Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AMALAN KEBAHAGIAAN HIDUP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMALAN KEBAHAGIAAN HIDUP. Papar semua catatan

Jumaat, 25 September 2020

V 89 : CARA MENGHAFAL SURAH AL KAHFI

Jom kita tengok langkah demi langkah menghafal 10 ayat awal dan akhir Surah Al Kahfi dengan cara mudah.

1. Pecahkan 10 ayat tersebut kepada blok-blok kecil. Ikut kreativiti masing-masing nak guna highlighter ke, nak kotak-kotakkan ke atau tulis semula mengikut blok.
Otak kita lebih mudah mengingat, menyerap dan menyimpan dalam kumpulan kecil.
Blok 1: ayat 1-4
Blok 2: ayat 5-7
Blok 3: ayat 8-10
2. Baca ayat 1 sehingga lancar, sekurang-kurangnya 5 kali.
3. Tutup al Quran dan
cuba hafalkan. Jika terlupa, ulang semula.
4. Dah ingat ayat 1, pindah ke ayat 2. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.
5. Dah ingat ayat 2, ulang semula hafazan ayat 1&2 sehingga lancar dan ingat.
6. Dah ingat ayat 1&2, pindah pula ke ayat 3. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.
7. Dah ingat ayat 3, ulang semula hafazan ayat 1,2&3 sehingga lancar dan ingat.
8. Dah ingat ayat 1,2&3, pindah pula ke ayat 4. Baca sehingga lancar dan cuba hafalkan.
9. Dah ingat ayat 4, ulang semula hafazan ayat 1,2,3&4 sehingga lancar dan ingat.
10. Alhamdulillah, selesai blok yang pertama. Teruskan hafazan sehingga ayat ke-10 menggunakan kaedah yang sama.
Andaikata kita mengambil masa 5 minit untuk hafazan 1 ayat, kita cuma perlukan 20 minit sahaja untuk hafazan blok pertama. Kalau bacaan dah lancar, kita akan lebih mudah mengingat, masa yang digunakan juga lebih cepat.
Baca 10 ayat alkahfi setiap hari pagi dan petang tanpa melihat al Quran. Buka akaun Quran jika lupa. Lebih mudah, pasangkan audio surah alkahfi sepanjang hari setiap hari supaya hafazan kita terakam kemas dalam memori.
Tak lengkap rasanya jika hanya 10 ayat awal sahaja. Teruskan pula hafazan untuk 10 ayat terakhir surah alkahfi menggunakan kaedah yang sama.
Kemudian, baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah alkahfi setiap hari pagi dan petang. Bila dah ingat, sambil basuh pinggan pun boleh baca, alhamdulillah. Baca keseluruhan surah pula pada hari jumaat.
Ustaz kata, orang yang membacanya sahaja yang akan dilindungi dari kedahsyatan fitnah dajjal. Jom kita ajak anak-anak dan ahli keluarga kita sama-sama membaca dan menghafal alkahfi. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mempermudahkannya.
Allahu Musta'an



 

Sabtu, 7 Mac 2020

V 23 : KEUTAMAAN 1/3 AKHIR PADA MALAM HARI (JAM 2 SAMPAI WAKTU SUBUH)


عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ ص قَالَ: يَنْزِلُ اللهُ اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِيْنَ يَمْضِى ثُلُثُ اللَّيْلِ اْلاَوَّلُ فَيَقُوْلُ: اَنَا اْلمَلِكُ. اَنَا اْلمَلِكُ، مَنْ ذَا الَّذِى يَدْعُوْنِى فَاَسْتَجِيْبَ لَهُ، مَنْ ذَا الَّذِى يَسْأَلُنِى فَاُعْطِيَهُ، مَنْ ذَا الَّذِى يَسْتَغْفِرُنِى فَاَغْفِرَ لَهُ. فَلاَ يَزَالُ كَذلِكَ حَتَّى يُضِيْءَ اْلفَجْرُ. مسلم

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda, “Allah turun ke langit dunia ketika telah berlalu sepertiga malam yang awal. Allah berfirman, “Akulah Raja, Akulah Raja, siapa yang berdoa kepadaku, Aku akan mengabulkannya, siapa yang meminta kepadaKu, aku akan memberinya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu, maka aku akan mengampuninya.” Terus-menerus demikian itu sehingga terbit fajar.”
(HR. Muslim)

عَنْ اَبِى سَعِيْدٍ وَ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالاَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِنَّ اللهَ يُمْهِلُ حَتَّى اِذَا ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ اْلاَوَّلُ نَزَلَ اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُوْلُ: هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ؟ هَلْ مِنْ تَائِبٍ؟ هَلْ مِنْ سَائِلٍ؟ هَلْ مِنْ دَاعٍ؟ حَتَّى يَنْفَجِرَ اْلفَجْرُ. مسلم

Daripada Abu Sa’id dan Abu Hurairah keduanya berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah menangguhkan sehingga apabila telah lewat sepertiga malam yang awal Allah turun ke langit dunia. Allah berfirman, “Adakah orang yang mohon ampun, adakah orang yang bertaubat, adakah orang yang meminta, adakah orang yang berdoa.” Demikian itu sehingga terbit fajar.”
(HR. Muslim)

عن ابِى اُمامة رض قال: قيل يا رسول الله، أيُ الدُعاء اسمع؟. قال: جوْف اللّيل الآخر، و دبر الصَلوات المكتوبات. الترمذى و قال حديث حسن

Daripada Abu Umamah RA, ia berkata : (Rasulullah SAW) ditanya, “Ya Rasulullah, doa yang bagaimana yang paling didengar?” Beliau menjawab, “Doa di tengah malam yang akhir dan sesudah solat-solat fardhu.”
(HR. Tirmidzi, ia berkata hadits ini Hadits Hasan)


Sabtu, 25 Januari 2020

U 111 : MENGAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?

Kerana orang baik tak ingin kongsikan kesedihannya. Dia dah biasa mengubati sendiri lukanya dan dia percaya satu masa nanti ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA akan membalasnya.
NAMUN SIFAT ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI ORANG YANG MENYAKITINYA.
Kerana orang baik selalu memandang bahawa di atas semua itu, ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALAlah hakikatnya.
Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA yang berkehendak semuanya itu, bagaimanakah pula kita manusia ini mampu membantahnya?
ITU FIKIRNYA….
Dengan itu, maka orang baik tiada dendam di dalam hatinya. Jika engkau buka laci-laci yang ada di dalam hatinya, maka engkau hanya akan ketemukan kasih sayang yang dia ada.
Yok!!! Kita mulakan hari ini…




Sabtu, 11 Januari 2020

U 109 : SEORANG MUSLIM

Saat marah, istighfar.
Saat gembira, alhamdulillah.
Saat sedih, selawat dan zikrullah.
Saat sunyi, asmaul husna.
Nescaya, tenang hati.



Sabtu, 4 Januari 2020

U 80 : DEMI WAKTU

Allah SWT telah bersumpah dengan waktu :

1. Wassubhi (Demi waktu subuh/fajar) : 89/1
2. Waddhuha (Demi waktu Dhuha) : 93/1
3. Wannahaar (Demi Waktu siang) : 92/2
4. Wal-Ashri (Demi waktu ashar) : 103/1
5. Wal laili (Demi waktu malam) : 92/1, 93/2

1. TABIAT WAKTU

a. Waktu cepat berlalu
Waktu berjalan begitu cepat, kadang lebih cepat dari yang kita rasakan. Sepintas saat suka lebih cepat daripada saat duka. Padahal sebenarnya itu hanya perasaan orang yang mengalaminya.

b. Waktu mustahil kembali. Meski sedetik, tidak mungkin waktu itu kembali. Jadi jangan sia-siakan waktu.

c. Harta termahal
Setelah iman yang paling berharga bagi kita adalah waktu. Kita jarang sekali merasakan bahawa sesungguhnya waktu adalah sesuatu yang sangat berharga sehingga kita kadang-kadang membiarkannya sia-sia. Tanpa merasa berdosa kita mengisinya dengan bersantai-santai, berbicara sia-sia, berjalan sia-sia dll yang serba sia-sia. (Bayangkan, jika dalam satu jam sebuah perusahaan motor dapat memproduksi 10 buah motor, bererti dalam sehari perusahaan itu dapat membuat 10 X 24 jam = 240 buah motor. Bayangkan jika karyawannya mogok bekerja dalam 5 jam, bererti perusahaan itu rugi 25 buah motor). Wajar jika pepatah Barat mengatakan “Time is money”.

II. WAKTU ADALAH AMANAH.

Kerugian bagi manusia yang tidak memanfaatkan waktunya 103/1-3
Sesungguhnya setiap manusia itu tambah hari tambah merugi, tambah tua tambah merugi, Sebab manusia diberi waktu atau masa yang terbatas 30/8 dan 2/36. Maka manusia akan menjadi dua golongan :
1. Golongan orang yang merugi, iaitu kelompok manusia yang diberi waktu terbatas tetapi tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

2. Golongan orang yang beruntung, iaitu kelompok yang dilukiskan dalam ayat ketiga dari surat Al-Ashr tadi: illalladzina aamanu wa’amilu-shoolihaati, kecuali orang yang efektif, yang menjadikan pertambahan waktunya sebagai peningkatan mutu iman. Orang yang pasti beruntung adalah orang-orang yang telah mempercayakan dirinya kepada Allah SWT saja. Sehingga seluruh aspek kehidupannya siap untuk diatur hanya dengan aturan Allah SWT saja, dengan konsekuensi siap untuk melepaskan seluruh aspek kehidupan di luar aturan Allah SWT. Inilah wujud kehidupan orang yang telah mempercayakan dirinya hanya kepada Allah SWT, sehingga aktiviti kehidupannya akan mewujudkan suatu amal soleh/karya yang spektakuler. ”Watawaa shoubil haq watawaa shoubish shobri.” dan pada setiap waktu terus meningkatkan kemampuan dirinya, sehingga kehadiran dirinya di dunia ini menjadi jalan nasihat, baik dengan tutur kata dan perilaku kita bagi orang lain, dalam kebenaran dan kesabaran.

Berdasarkan keterangan tadi, Islam mengajarkan agar kita menggunakan 4 perkara iaitu: Iman (Amal Soleh) nasihat-menasihati dalam menaati kebenaran dan nasihat-menasihati dalam menetapi kesabaran. Maka pertama yang harus kita lakukan adalah meningkatkan mutu keimanan kita kepada Allah SWT. Makin tinggi tingkat keyakinan kita kepada Allah SWT, maka hati kita akan menjadi tenang (13/28). Sebaliknya makin merosot keimanan kita, maka selamanya kita akan selalu dirundung rasa was-was, resah, gelisah, takut, mudah stress, bingung, cemas dan kepenatan dalam hidup ini. Dan keyakinan yang baik kepada Allah SWT adalah keyakinan dalam menjaga amanah waktu. Peningkatan iman kita berbanding lurus dengan bertambahnya amal-amal kita. Oleh kerana itu kalau kita akan menghadapi waktu, mahu berbuat sesuatu, mahu berbicara, mahu berpikir, mahu bertindak; terlebih dahulu kita harus bertanya pada diri sendiri apakah yang kita lakukan ini menjadi amal kebaikan atau tidak, kalau ya, maka cepat-cepatlah lakukan. Dan sebaliknya, kalau sekiranya akan menambah kemaksiatan segera tinggalkan.

Ingatlah selalu, bahawa apa yang ada pada diri kita adalah amanah. Mulut kita adalah amanah. Jangan digunakan untuk mengata yang sia-sia. Masih banyak perkataan yang lebih bermanfaat, pastikan bahawa apa yang kita ucapkan menjadi amal. Telinga dan mata kita adalah amanah. Ketika kita menyalakan TV, radio, Tanya pada diri kita apakah yang kita dengar ini menjadi amal ? Apakah yang kita lihat ini menjadi amal? Apakah yang kita baca boleh meningkatkan mutu diri. Hati dan fikiran kita adalah amanah, kerananya jangan digunakan untuk berkhayal dan berfikir yang bukan-bukan. Semua itu akan memakan waktu. Syeikh Muhammad al-Ghozali berkata:

“Menjaga amanah ialah menunaikan dengan baik hak-hak Allah dan hak-hak manusia tanpa terpengaruh oleh perubahan keadaan, baik susah mahupun senang.”

Langkah selanjutnya, untuk meningkatkan mutu iman dan amal kita adalah jangan menunda-nunda amal. Ada kisah tentang betapa mahalnya harga sebuah kesempatan kebaikan. Seseorang berkata: “Suatu ketika aku berjalan-jalan dengan Sufyan bin Uyainah. Saat itu ada seorang peminta-minta, namun beliau terpaksa tidak dapat memberinya sehingga beliaupun menangis. Aku bertanya: “Wahai Abu Muhammad (panggilan untuk Sufian) Apa yang membuatmu menangis?” Beliau menjawab : “Adakah musibah yang lebih besar lagi, ketika seseorang memberimu kesempatan berbuat baik, sementara dirimu tidak dapat melakukannya?”

Banyak amal-amal yang kita lakukan untuk mengisi waktu. Begitu juga dengan nasihat-menasihati, lakukan apa yang mampu kita lakukan dengan lisan, dengan tingkah laku. Tingkatkan mutu nasihat kita dengan nasihat dari orang lain.


Rabu, 2 Januari 2019

T 154 : AMALAN-AMALAN YANG DIGANDAKAN OLEH ALLAH SWT


Hidup kita terlalu singkat maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kurniakan beberapa amalan untuk memberikan pahala yang besar.

1. Beramal di malam Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

2. Menghubungkan Silaturahim Akan Di Panjangkan Umur.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ” مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ ”

Daripada Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu, ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda : “Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya (di panjangkan umur), hendaklah ia menyambung silaturahim.”
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari no. 2067)
Sanad ini hasan, namun shahih dengan keseluruhan jalannya.

3. Puasa Sunat 6 Hari Bulan Syawal Sama Seperti Puasa Sepanjang Tahun.

Daripada sahabat Abu Ayyub Al Anshoriy, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.”
(HR. Muslim)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas Sekali Sama Seperti Membaca 1/3 Al-Quran.
Hal ini berdasarkan hadis,

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ أَنَّ رَجُلاً سَمِعَ رَجُلاً يَقْرَأُ ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) يُرَدِّدُهَا ، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – « وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ »

Daripada Abu Sa’id Al Khudri bahawa seorang lelaki mendengar seseorang membaca dengan berulang-ulang ’Qul huwallahu ahad’. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wasallam dan menceritakan kejadian tersebut dengan nada seakan-akan merendahkan surah al Ikhlas. Kemudian Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda, “Demi yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga Al Quran.”
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari no. 6643)

5. Solat Di Masjidil Haram Pahalanya Sama Dengan Solat 100,000 Kali Di Masjid Lain.

Daripada Jabir, NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda,

صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلاَةٌ فِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ

“Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1000 solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 solat di masjid lainnya.”
(HR. Ahmad 3/343 dan Ibnu Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1173.)

6. Solat Berjemaah Di Masjid Lebih Baik 27 Darjat Ganjaran Pahala Daripada Solat Bersendirian.

Fadhilat Solat Berjemaah

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.

Daripada Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Membaca Al-Quran Di Gandakan 10 Kali Ganda.
Satu hurufnya diganjar dengan 1 kebaikan dan dilipatkan menjadi 10 kebaikan.

.عَنْ عَبْد اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ رضى الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ »

“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”
(HR. Tirmidzi dan disahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)

8. Tiga Pahala Berterusan Di Alam Barzakh.
(Sedekah Jariyah, Ilmu Yang Bermenfaat Dan Anak Yang Soleh)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh.”
(HR. Muslim no. 1631)

Hidup kita terlalu singkat, oleh itu tingkatkan amal dan terus beramal pada perkara-perkara yang di akan di gandakan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA terhadap amal-amal soleh kita.

Jumaat, 28 Disember 2018

T 40 : BAHASA ARAB BAHASA SYURGA


Bismillah ( بِسْمِ اللّٰهِ )
Dengan menyebut nama Allah

Bismillahirraahmanirrahiim ( بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ )
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ta’aalaa ( تَعَالَى )
Maha Tinggi

Subhaanahuu wa ta’aalaa ( سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى )
Maha Suci Dia dan Maha Tinggi

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh( السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ )
Kesejahteraan atas kalian, rahmat Allah dan keberkahan-Nya

Wa’alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh ( وَعَلَيْكُمُ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ )
Dan atas kalian pula kesejahteraan, rahmat Allah dan keberkahan-Nya

Alhamdulillah ( الحَمْدُ لِلّٰهِ )
Segala puji bagi Allah

Alhamdulillahirabbil’alamin ( الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ )
Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam.

In syaa Allah ( إِنْ شَاءَ اللّٰهُ )
Jika Allah berkehendak

Allahhu akbar ( اللّٰهُ أَكْبَرُ )
Allah Maha Besar

Subhanallah ( سُبْحَانَ اللّٰهِ )
Mahasuci Allah

Subhanallahil’azhim ( سُبْحَانَ اللّٰهِ العَظِيْمِ )
Mahasuci Allah Yang Maha Agung

Subhanallahi wa bihamdih ( سُبْحَانَ اللّٰهِ وَبِحَمْدِهِ )
Maha suci Allah dan dengan segala pujianNya.

Masyaallah ( مَا شَاءَ اللّٰهُ )
Inilah yang diinginkan oleh Allah/Apa yang dikendaki oleh Allah, maka itulah yang akan terjadi

Astaghfirullah ( أَسْتَغْفِرُ اللّٰهِ )
Aku memohon ampunan kepada Allah

Astaghfirullahal’azhim ( أَسْتَغْفِرُ اللّٰهِ العَظِيْمِ )
Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung

Laa hawla walaa quwwata illaa billah ( لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ )
Tiada daya dan upaya melainkan dari Allah

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un ( إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ )
Sesungguhnya kami milik Allah, dan sesungguhnya kami kepadaNya akan kembali

Jazaakallahu khairan ( جَزَاكَ اللّٰهُ خَيْرًا )
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan(lelaki)

Jazaakillahu khairan ( جَزَاكِ اللّٰهُ خَيْرًا )
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan(perempuan)

Jazaakumullahu khairan ( جَزَاكُمُ اللّٰهُ خَيْرًا )
Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan

Baarakallahu fiika ( بَارَكَ اللّٰهُ فِيْكَ )
Semoga Allah memberkahimu(lelaki)

Baarakallahu fiiki ( بَارَكَ اللّٰهُ فِيْكِ )
Semoga Allah memberkahimu(perempuan)

Syukran katsiran ( شُكْرًا كَثِيْرًا )
Terima kasih banyak

Khamis, 27 Disember 2018

T 20 : IBADAH YANG SAMA PAHALANYA DENGAN MENUNAIKAN UMRAH


NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang melakukan solat subuh, lalu dia duduk di tempat solat dan berzikir kepada ALLAH hingga terbit matahari, kemudian dia melakukan solat dua rakaat (solat Dhuha), maka ia akan memperolehi pahala seperti pahala melakukan ibadah haji dan umrah dengan sempurna."
(Hadis riwayat At Termidzi)


T 11 : BERAMALLAH DENGAN IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT


Setiap amalan yang hendak dilaksanakan mestilah ikhlas semata-mata kerana ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA. ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA tidak akan memandang sesuatu amalan yang dilaksanakan kerana riak atau untuk mendapat pujian daripada manusia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa beramal kerana riak, ALLAH akan menolak amal itu pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda,

"ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA berfirman yang bermaksud, 'Aku adalah Zat Yang paling kaya dari persekutuan-persekutuan yang ada. Barangsiapa beramal dengan suatu amalan bercampur dengan syirik (persekutuan) di dalamnya antara Aku dengan selain Aku, Aku akan meninggalkannya dan apa yang dipersekutukan itu." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Daripada hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Barangsiapa mempelajari ilmu yang seharusnya untuk mencari reda Allah (namun) ia tidak mempelajarinya, kecuali untuk mendapatkan perhiasan dunia, sungguh ia tidak akan mendapatkan baunya syurga pada hari Kiamat."
(Hadis Riwayat Abu Daud)



T 8 : ADAB MEMBERI SALAM


وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu."
[Surah an-Nisa' ayat 86]

Antara adab yang dianjurkan oleh Islam ialah melazimkan ucapan salam. Sabda Nabi SAW yang bermaksud,

"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang bilamana kamu kerjakan, maka kamu akan saling mencintai, sebarkan salam di antara kamu."
(HR Muslim)

Hal ehwal salam:
1. Mengucapkan salam itu sunat dan menjawabnya adalah wajib. (HR Muslim)
2. Cara menjawab salam disesuaikan dengan salam yang diucapkan atau dijawab dengan lebih baik. (An-Nisak 86)
3. Sunat mengucapkan dan menjawab salam dengan suara yang kuat. (HR al-Bukhari, al-Azkar&Zaadul Ma'ad)
4. Sunat ucap salam kepada semua Muslim samada kenal atau tidak. (HR al-Bukhari)
5. Sunat orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk, yang sedikit kepada yang ramai dan yang lebih muda kepada yang lebih tua. (HR al-Bukhari, lihat Fathul Bari)
6. Sunat ucap salam sebelum meninggalkan majlis, forum, ceramah. (HR Abu Daud)
7. Makruh mengucapkan salam sesama makmum semasa khutbah Jumaat sedang berlangsung. (HR al-Bukhari, Fatwa Lajnah Daimah)
8. Dilarang ucap salam kepada Yahudi dan Nasrani. (HR Muslim)
9. Dianjurkan ucap salam kepada kanak-kanak. (HR Muslim)