Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label DUNIA AKHIR ZAMAN - FITNAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUNIA AKHIR ZAMAN - FITNAH. Papar semua catatan

Rabu, 12 Februari 2020

U 196 : FITNAH DALAM ISLAM – HUKUM, MACAM-MACAM FITNAH DAN BAHAYANYA


Fitnah ertinya perkataan bohong atau tanpa berdasarkan kebenaran yang disebarkan dengan maksud memburukan orang. Kata fitnah berasal dari bahasa Arab (الفِتْنَةُ) yang bermakna ujian dan cubaan.
Di dalam Al-Quran dan hadist sendiri ada banyak makna tentang fitnah, seperti fitnah bermaksud syirik, berpaling dari jalan yang benar, sesat, pembunuhan dan kebinasaan, perselisihan dan peperangan, kemungkaran dan kemaksiatan. Termasuk adalah menyebar berita dusta atau mengada-ngada yang kemudian merugikan orang lain juga termasuk dalam fitnah.

Hukum Fitnah
Fitnah merupakan suatu kebohongan besar yang sangat merugikan dan termasuk dalam dosa besar. Oleh kerana itu, Islam melarang umatnya memfitnah sebab fitnah adalah haram. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang ertinya;

“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” 
(Q. S. Al-Hujarat : 12).

Seorang Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah;

“Wahai Rasulullah, apakah ghibah itu? Lalu Rasulullah menjawab; ‘Menyebut sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.’ Kemudian sahabat kembali bertanta; ‘Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?’ Rasulullah kemudian menjawab; ‘Kalau sekiranya yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah. Tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar).” 
(H. R. Muslin, Abu Daud, dan At-Tirmidzi).

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang ertinya;

“Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim dari orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan sebaik-baik saja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam tersedia tempat tinggal bagi orang-orang kafir?” 
(Q. S. Az-Zumar : 32)

“Mahukah Aku beritakan kepadamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka turun ke tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar sungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta.”  
(Q. S. Asy-Syuras : 221-223)

“Fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan.” 
(Q. S. Al-Baqarah : 217).

Dalam hadist yang diriwayatkan oleh Hudzaifah RA, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya;  

“Tidak akan masuk syurga orang yang suka menebar fitnah.”

Macam – macam Fitnah
Ada dua macam fitnah, yakni fitnah syubahat dan fitnah syahwat.

1.            Fitnah Syubahat
Syubahat bererti samar-samar atau tidak jelas. Dalam fiitnah syubahat, seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkara ma’ruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak ia hindari (dikerjakan). Fitnah syubahat merupakan fitnah paling berbahaya oleh kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji.
Rasulullah SAW  sangat mengkhawatirkan fitnah syubahat, sebagaimana hadist yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslamy, beliau bersabda yang ertinya;

“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan.” 
(H. R. Ahmad).
YangTermasuk dalam fitnah syubahat adalah;

Kekafiran
Allah SWT berfirman yang ertinya;

Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, Maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat. 
(Q. S. Al Kahfi 18: 103-105).

Kemunafikan
Allah SWT berfirman yang ertinya;

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. dan bila dikatakan kepada mereka: ’Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi.’ Mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.” 
(Q. S. Al Baqarah 2: 10-11).

Bidaah penyebab perpecahan
Sebuah hadist dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA,

“Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri kepada kami, lalu bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya Ahlul Kitab sebelum kamu telah berpecah-belah menjadi 72 agama. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 agama. 72 di dalam neraka, dan satu di dalam syurga, iaitu Al-Jama’ah.”
“Dan sesungguhnya akan muncul beberapa kaum dari kalangan umatku yang hawa-nafsu menjalar pada mereka sebagaimana virus rabies menjalar pada tubuh penderitanya. Tidak tersisa satu urat dan persendian kecuali sudah dijalarinya.” 
(H. R. Abu Dawud, Ahmad, Al-Hakim).

2.            Fitnah Syahwat
Fitnah syahwat merupakan segala perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan oleh mengikuti hawa nafsu. Mereka yang terkena fitnah syahwat biasanya malas beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah SWT dan mengerjakan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu beserta andil dari iblis yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah.
Umumnya, fitnah syahwat adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan dunia, kesenangan, dan yang membangkitkan hawa nafsu. Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).”
(Q. S. Al-Imran : 14).

Bahaya Fitnah
Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 
(Q. S. Al Hujurat : 6).

Apapun yang kita dengar dari orang lain, segala ucapan itu kita terima dengan telinga, bukan dengan lidah (ucapan). Berita-berita itu menyebar luas dari telinga ke telinga seolah keluar dari mulut ke mulut. Hati adalah yang menentukan apakah semua berita yang didengar itu adalah benar atau salah. Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.” 
(Q. S. An Nur : 15).
Selanjutnya, firman Allah SWT mengenai pertanggungjawab panca indera kita di akhirat;

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar, pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka, bahawa Allah-lah Yang Benar, lagi Yang Menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).” 
(Q. S. An Nur : 23-25).

Fitnah itu hukumnya sangat berat, lebih berat daripada ketidaktaatan atau dosa besar. Sebab fitnah itu sendiri berbahaya;

1.            Menimbulkan kesengsaraan

Oleh sebab berita yang disebarkan tidaklah benar, fitnah sangat merugikan terutama bagi orang yang difitnah dan boleh jadi harga dirinya hancur di mata masyarakat dan menjadi bahan cemuhan. Sedangkan bagi yang memfitnah sendiri tidak akan lagi boleh dipercayai dan setiap orang pasti akan menjauhinya.

2.            Menimbulkan keresahan

Oleh sebab fitnah yang disebarkan masyarakat jadi tidak tenang kerana takut. Misalnya, ada yang difitnah menjadi pencuri, pastinya orang akan takut jika suatu saat mereka akan jadi korban.

3.            Memecah kebersamaan dan tali silaturrahmi

Satu fitnah boleh menghancurkan satu bangsa kerana satu fitnah saja boleh menimbulkan berbagai masalah yang akhirnya boleh menjadi seperti lingkaran syaitan (masalah yang tiada akhir).

4.            Dapat mencelakai orang lain

Fitnah lebih kejam daripada pembunuhan, pada kenyataannya itu memang benar. Fitnah umumnya dilatarbelakangi ketidaksukaan atau kebencian terhadap orang lain, tidak menutup kemungkinan turut membangkitkan niat jahat berbuat kriminal yang dapat mencelakai orang lain.

5.            Fitnah merugikan orang lain

Sudah sangat jelas bahawa fitnah banyak memberikan korbannya kerugian, mulai dari fizikal, mental, sampai harta benda dan keluarga. Yang paling menyakitkan adalah hancurnya harga diri kerana pada dasarnya setiap manusia pasti ingin dihargai di mata manusia lainnya.

6.            Tanda orang munafik

Ciri-ciri orang munafik yakni; bicaranya dusta, ketika diberi kepercayaan (amanah) justeru mengkhianatinya, dan melanggar janji.

7.            Masuk neraka

Fitnah merupakan salah satu dosa besar yang menjadi penghalang seorang Muslim masuk syurga. Akibat dari perbuatan fitnah sendiri akan menjadi tanggungannya seumur hidup yang apabila tidak segera bertaubat maka nerakalah ancamannya.

Sabtu, 8 Februari 2020

U 186 : MUSLIM AKHIR ZAMAN


1- لايستطيع السفر للحج لأن تكلفة الحج مرتفعه .. لكن يستطيع السفر رغبةً في تغيير الجو !
*ألا إن سلعة الله غالية*

1. Tidak mampu pergi haji atau umrah kerana biayanya besar, akan tetapi sanggup pergi melancong mengganti suasana. Bukankah perdagangan Allah SWT itu mahal?

2- لايستطيع شراء الأضحية لغلاء السعر لكن يستطيع شراء آيفون لمواكبة الموضة.
*ألا إن سلعة اللَّـه غالية*

2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya yang mahal, tapi sanggup membeli smart phone yang sekedar up date model. Bukankah perdagangan Allah SWT itu mahal?

3- يستطيع قراءة محادثات تصل إلى ١٠٠ محادثه في اليوم ..
ولا يستطيع قراءة ١٠ آيات من القرآن بحجة ليس لديه وقت لقراءة القرآن
*ألا إن سلعة الله غالية*

3. Sanggup membaca chatingan hingga seratus percakapan tiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat al Quran dengan dalih tiada waktu yang cukup untuk membaca. Bukankah perdagangan Allah SWT itu mahal?

قليل من سيرسلها لأنه يشعر بالحرج .
*تخيل ان الله يراك وانت تنشرها لاجله*.

4. Sedikit yang mahu menyebarkannya/men-share kerana merasa berat. Angankan di benakmu bahawa Allah SWT selalu melihatmu dan engkau menyebarkannya keranaNya.

اذا اعجبتك الفكرة .. فانشرها .
وإذا لم تعجبك .. فمر كأنك لم ترى شيئا.
*يارب من يرسلها ترزقه من حيث لايحتسب*

5. Jika engkau terpanggil sebab tulisan ini maka sebarkanlah. Namun jika tidak maka anggap engkau tidak pernah lihat.

Yaa Rabb... Siapa yang mahu menshare tulisan ini berilah rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
Aamiin Allahumma Aamiin

Rabu, 3 Januari 2018

S 130 : SUDAH SIAPKAH KITA

Kajian ilmiah seluruh Pakar Iptek di timur dan barat sudah 100% membenarkan peringatan Rasulullah SAW 14 abad yang lalu dan janji ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pasti benar dan tepat.

Badan Meteorologi dan Geofizik menyatakan bahawa akan terjadi kemarau panjang yang akan melanda dunia. Diperkirakan kemarau panjang tersebut akan dimulai tahun 2019 hingga 2022. Cadangan air dunia saat ini hanya tersisa 3% saja.

Lalu apa ertinya informasi ini bagi kita?
Ertinya adalah keluarnya Dajjal telah sangat dekat dan munculnya Imam Mahdi telah berada di tengah-tengah kita, tanpa kita sedari. Ini bererti apa yang disabdakan Rasulullah SAW telah terbukti.

Dalam hadits tentang kisah Tamim Ad-Dari, keluarnya Dajjal ditandai dengan keringnya danau Thabariyyah (Tiberias), keringnya mata air Zughar, dan pohon kurma Baisan tidak berbuah lagi. Dan jika kita mengikuti perkembangan informasi terakhir tentang tiga pertanda tersebut, sudah nyata terjadi.

Sudah dua tahun ini, pohon kurma di Baisan tidak berbuah lagi. Diikuti dengan semakin minusnya mata air Zughar. Dan yang paling mencengangkan adalah surutnya air di danau Tiberias di Israel sudah sangat mengkuatirkan. Sedemikian, sehingga pemerintah Israel sibuk mencari sumber air lain.

Salah satunya perencanaan penyulingan air laut. Dalam hadits lain dikatakan bahawa Dajjal akan keluar dari sarangnya ditandai setelah terjadi kemarau dan kekeringan selama kurun 3 tahun. Dan sebagaimana disebutkan di atas, bahawa Badan Meteorologi dan Geofizik telah memperkirakan kekeringan panjang akan dimulai tahun 2019 hingga 2022.

Jika di antara kita ada yang pernah berhaji dari tahun 2011, 2012, 2013, 2014, maka in syaa Allah pernah berjumpa dengan “calon Imam Mahdi” di dekat Kaabah. Dan hanya orang-orang khusus saja yang mengetahui tanda-tandanya. Dan kemunculan Imam Mahdi ini seperti yang pernah dinubuwahkan oleh Rasulullah SAW adalah ditandai wafatnya Raja yang namanya bermakna nama haiwan. Boleh jadi ia adalah Raja Fahd (Fahd: singa). Setelah itu terjadi perselisihan. Dan naik tahta raja yang banyak dosa, kemudian meninggal, kemudian muncul raja yang baik. (Boleh jadi ia adalah Raja Salman). Wallahu a’lam. Di masa atau setelah masa pemerintahan Raja Salman inilah terjadinya pembai’atan atas Imam Mahdi. Dari pertanda ayat-ayat qauniyah tersebut, kesimpulannya adalah akhir dari fananya dunia ini sudah demikian dekat. Marilah kita berbuat baik semaksima mungkin, dan ajaklah setiap berjumpa sesama muslim di manapun, untuk semakin bersungguh-sungguh memperbanyak amal akhirat. 
ALLAHU AKBAR.

Kiamat menurut Agama Islam ditandai dengan beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai beribu-ribu kali tapi baca ini hanya perlu 5 minit.
- Kemunculan Imam Mahdi.
- Kemunculan Dajjal.
- Turunnya Nabi Isa (AS).
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj.
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur.
- Pintu pengampunan akan ditutup.
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar-benarnya.
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya.
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan.
- Pemusnahan/runtuhnya Kaabah.
- Tulisan dalam Al Quran akan lenyap.
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan.
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yang ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali.

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barangsiapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak."
(Riwayat dan sanadnya…..)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman :

"Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu."
(Surah :      )

Itulah yang dimaksud dajjal yang bermata satu: Ertinya hanya memikirkan duniawi daripada akhirat.
Kerugian meninggalkan solat :
Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
Ashar: Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isyak: Kedamaian dalam tidur sukar didapatkan.

Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan Tahajud.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan bersilaturahim.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al-Quran.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal sedekah.
5). Aku yang menyempitmu hingga hancur bila mana tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan Solat.
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan puasa.
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "Lailahailallah."

Semoga menjadi amal.
Aamiin...
Astaghfirullaahal'adzhiim
Astaghfirullaahal'adzhiim
Astaghfirullaahal'adzhiim
  
Beruntungnya seseorang apabila dapat istiqomah datang ke rumah Allah untuk solat berjamaah.


Khamis, 17 April 2014

Q 30 : HANYA UMAT ISLAM BOLEH MENGHANCURKAN ISLAM

PENDAHULUAN

Firman Allah swt yang bermaksud :

“.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).”

PERBINCANGAN

Daripada Amir bin Sa’ad r.a : Rasulullah saw bersabda, (Diringkaskan pada hadis yang panjang)

“Aku memohon kepada Rabbku supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam(seperti terjadi pada kaum Nabi Nuh a.s, Firaun) permohonanku itu diperkenankanNya juga.
Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.”
[2464] Sahih Muslim
(Dalam lafaz lain, ‘Tidak ada satu kekuatan musuh yang dapat menghancurkan mereka (umat Islam) kecuali mereka sendiri walaupun musuh mereka bersatu mengelilingi mereka’-Rujukan Hadis [2463] dari Tsauban r.a, Sahih Muslim)

Hanya Satu Cara Membinasakan Islam

Hadis di atas merupakan jaminan dari Allah Subhana wa Taala kepada umat Islam bahawa mereka tidak akan dimusnahkan atau dibinasakan seluruhnya;

(a). Dibinasakan kerana bencana alam yang terjadi (sama ada kebuluran, gempa bumi, tsunami dan seumpamanya) seperti azab yang diturunkan kepada umat-umat terdahulu yang dikisahkan dalam al Quran untuk dijadikan pelajaran umat masa kini.

(b). Dibinasakan kerana diserang oleh musuh Islam. Walau berkumpul musuh-musuh Islam mengelilingi umat Islam, maka umat Islam tidak akan tewas seluruhnya (pasti umat Islam akan bangkit kembali dan mencapai kemenangan walaupun bilangan mereka sedikit sehingga hari kiamat termasuklah peperangan memerangi Dajjal).
Tetapi, umat Islam hanya dapat dibinasakan oleh orang Islam itu sendiri. Inilah satu-satunya cara yang dapat membinasakan Islam dan umat Nabi Muhammad saw. Tiada cara lain selain ini dan umat Islam perlu sedar akan hal yang penting ini. Ianya bermula dari setiap individu yang mahu melaksanakan tanggungjawabnya.

Perpecahan Itu Hanya Menuju Kebinasaan

Umat Islam akan tewas dan binasa kerana pertentangan sesama sendiri iaitu, dari umat Islam yang mengaku Islam, mencintai Rasulullah saw, membaca al Quran, bersolat dan sebagainya tetapi mempunyai akhlak yang buruk sehingga apabila berlaku perselisihan mereka melupakan kesatuan Islam dan berfatwa tanpa merujuk al Quran, al Sunnah dan para ulama yang berpegang kepada al Quran dan al Sunnah.
Setelah terjadi demikian, maka umat Islam akan menjadi berkelompok dan berpuak-puak serta saling mencaci maki sedangkan agama mereka satu dan tuhan mereka Allah yang Esa dan penghulu mereka Rasulullah saw. Mereka sengaja ‘melupakan’ persamaan yang sangat-sangat besar ini dan hanya ‘nampak’ perbezaan yang sangat-sangat kecil.
Sangat cantik perkataan Prof. Ahmad Shalaby dalam bukunya (Masyarakat Islam, cetakan pertama 1966) katanya, “Agama Islam ini tidak lemah malah sentiasa kuat. Umat Islam menjadi lemah kerana meninggalkan ajaran Islam(al Quran dan al Sunnah).” Maksudnya, umat Islam menjadi lemah sehingga berpecah belah kerana meninggalkan al Quran dan al Sunnah.
Di dalam al Quran telah mengisyaratkan perkara ini;

Firman Allah swt yang bermaksud :

 “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
Surah An-Nisaa' [4] : 59

Cara Mengatasi Fitnah Perpecahan

Untuk mengatasi fitnah perpecahan ini, kita perlu melihat akan puncanya. Apabila mengenal ‘musuh’ barulah mudah kita menewaskannya. Antara punca terjadinya perpecahan adalah kerana;

1.Taksub atau fanatik hingga menyalahi al Quran dan al Sunnah.

2. Serangan kaum munafik (gunting dalam lipatan). Mereka memberikan gambaran yang salah terhadap Islam dan oleh kerana itulah kita perlu tetap berpegang kepada hadis yang sahih.

3. Jahil dan takut untuk berubah walaupun perubahan itu lebih tepat kepada kebenaran.

4. Sombong dengan merasakan apa yang difikirkannya dan apa yang diketahuinya itulah yang betul walaupun menyalahi sunnah yang sahih.

5. Suka melihat perselisihan atau konsep ‘padan muka’ yang membawa maksud; Mereka yang suka mencaci umat Islam lain dan kononnya hanya dialah yang berada di jalan yang benar. Sedangkan perbuatan mencaci itu telah jelas akan kesalahfahamannya.

6. Tidak menyebarkan salam. Ucapan salam hanya kepada orang yang dikenal sahaja, malah ucapan ‘morning’ lebih diutamakan.

7. Tidak merapatkan saf (ketika berjemaah) hingga menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang dan perasaan kesamarataan manusia di sisi Allah Taala.

8. Tidak mencintai Allah Subhana wa Taala.

9. Hilangnya rasa harap dan takut kepada Allah.

(Perkara nombor 8 dan 9 akan disambung dalam risalah lain kerana sangat pentingnya hal ini.)
Banyak lagi perselisihan di antara umat Islam, walaubagaimanapun ia adalah pecahan-pecahan dari apa yang dinyatakan di atas. Persoalannya; Apakah yang perlu kita lakukan dan apakah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memastikan kita bukanlah salah seorang yang menjadi punca runtuhnya Islam dan lemahnya umat Nabi Muhammad saw.

Wallahu’alam




Rabu, 16 April 2014

Q 10 : PETA BARU DUNIA ARAB DAN FITNAH AKHIR ZAMAN

 Pada tahun 2003 Bush mengumumkan sebuah projek besar yang akan mengubah peta baru dunia Timur Tengah.

Tahun 2004, Bush mengkampanyekan Projek Besar Great Middle East dan Mengeluarkan dana 80 Juta Dolar yang dilokasikan untuk LSM Pro Demokrasi dan Jaringan Media di Sejumlah Negara Arab.

Pada tahun 2006, di Tel Aviv, Condolezza Rice — Sekretaris Negara Amerika saat itu, mengumumkan sebuah langkah awal untuk memulai peta baru dunia Timur Tengah dengan jalan “Chaos”.

Agenda Jangka Panjang

Sejak tahun 2006, seperti dilansir The Armed Forces Journal, dalam sebuah laporan berjudul The New maps of muslim world and middle east. Laporan ini berisi tentang rencana perubahan peta dunia Islam disertai dengan gambar-gambar perubahan lokasi sejumlah negara-negara Islam. Termasuk Arab Saudi.

Mei 2008 dalam lawatannya ke Mesir, Bush meminta dunia Arab mulai menerapkan demokrasi. “Kerap kali di Timur Tengah politik dibuat oleh satu kepimpinan,” kata Bush di hadapan 1500 para pembuat kebijakan dunia dan para pemimpin bisnes di pantai Laut Merah. “Amerika secara serius memiliki andil seputar para tahanan politik di kawasan ini, seperti para aktivis demokrasi yang diintimidasi atau ditekan, koran. Organisasi-organisasi masyarakat sipil tidak sepakat dalam bersuara pun dibasmi,” kata Bush.

Freedom House

Berpusat di Washington, D.C. dengan daftar kantor cabang membentang dari Eropah, Afrika, hingga Asia. Sejarah Freedom House berawal ketika Wendell Willkie, Eleanor Roosevelt, George Field, Dorothy Thompson, Herbert Bayard Swope bersatu untuk menentang fahaman Nazi. Pada tahun 1940an, Freedom House kemudian mendukung Marshall Plan dan pendirian NATO yang kini tercatat sebagai salah satu keuatan kuat zionis dalam mencengkaram dunia. Sejarah kemudian terus bergulir hingga pada durasi 1950-1960an mereka terlibat akfif dalam mendukung gerakan hak asasi manusia di AS.

TARGET FREEDOM HOUSE

National Endowment for Democracy adalah yayasan swasta nirlaba yang berbasis di Amerika Syarikat. NED berfungsi untuk memberikan hibah dalam rangka mendukung projek LSM di seluruh dunia untuk pertumbuhan dan penguatan lembaga-lembaga demokratis. Yayasan ini didirikan pada tahun 1983 dan menyediakan lebih dari 1000 dana bantuan per tahun untuk LSM dalam rangka mempromosikan demokrasi di lebih dari 90 negara. Tidak hanya itu, NED juga tercatat aktif dalam menawarkan beasiswa dan melakukan penelitian dan pertukaran internasional bagi para aktivis demokrasi, hak asasi manusia advokat, jurnalis, dosen dan peneliti.
NED menyedikan dana sejumlah USD$19,000 untuk bagi 150 mahasiswa dari Gharbeya, Suez, Minya dan Assiut. Uang ini dipakai dalam pelatihan tentang kesadaran politik dan opini media

Sebuah laman di jejaring sosial Facebook yang diberi nama ‘We are all Khaled Said’ kemudian digunakan untuk menyerukan aksi demonstrasi yang menggulingkan Mubarak pada 11 Februari.

 Ayman Nour, Pemimpin Partai Ghad. Orang yang pertama kali mengunggah gambar Khalid di website partainya. Kawan Dekat Obama dan berulang kali mencoba menerapkan demokrasi AS di Mesir.

Wel Ghonim, Direktur Pemasaran Google, yang membuat Laman Facebook untuk solidaritas Khalid.
Harian Daily Telegraph terbitan Inggris menyebutkan, AS diam-diam mendukung para pemimpin gerakan revolusi Mesir. Kedutaan Besar Amerika Serikat (AS) di Kairo pernah membantu seorang anak muda anti-pemerintah untuk menghadiri konferensi para aktivis AS.
Nama pemuda itu dirahasiakan agar tidak diketahui polisi Mesir. Kemudian, saat datang ke Kairo pada Desember 2008, aktivis itu menuturkan bahawa para diplomat AS menggaet kelompok oposisi untuk merencanakan skenario menggulingkan Presiden Mubarak dan membentuk pemerintahan demokratik pada 2011.

Dalam data diplomatik disebutkan, pada 30 Desember 2008 Duta Besar AS untuk Mesir Margaret Scobey melaporkan bahawa kelompok oposisi sedang menyusun agenda rahasia “perubahan rezim” yang akan dilaksanakan sebelum pemilu, dan dijadualkan pada September 2011.
Memo yang dikirim Scobey dikirim ke Kementerian Luar Negeri AS di Washington itu bertanda “rahasia” dan berjudul “(Gerakan) 6 April, kunjungan aktivis ke AS dan perubahan rezim di Mesir”.
Data kawat diplomatik juga menyebut bahawa para aktivis mengklaim mendapatkan dukungan dari kekuatan oposisi yang menyepakati rencana tidak tertulis untuk transisi menuju demokrasi parlementer.
Mereka ingin mengubah konsep tataran pemerintahan Mesir dengan memperlemah kekuasaan presiden dan memperkuat perdana menteri dan parlemen. Rencananya, aksi itu akan dilaksanakan sebelum pemilu presiden 2011. Sumber kedutaan menyebutkan, rencana tersebut sangat sensitif dan tidak boleh ditulis.
Bagaimanapun, dari dokumen tersebut menunjukkan para aktivis telah didekati para diplomat AS.Para aktivis juga mendapatkan dukungan besar atas kampanye pro-demokrasi dari para pejabat di Washington.
Ya, aksi demonstrasi Mesir kali ini dikendalikan Gerakan Pemuda 6 April, sebuah kelompok di Facebook yang menarik generasi muda dan kelompok terdidik untuk menentang Mubarak. Kelompok ini beranggotakan 70.000 anggota dan menggunakan situs jejaring sosial untuk mengendalikan demonstrasi.
Meski akhirnya Mubarak memutus semua jaringan komunikasi di negaranya. Mubarak kini menghadapi tantangan paling berat dalam pemerintahannya selama 31 tahun berkuasa.
¨  The Teleghraph, 1 Feb 2011 juga telah mengungkapkan adanya dokumen yang dikirim ke Washington terkait dukungan AS untuk melakukan pergantian rezim di Mesir. Rencana ini juga melibatkan nama George Soros (Pemimpin ICG) di dalamnya

Amerika mulai meminta El Baradei pulang ke Mesir. Pada tahun 2010, El Baradei tiba di Mesir dan melakukan persiapan untuk Revolusi.

Amerika mulai meminta El Baradei pulang ke Mesir. Pada tahun 2010, El Baradei tiba di Mesir dan melakukan persiapan untuk Revolusi.

Time.com pada 20 Februari 2010 menulis warga Mesir tidak peduli dengan El Baradei. Mohamed Abbas (25), seorang sopir taksi di Mesir mengaku tidak kenal El Baradei. Bagi Abbas, El Baradei hanyalah seorang calon presiden seperti halnya Muhamad Gamal Mubarak, anak Hosni Mubarak dan Ketua Liga Arab Amr Musa. “Kebanyakan dari mereka, bagaimana pun, adalah penjahat,” kata Mohamed Abbas

“Apakah kita harus membayar antek Amerika ElBaradei untuk memerintah melalui pemilihan umum, seperti yang terjadi di Pakistan, atau mempertahankan pemimpin seperti Gamal Mubarak, sehingga keduanya berlomba-lomba memberikan layanan dan kesetiaan kepada kaisar dan Washington,” kata Ayman Zawahiri  [pizaro/islampos]

Kenapa AS Ingin Menjatuhkan Sekutunya Sendiri?

Pertama, kepentingan ekonomi dan deideologi faksi-faksi Islam. Saat ditanya Associated Press apakah langkah-langkah yang diambil Presiden Hosni Mubarak sudah benar, Menlu AS Hillary Clinton menyatakan bahawa tidak penting saat ini siapa yang berkuasa di Mesir. Menurut istri Bill Clinton ini, yang lebih penting diperlukan saat ini adalah bagaimana tuntutan dan keperluan rakyat Mesir boleh dipenuhi dan menuju satu tahapan lebih baik. “Jelas, tahapan yang diikuti saat ini belum menciptakan masa depan yang demokratis, kesempatan ekonomi yang dituntut para pemrotes,” ujarnya.

Kedua, Amerika memang benci dengan kekuasaan yang terlalu gemuk walau ia tidak mampu memungkiri bahawa diktatorisme memang tujuan dari segalanya. mengapa Amerika sangat membenci pemerintahan yang korup? Tentu saja berbeza motif dengan apa yang kita fahami. Amerika beranggapan Korupsi akan memperkuat kekuatan Islam di akar rumput kerana efek kesenjangan sosial, dan ini menurut Robert Heffner, peneliti Islam Amerika, akan membangkitkan semangat persaudaraan Islam yang akan berorientasi pada jihad global. Kerana itu pemerintah yang korup harus dijatuhkan khususnya di daerah strategis Timur Tengah kerana rencana demokratisasi Timur Tengah adalah salah satu program yang dijanjikan pemerintahan Obama saat berkampanye.
Tunisia Menuju Negara Sekular?

“Kami Akan Bekerja Untuk Membangun Masyarakat Sekular Pluralistik,” kata Abdul Hamid Jalashi, Biro Eksekutif An Nahdhah

Pemimpin an Nahdhah, Ghannouchi  juga menyatakan jika an-Nahdhah berhasil memerintah (berkuasa) di Tunisia, maka ia akan tetap mempertahankan Tunisia sebagai tujuan wisata, tidak akan melarang alkohol  atau wanita mengenakan bikini di pantai.  An Nahda juga berjanji berjanji untuk tidak menyentuh kode hukum Tunisia yang  menjadikan negara itu satu-satunya negara di dunia  Arab yang melarang poligami. Rasyid Ghannouchi, pada hari Jum’at (27/10) juga mengatakan: “Gerakannya yang telah memenangkan pemilu tidak akan memaksakan jilbab pada perempuan Tunisia. Sebab semua upaya-upaya negara Arab untuk melakukannya terbukti gagal.”

“Model bangsa Tunisia telah bekerja melalui gerakan reformasi sejak abad ke-19, dan itu adalah model yang menyatukan Islam, moderniti dan demokrasi,” kata Rasyid Gannouchi.

Delegasi tingkat tinggi dari Jamaah Ikhwan tiba di Katedral yang dipimpin oleh Wakil Mursyid ‘Aam Jamaah Ikhwanul Muslimin, Dr Mahmoud Ezzat, yang mewakili Mursyid ‘Aam Mohammad Badie, yang berhalangan hadir, dan sedang menikahkan puterinya pada hari yang sama. Selain, Dr. Mahmoud Ezzat, ikut hadir termasuk Sekretaris Jenderal Jamaah Ikhwanul Muslimin, Dr Mahmoud Hussein.