“Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka ketika
membasuh wajah, seluruh dosa yang telah dilihat dengan kedua matanya keluar
dari wajahnya bersama air atau titisan air terakhir. Ketika membasuh kedua
tangannya, setiap dosa yang disebabkan pukulan tangannya keluar dari tangannya
bersama air atau titisan air terakhir. Ketika membasuh kakinya, seluruh dosa
kerana perjalanan kakinya keluar bersama air atau titisan air terakhir.
Sehingga, ia pun keluar dalam keadaan bersih dari seluruh dosa.”
JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH TEMPAT SEMENTARA YANG SINGKAT DAN SUATU UJIAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )
AL ZOHIR ( الظاهر ) ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...
Memaparkan catatan dengan label WUDUK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WUDUK. Papar semua catatan
Isnin, 28 April 2014
Khamis, 5 Disember 2013
N 5 : MANFAAT WUDUK SEBELUM TIDUR
"Barangsiapa tidur
di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk) maka malaikat akan tetap mengikuti,
lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap 'Ya ALLAH ampunilah
hambaMu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan suci."
(HR.Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a)
Hal ini juga ditulis dalam kitab tanqin
al-qand al-hatsis karangan Syekh Muhammad bin Umar An-Nawawi al-Mantany.
Daripada Umar bin Harist bahawa NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM bersabda:
"Barangsiapa tidur
dalam keadaan berwuduk, maka apabila mati disaat tidur maka matinya dalam
keadaan syahid di sisi ALLAH SWT, maksudnya orang yang berwuduk sebelum tidur
akan memperoleh posisi yang tinggi disisi ALLAH SWT."
SubhanALLAH...
"Semoga ALLAH bimbing kita dalam
iman dan takwa dan sentiasa menjaga wuduk kita, mudah-mudahan kita memperoleh
darjat tertinggi di sisiNya.
Aamiin.."
(Sanad
dan riwayat hadis…)
Selasa, 19 November 2013
M 57 : KHASIAT BERWUDUK SEBELUM TIDUR
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa
tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk) maka Malaikat akan tetap
mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah
ampunilah hamba Mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu
suci,“
(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat
besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wuduk sebagai sebahagian dari
usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT
itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwuduk,
lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata,
hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik
sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan
bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wuduk sangatlah besar bagi
tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari,
berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh
kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh
kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwuduk
dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa
menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan,
sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga
kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk
berwuduk juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam
keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta
kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat
berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum
berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu
perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara
mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika
seseorang itu telah melakukan wuduk, maka fikiran kita akan terasa tenang.
Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk
dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran
dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa
hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat
akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa
berwuduk sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada
Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu,
sentiasalah berwuduk.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Rabu, 8 Ogos 2012
F 133 HIKMAT WUDUK
1. Ketika
berkumur, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, ampunilah dosa mulut dan
lidahku ini”.
Penjelasan
1 : Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan dosa lidah dan
berkata perkara yang tidak sepatutnya.
2. Ketika
membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, putihkanlah mukaku
di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan
2 : Ahli syurga wajahnya putih berseri-seri.
3. Ketika
membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, berikanlah
hisab-hisabku di tangan kananku ini”.
Penjelasan
3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kanan.
4. Ketika
membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, janganlah Kau
berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.”
Penjelasan
4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.
5. Ketika
membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, “Yaa Allah, lindungilah daku
dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy -Mu”.
Penjelasan
5 : Panas di Padang Mahsyar tidak terkira ibarat matahari sejengkal di atas
kepala.
6. Ketika
membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Yaa Allah, ampunilah dosa
telinga ku ini”
Penjelasan
6 : Seharian kadangkala kita terdengar orang mengumpat, memfitnah dan
sebagainya.
7. Ketika
membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. “Yaa Allah, permudahkanlah
aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan
7 : Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas sekali.
8. Ketika
membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, “Yaa, Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan
8 : Qadak dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di
antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam
Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil
wudhuk. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali
tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan
permulaan wuduk yang sempurna.
Rujukan :
http://islam.dunyahalal.com/Ahad, 29 Julai 2012
D 46 HIKMAH WUDUK YANG PALING BERHARGA
Hikmah membasuh kedua tangan.
Yaa Allah semoga daku menerima buku catatan amalanku dengan tangan kanan.
Hikmah Berkumur.
Yaa Allah tetapkanlah lidahku dalam mengucap dua kalimah Shahadah.
Hikmah Memasukkan air ke dalam lubang hidung.
Yaa Allah semoga hidungku dapat mencium bau Syurga.
Hikmah mengeluarkan air dari lubang hidung.
Yaa Allah lepaskan daku dari mencium bau buah zakum dalam neraka.
Hikmah membasuh muka.
Yaa Allah putihkanlah wajahku disaat Engkau menghitamkan muka-muka yang mengingkari perintahmu.
Hikmah membasuh kedua tangan sehingga ke siku.
Tangan Kanan : Yaa Allah jadikan daku dari golongan yang mendapat keistimewaan.
Tangan Kiri : Yaa Allah jauhkan daku dari golongan yang Engkau murkai.
Hikmah membasuh kepala.
Yaa Allah lindungilah tengkuk dari api neraka tetapi jadikan daku dari golongan orang mukmin.
Hikmah membasuh kedua kaki.
Yaa Allah jangan gelincirkan tapak kakiku semasa di atas Sirat Al-Mustaqim.
Langgan:
Catatan (Atom)







