Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label TAKWA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAKWA. Papar semua catatan

Selasa, 31 Disember 2019

U 61 : MAKSUD TAKWA SERTA CIRI-CIRI MEREKA YANG BERTAKWA MENGIKUT FALSAFAH AL QURAN

Allah SWT jadikan manusia lelaki dan perempuan, berbeza bangsa serta kaum untuk saling kenal mengenali serta bekerjasama antara satu sama lain dan mereka yang terbaik dalam kalangan mereka itu adalah mereka-mereka yang bertakwa. Besarnya nilai takwa di sisi Allah SWT.
Apakah maksud 'Takwa' sebenarnya yang dikehendaki oleh Al Quran. Perihal Takwa ini banyak sekali Allah SWT nyatakan di dalam Al Quran. Orang yang bertakwa adalah orang yang paling dikasihi oleh Allah SWT dan dicintai oleh makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT yang lain. Erti 'TAKWA' dari sudut bahasa memang diketahui umum yang mana 'TAKWA' itu membawa maksud 'takut kepada Allah SWT' yakni perasaan takut seorang hamba kepada si Pencipta mereka yakni Allah SWT. Tetapi erti 'takwa' mengikut istilah Al Quran adalah sesuatu yang masih tersembunyi dan perlukan huraian.
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani yang terkenal dengan gelaran Ketua Para Wali Allah, telah mentafsirkan maksud kalimah 'takwa' yang terdapat dalam AL Quran melalui kitabnya yang mashyur "Ghaniat Al Talibi" adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An Nahl ayat 90 iaitu :

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berbuat adil dan ihsan dan menolong mereka yang memperjuangkan keadilan kepada kaum kerabat dan melarang dari perkara keji dan mungkar dan kezaliman. Ia nasihati kamu supaya kamu ingat."
(Surah An Nahl 16: ayat 90 )

Inilah maksud sebenar kalimah 'takwa' mengikut falsafah yang wujud dalam Al Quran. Erti 'takwa' dari sudut terjemahan bahasa yang membawa maksud 'takut kepada Allah SWT' adalah sesuai untnk golongan ahli ketuhanan sahaja. Erti 'takwa' untuk kesemua manusia faham mengikut falsafah Al Quran adalah mereka yang sentiasa melakukan keadilan, mereka yang sentiasa menabur 'ihsan', mereka yang sentiasa menolong kepada golongan yang memperjuangkan keadilan serta mereka itu sentiasa melarang dan menasihati manusia supaya tidak melakukan perkara keji(fashya), perkara mungkar serta perkara yang melahirkan kezaliman( al bagya). Inilah maksud 'takwa' yang sebenarnya mengikut falsafah tafsir AL Quran.
Ciri pertama orang-orang yang bertakwa mengikut falsafah Al Quran berdasarkan ayat di atas ialah mereka yang sentiasa melakukan keadilan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Orang-orang yang sentiasa mengamalkan konsep keadilan dalam setiap tindak tanduk mereka adalah mereka yang mempunyai hati nurani serta jiwa yang tersuci. Mereka dalam golongan ini adalah mereka yang sentiasa zikir ( kenang/ingat ) kepada Allah SWT di dalam hati dan pemikiran mereka setiap masa.
Mereka yang mengamalkan konsep adil ini adalah mereka yang tidak mementingkan diri sendiri dan keluarga mereka sahaja dalam apa jua tindakan dan perbuatan dalam hidup mereka. Mereka yang mengamalkan keadilan dalam hidup mereka adalah mereka yang tidak suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Mereka ini adalah mereka yang sentiasa jujur serta amanah apabila diberi satu-satu tanggungjawab. Mereka yang mempunyai ciri-ciri ini adalah mereka yang bertakwa mengikut acuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Al Quran.
Ciri kedua bagi seseorang yang mengamalkan Sifat Takwa di dalam kehidupan mereka adalah mereka yang sentiasa menabur ihsan kepada manusia lain di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Menabur ihsan membawa maksud mereka yang sentiasa memberi manfaat kepada manusia lain atau kepada orang ramai. Menabur ihsan atau mengamalkan ihsan juga adalah mereka yang sentiasa membuat kebajikan kepada orang ramai serta membuat kebaikan kepada orang yang berada di sekeliling mereka.
Setiap mereka yang mencapai darjah 'ihsan' ini sebenarnya adalah mereka yang telah sampai ke peringkat kasih yang menjulang-julang di lubuk hati mereka yang dalam terhadap Allah SWT yang mendidiknya. Sifat Mahabbah atau nilai kasih inilah, yang membuatkan mereka sentiasa melakukan kebajikan, manfaat serta kebaikan kepada masyarakat sekeliling mereka. Melalui perasaan kasih yg membuak-buak di dalam hati sanubari mereka itulah telah melahirkan iradat atau kehendak yang tinggi untuk mereka mengamalkan dan melaksanakan kebaikan dalam tindak tanduk perbuatan mereka dalam kehidupan sehari-hari.
Mereka yang mencapai darjah ihsan ini juga adalah mereka yang sentiasa mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama manusia, melangkaui kaum serta agama yang berbeza. Mereka ini adalah termasuk dalam golongan mereka yang bertakwa.
Ciri ketiga bagi mereka yang dikatakan bertakwa mengikut falsafah Al Quran adalah mereka yang sentiasa mengamalkan 'zilqurba' dalam hidup mereka. zilqurba atau semangat cinta bangsa atau kelompok manusia yang memperjuangkan keadilan serta hak-hak asasi dalam kehidupan bagi bangsa, kaum serta negeri dan negara mereka.
Golongan manusia yang bertakwa di sisi Allah SWT ini adalah mereka yang sentiasa membantu dan menolong kepada kumpulan-kumpulan manusia yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran bagi kepetingan umum untuk bangsa dan negara mereka.
Mereka membantu dengan pelbagai cara seperti memberi zakat dan sumbangan berbentuk wang ringgit atau barangan kepada kumpulan-kumpulan tersebut. Mereka juga menolong dengan memberi semangat serta menyumbang tenaga seberapa banyak yang boleh demi satu perjuangan bagi menegakkan keadilan dan kebenaran dalam kehidupan mereka supaya berlaku perubahan ke arah yang lebih baik dalam kehidupan mereka nanti. Inilah juga ciri-ciri mereka yang bertakwa di sisi Allah.
Bagi mereka yang telah melengkapkan ketiga-tiga ciri ini di dalam kehidupan mereka, maka mereka adalah manusia yang sempurna atau 'Insan Kamil' di sisi Allah SWT. Melalui amalan ketiga-tiga ciri ini di dalam kehidupan lah yang membuatkan mereka terselamat dari perkara-perkara 'Fahsya' yakni perkara-perkara keji, terselamat dari perkara-perkara 'mungkar' dan terselamat dari perkara-perkara 'Baghya' iaitu perkara-perkara yang melahirkan kezaliman yang akan membuatkan seseorang itu jatuh ke lembah yang hina lagi menjijikan.
Erti perkara 'fashya' atau keji ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang bercanggah dengan fitrah kemanusiaan. Fitrah kemanusiaan bagi makhluk bernama manusia adalah perkara-perkara atau perbuatan-perbutan yang dapat melahirkan kebahagian, kasih sayang, serta kegembiraan di dalam kehidupan manusia secara bersama. Maka perbuatan 'fashya' adalah perbuatan-perbuatan yang dapat melahirkan permusuhan, pecah belah, kebencian, kemarahan dan melahirkan kerosakkan dalam kehidupan manusia.
Manakala erti perkara 'mungkar' ialah perkara atau perbuatan yang bercanggah dengan akal dan pemikiran yang siuman bagi manusia. Manusia hendaklah menjauhi daripada melakukan kemungkaran serta perlu berpesan-pesan serta nasihat menasihati antara sesama manusia supaya tidak melakukan kemungkaran dalam segala aktiviti kehidupan mereka.
Istilah 'Al Baghya' atau 'kezaliman' pula adalah segala perbuatan atau perlakuan yang bercanggah dengan kebaikan yang dikehendaki dalam satu-satu masyarakat atau jemaah mengikut acuan yang dikehendaki oleh Agama. Mereka yang zalim adalah mereka yang telah mengambil kesempatan apabila mereka telah diberi amanah oleh orang ramai untuk menjaga kepentingan mereka, tetapi mereka telah mengambil kesempatan di atas amanah yang telah diberikan oleh orang ramai dengan perlakuan serta perbuatan yang merugikan orang ramai tetapi dapat menguntungkan, mengkayakan dan memewahkan kehidupan mereka dan keluarga mereka sahaja. Inilah perlakuan atau definasi perbuatan 'Al Bagya' atau perkara yang zalim mengikut definasi Al Quran.
Maka dapat disimpulkan di sini bahawa, tidak cukup bagi manusia untuk mengerti dan memahami akan maksud 'takwa' dengan terjemahan "takut kepada Allah SWT" semata-mata, tetapi perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada seluruh masyarakat manusia kerana matlamat hidup bagi seluruh umat Islam dan seluruh umat manusia di dunia ini adalah untuk mencapai tahap manusia yang bertakwa.
Manusia yang bertakwalah yang dijamin oleh Allah SWT untuk mendapat kebahagian dalam kehidupan mereka di dunia ini dan akan dapat mengecapi nikmat syurga di akhirat kelak nanti. Marilah sama-sama kita ingat mengingati serta nasihat menasihati antara sesama kita agar kita sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan sentiasa berada di dalam kelompok mereka yang bertakwa dan bukanya berada di dalam kelompok mereka yang keji, mungkar dan zalim. Hanya Allah SWT yang mengetahui segala-galanya dan hanya kepada Allah SWT kita berserah.
Alangkah baiknya kalau tuan puan, saudara saudari yang budiman untuk sama-sama share di fb/whatsapp, blog dan lain-lain tulisan ini sebagai satu cara untuk sama-sama menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini. Terima kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga Allah SWT memberi rahmat dan keberkatan yang mencurah-curah kepada kalian semua. Aamiin…


Isnin, 1 Januari 2018

S 92 : BERTAKWALAH KALAU INGIN MENDAPATKAN SYURGA

عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح).

Daripada Abu Umamah Shuday bin 'Ajlan al-Bahili Rodhiallahu Anhuma katanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dalam haji wada' - haji terakhir bagi beliau Rasulullah SAW sebagai mohon diri, kemudian beliau Rasulullah SAW bersabda:

"Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah solat lima waktumu, lakukanlah puasa dalam bulanmu - Ramadan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemimpin kalian, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu."
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dalam akhir kitab bab solat dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits:

1- Dimulai dengan perintah at-taqwa kerana merupakan asas secara umum di mana seorang akan boleh mengamalkan semua perintah dan menjauhi larangan, baru ada penekanan secara khusus iaitu pereintah solat lima waktu, puasa bulan ramadan, zakat dan taat pada pemimpin maka akan masuk syurga.

2- Melakukan amalan-amalan yang disebutkan dalam hadits merupakan bentuk takwa, iaitu solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, taat pada pemimpin.

3- Takwa adalah jalan menuju syurga dan syarat masuk syurga.

4- Istiqomah di dunia adalah sebab selamat di akhirat.

5- Wajib menaati pemimpin dalam perkara yang makruf (yang baik) selama bukan dalam perkara maksiat.

6- Jika mentaati pemimpin termasuk takwa, maka bererti amalan ini adalah jalan menuju syurga kerana takwa adalah syarat masuk syurga.

Tema hadist yang berkaitan dengan Al Quran:

1- Perintah takwa

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
[Surat Ali 'Imran 102]

2- Takwa merupakan tujuan tertinggi yang akan dicapai seorang insan dalam menjalankan ibadahnya kepada Allah Azza Wa Jaala

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.”
(QS. Al-Baqarah : 21)

3- Syurga disediakan hanya untuk orang-orang yang bertakwa.

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

“(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

[Surah Ali 'Imran 133]

Rabu, 23 April 2014

Q 86 : SIAPAKAH KITA DI SISI ALLAH SWT?

Firman Allah yang ertinya,

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu.”
(QS. Al-Hujurat: 13)

Sebahagian kita memahami “di sisi” Allah adalah semata-mata kejadian kelak di akhirat nanti. Namun sesungguhnya posisi/darjat manusia di sisi Allah berlangsung ketika kehidupan di dunia.
Ada sebahagian muslim “berani” melakukan perbuatan yang dilarang Allah, sesungguhnya kerana tidak merasakan “di sisi” Allah.  Padahal Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar.
Sedangkan ada sebahagian muslim kerana posisi/darjatnya lebih mulia “di sisi” Allah  maka Allah berikan jalan keluar dan Allah berikan rezeki  dari arah yang tidak disangka dan Allah mencukupkan (keperluan)nya.

Sesuai dengan firman Allah yang ertinya,

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
(QS. Ath Thalaaq [65]: 2-3).

Benarlah, manusia di sisi Allah ketika kehidupan di dunia bahkan dimulai sejak manusia diciptakan.
Menurut para ahli Tasawuf, hakikat manusia dibagi menjadi dua bangunan utama, iaitu bangunan jasmani dan rohani. Bangunan jasmani manusia diciptakan melalui enam proses kejadian iaitu:
1.    Sari pati tanah
2.    Nuftah
3.    Segumpal darah
4.    Segumpal daging
5.    Pertumbuhan tulang-belulang
6.    Pembungkusan tulang-belulang

Sebagaimana firman Allah yang ertinya,

Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia daripada sari pati tanah. Kami jadikan sari pati tanah itu air mani yang ditempatkan dengan kukuh di tempat yang teguh. Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, dari segumpal darah itu, Kami jadikan segumpal daging, Kami jadikan pula tulang-belulang, kemudian tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.” 
(QS Al Mu-minun (23): 12-14)

Setelah melalui enam tahap proses tersebut maka jasmani manusia boleh dikatakan sebagai makhluk yang sempurna apabila dipandang dari sudut jasmaniah, tetapi apabila dipandang dari sudut Rohaniah, manusia yang belum ditiupkan RohKu belumlah dapat disebut manusia sempurna. Oleh kerananya itu, pada proses kejadian yang ketujuh, Allah meniupkan sebahagian RohNya kepada jasmani manusia. Pada saat itulah manusia tersebut boleh dikatakan sebagai manusia yang sempurna baik jasmani mahupun rohani.

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka jika Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan kedalamnya RohKu, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama.”
(QS Al Hijr (15):28-30)

Dimaksud dengan sujud di sini bukan menyembah, tetapi sebagai penghormatan.

“Kemudian Dia menyempurnakan penciptaannya dan Dia tiupkan padanya sebahagian dari RohNya dan Dia jadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan rasa, tapi sedikit sekali kamu bersyukur.” 
(QS As Sajadah (32):9)

Menurut tinjauan ahli Tasauf, di bahagian kepala manusia terdapat tujuh buah lubang (pintu) sebagai sumber rasa inderawi, iaitu,
1.    Dua lubang telinga sebagai sumber (alat) pendengaran.
2.    Satu lubang mulut sebagai sumber (alat) pengucapan dan pengecapan
3.    Dua lubang mata sebagai sumber (alat) penglihatan
4.    Dua lubang hidung sebagai sumber (alat) pernafasan.
Ketujuh buah lubang (pintu) yang ada di kepala manusia tersebut secara simbolis diinformasikan Allah dalam alQuran dengan istilah “tujuh buah jalan” yang ada di atas badan manusia.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas (badan) kamu tujuh buah jalan dan kami tidaklah lengah terhadap ciptaan Kami.” 
(QS Al-Mu’minun (23):17)

Tujuh lubang ini disebut juga sebagai “pembuka,” kerana dengan tujuh lubang inilah, manusia berhasil membuka segala rahsia pengetahuan, baik yang bersifat lahir mahupun batin.
Proses terjadinya aktifiti alat inderawi tersebut yang terwujudkan dalam bentuk pendengaran, pengucapan atau pengecapan, penglihatan dan pernafasan inilah yang disebut kiasan “tujuh buah jalan” yang dapat memberi petunjuk kerana dengan adanya empat inderawi tersebut maka manusia mendapatkan pengetahuan tentang masalah apapun yang sedang dipelajarinya.
Pada tubuh manusia, total keseluruhan terdapat sepuluh lubang inderawi, iaitu tujuh di kepala dan tiga lubang dibahagian badan iaitu lubang pusar, lubang anus dan lubang kemaluan.Khusus untuk lubang pusar sudah tidak berfungsi sejak manusia dilahirkan.Sehingga yang berfungsi secara maksimal adalah Sembilan lubang yang ada pada tubuh manusia.
Apabila dikaitkan dengan keadaan bayi dalam kandungan maka dapat terlihat bahawa Sembilan lubang yang ada pada tubuh bayi tidaklah berfungsi, hal ini disebabkan seorang bayi dalam kandungan berada di dalam air ketuban (omnium water).Sehingga seorang bayi dalam kandungan tidak melakukan aktiviti inderawi secara sempurna. Dengan kata lain seorang bayi tidak makan dan tidak minum atau berbicara dengan mulut, tidak bernafas dengan hidung, tidak melihat dengan mata, tidak mendengar dengan telinga, dan tidak buang air besar atau kecil melalui anus atau kemaluan,tetapi bayi tersebut mendapatkan semua keperluan jasmaninya melalui saluran plasenta yang menghubungkan antara pusar bayi dengan dinding rahim ibu.
Dalam kandungan, seorang bayi juga tidak berfikir disebabkan fungsi otaknya belum sempurna, tetapi kemampuan rohani bayi telah hidup sempurna.Peristiwa ini dialami oleh seorang bayi selama kurang lebih sembilan bulan.  Dalam bahasa Tasawuf, keadaan ini disebut dengan peristiwa dimana seorang bayi berada dalam Janah yang berada  di bawah telapak kaki ibu selama Sembilan bulan.
Sayangnya setelah bayi itu tumbuh dewasa, dia tidak dapat mengingat perjalanannya ketika berada dalam kandungan rahim ibunya.Oleh kerana itu Islam mengajarkan agar setiap umatnya kembali menjadi seperti bayi dalam kandungan,agar dirinya dapat kembali menemui Allah.

“Dan sesungguhnya kamu kembali menghadap Kami dengan sendirian seperti kamu Kami ciptakan pada awal mula kejadian. Dan pada saat itu kamu tinggalkan dibelakangmu apa yang telah Kami anugerahkan kepadamu ….” 
(QS Al An’am 6: 94)

“Mereka dihadapkan kepada Tuhanmu dengan berbaris, Kemudian Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu datang kepada Kami sebagaimana Kami telah menciptakan kamu pada awal mula kejadian, bahkan kamu menyangka bahawa Kami tiada menetapkan janji bagi kamu.” 
(QS Al Kahfi 18:48).

Sejak bayi dalam kandungan yang bersih dan suci telah keadaan  “menemui” Allah.

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” 
(QS- Al A’raf 7:172)

Setelah anak manusia terlahir ke dunia,  keluarga adalah lingkungan pertama yang dikenal oleh anak. Ibu dan ayah adalah manusia-manusia dewasa kepada siapa anak belajar kata-kata yang pertama.Khususnya kepada Ibu, anak belajar kasih sayang.Kepada ayah, anak belajar tanggung jawab dan kepemimpinan.Bagaimana sikap ibu dan ayah kepada anak, sikap ayah kepada ibu dan sebaliknya ibu kepada ayah, adalah pola interaksi yang pertama dipelajari anak.
Dengan telinga dan matanya, anak belajar menyerap fakta dan informasi.Semakin banyak yang terekam, itulah yang paling mudah ditirunya. Bagaikan kertas putih bersih, orang tuanya yang akan memberinya coretan dan warna yang pertama.
Betapapun sederhananya pola pendidikan dalam sebuah keluarga, tetaplah sangat berpengaruh pada pembentukan keperibadian anak.Keluarga merupakan awal bagi pertumbuhan pola fikir dan perasaan anak.
Di dalam Islam, sistem pendidikan dalam keluarga menjadi penentu masa depan anak. Apakah anak akan menjadi soleh, baik, santun, penyayang atau kurang ajar, kasar, bengis, semuanya tergantung pada tangan-tangan pertama yang mendidiknya, yakni orang tuanya.

Dalam sebuah hadits, menurut kesaksian Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap bayi dilahirkan di atas fitrah (mentauhidkan Allah), kedua orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, atau seorang Nasrani atau seorang Majusi.”
(HR. Muslim).

Hadits ini menunjukkan bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah.Yang dimaksud adalah anak-anak yang baru dilahirkan memiliki fitrah yang bersih dan suci, yaitu beriman kepada Allah SWT.Orang tua memiliki peranan dalam mengarahkan fitrah anak. Apakah akan tetap bersih, murni dan bersinar? Ataukah cahayanya akan memudar, bahkan hilang.
Lalu bagaimana arah tujuan pendidikan anak berdasarkan Islam.
Kalau mengacu kepada al Quran, maka al Quran memberi tuntunan bagaimana  seharusnya tujuan pendidikan anak.

Allah SWT berfirman  yangertinya, 

“Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” 
(QS al Furqaan  25: 74)

“...Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami terrmasuk orang-orang yang bersyukur.” 
(QS. Al A’raf  7: 189)

“...Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…” 
(QS. Ali Imran: 110)

Ini sebenarnya inti dari kurikulum pendidikan anak:

(1) menjadikan anak-anak kita sebagai penyenang hati / penyejuk mata dan  orang-orang bertakwa.
(2) Menjadikan anak-anak kita sebagai anak-anak yang soleh.
(3) Menjadikan anak-anak kita sebagai umat terbaik yang akan mengembang dakwah Islam, dan menegakkan amar makruf nahi munkar.
Kemudian setelah anak dewasa dan mampu dengan bekal pengetahuan dan pendidikan yang diperolehi mereka akan mengharungi kehidupan dengan petunjuk alQuran dan Hadist.
Dengan kemampuan merekalah mengikuti petunjuk alQuran dan Hadist, mengupayakan posisi/darjat di sisi Allah. Sebahagian mereka yang dianugerahi Allah ilmu pengetahuan mendapatkan posisi/darjat yang lebih baik sebagaimana firman Allah yang ertinya,

“Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis,” maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu,” maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(QS Al Mujaadilah 58: 11)

Upaya kitamendapatkan posisi/darjat yang lebih baik di sisi Allah, salah satunya  dengan mengendalikan hawa nafsu atau mengendalikan tujuh buah lubang (pintu) sebagai sumber rasa inderawi.
Hawa nafsu yang bersarang pada jasmani kita, dapat dibagi menjadi empat kelompok, iaitu:
1. Nafsu Amarah yang bentuk perwujudannya berupa sifat marah, dengki, ujub dan syirik. Nafsu ini sumbernya di telinga  yang dapat timbul melalui hantaran pendengaran. (Dua lubang telinga, disimbolkan pintu Umar bin Khatab).

2. Nafsu Lawamah yang termanifestasikan dalam bentuk sifat rakus, tamak, loba dan malas. Nafsu ini sumbernya di mulut   yang dapat timbul melalui hantaran pengucapan atau pengucapan (Satu lubang mulut disimbolkan  pintu Ali bin Thalib).

3. Nafsu Sufiyah yang termanifestasikan dalam bentuk sifat cinta, kekaguman, dan keindahan. Nafsu tersebut berada pada mata  yang akan timbul melalui hantaran penglihatan(Dua lubang mata disimbolkan pintu Usman bin Affan).

4. Nafsu Mutmainah yang termanifestasikan dalam sifat ketenangan dan kedamaian. Nafsu tersebut berada di hidung  yang dapat timbul melalui hantaran pernafasan (Dua lubang  hidung disimbolkan pintu Abu Bakar).
Keempat nafsu yang termanifestaasikan dalam bentuk pendengaran, pengucapan (pengucapan), penglihatan dan pernafasan, pada akhirnya akan menimbulkan “hawa” yang berbentuk rasa jasmani yakni :

1.    Rasa Pendengaran.
2.    Rasa Pengecapan atau pengucapan
3.    Rasa Penglihatan
4.    Rasa Pernafasan atau penciuman
Semua bentuk “rasa” tersebut bersifat ghaib atau batin yang tidak berwujud tetapi boleh dirasakan keberadaannya.Keempat rasa dari nafsu tersebut dapat dimatikan mahupun dihidupkan, tergantung dari bagaimana kita menutup atau membuka “pintu” keluar masuknya rasa dari sumber nafsu tersebut.
Cara menutup pintu hawa nafsu tersebut, dengan mempergunakan “alat” yang telah diberikan oleh Allah kepada setiap manusia, sesuai firman Allah yang ertinya:

Carilah Akhirat dengan “alat” yang telah Kami anugerahkan kepadamu dan janganlah kamu lupakan kenikmatan dunia.
(QS Al Qashash 28: 77)

Tatkala aku berada di sisi Rasulullah Saw, tiba-tiba beliau bertanya : Adakah orang asing diantara kamu?” Lantas beliau memerintahkan supaya pintu ditutup dan bersabda “Angkat tangan kamu.” 
(HR Al Hakim)

“Tutup pintumu dan ingatlah Allah.” 
(HR Bukhari).

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas daripada Nabi saw :

Tutuplah seluruh pintu-pintu kecuali pintu Abu Bakar.”

Prosesi “menutup pintu” hawa nafsu yang ada pada kepala manusia, inilah yang dinamakan dengan “Takbiratul Ihram,”  (Takbir Larangan) yang mempunyai erti bahawa ketika kita mengangkat kedua telapak tangan kita saat mengawali solat, kita diharamkan atau dilarang untuk melakukan aktiviti inderawi seperti mendengar, melihat, dan berbicara  kecuali bernafas (simbol pintu Abu Bakar), kerana kita sedang berhadapan dengan Allah Swt (bertawajuh).  Hal ini sesuai dengan firmanNya yang ertinya,
“Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.”
(QS Al An’am 6: 79)

Ayat di atas merupakan pernyataan setiap kali kita solat, bahawa kita menyedari sedang menghadapkan wajah kita kepada Allah, yang Maha Suci (bertawajuh).Kemudian dilanjutkan dengan penegasan bahawa Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku semata-mata hanya untuk Allah semata.” Jika keadaan ini terjadi, tak mungkin akal kita berkeliaran tak terkendali mengingat selain Allah. Kita juga tidak akan melakukan perbuatan yang melanggar tuntunan Allah.

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab dan dirikan solat.Sesungguhya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah dalam (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah lain).
(QS Al Ankabut 29: 45)

Allah memberikan gelar kepada orang yang solat tidak sesuai dengan ikrar/sumpahnya sebagai solatnya orang munafik.

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk Solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka zikrullah (menyebut Allah)  kecuali hanya sedikit sekali.”
(QS An-Nisa 4: 142)

Ketika melakukan solat, ada kalanya mengalami rasa bosan dan tidak kusyuk, padahal dalam doa iftitah kita telah berikrar bahawa kita sedang menghadapkan wajah kita kepada Allah. Hal ini terjadi kerana tidak mengetahui bagaimana cara melakukan Takbiratul Ihram dengan baik.
Nabi Muhammad Saw bersabda, bahawa “solat itu adalah mikrajnya orang-orang mukmin.”   Iaitu naiknya jiwa meninggalkan ikatan nafsu yang terdapat dalam fizik manusia menuju ke hadirat Allah.

Apakah kita boleh “bertemu”  dengan Allah ketika Solat?

Sebahagian orang menanggapi hadits tersebut dengan sikap apriori dan berkeyakinan bahawa manusia tidak mungkin bertemu dengan Allah di dunia.Akibatnya kebanyakan orang tak mahu pusing mengenai hakikat solat atau bahkan hanya menganggap solat sebagai kewajipan yang harus dilakukan tanpa harus memikirkan fungsi dan tujuannya.
Dilain pihak ada orang yang melakukan solat, telah mengerahkan segenap daya untuk mencapai kusyuk, akan tetapi tetap saja fikiran masih menerawang tidak karuan sehingga tanpa disedari sudah keluar dari “kesedaran solat”. Allah telah mengingatkan hal ini, bahawa banyak orang solat akan tetapi kesedarannya telah terseret keluar dari keadaan solat itu sendiri, iaitu bergeser niatnya bukan lagi kerana Allah.

”…. maka celakalah orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dalam solatnya, dan orang-orang yang berbuat riak.” 
(QS Al-Ma’un 107: 4-6)
Perihal itu terjadi bagi orang yang dalam solatnya tidak menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Tuhannya sehingga fikirannya melayang liar tanpa kendali. Solat yang demikian adalah solat yang shahun.Keadaan tersebut bertentangan dengan firman Allah yang menghendaki solat sebagai jalan untuk mengingat Allah.

“… maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” 
(QS Thaha 20: 14)

“… dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
(QS Al A’raaf 7: 205)

Inilah rangkaian ayat yang menunjukkan kepada masalah dalaman ibadah solat, iaitu untuk mengingat Allah, bukan sekadar membongkok, bersujud dan komat-kamit tiada sedar dengan yang dilakukan.Solat yang hanya komat-kamit inilah yang banyak dilakukan orang, sehingga sampai sekarang banyak yang tak mampu mencerminkan watak mushallin yang sebenarnya, iaitu tercegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Jangan engkau mendekati solat sedang kamu dalam keadaan mabuk (tidak sedar)…” 
(QS An nisa 4: 43)

Nahyi (larangan) ditujukan kepada mushalilin agar tidak melakukan solat jika masih belum sedar bahawa dirinya sedang berhadapan dengan Sang Khaliq.  Larangan itu merupakan syarat mutlak dari Allah.Cuba kita renungkan, untuk mendekati saja kita dilarang, apalagi untuk melakukannya. Jika tetap dilakukan maka Allah akan murka, yang ditunjukkan dengan perkataan iaitu

maka celakalah orang yang solat,  (iaitu) orang-orang yang lalai dalam solatnya dan orang-orang yang berbuat riak.
(QS Al-ma’un 107: 4-6)”

Allah juga memberikan pujian kepada orang-orang mukmin yang khusyuk dalam solatnya :

“Sungguh beruntunglah mereka yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.
(QS Al Mukminun 23: 1-2)

AlQuran menyebutkan penyebab dicabutnya ilmu khusyuk, iaitu kerana memperturutkan hawa nafsu dan melalaikan solatnya. Dalam alQuran Allah juga telah menunjukkan jalan bagi yang mendapatkan kekhusyukan

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”
(QS Al Baqarah 2: 45-46)

Semoga kita dapat merasakan menemui Allah,  kedekatan dengan Allah, mengetahui posisi/darjat kita di sisi Allah.
Semakin kita dekat dengan Allah maka kita akan semakin sibuk dengan Allah, semakin jauh kita dengan Allah maka kita akan semakin sibuk dengan diri kita sendiri.
Semakin kita dekat dengan Allah maka kita yakin bahawa segala keperluan kita didunia, Allah akan mencukupkannya, sedangkan semakin jauh kita dengan Allah maka kita akan “kepayahan” dengan upaya sendiri memenuhi segala keperluan kita di dunia.
Orang yang dekat dengan Allah dikenal sebagai orang-orang Arif.
Orang-orang Arif adalah orang yang menyibukkan dirinya dengan Allah dan hanya melakukan perbuatan jika Allah yang berkenan bukan kerana keinginan mereka sendiri.
Mereka faham bahawa Allah memberi mereka sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka berikan untuk diri mereka sendiri.
Jalan untuk dapat selalu menyibukkan diri dengan Allah atau mengetahui apa yang Allah berkenan adalah dengan “mengenal” Allah, yakni yang kita kenal marifatullah.  Dengan mengenal Allah (marifatullah) maka kita boleh memahami apa yang Allah berkenan.
Ilmu untuk mempelajari  tentang marifatullah itulah Ilmu Tasawuf.
Untuk mencapai pemahaman orang-orang arif tidak cukup dengan kaedah pemahaman secara harfiah atau tekstual akan tetapi melalui kaedah pemahaman yang lebih dalam / maknawi atau dikenal “mengambil pelajaran” dengan hikmah.

Sesuai dengan firman Allah,

“Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).”
(Al-Baqarah – 269)

Wassalam.
Ditulis dari berbagai sumber, sebahagian besar diambil dari buku Abu Irsyad, Menyingkap Rahsia Solat & Puasa sebagai sarana menemui Allah, Pustaka Aladdin
http://mutiarazuhud.wordpress.com/2010/04/01/posisi-di-sisi-allah/




Selasa, 22 April 2014

Q 77 : ALLAH SWT ITU DEKAT

Muslim yang terbaik adalah yang dapat mencapai tingkatan Ihsan (muhsin).
Seorang yang sampai pada tingkatan seolah-olah melihat Allah swt atau paling tidak seorang yang yakin bahawa segala perbuatannya dilihat Allah swt maka tentu akan terdorong melakukan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Inilah sesungguhnya bentuk ketakwaan kepada Allah swt yang menentukan tingkat/ukuran kemuliaan seorang muslim di hadapan Allah swt.
Sesuai firman Allah,

Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa.
(QS. Al-Hujurat: 13).

Tingkatan utama yakni  “Seolah-olah melihat Allah” bersifat aktif ertinya dengan kurniaan Allah swt kita “melakukannya”/”merasakannya” sedangkan tingkatan di bawahnya adalah “Segala perbuatan  dilihat Allah” bersifat pasif.

“Seolah-olah melihat Allah” tentu tidak boleh diertikan secara harfiah atau secara fizik atau tersurat.  Namun fahami secara hakikat adalah dengan menelisik apa yang tersembunyi / tersirat, mencari makna spiritual (thariq al bathin), guna mensucikan batin (thathhir al bathin).
Sesungguhnya manusia tidak akan mampu “melihat” Allah ketika di dunia.
Peristiwa ini diabadikan dalam surat Al A’raf (7) ayat 143,

“Dan tatkala Musa tiba di miqat lalu berkata, ‘Tuhanku, tampakkanlah diriMu supaya aku boleh melihatMu.’ Maka Tuhan pun berkata, ‘Kamu tidak akan boleh melihatKu, tetapi pandang saja gunung di seberangmu, bila dia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihatKu.’ Maka ketika Tuhannya menampakkan cahayaNya bertajalli kepada gunung, jadilah gunung itu hancur lebur. Maka Musa tersungkur pengsan. Dan setelah sedar dia berkata, ‘Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu dan aku akan menjadi orang mukmin pertama.”

Kisah ini tercantum juga dalam kitab Qishashul Anbiya’ karangan Ibnu Katsir yang mencuba menjelaskan bahawa Nabi Musa a.s. adalah Kalimullah, orang yang mampu berbicara langsung dengan Allah swt. Namun dia hanya mendengar suara Allah swt dari balik hijab. Ketika dia meminta hijab itu disingkapkan, Allah swt tidak menuruti, tetapi Ia memberikan pelajaran telak kepada hambaNya sehingga pengsan dan sedar kelemahan diri. Manusia memang tidak akan sanggup melihat Allah swt. Jangankan cahaya Allah swt, memandang matahari pun mata manusia akan terbakar.
Tetapi kelak di akhirat, melihat Allah swt merupakan puncak kenikmatan ahli syurga. Lebih mulia dari kenikmatan istana, kebun, buah-buahan, dan bidadari syurgawi.
Ketika para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, akankah kita kelak boleh memandang Allah?” Beliau menjawab, “Kalian akan memandangNya sebagaimana kalian memandang bulan purnama raya. Dan setelah itu para ahli syurga tidak mahu lagi memalingkan wajah mereka dari memandang Allah.”
Subhanallah.

Sebahagian umat muslim memahami ihsan itu khususnya pada ketika ibadah saja, seperti ketika solat.
Maka setiap melakukan ibadah khususnya pada waktu solat, bila tidak disertai perasaan, “seperti sungguh-sungguh” melihat Tuhan, maka ibadah itu tidak tergolong dalam kategori ibadah yang ihsan (baik). Allah SWT. berfirman :

“Sesungguhnya solat itu memang berat kecuali bagi mereka yang khusyuk iaitu mereka yang yakin akan berjumpa dengan Tuhan mereka, dan sesungguhnya mereka akan kembali kepadaNya.” 
(QS. Al-Baqarah 2 : 45).

Sebahagian umat muslim lainnya memahami ihsan ibaratnya “melihat” dengan “mata hati.”
Sebahagian umat muslim lainnya memahami ihsan ibaratnya “merasakan” “kedekatannya” dengan Allah di setiap saat kehidupan.
Sungguh Allah swt  itu dekat, sesuai dengan firman Allah swt yang ertinya

Dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu. Tetapi kamu tidak melihat.
(QS Al-Waqi’ah: 85).

Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(QS. Qaaf: 16)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka itu beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” 
( Al Baqarah: 186).

Allah swt berfirman kepada NabiNya,

Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).”
(QS Al-’Alaq [96]:19 )

Selalu berada dalam kebenaran boleh diertikan selalu merasakan “bersama” Allah swt dalam menjalani kehidupan di dunia.
Kedekatan kita dengan Allah swt terhalang/terhijab dengan dosa. Untuk itulah langkah pertama agar kita lebih dekat dengan Allah adalah bertaubat, salah satunya dengan berzikir.
Astaghfirullah.
“Ampunilah hambamu ini ya Allah.”

Firman Allah yang ertinya :

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.”
(Al Hud : 3)

Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
(Al Hujurat : 12) .

Istighfar diikuti dengan taubat, penyesalan atas dosa dan sekuat tenaga dan sepenuh kesedaran untuk tidak mengulangi lagi.
Kemudian perbaharuilah selalu kesaksian dengan mengucapkan dua kalimat syahadat.
Asyhadu anlaailaaha illallah Wa-asyhadu anna Muhammadar-rasulullah

Syahadat bererti bersaksi dan meyakini bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah.
Membaca dua kaliamat Syahadat merupakan cara untuk mengislamkan kembali atau untuk mengembalikan iman seorang muslim yang telah murtad, kerana melakukan perbuatan syirik kepada Allah atau lainnya baik disengaja ataupun tidak disengaja.
Seorang yang kafir bila beramal soleh maka tidak akan diterima dan bila berdoa maka akan terhijab(tertutup). Semua amal dan doa mereka sia-sia dan ditolak oleh Allah swt, kecuali jika mereka beriman dengan mengucapkan dua kalimat Syahadat.

Dan doa ( ibadah ) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka. 
( Arra’d : 14 ).

Selanjutnya biasakan Zikir Hauqolah  agar kita didekatkan dengan Allah atas pertolonganNya.

Laahaulaa walaaquw-wata il-laabillahil ‘aliy-yil ‘adziim.

Tiada daya upaya dan kekuatan selain atas izin/pertolongan Allah”

Yakinlah bahwa kita sebagai manusia adalah “lemah”  dan upaya kita mendekatkan diri kepada Allah swt semata-mata atas kurnia / izin Allah.
Tentang kurnia Allah swt. Allah telah berfiman yang ertinya,

Demikianlah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya; dan Allah mempunyai kurnia yang besar.
( Al-Jumu’ah : 4)

Berselawat kepada Nabi Muhammad saaw adalah salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

Allahumma sholli alaa Muhammad wa alaa ali Muhammad.“

Membaca selawat atas Nabi merupakan perintah Allah dan anjuran dari Nabi Muhammad.

Firman Allah yang ertinya :

Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. 
( Al Ahzab:56 ) 

Membaca selawat merupakan salah satu kunci diterimanya doa, kerana tanpa diawali dengan selawat maka doa tidak diterima oleh Allah swt.

”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan. “ 
( Al Maidah:35 ).

Selanjutnya adalah upaya yang sering  dilakukan oleh muslim agar terjaga dekat dengan Allah yakni dengan berdoa sebelum melakukan perbuatan/kegiatan atau minimal dengan membaca basmalah.


“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih  Maha Penyayang.”

Dalam Hadits Rasulullah saw bersabda,

“Setiap pekerjaan yang baik, jika tidak dimulai dengan “Bismillah” (menyebut nama Allah) maka (pekerjaan tersebut) akan terputus (dari keberkahan Allah).”

Sebagaimana dalam kehidupan kita, secara naluri jika ingin keberhasilan perbuatan atau permohonan biasanya kita menyebut nama orang yang berkuasa.

Misalnya,
- Zaman orde baru, tingkat keberhasilan menjadi besar, jika kita menyebut (mengenalkan/mereferensi) nama pa Harto yang berkuasa kala itu.
-  Memberikan perintah kepada bawahan atau ajakan kepada sesama staff akan “lebih segera” dilaksanakan/diikuti jika menyebut nama yang lebih berkuasa  seperti nama Pengarah atau pengurus sebagai sumber perintah atau bentuk izin.
Begitu pula dalam mengarungi kehidupan kita di dunia, sebelum melakukan perbuatan/tindakan upayakan selalu diawali menyebut nama Allah, mengingat Allah. Sehingga Allah yang Maha Kuasa akan mengizinkan dan menolong perbuatan/tindakan tersebut akan terlaksana. Seberapa dekat dengan Allah akan memperbesar kemungkinan terkabulkannya.
Perbezaannya, kalau kita menyebut nama manusia, manusia yang kita sebutkan tidak mendengar dan bukan pula dia yang menolong. Namun kalau kita menyebut nama Allah, Allah Maha Mendengar dan berkenan menolong kita
Kita sangat ingin untuk taqarrub mendekatkan diri kepadaNya.

Daripada Abu Hurairah RA disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

“Allah berfirman, ‘Aku menuruti prasangka hambaKu kepadaKu. Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Kalau ia mengingatKu dalam hati, Aku mengingatnya dalam diriKu. Kalau ia mengingatKu di tengah kerumunan orang, Aku pun akan mengingatnya di tengah kerumunan yang lebih baik daripada mereka. Kalau ia mendekat diri kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatkan diri kepadanya sehasta. Kalau ia mendekatkan diri padaKu sehasta. Aku pun akan mendekatkan diri padanya sedepa. Jika ia mendatangiKu dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari kecil.”

Waktu-waktu di keseharian kita, perbanyaklah zikir kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda,

Siapa yang duduk dalam suatu tempat, lalu di situ ia tak berzikir kepada Allah, maka kelak ia akan mendapat kerugian dan penyesalan.
(HR Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Berlaku zuhudlah di dunia, pasti dicintai Allah SWT dan berlaku zuhudlah terhadap milik orang lain, pasti dicintai oleh sesama manusia.

Manakala sifat zuhud di kalangan muqarrabin (orang yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT) pula adalah dengan terus meninggalkan kenikmatan dunia; segala-galanya adalah tidak penting bagi mereka melainkan mendekati Allah SWT semata-mata.
Suatu saat terjadi dialog antara Rasulullah SAW dengan Hudzaifah Ra. Rasulullah bertanya kepada Hudzaifah, ” Ya Hudzaifah, bagaimana keadaanmu saat ini?”
Jawab Hudzaifah, ”Saat ini saya benar-benar beriman ya Rasulullah.” Rasulullah kemudian mengatakan, “Setiap kebenaran itu ada hakikatnya, maka apa hakikat keimananmu wahai Hudzaifah?”
Jawab Hudzaifah, ”Ada dua, Ya Rasulullah.
Pertama saya sudah hilangkan unsur dunia dari kehidupan saya, sehingga bagi saya debu dan emas itu sama saja. Dalam pengertian, saya akan cari kenikmatan dunia, lantas andaikata saya dapatkan maka saya akan menikmatinya dan bersyukur pada Allah SWT.
Tapi kalau suatu saat kenikmatan dunia itu hilang dari tangan saya, maka saya tinggal bersabar sebab dunia bukanlah tujuan. Bila ia datang maka Alhamdulillah dan bila ia pergi maka Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.
Yang kedua Hudzaifah mengatakan, ”Setiap saya ingin melakukan sesuatu, saya bayangkan seakan-akan syurga dan neraka itu ada di depan saya. Lantas saya bayangkan bagaimana ahli syurga itu menikmati kenikmatan syurga, dan sebaliknya bagaimana pula ahli neraka itu merasakan azab neraka jahanam. Sehingga terdoronglah bagi saya untuk melakukan yang diperintahkan dan meninggalkan yang dilarangNya.

Kesimpulan,
Atas kurnia Allah swt kita berupaya mendekatkan diri kepada Allah swt, Dengan kedekatan itulah kita terdorong untuk melakukan yang diperintah dan meninggalkan yang dilarangNya. Dengan ketakwaan inilah membuat kita menjadi lebih mulia di sisi Allah swt.
http://mutiarazuhud.wordpress.com/2010/03/24/allah-itu-dekat/