Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - RAHMAT ALLAH SWT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - RAHMAT ALLAH SWT. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Disember 2019

U 13 : PENYIMPANGAN SETELAH HIDAYAH

Mengapa ada sebahagian orang yang berbalik (menyimpang) setelah ia konsisten di atas jalan hidayah (bahkan sebelumnya ia mendakwahkan sunnah)?

قيل للشيخ ابن باز :

Syaikh Bin Baz pernah ditanya:

ياشيخ ، فلان انتكس،

Wahai Syaikh; si fulan berbalik (menyimpang)

قال الشيخ :

Syaikh berkata;

(لعل انتكاسته من أمرين :

Boleh jadi dia berbalik menyimpang kerana dua hal:

إما أنه لم يسأل الله الثبات ، أو أنه لم يشكر الله على الإستقامة) .


Pertama, dia mungkin tidak pernah meminta kepada Allah SWT agar diteguhkan (di atas alhaq), atau yang kedua, ia tidak bersyukur setelah diberikan keteguhan dan keistiqomahan oleh Allah SWT.

فحين اختارك الله لطريق هدايته،

Maka tatkala Allah SWT telah memilihmu berjalan di atas jalan hidayahNya,

ليس لأنك مميز أو لطاعةٍ منك ،

Camkanlah bahawa itu bukan kerana keistimewaanmu atau kerana ketaatanmu,

بل هي رحمة منه شملتك ،

melainkan itu adalah rahmat dariNya yang meliputimu

قد ينزعها منك في أي لحظة ،

Allah SWT boleh saja mencabut rahmat tersebut bila saja darimu

لذلك لا تغتر بعملك ولا بعبادتك

Oleh kerana itu, jangan engkau tertipu dengan amalanmu, jangan pula disilaukan oleh ibadahmu

ولا تنظر باستصغار لمن ضلّ عن سبيله

Jangan engkau memandang remeh orang yang tersesat dari jalanNya

فلولا رحمة الله بك لكنت مكانه .

Kalau bukan kerana rahmat Allah SWT padamu, nescaya engkau akan tersesat pula, posisimu akan sama dengan orang yang tersesat itu.

أعيدوا قراءة هذه الآية بتأنٍّ

Ulang-ulanglah membaca ayat berikut ini dengan penuh penghayatan

﴿ ولوﻵ أن ثبتناك لقد كدت تركن إليهم شيئا قليلا ﴾

“Andai Kami tidak meneguhkanmu (wahai Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam), sungguh engkau hampir-hampir saja akan sedikit condong kepada mereka (orang-orang yang tersesat itu).”

إياك أن تظن أن الثبات على الإستقامة أحد إنجازاتك الشخصية …

Jangan pernah engkau menyangka, bahawa keteguhan di atas istiqomah, merupakan salah satu hasil jerih payahmu peribadi.

تأمل قوله تعالى لسيد البشر..

Perhatikan firman Allah SWT kepada Pemimpin segenap manusia (Muhammad shallallahu ‘alayhi wasallam):

“ولولا أن ثبتناك”

“Kalau bukan Kami yang meneguhkanmu (wahai Muhammad shallallahu ‘alayhi wasallam)…”

فكيف بك !!؟.

Maka apalagi engkau…!!?

نحنُ مخطئون عندما نتجاهل أذكارنا،

Kita sering keliru, manakala kita melupakan zikir-zikir kita

نعتقد أنها شيء غير مهم وننسى

Kita menyangka bahawa zikir-zikir itu tidak penting, sehingga kita pun melupakannya.

بأن الله يحفظنا بها، وربما تقلب الأقدار..

Kita lupa bahawa Allah SWT akan menjaga kita kerana zikir-zikir tersebut. Boleh jadi takdir Allah SWT akan berbalik.

يقول ابن القيم:

Ibnu al-Qayyim berkata:

حاجة العبد للمعوذات أشدُ من حاجته للطعام واللباس..!

Keperluan hamba akan doa dan zikir (agar Allah SWT memberikan perlindungan), melebihi keperluannya akan makanan dan pakaian.

داوموا على أذكاركم لتُدركوا معنى:

Maka rutinkanlah membaca doa dan zikir kalian, agar kalian meraih apa yang dijanjikan dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam

احفظ الله يحفظك..

“Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kalian.”

تحصنوا كل صباح ومساء ؛

Nescaya kalian akan mendapatkan perlindungan pagi dan petang.

فالدنيا مخيفة .. وفي جوفها مفاجأت .. والله هو الحافظ لعباده

Dunia ini benar-benar menakutkan…. di lorongnya ada banyak hal yang menyentakkan… Allah, Dialah yang Maha Menjaga hamba-hambaNya.

Bbg Alilmu

Nb :Jangan Lelah Memohon Hidayah Tiap Waktu dan Memohon Kekukuhan di Agama yang Haq.
Jangan sampai hidayah ini tercabut kerana kelalaian kita sendiri.
Zadanallah Ilman Wa Hirsha


Sabtu, 29 Disember 2018

T 74 : KEBERKATAN DAN RAHMAT ALLAH SWT

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman : 

“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apa bila ditimpa musibah mereka mengucapkan :
"inna lillaahi wa inna ilaihi roojiuun.”
mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada TUHAN mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Q.S - Al- Baqarah 155 – 157)


Isnin, 3 Disember 2012

K 27 SEPULUH Perkara mengundang Rahmat Allah SWT

Sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Maha Pemberi rahmat (kasih sayang). Bahkan sayangNya terhadap hamba-hambaNya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Dengan kasih sayangNya, Dia menciptakan kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan rezeki kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan kesihatan kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia menunjukkan kita kepada Islam dan Iman serta amal soleh. Dengan rahmatNya, Dia mengajarkan kepada kita apa yang tidak kita ketahui. Dengan rahmatNya, Dia memalingkan kejahatan musuh-musuh dari diri kita. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya,  

“Sesungguhnya ALLAH membela orang-orang yang telah beriman.”
(QS. al-Hajj: 38)

Dengan rahmatNya, Dia menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,. Dengan rahmatNya, Dia memasukkan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal soleh ke dalam syurga. Dengan rahmatNya, Dia menyelamatkan mereka dari neraka.Segala sesuatu semuanya adalah berkat rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Oleh kerananya seorang muslim perlu mengetahui faktor penyebab, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan rahmat kepada makhlukNya, iaitu:

1. Berbuat Ihsan dalam beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan menyempurnakan ibadah kepadaNya dan merasa diperhatikan (diawasi) oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, bahawasanya kamu beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, seolah-olah kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu, dan berbuat baik kepada manusia semaksima mungkin, baik dengan ucapan, perbuatan, harta, dan kedudukan. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya, 

“Sesungguhnya rahmat ALLAH amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(QS. al-A’raf: 56)

2. Dan di antara sebab-sebab yang paling utama untuk mendapatkan rahmat Allah Taala adalah bertakwa kepadaNya dan mentaatiNya dengan melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, seperti mengeluarkan zakat kepada orang-orang yang berhak menerimanya (Mustahiq), beriman dengan ayat-ayat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dan mengikuti RasulNya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya, 

“Dan rahmatKu meliputi segala  sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi.”
(QS. al-A’raf: 156, 157)

3. Kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya baik manusia maupun binatang. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda, 

“Orang-orang yang penyayang, maka ALLAH akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka), sayangilah / kasihlah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”
(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Dan hal itu lebih ditekankan lagi kepada orang-orang fakir dan miskin yang sangat memerlukan. Sedangkan balasan (ganjarannya) sesuai dengan perbuatan, sebagaimana kita berbuat baik, maka kita akan mendapatkan balasan dari kebaikan tersebut.

4. Beriman, berhijrah, dan berjihad di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya, 

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan ALLAH, mereka itu mengharapkan rahmat ALLAH, dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. al-Baqarah: 218) 

Maka orang-orang yang beriman selalu mengharapkan rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA setelah mereka melaksanakan sebab-sebab mendapatkan rahmat iaitu iman, hijrah, dan berjihad di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Adapun hijrah meliputi berpindah dari negri syirik ke negeri Islam dan meninggalkan apa yang dilarang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya shallallahu ‘alaihi wasallam, sebagaimana RASULULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda,

“Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH.”
(Muttafaq ‘alaih)

Sedang jihad mencakup jihad melawan hawa nafsu dalam mentaati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, 

“Orang yang berjihad adalah orang yang memerangi hawa nafsunya dalam mentaati ALLAH.”
(HR. al-Baihaqi).  

Sebagaimana jihad meliputi pula jihad melawan syaitan dengan menyelisihinya dan bersungguh-sungguh untuk mendurhakainya dan jihad dalam memerangi orang-orang kafir dan jihad terhadap orang-orang munafik dan pelaku-pelaku maksiat baik dengan tangan, kemudian (jika tidak mampu) dengan lisan, kemudian (jika tidak mampu juga), maka dengan hati.

5. Mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menaati Rasulullah SAW, sebagaimana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya,

“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat.”
(QS. an-Nur: 56)

6. Berdoa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk mendapatkannya dengan bertawasul dengan nama-namaNya yang Maha Pengasih (ar-Rahman) lagi Maha Penyayang (ar-Rahim) atau yang lainnya dari nama-namaNya yang Agung / Indah, seperti kamu mengatakan, 

“Ya Rahman Wahai Yang Maha Penyayang), sayangilah aku (rahmatilah aku), Ya ALLAH  sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan rahmatMu yang luas yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampuni dosaku dan menyayangiku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya,

“Wahai Rabb kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).”
(QS. al-Kahfi: 10) 

Dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga berfirman, ertinya, 

“Hanya milik ALLAH asma`u al-Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asma`u al-Husna itu.”
(QS. al-A’raf: 180) 

Maka hendaklah seseorang memohon setiap permintaannya dengan nama yang sesuai dengan permintaannya itu untuk mendapatkannya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya, 

“Dan Rabbmu berfirman, ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(QS. al-Mu’min: 60)

Dan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA lainnya, ertinya,

Dan katakanlah, ‘Ya Rabbku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik.”
(QS. al-Mu’minun: 118). 

Sungguh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menyuruh (kita) berdoa dan menjamin ijabah (mengabulkan doa tersebut) dan Dia Maha Suci yang tidak pernah mengingkari janji.

7. Mengikuti al-Quran al-Karim dan mengamalkannya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya, 

“Dan Al Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.”
(QS. al-An’am: 155)

8. Menaati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang  telah dijelaskan sebelumnya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya,

“Dan taatilah ALLAH dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat.”
(QS. Ali ‘Imran: 132)

9. Mendengarkan dan memperhatikan dengan tenang ketika dibacakan al Quran al-Karim. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya, 

“Dan apabila dibacakan al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.”
(QS. al-A’raf: 204)

10. Istighfar, memohon ampunan dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALAALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya, 

“Hendaklah kamu meminta ampun kepada ALLAH, agar kamu mendapat rahmat.”
(QS. an-Naml: 46) 


Wallahu a’lam.
Sumber: Diterjemahkan dari Kitab “An-Nuqath al-’Asyarah adz-Dzahabiyah”, Syaikh Abdur Rahman ad-Dusari.




Isnin, 29 Oktober 2012

J 34 TIGA Golongan yang dikeluarkan daripada neraka

Daripada Anas ra, katanya Nabi saw. bersabda: “Akan dikeluarkan dari neraka :

(1) Orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah (Tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah), apabila di dalam  hatinya  terdapat kebaikan (iman) seberat sya’irah, dan

(2) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan 
seberat burrah, dan

(3) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah, apabila di dalam  hatinya terdapat kebaikan seberat zarah.”


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0037.



Selasa, 23 Oktober 2012

J 24 TIGA Ciri mereka yang mengharap pertemuan dengan Allah SWT

1- Hatinya digunakan untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT.

2- Lidahnya sentiasa berzikir kepada Allah SWT.

3- Badannya sentiasa melakukan amal soleh.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 955.


Isnin, 22 Oktober 2012

J 20 EMPAT Perkara mengundang hikmah daripada Allah SWT

1- Badan yang bebas daripada kesibukan dunia.

2- Perut yang kosong daripada makanan.

3- Tangan yang kosong daripada kekayaan dunia.

4- Memerhati dan memikirkan akibat dunia.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 908.


Selasa, 16 Oktober 2012

I 143 TIGA Ciri mereka yang mengharap pertemuan dengan Allah SW

1- Hatinya digunakan untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT.

2- Lidahnya sentiasa berzikir kepada Allah SWT.

3- Badannya sentiasa melakukan amal soleh.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 955.


Khamis, 11 Oktober 2012

I 131 Sejuta Rahmat Allah SWT bersama anda ketika sakit

Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman “Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pastiKu tutup semua pintu langit baginya”.

Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.

Rasulullah SAW bersabda :

“Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hambaKu, Jika dia berkata  “Alhamdulillah”. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata  “Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan dia ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya”.


Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 11-12.












I 127 TIGA Keuntungan untuk mereka yang sakit

1- Peringatan daripada Allah SWT.

2- Pembersihan dan penebus dosa-dosa yang lalu.

3- Doa orang sakit sangat mustajab.


KItab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S: 831.

Selasa, 9 Oktober 2012

I 121 EMPAT Fadhilat daripada Allah SWT untuk mereka yang sakit

1- Diangkat baginya pencatat kalam.

2- Diberi padanya pahala apa yang biasa dilakukannya ketika masih sihat.

3- Tiap-tiap dosa dikeluarkan dari ruas persendiannya.

4- Jika mati diampunkan baginya dan jika lanjut usia juga diampunkan baginya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 828.



Sabtu, 6 Oktober 2012

I 105 EMPAT Nasihat yang mampu menghancurkan sifat Takbur

1- Mengingati bahawa taufik hidayah untuk beramal adalah datang daripada Allah SWT, maka dia akan bersyukur kepada Allah SWT.

2- Mengingati bahawa semua nikmat yang diterima adalah daripada Allah SWT, maka dia akan sibuk mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT tanpa merasa ujub dan bangga diri.

3- Takut amalannya tidak diterima oleh Allah SWT, maka dia akan sentiasa bimbang amal ibadatnya tidak diterima oleh Allah SWT.

4- Mengingati segala dosa yang telah dilakukannya sehingga dia bimbang  dosa-dosanya melebihi daripada amal soleh yang telah dilakukannya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 747.




Rabu, 25 Julai 2012

C 70 ALLAH SWT Merindui EMPAT PULUH SATU Seruan HambaNYa




Ibnu Abbas Berkata:  "Sebutkan olehmu akan Daku dengan taat akan daku, nescaya Aku sebutkan kamu dengan penolongku."

1.    Kata Said Al-Jubairi, "sebut olehmu akan Daku dengan taatKu,  Aku akan sebut kamu dengan MaghfirahKu ( KeampunanKu)."

2.    Kata Fudail bin Iyadh, "Sebut olehmu akan Daku dengan taatKu, Aku sebutkan kamu dengan pahala Ku."

3.    Kata Ibnu Kaisan. "Sebut olehmu akan Daku dengan syukur, Aku sebut kamu dengan menambahkan.”

4.    Kata Qil,  "Sebut olehmu akan Daku dengan tauhid dan beriman, Aku sebut kamu dengan darjat dan Jinan ( Syurga)."

5.    Kata Qil, "Sebut olehmu akan Daku atas muka bumi, Aku akan sebut kamu di dalam perut bumi, apabila kamu dilupai oleh semua ahli keluarga kamu.”

6.    Kata Qil, "Sebut olehmu akan daku pada dunia, Aku akan sebut kamu pada akhirat."

7.    Kata Qil, "Sebut olehmu akan Daku dengan taat, Aku akan kamu muafaat (Kemaafan)."

8.    Kata Qil,  "Sebut olehmu akan Daku di dalam sunyi dan jamaah, aku sebut kamu di dalam sunyi dan jamaah.”

9.    Kata Qil, "Sebut olehmu akan Daku di dalam nikmat dan kemurahan, Aku sebut kamu dalam kepayahan dan bala.”

10. Kata Qil, "Sebut olehmu akan Daku dengan taslim dan berserah, Aku akan sebutkan kamu dengan pilihan terbaik.”

11. Kata Qil, "Sebut olehmu akan Daku dengan rindu dan Mahabbah, Aku akan sebut kamu dengan berhubung (setia membantu) dan Qarabah(paling setia/hampir)."

12. Kata Qil, "Sebut olehmu akan Daku dengan kemuliaan dan pujian, Aku akan menyebutmu dengan pemberian dan balasan (jaza’).”

13. Kata Qil, "sebut olehmu akan Daku dengan taubat, akan Aku sebutmu dengan diampunkan dosa (haubah).”

14. Kata Qil, "Sebut olehmu dengan doa, Aku akan sebut kamu denga “atha’ (Pengabulan).”

15. Sebut  olehmu akan Daku dengan meminta. akan Aku sebut kamu dengan pemberian.

16. Sebut olehmu akan Daku denga tidak lalai, akan Aku sebutmu dengan tiada bertangguh.

17. Sebut olehmu akan Daku dengan menyesal, akan Aku sebutmu dengan Kemurahan.

18. Sebut olehmu akan Daku dengan Ma’zirah (segala kelemahan), akan Aku sebutmu Maghfirah ( Keampunan).

19. Sebut olehmu akan Daku denga Iradah, akan Aku sebutmu dengan Ifadhah.

20. Sebut olehmu akan Daku dengan keluar daripada dosa, akan Aku sebutmu dengan pengurniaan.

21. Sebut olehmu kan Daku dengan Ikhlas, akan Aku sebutmu dengan Ikhlas.

22. Sebut olehmu akan Daku dengan Hati atau penuh perasaan, akan Aku sebutmu dengan membuka Qurub ( paling hampir ).

23. Sebut olehmu akan Daku dengan tanpa lalai, akan Aku sebutmu dengan penuh iman.

24. Sebut olehmu akan Daku dengan penuh Iftiqar ( Perasaan kemiskinan), akan Aku sebutmu dengan penuh Iqtidar ( penuh kekuasaan ).

25. Sebut olehmu kan Daku dengan penuh I’tizar ( penuh rasa bersalah) akan Aku sebutmu dengan penuh rasa rahmat dan keampunan.

26. Sebut olehmu akan daku dengan penuh  keimanan, akan Aku sebutmu dengan penuh nikmat syurga ( Jinan).

27. Sebut olehmu akan Daku dengan penuh Islam, akan Daku sebutmu dengan penuh Ikram (penghormatan atau kemuliaan ).

28. Sebut olehmu akan Daku dengan penuh perasaan dan penerimaan, akan Aku buka hijab untukmu.

29. Sebut oleh akan Daku dengan penuh kebinasaan( fani), akan Aku sebutmu dengan penuh berkekalan ( Baqi).

30. Sebut olemu akan Daku dengan penuh Ibtihal , akan Aku sebutmu dengan penuh Ifdhal.

31. Sebut olehmu akan Daku dengan penuh Tadzallul, akan Aku sebutmu dengan penuh Zaal.

32. Sebut olehmu kan Daku dengan penuh i’tiraf, akan Aku sebutmu dengan menghapuskan Iqtiraf.

33. Sebut olehmu akan Daku dengan kejernihan Rahsia, akan Aku sebutmu dengan Khalis  Al-Bir ( Kebaikan yang penuh Ikhlas).

34. Sebut olehmu akan Daku dengan Shidq, akan Aku sebutmu dengan Rafiq.

35. Sebut olehmu akan Daku dengan Safwu, akan Aku sebutmu dengan Afwu.

36. Sebut olehmu akan Daku denga penuh T’zhim, akan Aku sebutmu dengan penuh Takrim.

37. Sebut olehmu akan Daku dengan Takbir, akan Aku sebutmu dengan melepaskan daripada Sa’ir.

38. Sebut olehmu akan Daku dengan meninggalkan Jafa’, akan Aku sebutmu dengan memeliharakan Wafa’.

39. Sebut olehmu akan Daku dengan Khatha’, akan Aku sebutmu dengan segala ‘atha’.

40. Sebut olehmu akan Daku denga penuh khidmat, akan Aku sebutmu dengan penuh nikmat.

41. Sebut olehmu akan Daku daripada sekira-kira kamu (sekehendak kamu), akan Aku sebutmu daripada sekira-kira Aku ( SekehendakKU)  – ولذكر الله أكبر -

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani:

Dan sesungguhnya sebutan Allah SWT adalah teramat besar.

Sabda Rasul Junjungan:

Menyebut Allah itu tanda iman dan terlepas daripada sifat Nifak ( Munafiq) dan pelindung daripada syaitan serta benteng daripada api neraka.

Kitab Jauhar Mauhub.m/s : 245.