Yunus as sebelum, semasa dan hingga berhasil keluar dari 'LOCKDOWN' yang ada.
1. Bermula dari kemarahan Nabi Yunus as kepada kaumnya yang sukar diajak untuk beriman kepada Allah SWT.
2. Nabi Yunus as mengancam kaumnya akan diberikan azab apabila tidak beriman juga.
3. Nabi Yunus as pergi meninggalkan dari kaumnya dalam keadaan marah, pergi naik kapal yang berpenumpang penuh.
4. Diperjalanan terjadi badai, dan kapal harus mengurangi jumlah penumpang, dan Nabi Yunus as terpilih menjadi yang harus dibuang dari kapal.
5. Setelah dibuang ke laut, Nabi Yunus as lalu ditelan oleh ikan paus.
6. Nabi Yunus as akhirnya sedar diri bahawa dia sudah berbuat salah kerana tidak bersabar tapi malah marah dan menyalahkan kaumnya.
7. Lalu dengan kesedaran itulah Nabi Yunus as bertaubat dengan kalimat "Laa Ilaaha illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin," yang ertinya, "Tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim."
Inilah kalimat taubat Nabi Yunus as ini lalu mengundang Rahman dan Rahimnya Allah SWT, sehingga selamatlah ia dari cengkaman 'LOCKDOWN' Ikan Paus.
Mari kita maknai secara mendalam tentang kalimat taubat ini. Kita berubat dengan Taubat seperti kisah Nabi Yunus ini. Inilah saatnya untuk kita mengambil pengajaran dan hikmah.
1. Laa Ilaaha Illaa Anta.
Ertinya: Tidak ada tuhan kecuali Engkau.
Penyakit: Situasi hari ini ketika kita telah di'LOCKDOWN' masih banyak orang yang bertuhankan wang, harta, jabatan, pengaruh, glamour, like, love, followers, ilmu, khayalan dan sebagainya.
Taubatlah....Yaa Allah, saya sedar sepenuhnya mulai hari ini bahawa hanya Engkau Tuhanku. Aku masih sering menuhankan diri sendiri, mencari pujian dari makhluk, jarang memujiMu dengan tulus, dan aku sering ragu tentang kemampuanMu atas segala sesuatu, tapi malah yakin penuh atas kekuatan makhluk yang lemah. Padahal hanya Engkau yang mampu menggerakan ikan paus yang besar sampai virus corona yang kecil.
2. Subhaanaka
Ertinya : Maha Suci Engkau.
Penyakit : Masih banyak yang menganggap dirinya suci, paling benar, paling hebat. Atau masih banyak yang menganggap Ustaz itu pasti benar, pasti suci, tiada salah, tiada dosa. Aku tidak mahu belajar dari ustaz lainnya, kecuali ustaz yang itu.
Taubatlah: Yaa Allah, hanya Engkau Yang Maha Suci. Apapun yang Engkau lakukan pasti adil dan benar. Tak pernah salah, tak pernah zalim.
3. Innii kuntu minazh zhaalimiin.
Ertinya : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim (lemah dan banyak salah).
Penyakit : Masih banyak orang yang suka menyalahkan takdir Allah SWT, dan menyalahkan orang lain atas nasib buruk yang menimpa dirinya.
Taubat: : Berhentilah menyalahkan orang lain, apalagi menyalahkan Allah SWT, berhentilah berdebat merasa paling hebat, berhentilah menyalahkan pemerintah dan ulama, berhentilah membanding-bandingkan antara kerja kerajaan Malaysia dengan Korea atau Jepun, berhentilah marah-marah kepada orang yang belum mendapat hidayah, berhentilah merasa diri paling benar, berhentilah lari dari kenyataan, dan perbanyaklah memperbaiki diri, muhasabah, pengakuan akan kelemahan, kehambaan yang serba kerdil, diri yang lemah dan penuh dosa dan kesalahan diri.
Di Era saat seperti ini, maka perbanyaklah berzikir dengan doa Nabi Yunus as ini, bukan sekadar dibaca tapi difahami dan dihayati sepenuh hati.
Inilah masa untuk kita BERUBAT DAN BERTAUBAT dengan melalui kalimat Zikir Nabi Yunus as, dengan mental mengurangi cinta kepada dunia sehingga takut mati, tapi justeru menambah cinta kepada Allah SWT sehingga rindu jannahNya Allah SWT yang dipenuhi kegembiraan.
“Laa Ilaaha Illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin..."
bacalah sebanyak-banyaknya, sepenuh perasaan, seyakin-yakinnya, dan setunduk-tunduknya sebaik mungkin kepada Allah SWT.
Jika kita merutinkan zikir ini maka, in Shaa Allah, Allah SWT akan berkenan mengeluarkan kita semua dari cengkraman 'LOCKDOWN PANDEMIK COVID-19' ini.
Aamiinn.



Jumaat, 27 Mac 2020

V 47 : HIDUP SEORANG MUKMIN

"Jika engkau mengkritik orang lain, maka mereka pun akan mengkritikmu. Jika engkau meninggalkan mereka, maka mereka tidak akan meninggalkanmu. Jika engkau lari dari mereka, maka mereka akan mengejarmu. Maka orang yang cerdas itu ialah orang yang menghibahkan diri dan harga dirinya untuk suatu hari di mana ia ditimpa kesusahan. Tiada sesuatu yang diteguk oleh seorang mukmin yang lebih disukai Allah Azza wa Jalla daripada menahan marahnya. Maka berilah maaf, nescaya Allah SWT akan menjadikanmu mulia. Hati-hatilah terhadap air mata anak yatim dan doa orang yang teraniaya, sebab doa mereka akan naik di waktu malam saat manusia sedang tidur."
(Abu Darda' ra)



Selasa, 17 Mac 2020

V 40 : BETAPA DAHSYATNYA MAKANAN HARAM


Kisah dari Syeikh Abdullah Al-Madaniyah
Ada seorang pemuda tawaf 1000 kali, pemuda ini tidak mencolok di mata orang awam, tapi di mata Syekh Abdullah sangatlah mencolok, setiap hari pemuda ini diperhatikan oleh Syekh Abdullah sembari menghitung dan Subhanallah ... tawafnya pemuda ini 1000 kali.
Lalu Syekh Abdullah mendekati pemuda ini dan berkenalan, kemudian mengajak pemuda ini ke rumah.
Pemuda ini seorang yang alim, tak ada yang curiga, ia selalu berhusnuzhzhon kepada Syekh Abdullah.
Syekh Abdullah pun menguji pemuda ini dengan makanan berperkara syubahat, pemuda ini pun menyantap makanan yang diberikan Syekh Abdullah, esok harinya pemuda ini tawaf, apa yang pemuda ini dapatkan? Ternyata pemuda tersebut tak mampu tawaf 1000 kali melainkan hanya dapat 150 kali saja.
Syekh Abdullah kembali mengajak pemuda ini ke rumahnya​, beliau kembali menguji pemuda tersebut dengan memberikan makanan perkara perkara haram, pemuda tersebut tak merasa curiga, hanya akhlaknya merosot jauh, ia lebih suka marah-marah, solat pun tak tepat waktu, pemuda ini pun mencuba tawaf.
Tapi apa yang pemuda ini dapat? Ia tak mampu tawaf 150 kali, ia hanya mampu tawaf 3 kali dan itupun sambil malas-malasan.
Syekh Abdullah pun mendekati pemuda ini, kali ini bukan menguji pemuda tersebut, melainkan mengubati pemuda tersebut dengan memberikan makanan perkara halal, dan Subhanallah, pemuda ini kembali tawaf dan mampu melakukan tawaf 200 kali, dan seterusnya volume tawafnya selalu bertambah hingga 1000 kali ketika Syekh Abdullah memberikan makanan perkara halal.
Akhirnya Syekh Abdullah berkata kepada pemuda tersebut, "Wahai hamba yang soleh, maafkan aku, sesungguhnya aku ingin mengujimu kerana rasa kagumku kepadamu yang mampu tawaf 1000 kali."
Tak disangka pemuda ini seorang wali, ia menjawab perkataan Syekh Abdullah yang tersimpan di hati beliau, pemuda itu berkata, "Aku tahu engkau mengujiku dengan makanan yang engkau berikan, DEMI ALLAH ayahku tidak pernah memberikan kepadaku rezeki dari perkara syubahat (samar-samar atau tidak jelas halal haram).
Syekh Abdullah pun tersenyum, wahai pemuda, "Kau bukan orang biasa, apakah hanya aku yang boleh melihatmu?"
Pemuda itu berkata, "Ia, hanya engkau yang boleh melihat tawafku, kerana ketika aku tawaf waktu seakan-akan berhenti, orang-orang baru 1 kali tawaf, sedangkan aku sudah melakukan 100 kali tawaf.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين .

Ingatlah...  Rezeki yang tidak jelas asal usulnya yang masuk ke perut atau yang kita pakai, dapat mempengaruhi kualiti ibadah kita, tubuh kita akan menjadi malas dan akhlak kita pun dipastikan akan merosot.

Share daripada Habib Ja'far Al-Hamid

Semoga bermanfaat ...
Smg Allah mudahkan Rizqi kita berkat orang soleh amiiin
Copas daripada alwi Alqodrie.




V 39 : DI ANTARA SEBAB AMPUNAN ALLAH SUBHANAHU WA TAALA UNTUK HAMBANYA


Segala puji bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Selawat dan salam untuk Rasulullah. Amma ba’du.

Saudaraku seislam yang saya cintai, semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan kepada kita kefahaman dan manfaat dari hadits RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM berikut :

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Saya telah mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda: ALLAH ‘Azza wa Jalla berfirman:

"Wahai anak Adam, selama Engkau berdoa dan berharap kepadaKu, maka akan Aku ampuni engkau berapa pun banyaknya dan besarnya dosamu, dan Aku tidak peduli dengan apa yang ada padamu itu. Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu sebanyak awan di langit kemudian engkau memohon ampunan kepadaKu nescaya akan Aku ampuni semua dosa-dosamu itu. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu dengan dosa dan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikit pun dengan sesuatu nescaya akan Aku berikan untuk ampunanKu sebanyak itu pula.”
(HR. At Tirmidzi rahimahullahu dalam sunannya no. 3885, Maktabah Syamilah. Hadits ini dinilai hasan oleh Syaikh al Albani rahimahullahu dalam Ash Shahihah no. 127, Shahih al Jaami’ no. 4338, Maktabah Syamilah)

Wallahu a’lam
Demikian dapat disampaikan.
Semoga kita termasuk hamba yang mendapatkan ampunan dan keredhaanNya, sungguh ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, aamiin.
Wa shallallahu wa sallama ‘alaa Nabiyyinaa Muhammad


Di antara adab yang harus di miliki seorang ulama adalah 'inshaf' ( menyedari kebenaran dan keadilan datang dari orang lain).

 و من أمثلة الإنصاف :
- " أن امرأة ردت على عمر رضي الله عنه و نَبَّهَتْهُ على الحق و هو في خطبته على ملإٍ من الناس ، فقال : امرأة أصابت و أخطأ رجل .

Ertinya :
Di antara contoh inshaf (menyedari kebenaran dan keadilan) :
- Ada seorang wanita pernah membantah (apa yang disampaikan) Sayyiduna Umar ra. dan mengingatkannya apa yang benar, padahal ketika itu beliau sedang berkhutbah di hadapan orang banyak. Lalu beliau berkata : “Perempuan benar dan lelaki salah (maksudnya perempuan yang mengingatkannya itu benar dan beliau sendiri salah)."

- و سأل رجل عليا كرم الله وجهه فأجاب ، فقال : ليس كذلك يا أمير المؤمنين ، و لكن كذا و كذا ، فقال : أصبت و أخطأت ، { ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ }.

Ertinya :

“Seorang lelaki pernah bertanya kepada Ali krw., lalu beliau memberi jawapan. Kemudian seorang lelaki itu berkata : "Tidak begitu wahai Amirul Mukminin, melainkan begini dan begitu."
Maka berkatalah Ali ra : 

"Engkau benar dan aku salah."
{"dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui"}.

Rujukan :

المنهج السوي شرح أصول طريقة السادة آل باعلوي ص ٢٠٠

Betapa Sayyiduna Umar tidak malu ditegur lalu menerima kebenaran dari seorang wanita di hadapan orang banyak dan Sayyiduna Ali yang Nabi bersabda bahawa Ali adalah pintu kota ilmunya, beliau menerima koreksi dari orang lain.
Lalu siapalah kita dibanding kebesaran dan kemuliaan Sayyiduna Umar dan Sayyiduna Ali, sehingga kita tidak mahu menerima kebenaran atau koreksi atas kesalahan kita dari orang lain.

و الله أعلم بالصواب و علمه أتم

"Jangan mengawasi orang lain. Jangan mengintai geraknya. Jangan membuka aibnya. Jangan menyelidikinya. Sibukkanlah dengan diri kalian sendiri. Perbaiki aib & salahmu kerana kelak kau akan ditanya (ALLAH) tentang dirimu sendiri.”




Jumaat, 28 Februari 2020

V 11 : DEBAT, DUSTA DAN AKHLAK


Dan Nabi Muhammad shållallåhu ‘alaihi wa sallam juga telah bersabda :

“Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar.  Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bercanda. 
Dan aku akan menjamin sebuah rumah di bahagian teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya.”
[HR. Abu Daud dalam Kitab al-Adab, hadits no 4167. Dihasankan oleh al-Albani dalam as-Shahihah [273] as-Syamilah].

Jumaat, 14 Februari 2020

U 199 : SIKITKAN KETAWA DAN BANYAKKAN MENANGIS


Para sufi menuliskan, bila selama empat puluh hari seseorang tidak menangis, maka ketahuilah bahawa kalbunya telah keras. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman: 

“Sedikitlah tertawa dan banyaklah menangis.”

Namun yang nampak justeru kebalikannya, yakni orang-orang banyak tertawa. Sekarang lihatlah bagaimana keadaan zaman sekarang? Hal itu tidak bererti bahawa manusia setiap saat harus mencucurkan air matanya terus menerus, melainkan seseorang yang kalbunya sedang menangis dari dalam, dia itulah yang sebenarnya menangis. Manusia hendaknya menutup pintu dan masuk ke dalam lalu sibuk memanjatkan doa dengan khusyuk dan merendahkan hati, serta menjatuhkan diri dengan serendah-rendahnya di hadapan singgasana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, supaya dia jangan termasuk di dalam apa yang dimaksudkan oleh ayat itu tadi.

Jadi jika disemak setiap hari maka akan diketahui bahawa timbangan tertawa dan bercanda adalah lebih berat, sedangkan menangis sangat sedikit. Bahkan di kebanyakan orang tidak ada sama sekali. Sekarang lihatlah betapa kehidupan berjalan dengan penuh kelalaian dan betapa sulitnya jalan keimanan, seolah-olah di satu sedih telah mati dan sebenarnya memang itulah yang dinamakan iman.

Semoga boleh menjadi renungan bagi kita semua.

"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan."
(Surah 9,  AT TAUBAH (Pengampunan) : 82)
Posted by Naufal Habibullah

Rabu, 12 Februari 2020

U 193 : PERDEBATAN TENTANG BERKAH ANTARA IBRAHIM BIN ADHAM DAN KAFIR ZINDIQ


Definisi berkah atau barakah diterminologikan sebagai "az-ziyadah fil-khair" yakni kebaikan yang semakin bertambah baik dan berkualiti. Sesungguhnya berkah yang pada esensinya datangnya daripada Allah SWT, baik itu secara langsung ataupun yang masih melalui perantara kekasihNya, mampu memberikan pengaruh positif (keberuntungan, ketenangan, kecukupan, kemudahan, kebahagiaan dan aneka kebaikan lainnya).
Bagi kalangan tertentu, berkah menjadi target buruan wajib sebagai modal penting dalam hidup kerana dianggapnya sebagai faktor istimewa penunjang kesejahteraannya, namun bagi sebahagian orang berkah justeru dikategorikan sebagai takhayul yang tidak lebih sekadar mitos irasional turun-temurun.
Syaikh Ibrahim bin Adham ra, suatu ketika pernah terlibat dialog dengan salah seorang kafir zindiq yang tidak percaya akan eksistensi barakah. Zindiq itu berkelekar, "Yang namanya barakah itu jelas tidak ada (hanya mitos)." Mendengar itu, Syaikh Ibrahim lantas menanggapi pernyataannya ;
Ibrahim bin Adham : Pernahkah kamu melihat anjing dan kambing?
Zindiq : Ia, tentu.
Ibrahim bin Adham : Mana dari keduanya yang lebih banyak berreproduksi dalam melahirkan anak-anaknya?
Zindiq : Pastinya anjing, anjing boleh melahirkan sampai 7 anak anjing sekaligus. Sedangkan kambing hanya mampu melahirkan setidaknya hanya 3 anak kambing saja.
Ibrahim bin Adham : Cuba perhatikan lagi di sekelilingmu, manakah yang lebih banyak populasinya antara anjing dan kambing?
Zindiq : Aku lihat kambing lebih mendominasi, jumlahnya lebih banyak dibandingkan anjing.
Ibrahim bin Adham : Bukankah kambing itu sering disembelih? Entah itu untuk keperluan hidangan jamuan tamu, prosesi kurban Idul Adha, acara aqiqah, atau momen istimewa dan hajat lainnya? Tapi ajaibnya spesies kambing tidak kunjung punah dan bahkan jumlahnya justeru nampak melebihi anjing.
Zindiq : Iya, iya, betul sekali.
Ibrahim bin Adham : Begitulah gambaran berkah.
Zindiq : Jika tamsilnya begitu, lalu kenapa justeru kambing yang mendapat berkah, bukan anjing?
Syaikh Ibrahim Bin Adham kemudian menutup dialog itu dengan jawapannya yang cukup menyentil;

لأن الأغنام تنوم أول الليل و تصحى قبل الفجر فتدرك وقت الرحمة فتنزل عليها البركة. وأما الكلاب تنبح طول الليل فإذا دَنا وقت الفجر هجست ونامت ويفوت عليها وقت الرحمة فتنزع منها البركة

Kerana kambing lebih memilih tidur di awal petang tapi, ia selalu bangun sebelum fajar, di saat itulah ia mendapati waktu yang penuh dengan rahmat, hingga akhirnya turunlah berkah kepadanya. Beza halnya dengan anjing, ia doyan menggonggong sepanjang malam, tetapi di saat menjelang fajar ia malah pergi tidur sampai melewatkan saat-saat turunnya kucuran rahmat dan ia pun tidak kebahagian berkah.

Sabtu, 8 Februari 2020

U 187 : HIDUP BUKAN TENTANG SIAPA YANG TERBAIK, TAPI TENTANG SIAPA YANG MAHU BERBUAT BAIK


Seorang wanita berbincang dengan seorang ustazah :
"Ustazah, saya tidak mahu ikut pengajian ini lagi."
"Apa alasannya?" tanya ustazah.
"Saya lihat di pengajian ini perempuannya suka bergosip, lelakinya munafik, pengurusnya cara hidupnya tidak benar, jamaahnya sibuk dengan hpnya dsb."
"Baiklah, tapi sebelum awak pergi, tolong lakukan sesuatu untukku. Ambil segelas penuh air dan berjalanlah mengelilingi dalam masjid ini tanpa menumpahkan setitik air sekalipun ke lantai. Setelah itu awak boleh meninggalkan masjid ini seperti keinginan awak."
"Itu mudah sekali!"
Diapun melakukan apa yang dimintakan ustazah, sementara pengajian sedang berlangsung.
Setelah selesai, dia berkata kepada ustazah, bahawa dia siap untuk pergi.
"Sebelum awak pergi, ada satu pertanyaan. Ketika awak tadi berjalan keliling dalam masjid, ada awak mendengar orang bergosip, melihat orang munafik, melihat orang sibuk dengan hpnya?"
"Tidak."
"Awak tahu mengapa?"
"Tidak."
"Kerana awak menumpukan pada gelas awak, memastikan tidak tersandung dan tidak ada air yang tertumpah."
Begitu juga dengan kehidupan kita. Ketika kita mengarahkan pandangan kita kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang kita imani, maka :
• Kita tidak akan punya waktu untuk melihat kesalahan orang lain.
• Kita tidak akan punya waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.
• Kita tidak akan punya waktu untuk bergosip ria dengan orang lain.
• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita menggapai redhaNya.
Direndahkan tidak mungkin jadi sampah, disanjung tidak mungkin jadi rembulan.
Maka jangan risaukan kata-kata orang, sebab setiap orang membacamu dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza.
Teruslah melangkah selama awak di jalan yang benar, meskipun terkadang kebaikan tidak selalu dihargai.
Tak usah sibuk-sibuk menjelaskan tentang diri awak, sebab yang menyukai awak tidak perlu itu dan yang membenci awak juga tidak percaya itu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik.
Jika dizalimi orang jangan berfikir untuk membalas dendam, tapi berfikirlah cara membalas dengan kebaikan.
Jangan mengeluh, teruslah berdoa dan ikhtiar. Sibukkan diri dalam kebaikan hingga keburukan lelah mengikutimu.
Semoga bermanfaat....