Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AURAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AURAT. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mac 2014

P 68 : RINGKASAN DARI “AURAT KETIKA BERSALIN” DARI SEMANIS KURMA TV9

1. Suami WAJIB memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.

2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.

3. WAJIB MENDAHULUKAN DOKTOR PEREMPUAN TERUTAMANYA DOKTOR ISLAM.

4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.

5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Selain itu, pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, apabila dalam keadaan isteri terlalu SAKIT sangat sehingga menyebabkan hilang punca dan tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting dan mustahak kerana suami perlu membuat keputusan berkaitan aurat dan maruah isteri.

2. Suami WAJIB menjaga dan memelihara aurat isteri ketika dalam wad, bilik bersalin (Labour Room) dan di lain-lain tempat.Antaranya seperti isteri tidak memakai tudung, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu bayi dalam keadaan suasana terbuka sehingga orang lain boleh nampak aurat dada isteri dan perlu di ingatkan ada juga staff lelaki yang mana tugasnya memberi makanan kepada pesakit di dalam wad.

3. WAJIB, WAJIB, dan WAJIB ada MAHRAM yang menemani isteri ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka.

> Pertama SUAMI
> kedua SAUDARA PEREMPUAN
> ketiga jururawat perempuan

* Di hospital kerajaan, biasanya terdapat doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih lelaki yang berada di dalam bilik bersalin. Ingat peranan anda sebagai suami. Apa yang lebih penting : Menjaga aurat isteri atau doktor pelatih?


p/s : Semoga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH isteri kita semua untuk proses kelahiran yang seterusnya. Bagi yang telah berlaku dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya maka bertaubat dan muhasabah diri. Insya Allah, DIA Maha Pengampun.




Ahad, 1 Disember 2013

M 129 : AURAT DAN FACEBOOK

F - Fahamkan dulu apa itu aurat.

A - Aurat itu dari segi bahasa ialah keaiban, atau makna dari istilah syarak ialah; bahagian-bahagian pada anggota badan yang wajib ditutup.

C - Ciri-ciri orang yang telah sempurna menutup auratnya ialah melabuhkan pakaian (yakni pakaian itu bukanlah pakaian yang ketat) supaya ia bukan saja menutupi kulit, malah untuk mengelakkan supaya tidak terdedah rupa bentuk badannya. Pastikan pakaian yang dipakai itu tidak nipis dan boleh menampakkan bayang bentuk badan semasa dikenakan cahaya di belakangnya.

E - Elok sekali sekiranya gadis-gadis memakai pakaian yang tidak berwarna cerah sehingga mampu menarik perhatian ajnabi, maka pakaian labuh yang berwarna hitam atau gelap adalah yang paling sesuai. Jangan bertabarruj (yakni berlebih-lebihan), jangan mengikat sanggul terlalu besar atau tinggi. Jangan memakai pakaian yang menyerupai lelaki.

B - Bukan saja wanita, lelaki juga wajib menutupi auratnya, setidak-tidaknya menutup dari paras atas pusat sehingga ke bawah lutut. Seelok-eloknya, ikutlah adab, pakai pakaian yang sopan dan elakkan memakai pakaian yang boleh menjolok mata.

O - Orang yang boleh diperlihatkan aurat kita tanpa seurat benang hanyalah suami/isteri sahaja. Namun adalah lebih baik sekiranya ditutup aurat sekiranya tidak ada keperluan.

O - Orang yang boleh melihat aurat perempuan selain atas pusat dan bawah lutut ialah suaminya (namun suami boleh melihat lebih daripada itu) ayah, ibu, adik beradik, datuk, nenek, anak-anak kandungnya, anak-anak tirinya.


K - Kalau boleh, pakailah niqab bagi perempuan. Itu adalah pakaian taqwa, sunnah, dan pernah diamalkan oleh para isteri Nabi dan isteri-isteri para sahabat. Jika tidak mampu, pakailah sekadar menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, azamkan untuk memakai niqab suatu hari nanti. In syaa ALLAH. 





Ahad, 16 Disember 2012

K 77 Bertudung yang mengundang azab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Bismillahirrahmanirrahiim

Wahai Saudariku, Kami Mengingatkan Sebuah Pesan dari Nabi Kita, MUHAMMAD SHALALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM tentang Hijab. Jangan Menyesal Kelak di Hari Kiamat, Bila Anda Tidak Mahu Membaca dan Mentaati nasihat ini…

1. Azab Buat Perempuan Yang Membuka Rambut Kepalanya selain Suaminya adalah : Rambutnya akan digantung dengan api Neraka Sehingga Mendidih Otaknya Dan ini terjadi sampai berapa lama ia di dunia semasa hidupnya belum menutup rambut kepalanya.

2. Perempuan Yang Suka Berpakaian Seksi dan Menonjolkan dadanya adalah :
“Digantung dengan rantai api neraka di mana dada dan pusatnya diikat dengan api neraka serta betis dan pahanya diberikan panggangan seperti manusia memanggang kambing di dunia dan api neraka ini sangat memedihkan perempuan ini. “

3. Azab Buat Perempuan Yang Suka Menjadi Penggoda dan Berusaha Menggairahkan lelaki lain dengan tubuhnya yang aduhai adalah “Perempuan Ini Mukanya Akan Menghitam Dan Memakan Isi Perutnya Sendiri.”
( Hadits Diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim )

{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا }

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”

(QS. At Tahriim: 8)





Jumaat, 21 September 2012

I 22 TUTUP AURAT KEWAJIPAN AGAMA YANG DIPANDANG REMEH

CORAK pakaian yang menjolok mata sering menjadi pilihan golongan muda untuk berhias dan berfesyen. Tanpa segan silu, ada yang mengenakan skirt pendek hingga ke panggal peha, mendedahkan bahagian dada dan tak kurang juga yang berbaju sendat sehingga menampakan bentuk badan yang menggiurkan.

Ramai orang Islam yang tak menyedari bahawa menutup aurat hukumnya wajib sama seperti menunaikan fardu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan dan berbagai-berbagai kewajipan agama yang lain. Kewajipan ini jelas dinyatakan oleh Allah SWT di dalam kitab suci al-Quran dan hadis-hadis yang direkodkan daripada Nabi Muhammad SAW. Bahkan seluruh ulama salaf dan khalaf bersepakat mengatakan menutup aurat hukumnya wajib dan mendedahkannya dikira berdosa tanpa ada yang mengingkarinya.

Bagi yang tidak mengetahui, dalil kewajipan itu boleh dirujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
( Surah al-Ahzab, 59).

Begitu pula di dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang maksudnya

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
( Surah al-Nur:31)


Manakala bukti tegahan mendedahkan aurat daripada sabda Nabi Muhammad SAW pula boleh dirujuk kepada teguran Nabi Muhammad SAW terhadap Asma’ yang berpakaian nipis ketika datang bertemu Nabi SAW, sambil membelakanginya Nabi Muhammad SAW bersabda Wahai Asma’ Sesungguhnya seorang wanita apabila telah cukup umur (telah baligh), tidak boleh dilihat daripadanya, kecuali ini dan ini, seraya Baginda SAW menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya. Jika hanya dengan berpakaian nipis sahaja sudah ditegah lalu bagaimana pula dengan realiti pakaian segelintir masyarakat Islam hari ini.


Sehubungan dengan itu setiap individu muslim perlu menginsafi diri dan berbuat sesuatu berlandaskan peraturan agama. Elakkan daripada mengamalkan budaya ikut-ikutan dengan meniru gaya dan corak berpakaian orang lain yang tidak berlandaskan kepada prinsip hidup beragama.

Lebih daripada itu, setiap muslim wajib memiliki sifat malu sebagai pendinding untuk menangkis serangan bertubi-tubi musuh Islam daripada berbagai penjuru yang ditujukan terutamanya kepada golongan belia Islam agar mereka jauh daripada pegangan agama yang sebenarnya.

Keengganan umat Islam mentaati perintah menutup aurat, mendedahkan diri mereka kepada gejala-gejala buruk yang tidak diingini seperti kemungkinan dirogol, diraba ditindas secara seksual dan lain sebagainya. Mereka juga bakal berhadapan dengan hukuman berat yang disediakan Allah SWT di hari akhirat kelak, akibat menggabaikan perintahNya.
Nabi Muhammad SAW direkodkan pernah bersabda YANG BERMAKSUD :

“Ada 2 kelompok penghuni neraka yang tidak pernah kulihat, satu kaum ditangannya cambuk-cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Manakala kelompok yang lain daripada kalangan wanita yang bertelanjangan, jalannya menggoda, rambutnya pula menggunung seperti unta yang sedang berjalan. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya. Padahal bau syurga itu dihidu daripada jauh perjalanan lima ratus tahun.”
(Hadis riwayat Imam Muslim) 

Perlu diingat bahawa perintah menutup aurat bukan sahaja ditujukan kepada wanita malahan juga kepada lelaki. Kitab-kitab fekah sedia menjelaskan tentang perkara ini. Menurut ulamak Mazhab Shafie aurat lelaki ialah di antara pusat dan lutut manakala aurat wanita adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan yang harus didedahkan kerana ia biasa digunakan ketika bekerja.

Justeru itu segala perintah agama dan larangannya harus menjadi tonggak dalam kehidupan masyarakat Islam, jika mahu mengecapi kejayaan hidup sebenar, dunia dan akhirat. Apalah erti iman jika hanya membenarkan dalam hati dan mengucapkan dengan lidah tanpa dibuktikan dengan pelaksanaan segala perintahnya.



Rabu, 8 Ogos 2012

F 111 BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG

Saat ini sangat berbeda dengan beberapa tahun silam. Sekarang para wanita sudah banyak yang mulai membuka aurat. Bukan hanya kepala yang dibuka atau telapak kaki, yang di mana kedua bahagian ini wajib ditutupi. Namun, sekarang ini sudah banyak yang berani membuka paha dengan memakai celana atau rok setinggi betis.Ya Allah, kepada Engkaulah kami mengadu, melihat kondisi zaman yang semakin rosak ini. Kami tidak tahu beberapa tahun mendatang, mungkin kondisinya akan semakin parah dan lebih parah dari saat ini. Mungkin beberapa tahun lagi, berpakaian ala barat yang transparan dan sangat mempamerkan aurat akan menjadi budaya kaum muslimin. Semoga Allah melindungi keluarga kita dan generasi kaum muslimin dari musibah ini.

Tanda Benarnya Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”
(HR. Muslim no. 2128)

Hadits ini merupakan tanda mukjizat kenabian. Kedua golongan ini sudah ada di zaman kita saat ini. Hadits ini sangat mencela dua golongan semacam ini. Kerosakan seperti ini tidak muncul di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana sucinya zaman beliau, namun kerosakan ini baru terjadi setelah masa beliau hidup (LihatSyarh Muslim, 9/240 dan Faidul Qodir, 4/275). Wahai Rabbku. Dan zaman ini lebih nyata lagi terjadi dan kerosakannya lebih parah.

Saudariku, Fahamilah makna ‘kasiyatun ‘ariyatun’
An Nawawi dalam Syarh Muslim ketika menjelaskan hadits di atas mengatakan bahawa ada beberapa makna kasiyatun ‘ariyatun.

Makna pertamawanita yang mendapat nikmat Allah swt, namun enggan bersyukur kepada-Nya.

Makna keduawanita yang mengenakan pakaian, namun kosong dari amalan kebaikan dan tidak mau mengutamakan akhiratnya serta enggan melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Makna ketigawanita yang menyingkap sebagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya. Inilah yang dimaksud wanita yang berpakaian tetapi telanjang.

Makna keempatwanita yang memakai pakaian tipis sehingga nampak bagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang. (Lihat Syarh Muslim, 9/240)

Pengertian yang disampaikan An Nawawi di atas, ada yang bermakna konkrit dan ada yang bermakna maknawi (abstrak). Begitu pula dijelaskan oleh ulama lainnya sebagai berikut.


Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah mengatakan, “Makna kasiyatun ‘ariyatun adalah para wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menggambarkan bentuk tubuhnya, pakaian tersebut belum menutupi (anggota tubuh yang wajib ditutupi dengan sempurna). Mereka memang berpakaian, namun pada hakikatnya mereka telanjang.” (Jilbab Al Mar’ah Muslimah, 125-126)

Al Munawi dalam Faidul Qodir mengatakan mengenai makna kasiyatun ‘ariyatun, “Kenyataannya memang wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya dia telanjang. Karena wanita tersebut mengenakan pakaian yang tipis sehingga dapat menampakkan kulitnya. Makna lainnya adalah dia menampakkan perhiasannya, namun tidak mau mengenakan pakaian takwa. Makna lainnya adalah dia mendapatkan nikmat, namun enggan untuk bersyukur pada Allah swt. Makna lainnya lagi adalah dia berpakaian, namun kosong dari amalan kebaikan. Makna lainnya lagi adalah dia menutup sebagian badannya, namun dia membuka sebagian anggota tubuhnya (yang wajib ditutupi) untuk menampakkan keindahan dirinya.” (Faidul Qodir,4/275)

Hal yang sama juga dikatakan oleh Ibnul Jauziy. Beliau mengatakan bahwa maknakasiyatun ‘ariyatun ada tiga makna.

Pertama: wanita yang memakai pakaian tipis, sehingga nampak bagian dalam tubuhnya. Wanita seperti ini memang memakai jilbab, namun sebenarnya dia telanjang.

Kedua: wanita yang membuka sebagian anggota tubuhnya (yang wajib ditutup). Wanita ini sebenarnya telanjang.

Ketiga: wanita yang mendapatkan nikmat Allah swt, namun kosong dari syukur kepada-Nya. (Kasyful Musykil min Haditsi Ash Shohihain, 1/1031)

Kesimpulannya adalah kasiyatun ‘ariyat dapat kita maknakan: wanita yang memakai pakaian tipis sehingga nampak bagian dalam tubuhnya dan wanita yang membuka sebagian aurat yang wajib dia tutup.

Tidakkah Engkau Takut dengan Ancaman Ini
Lihatlah ancaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Memakaian pakaian tetapi sebenarnya telanjang, dikatakan oleh beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, “wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”

Perhatikanlah saudariku, ancaman ini bukanlah ancaman biasa. Perkara ini bukan perkara sepele. Dosanya bukan hanya dosa kecil. Lihatlah ancaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas. Wanita seperti ini dikatakan tidak akan masuk syurga dan bau syurga saja tidak akan dicium. Tidakkah kita takut dengan ancaman seperti ini?

An Nawawi rahimahullah menjelaskan maksud sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: ‘wanita tersebut tidak akan masuk syurga’. Inti dari penjelasan beliau rahimahullah:
Jika wanita tersebut menghalalkan perbuatan ini yang sebenarnya haram dan diapun sudah mengetahui keharaman hal ini, namun masih menganggap halal untuk membuka anggota tubuhnya yang wajib ditutup (atau menghalalkan memakai pakaian yang tipis), maka wanita seperti ini kafir, kekal dalam neraka dan dia tidak akan masuk syurga selamanya.


Dapat kita maknakan juga bahwa wanita seperti ini tidak akan masuk syurga untuk pertama kalinya. Jika memang dia ahlu tauhid, dia nantinya juga akan masuk syurga.Wallahu Ta’ala a’lam. (Lihat Syarh Muslim, 9/240)

Jika ancaman ini telah jelas, lalu kenapa sebagian wanita masih membuka auratnya di khalayak ramai dengan memakai rok hanya setinggi betis? Kenapa mereka begitu senangnya memamerkan paha di depan orang lain? Kenapa mereka masih senang memperlihatkan rambut yang wajib ditutupi? Kenapa mereka masih menampakkan telapak kaki yang juga harus ditutupi? Kenapa pula masih memperlihatkan leher?!
Sadarlah, wahai saudariku! Bangkitlah dari kemalasanmu! Taatilah Allah dan Rasul-Nya! Mulailah dari sekarang untuk merubah diri menjadi yang lebih baik ….
Baca artikel selanjutnya “Syarat-syarat Pakaian Muslimah yang Sempurna.”

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel http://rumaysho.com

Khamis, 5 Julai 2012

A 14 AURAT WANITA



Aurat wanita dari firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan hadis-hadis NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, "RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." 
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
(An-Nur: 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
(An-Nur : 31)

5. Gigi

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
Riwayat At-Thabrani,

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan ALLAH."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan

Asma binti Abu Bakar telah menemui RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dengan memakai pakaian yang tipis.

Sabda NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud :

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."
(An Nur : 31)

Sabda NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud :

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
(Al Ahzab: 32)

Sabda NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud :

"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka ALLAH akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."
(An Nur : 31)

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan ALLAH."
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang." 
(Al Ahzab : 59)

12. Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." 

Riwayat Bukhari dan Muslim.