Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - AMAL IBADAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - AMAL IBADAH. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mac 2020

V 32 : IBADAH MALAM JUMAAT


Sudah menjadi kebiasaan kalau malam Jumaat banyak tersebar kicauan atau status di sosial media (dari orang yang biasanya tidak faham agama) yang isinya berkisar pada perkataan “Sunnah Rasul”.

Begitu juga dalam pergaulan sehari-hari di dunia nyata, istilah tersebut juga sering terdengar. Menurut mereka, istilah “Sunnah Rasul” yang popular di malam Jumaat adalah penghalusan dari hubungan suami isteri. Cuba lihat sejenak hasil penelusuran, bagaimana ribuan kicauan seperti berlumba-lumba menyebut istilah “Sunnah Rasul”:

'لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ.

Bagi mereka yang muslim dalam mengucapkan istilah itu boleh jadi kerana ingin menutupi sesuatu yang dianggap vulgar / tabu baginya bila disampaikan dalam ruang umum, tetapi akibatnya fatal, kerana telah menyempitkan erti dari sumber hukum kedua setelah Al Quran menjadi hanya sebuah aktiviti seks belaka.

Sedangkan bagi mereka yang berhati fasik dijangkiti penyakit islamophobia dalam mengucapkan istilah itu boleh jadi hanya ingin mengolok-olok, kerana baginya ajaran Islam identik dengan urusan seks atau selangkangan. Sehingga tidak segan-segan melecehkan Rasulullah ﷺ dan tidak sedikit ada yang posting gambar-gambar wanita setengah telanjang dengan ditambahkannya teks bertulisan, "Jangan lupa ya malam ini malam sunnah rasul." 

Ini jelas pelecahan. Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi hidayah kepada mereka semua. Lalu, dari mana asalnya muncul istilah “Sunnah Rasul” yang diidentikkan dengan aktiviti ML? Biasanya berawal dari hadits ini:

“Barangsiapa melakukan hubungan suami isteri di malam Jumaat (khamis malam) maka pahalanya sama dengan membunuh 100 Yahudi.”
Dalam hadits yang lain ada disebutkan sama dengan membunuh 1000, ada juga yang menyebut 7000 Yahudi.
Hadits di atas di atas adalah sama sekali bukan hadits, itu karangan oleh orang iseng, orang tidak jelas, dan tidak bertanggungjawab yang mengatasnamakan Rasulullah ﷺ.
Semoga
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA membalasnya atas perbuatannya kerana telah berdusta atas nama Rasulullah ﷺ.

Memang ada hadits yang barangkali jadi dalil, namun ada pemahaman yang kurang tepat yang difahami oleh mereka. Dari Aus bin Aus, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ ، وَبَكَّرَ وَابْتَكَرَ ، وَدَنَا وَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا أَجْرُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا

“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mencuci kepala dan anggota badan lainnya, lalu ia pergi di awal waktu atau ia pergi dan mendapati khutbah pertama, lalu ia mendekat pada imam, mendengar khutbah serta diam, maka setiap langkah kakinya terhitung seperti puasa dan solat setahun.”
(HR.Tirmidzi no. 496. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih)

Ada ulama yang menafsirkan maksud hadits penyebutan mandi dengan ghosala bermakna mencuci kepala, sedangkan ightasala bererti mencuci anggota badan lainnya. Demikian disebutkan dalam Tuhfatul Ahwadzi, 3: 3. Bahkan inilah makna yang lebih tepat.

Ada tafsiran lain mengenai makna mandi dalam hadits di atas. Sebagaimana kata Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’ad, Imam Ahmad berkata, makna ghossala adalah menyetubuhi isteri. 

Demikian ditafsirkan pula oleh Waki’. Tafsiran di atas disebutkan pula dalam Fathul Bari 2: 366 dan Tuhfatul Ahwadzi, 3: 3. Tentu hubungan intim tersebut mengharuskan untuk mandi junub.Namun kalau kita lihat tekstual hadits di atas, yang dimaksud hubungan intim adalah pada pagi hari pada hari Jumaat, bukan pada malam harinya.
Sebagaimana hal ini difahami oleh para ulama dan mereka tidak memahaminya pada malam Jumaat. 

As Suyuthi dalam Tanwirul Hawalik dan beliau menguatkan hadits tersebut berkata: Apakah kalian lemas menyetubuhi isteri kalian pada setiap hari Jumaat (ertinya bukan di malam hari, -pen)? Kerana menyetubuhi saat itu mendapat dua pahala:
(1) Pahala mandi Jumaat, 
(2) Pahala menyebabkan isteri mandi junub (kerana disetubuhi), iaitu hadits yang dimaksud dikeluarkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman dari hadits Abu Hurairah.
.
Dan sah-sah saja jika mandi Jumaat digabungkan dengan mandi junub. Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Jika seseorang meniatkan mandi junub dan mandi Jumaat sekaligus, maka maksud tersebut dibolehkan.”
(Al Majmu’, 1: 326)

Intinya, Jadi yang dianjurkan adalah hubungan intim pada pagi hari ketika mahu berangkat Jumaatan, bukan di malam hari yang malah jadi bahan olokan bagi orang-orang awam juga orang-orang fasik. Tentang anjurannya pun masih diperselisihkan oleh para ulama kerana tafsiran yang berbeza dari mereka mengenai hadits yang kami bawakan diawal. Wallahu a’lam.

Apakah ada Sunnah Rasul yang ada keterkaitannya dengan aktiviti pada hari Jumaat (atau malam Jumaat)?
Ada. Hadits di bawah ini shahih.
1. Memperbanyak membaca selawat. Rasulullah ﷺ bersabda:

“Perbanyaklah selawat kepadaku pada pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh kali.”
(HR. Al Baihaqi)

2. Dianjurkan membaca Surah Al Kahfi

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya diantara dua Jumaat.”
(HR. An Nasa’i dan Baihaqi)

3. Memperbanyak doa setelah solat Asar.

Daripada Jabir bin Abdillah, dari Rasulullah ﷺ bersabda,

“Hari Jumaat adalah dua belas jam. Di dalamnya terdapat satu waktu di mana tidaklah seorang muslim memohon sesuatu kepada Allah pada saat itu, melainkan Allah akan mengabulkannya. Maka carilah ia pada saat-saat terakhir setelah solat Asar.”
[HR. An-Nasa’i nombor 1388]

4.Membaca surah As-Sajdah dan Al-Insan dalam Solat Subuh. Rasulullah ﷺ bersabda:

“Nabi ﷺ biasa membaca pada solat Subuh di hari Jumaat “Alam Tanzil …” (surah As Sajdah) pada rakaat pertama dan “Hal ataa ‘alal insaani hiinum minad dahri lam yakun syai-am madzkuro” (surah Al Insan) pada rakaat kedua.”
(HR. Muslim)

Dan dianjurkan ketika di rakaat pertama sampai pada bacaan ayat ke 15, imam sujud diikuti oleh makmum. Setelah sujud, imam berdiri kembali membaca ayat selanjutnya sampai selesai. Solat Jumaat, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Solat Jumaat itu wajib atas tiap muslim dilaksanakan secara berjamaah terkecuali empat golongan iaitu hamba sahaya, perempuan, anak kecil dan orang sakit.”
(HR.Abu Daud dan Al Hakim)

Jadi, kalau bicara Sunnah Rasul di hari Jumaat dan malam Jumaat, ya silakan kaitkan dengan 4 aktiviti yang disebutkan di atas. Jangan dikaitkan dengan ML.




Rabu, 1 Januari 2020

U 71 : TAHNIAH UNTUK AHLI MASJID


"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu sentap sekali perkongsian yang diterima dalam Whatsapp tempoh hari. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah SAW berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah SWT berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat(Al-Tawbah 9: 18).”
(Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang."
(Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.”
(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat."
(Riwayat Muslim)

6- Rasulullah SAW bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naunganNya pada hari yang tidak ada naungan selain naunganNya. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid."
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Malik:
"Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."

7- Rasulullah SAW bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik."
(Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah SAW bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan."
(Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang."
(Riwayat Ahmad)

11- Allah SWT berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati."
(Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah SWT juga berfirman:
"Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." 
(Al-Hujurat 49: 13)

“Yaa Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga. Yaa Allah, bantulah kami untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan melakukan ibadah yang terbaik untukMu."
(Riwayat Abu Daud)



U 69 : SYURGA UNTUK AHLI MASJID


Syurga Untuk Pengunjung Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari." (HR Muslim No:1073) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Orang yang sentiasa solat di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.
2.  Rasulullah menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ…..  وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, daripada Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naunganNya pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya: Seorang yang hatinya terikat ke masjid.”  (HR Bukhari: 660)

3.  Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid seperti kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam: Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) {dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)
Marilah sama-sama kita berusaha menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah dan mendalami ilmu agama. Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat.


Jumaat, 27 Disember 2019

U 24 : NASIHAT DIRI SENDIRI

Kecelaruan ummah:
1. Syukur atas nikmat iman.
2. Menghidupkan masjid / surau.
    2.1 Ibadah wajib & sunat berjemaah
    2.2 Majlis ilmu; diangkat beberapa darjat
Tanda Allah SWT nak beri kejayaan, dia akan beri ilmu dulu bukan kaya dulu.


Rabu, 25 Disember 2019

U 3 : BAHAYA AHLI IBADAH JAHIL DAN ALIM PENDOSA

Daripada Sufian ats-Tsauri rohimahullah ia berkata bahawa telah dikatakan :

“Berlindunglah kalian kepada Allah dari fitnahnya seorang ahli ibadah yang bodoh dan fitnahnya seorang alim yang pendosa kerana fitnah keduanya merupakan fitnah bagi orang-orang yang terfitnah.”

Sumber : Akhlaqul-ulama' karya al-Ajurry 63.
Berkata Imam Ibnul Qoyyim rohimahullaah ketika memberikan catatan kaki terhadap atsar di atas :

“Kerana sungguh manusia akan meniru serta mengikuti ulama dan ahli ibadahnya,  sehingga apabila para ulamanya merupakan para pendosa dan ahli ibadahnya bodoh, maka meratalah musibah dan semakin besar fitnah yang menimpa orang-orang khusus mahupun awam.”

Sumber : Miftah Daaris Sa'adah 1/160


Jumaat, 28 Disember 2018

T 48 : IBADAH YANG BERHASIL


Berhasilnya suatu amal ibadah itu akan menjadikan ia hamba yang rendah di hadapan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan hamba-hambaNya.


T 45 : EMPAT AMALAN SOLEH BOLEH MEMASUKKAN SESEORANG KE SYURGA


Amalan tersebut adalah seperti berikut:
1. Sebarkan Salam.
2. Berikan Makan
3. Hubungkan Sanak Saudara (silaturrahim)
4. Solat Tahajud Di Malam Hari.

Riyadh al-Shalihin 848

وَعَنْ أبي يوسف عبد الله بن سلام رضي الله عَنْه قَالَ : سمعت رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يقول :
يَا أيُّهَا النّاسُ أفْشُوا السَّلام، وَأْطعِمُوا الطْعَامَ، وَصِلُوا الأْرحامَ، وَصَلُّوا والنَّاس نيامٌ، تَدْخُلوا الجُنَّة بسلام .
رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ

Daripada Abu Yusuf iaitu Abdullah Ibn Salam ra berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Hai sekalian manusia, sebarkan salam, berilah makanan, hubungkanlah sanak keluarga dan dirikanlah solat ketika orang-orang sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat."
(HR al-Tirmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis sahih)

Huraiannya:

1. Sebarkan salam.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Demi Dia yang diriku berada di tanganNya! Kalian tidak akan ‎masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman hingga kalian saling ‎berkasih-sayang. Mahukah kalian saya tunjukkan suatu perkara yang apabila kalian ‎kerjakan, maka akan tumbuh rasa kasih-sayang di antara kalian? Sebarkan salam di ‎antara kalian!"
(Hadis Riwayat Muslim).‎

2. Berikan Makan.

Nabi SAW bersabda maksudnya,

“Siapa pun mukmin memberi makan mukmin yang kelaparan, pada hari Kiamat nanti Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga. Siapa pun mukmin yang memberi minum mukmin yang kehausan, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya minum dari minuman syurga. Siapa pun mukmin yang memberi pakaian mukmin lainnya supaya tidak telanjang, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya pakaian dari perhiasan syurga.”
(Hadis Riwayat Tirmizi).

3. Hubungkan Sanak Saudara (silaturrahim)

Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra:

Daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda:

"Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Anas bin Malik ra, ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahmi)."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

4. Solat Tahajud Di Malam Hari.

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.”
(Surah az-Zariat ayat 15-18)

Oleh itu marilah kita berlumba-lumba melaksanakan perintah Nabi SAW untuk melaksanakan amal-amal soleh untuk memasuki syurga.
Amalan tersebut merangkumi empat perkara iaitu sebarkan salam, memberi makan orang miskin atau mereka yang kelaparan, menyambungkan silaturahim sesama ahli keluarga dan saudara muslim yang lain dan solat tahajud di malam hari ketika orang lain sedang tidur. Wassalam.

Khamis, 27 Disember 2018

T 13 : JIKA TIDAK MELETAKKAN ALLAH DI HATI


Jangan tanya kenapa tiada ketenangan dalam diri.

ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA berfirman :

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah."
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
[Surah Ar-Ra'd : 28]



Jumaat, 30 Disember 2016

R 137 KALIMAH ANDAI TERASA BEBAN YANG BERAT DI DADA

Pesanan buat diri.
Andai terasa beban yang berat di dada.
Sentiasalah basahkan lisanmu dengan kalimah:

لا حول ولا قوة إلا بالله

[tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA]

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan.”
(Hadis Riwayat Tabrani)

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata:


“La haula wa la quwwata illa billah,” itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga.

Ahad, 18 Disember 2016

R 116 LIMA MINIT UNTUK ALLAH SWT

5 Minit membaca al Quran akan mendapat Syafaat pada hari kiamat.

5 Kali membaca surah Al Fatihah akan mendapat 7000 kebajikan.

15 Kali membaca surah Al Ikhlas ia akan mendapat pahala sebanyak 5 kali mengkhatamkan al Quran.

Dalam satu minit kamu mampu membaca bacaan di atas.

Membaca 100 kali kalimah Subhanallah Wabihamdih” mendapat keampunan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dari segala dosa.

Sesiapa melafazkan 40 kali “lahaula walaquawata Illa Billah” akan mendapat perbendaharaan dari Syurga.

Dengan membaca doa di atas ia mendapat pahala berlipat ganda daripada tasbih dan zikir.

20 kali kita berselawat kepada RASULULLAH kita mendapat doa keselamatan daripada RASULULLAH sebanyak 200 kali.

Dalam satu minit kita membaca tahmid di atas kita mendapat timbangan pahala yang berat di akhirat esok.

Dalam satu minit kita mampu bertahlil sebanyak 50 kali kalimah yang paling agung.
Dengan membaca 25 kali tasbih di atas, maka kita telah melafazkan kalimah yang paling ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sukai.

Dalam masa satu minit kita mampu mengangkat tangan dan berdoa segala doa yang kita hajatkan.

Dan perbanyakkan beristighfar siang dan malam - semoga kita selamat di akhirat kelak.
In Sha ALLAH

Sabtu, 10 Januari 2015

R 98 : SEPULUH PERKARA MENJADIKAN AMAL IBADAT ANDA SEPERTI DEBU DI SISI ALLAH SWT

Hati-Hati 10 Hal Pembatal Syahadat

السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Untuk semua saudara-saudariku :

Maaf, saya tak kafirkan banyak orang tapi saya cuma ingatkan saja sesama insan agar “Hati-Hati” 10 Hal Pembatal Syahadat…
Kenapa saya angkat tulisan ni? Kerana banyak orang di luar sana yang kata al Quran sudah tak sesuai zaman & 35% ayatnya perlu kena tukar ayat baru yang sesuai dengan zaman ni… Lagi banyak orang kata Semua Agama Benar, Semua Agama Baik, Semua Agama Bagus, Semua Agama Sama… Benarkah semua agama sama? Benarkah ajaran Tuhan itu 3 tapi 1 itu benar?

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah mewajibkan bagi seluruh hambanya untuk masuk ke dalam Islam dan berpegang teguh dengan ajaranNya dan menjauhi segala sesuatu yang menyimpang darinya. Ia juga telah mengutus MUHAMMAD untuk berdakwah terhadap hal tersebut, dan juga telah mengabarkan bahawa barangsiapa yang mengikutinya maka dia telah mendapatkan hidayah, namun barangsiapa yang menolak dakwahnya maka ia telah tersesat. Dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah memperingatkan dalam banyak ayat-ayat al Quran tentang hal-hal yang menyebabkan segala jenis kesyirikan, kemurtadan dan kekafiran.

Para ulama telah menerangkan dan membahas hukum seorang muslim yang murtad dari agamanya dapat disebabkan oleh berbagai macam sebab yang membatalkan keislamannya, yang menyebabkan darah dan hartanya menjadi halal dan Ia dinyatakan keluar dari Islam. Namun yang lebih berbahaya dan sering terjadi adalah 10 hal yang dapat membatalkan keislaman yang disebutkan oleh Syeik Muhammad Bin Abdul Wahab serta ulama lainnya. Dan saya akan menjelaskan secara singkat akan hal ini, agar kita berhati-hati dan mengingatkan orang lain dengn harapan agar kita selamat dari hal-hal tersebut.

1. Syirik dalam beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Sesungguhnya ALLAH tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain dari syirik itu bagi siapa yang di kehendakiNya.”
(Surah 4  AN NISAA' : 116).

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) ALLAH, maka pasti ALLAH mengharamkan padanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seseorang penolongpun.”
(Surah 5  AL MAA'IDAH : 72).

Termasuk dalam perkara ini iaitu berdoa kepada orang yang sudah mati dan minta bantuan kepada mereka atau bernazar dan memberi sesaji baik berupa makanan, minuman, haiwan korban, bunga dan lainnya.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di mana seseorang berdoa dan meminta syafaat serta bertawakal kepada sesuatu tersebut, orang yang berbuat hal seperti ini telah kafir secara ijmak.

Contoh: Meminta tolong melalui perantara jin, meminta doa melalui Nabi, meminta ampun melalui Nabi Isa atau Siti Maryam/bunda Maria, meminta perlindungan melalui malaikat, meminta berkah melalui Santo Kristian dan sejenis. Semua doa, ampun, permintaan, Harus & Hanya ditujukan bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA saja.

3. Siapa yang tidak mengafirkan orang-orang musrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan ajaran mereka. Maka orang yang berkeyakinan seperti ini juga telah kafir.
Mereka telah membetulkan ajaran agama lain yang salah yang bermakna merekapun mengakui ajaran agama yang salah. Ertinya mereka mengakui bahawa ada Tuhan selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu benar.

4. Siapa yang meyakini bahawa petunjuk selain RASULULLAH SAW lebih sempurna dari petunjuk beliau, atau meyakini bahawa hukum selain hukum beliau lebih baik dari selain hukumnya, seperti orang-orang yang lebih mengutamakan hukum thagut/demokrasi/komunis/hukum lainnya dari hukum ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka orang yang berkeyakinan seperti ini juga telah kafir.

Ertinya mereka tidak meyakini Hukum ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang banyak ditulis dalam al Quran. Bila tak yakin ayat al Quran, maknanya mereka ragu akan al Quran.

Ragu akan al Quran = Gugur imannya pada Kitab-kitab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Ragu al Quran = Ragu akan perkataan Nabi, menganggap NABI MUHAMMAD SAW berbohong masalah ayat al Quran… maknanya, gugur imannya pada para Nabi.

Ragu al Quran = Ragu akan perkataan Malaikat Jibril, menganggap Malaikat Jibril berbohong masalah ayat al Quran… maknanya, gugur imannya pada para Malaikat.

Ragu al Quran = Ragu akan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, menganggap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak sempurna & berbohong masalah ayat al Quran… maknanya, gugur imannya pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Rukun Iman dalam Islam ada 6 :
Bila dalam kenyataan kehidupan & perbuatan keseharian kita tak percaya pada al Quran, maknanya 4 dari 6 Rukun Islam kita telah BATAL!!!

Iman kepada Kitab-Kitab                —> Batal
Iman kepada Para Nabi                  —-> Batal
Iman kepada Malaikat                     —> Batal
Iman kepada ALLAH SWT           —-> Batal

Cuma tersisa dua Iman Islam, iaitu :
Iman kepada Hari Akhir & Iman kepada Qadak & Qadar

5. Siapa yang membenci sebahagian dari ajaran RASULULLAH SAW, meskipun ia tetap mengamalkannya, maka ia telah kafir. Berdasarkan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud,

“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan ALLAH (al Quran) lalu ALLAH menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka.”

Mengapa NABI MUHAMMAD SAW bersabda bahawa banyak penghuni neraka ialah wanita?

Kali ini, saya ada 2 jawapan untuk sementara :
- Kerana in sya ALLAH kelak jumlah wanita : lelaki = 50:1
- Kerana banyak wanita tak guna jilbab/tudung
- Kerana banyak wanita membenci poligami di Kitab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Sesiapa yang berkata baik lahir mahupun batin jika poligami itu tak betul, poligami itu salah, maka maknanya :

ia telah menyalahkan al Quran.

ia telah menyalahkan Kitab-Kitab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerana Poligamipun terdapat dalam Taurat, Zabur & Injil.

Ia telah menyalahkan NABI MUHAMMAD SAW & para nabi lain kerana Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yakub, Nabi lainpun memiliki isteri lebih dari 1.

Ia telah memfitnah NABI MUHAMMAD SAW berkata bohong tentang Ayat yang membatasi poligami 4 isteri saja.

Ia telah menghujat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan mengatakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berdusta tentang ayat poligami.
Oleh itu, insyaflah wahai saudara-saudariku, mari, perbaharui syahadat kita dengan solat 5 waktu, kerana NABI MUHAMMAD SAW bersabda :

“Alhamdulillah kerana ALLAH telah menjadikan umatku sering mengucapkan syahadat.”

Hal lain yang perlu diketahui bahawa membatasi kelahiran dengan kondom, suntik, atau medik lainnya ialah salah satu cara mereka para Kristian agar perkembangan umat Islam terhambat, sementara mereka banyak-banyak berkembang biak sebanyak-banyaknya.

6. Siapa yang memperolok-olok salah satu ajaran yang dibawa oleh RASULULLAH SAW atau memperolok-olok pahala dan siksaan yang diperoleh maka ia juga kafir. Dan dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA,

“Katakanlah wahai (MUHAMMAD),  ‘Apakah dengan ALLAH, ayat-ayatNya dan RasulNya kalian selalu berolok-olok?’ Tidak usah kalian minta maaf, kerana kalian kafir sesudah beriman.”
(Surah 9  AT TAUBAH : 65-66)

Bila ada seorang yang mengakui Islam tapi dia bergurau dengan al Quran & berkata : “Begitu pun dah kecoh, saya kan cuma bergurau senda ajer.” maka silakan lihat Firman-firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di bawah ini :

“Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahanam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul-rasulKu sebagai olok-olok.”
(Surah 18  AL KAHFI : 106)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.”
(Surah 45   AL JAATSIYAH :9)

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab,

“Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan ALLAH, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?”
(Surah 9  AT TAUBAH : 65)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul hanyalah sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan; tetapi orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan yang hak, dan mereka menganggap ayat-ayat kami dan peringatan-peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan.”
(Surah 18  AL KAHFI : 56)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan ALLAH tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan ALLAH itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.”
(Surah 31  LOKMAN : 6)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Yang demikian itu, kerana sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat ALLAH sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertaubat.”
(Surah 45   AL JAATSIYAH : 35)
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafaat selain daripada ALLAH. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.”
(Surah 6  AL AN'AAM : 70)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka.” Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.”
(Surah 7   AL 'ARAAF : 51)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

“Sesungguhnya al Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil. dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau.”
(Surah 86  ATH THAARIQ : 13-14)

7. Perbuatan sihir dengan segala bentuknya. Maka barangsiapa yang melakukan perbuatan ini dan meredhainya, maka ia telah kafir. Sebagaimana firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud,

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir).
Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan,
‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kalian kafir.’ Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya.
Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin ALLAH. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat.
Demi, sesungguhnyaa mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab ALLAH) dengan sihir itu, tiadalah keuntungan baginya di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
(Surah 2  AL BAQARAH : 102)

8. Mendukung dan membantu orang-orang musrik untuk mencelakakan kaum muslimin. Hal ini dilandasi oleh firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud,

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kalian), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kalian mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”
(Surah 5  AL MAA'IDAH : 51)

9. Orang yang meyakini bahawa ada golongan manusia tertentu yang dibolehkan keluar dari syariah NABI MUHAMMAD SAW. Maka orang yang meyakini hal ini telah kafir, berdasarkan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :
,

“Di antara ahli kitab ada orang yang jika kalian mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepada kalian dan di antara mereka ada orang yang jika kalian mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepada kalian, kecuali jika kalian selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan, ‘tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi.’ Mereka berkata dusta terhadap ALLAH, padahal mereka mengetahui.”
(Surah 3  ALI  IMRAN : 75)

10. Berpaling dari agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan wujud tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya. Didasarkan pada firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud,

“Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa.”
(Surah 32 AS SAJDAH : 32).

Dan tidak ada perbezaan antara pelaku-pelaku sepuluh hal tersebut di atas, baik ia dalam keadaan main-main, bersungguh-sungguh, atau kerana takut ketika melakukannya - kecuali orang yang dipaksa untuk melakukannya-.

Semuanya adalah bahaya yang sangat besar dan sangat sering terjadi. Maka hendaknya setiap muslim dapat menghindarinya dan selalu mengkuatirkan dirinya dari hal-hal tersebut.
Kita kemudian berlindung kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dari segala sesuatu yang dapat mendatangkan kemurkaan dan azabnya yang sangat pedih. Selawat dan salam semoga selalu terlimpah atas manusia terbaik, NABI MUHAMMAD SAW serta atas para kerabat dan sahabatnya.

Mari, sekali lagi kita perbaharui Syahadat kita. Mari kita sama tegakkan solat 5 waktu berjamaah di masjid. NABI MUHAMMAD SAW tak pernah perintah kita solat 5 waktu seorang saja di rumah masing-masing.
Kita solat seorang saja, maka belum tentu solat kita diterima, tapi bila kita banyak berjamaah sekali, in sya ALLAH diterima semua.
Bila kita tegakkan solat 5 waktu berjamaah, maknanya dalam 1 hari saja kita minima mengucap 9x syahadat secara berjamaah disaksikan & didoakan para Malaikat di masjid/surau.

Rujukan :

http://islamterbuktibenar.net/?pg=articles&article=11139