Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label DUNIA AKHIR ZAMAN - KONSPIRASI DUNIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUNIA AKHIR ZAMAN - KONSPIRASI DUNIA. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Disember 2018

T 30 : SEDARLAH DUNIA DI AMBANG AKHIR ZAMAN


Pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump jelas menggambarkan dunia kini berada di ambang akhir zaman.
Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, penaklukan Baitulmaqdis oleh Israel  benar-benar membuktikan bahawa zaman ini sudah berada di penghujungnya. "Bukti utamanya ialah umat Islam begitu lemah sekali, meskipun ramai bagai buih di lautan tetapi tidak berdaya mempertahankan sebuah negara kecil seperti Palestin.
"Lihatlah sebuah negara kerdil seperti Palestin tidak dapat dipelihara daripada cengkaman Trump, Zionis dan Israel," katanya kepada Sinar Harian.
Bahkan menurut beliau lagi, dalil kedua yang memaparkan kita sedang berdepan petanda akhir zaman ialah umat Islam bertelagah sesama sendiri.
"Tiada lagi perpaduan dalam memperjuangkan agama Islam, ini agama ALLAH.
"Buktinya, perbalahan yang berlaku di Syria, Yaman dan Libya jelas menunjukkan orang Islam tidak kuat," jelasnya.
Mohd Izhar Ariff berkata, al Quran menyebut kekuatan kamu akan hilang apabila perbalahan menyelubungi umat Islam.
"Puncanya Palestin jadi satu objek mainan, isu ini diambil mudah oleh umat Islam sehingga ia terlepas kepada Israel dan Trump.
"Sepatutnya pemimpin-pemimpin negara Islam seluruh dunia bukan sahaja Malaysia menyuarakan kelantangan dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan ini sebagai sangat zalim dan tidak adil. Tindakan mereka jelas kuku besi dan kini Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sedang membincangkan isu ini," katanya.
Bukan itu sahaja, menurutnya, umat Islam seluruh dunia diseru menyatakan bantahan di laman-laman sosial anti-Israel dan mereka tidak sepatutnya mengambil hak rakyat Palestin.

FAIRUZ JUMAIN, RIDUAN ASHAHA, JANATUL FIRDAUS
19 DISEMBER 2017



Isnin, 26 Mei 2014

R 26 : KONSPIRASI DUNIA – HAARP DAN BLUE BEAM PROJECT

HAARP
Gempa bumi. Banjir. Tsunami. Hujan.
Bagaimana sekiranya anda boleh mengawal cuaca dunia seperti yang di atas? Bukan sahaja anda dapat mengawal cuaca tersebut, malah anda dengan tepat boleh mengawal bila, di mana dan bagaimana besar impaknya ke atas penduduk bumi secara amnya dan penduduk sesebuah negara itu secara khususnya.
Bagaimana jika aku katakan gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala richter yang menggegarkan Jepun dan menyebabkan tsunami pada 11 Mac 2011 yang lepas adalah perbuatan manusia itu sendiri? Bagaimana pula jika dengan ekstremnya aku menyatakan hujan yang turun adalah dari perbuatan manusia itu sendiri? Mustahil bukan? Hakikatnya tidak mustahil bagi manusia yang sememangnya gila akan kuasa sehinggakan cuaca dunia pun mahu dikawalnya.
Mungkin akan kedengaran suara sumbang yang bakal menyangkal konspirasi ini kerana kalimah Allah ‘kun-fa-ya-kun’ -’ jadi, maka jadilah ia’. Pada aku, memang benar tsunami yang melanda negara matahari terbit pada waktu itu adalah ‘kun-fa-ya-kun’ Allah tetapi ‘kun-fa-ya-kun’ yang menyatakan itu adalah dari perbuatan manusia itu sendiri dengan berbekalkan teknologi HAARP yang berada di dalam tangan orang-orang tertentu dengan propaganda mereka yang tertentu untuk kalian fikirkan.
Apakah itu HAARP? Siapakah empunya HAARP ini? Bilakah bermulanya projek HAARP ini? Di manakah terletaknya senjata canggih serba moden ini? Bagaimanakah fungsi HAARP ini sehinggakan cuaca dunia boleh diubah sesuka-hati? Mungkinkah ada kaitannya HAARP ini dengan Dajjal?

APAKAH HAARP?
HAARP adalah ringkasan daripada High-Frequency Active Auroral Research Project.

HAARP di Alaska

Ianya adalah satu program penyelidikan ionosfera yang dibiayai bersama oleh Tentera Udara AS, Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Universiti Alaska, dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
HAARP terletak di Alaska, Amerika Syarikat. Lebih tepatnya lagi HAARP berada di Gakona, Alaska (latitude : 62.39, longitude : 145,15) yang terletak di barat Taman Nasional Wrangell-Saint Elias.
Kerja Stesen HAARP bermula pada tahun 1993. Kerja semasa IRI telah siap pada tahun 2007, dan kontraktor utama adalah BAE Systems Advanced Technologies. Pada 2008, HAARP telah menelan belanja sekitar AS $ 250 juta dalam kos pembinaan. Operasinya dibiayai oleh cukai dan dibina oleh BAE Advanced Technologies (BAEAT).
Walaupun HAARP ini didakwa hanya berfungsi untuk menganalisis ionosfera dan mengenalpasti potensi untuk membangunkan teknologi peningkatan ionosfera untuk komunikasi dan pengawasan, para pemerhati dan spekulator sememangnya 110% tidak pernah bersetuju dengan operasi yang mereka dakwa mereka jalankan.
Sekiranya HAARP ini adalah satu kajian untuk menganalisis ionosfera, mengapa HAARP ini perlu berada di bawah kawalan dan pengawasan Tentera Udara AS, Tentera Laut Amerika AS dan DARPA?  Mengapa bukan di bawah kawalan dan pengawasan sebuah badan tertentu yang terkecuali daripada badan-badan ketenteraan tersebut? Ternyata, mereka mempunyai agenda yang tersembunyi di dalam menjayakan New World Order atau One World Government yang fasa pertamanya telah bermula pada tahun 1990.
Pada asasnya, HAARP diambil dari sebuah model alat pengesan minyak mentah di bawah laut. Apabila satu gelombang dipancarkan ke dasar laut dan satu bunyi yang tertentu yang dikenali sebagai note dipantulkan kembali ke atas, para peneroka laut dapat mengetahui apakah yang berada di dasar laut itu seperti minyak mentah dll. Perkara sedemikian dapat dicapai dengan hanya menggunakan gelombang yang sangat kecil dan sama sekali tidak mengganggu persekitaran di bawah laut.

Antenna IRI HAARP

Berlainan pula dengan HAARP. Yang mana model alat pengesan minyak mentah tadi diolah menjadi sebuah alat penembak angkasa dengan menggunakan gelombang frekuensi radio rendah mahupun tinggi. Sejumlah 180 antenna IRI yang mampu mengeluarkan gelombang frekuensi radio antara 2.8Mhz hingga 10Mhz. Kalian buatlah perkiraan sendiri berapa besar gelombang yang dapat dihasilkan apabila antenna itu dihidupkan untuk berfungsi pada frekuensi tertinggi dan didarab dengan 180 buah antenna.

BAGAIMANA HAARP BERFUNGSI?

Gambaran ringkas bagaimana HAARP berfungsi

Gelombang yang dijana dari stesen HAARP akan dipancarkan ke bahagian yang tertentu pada bahagian ionosfera di mana-mana bahagian di dalam dunia. Gelombang tersebut seterusnya akan mengganggu kestabilan ionosfera dan menyebabkan akan berlakunya penolakan ke arah luar bumi. Lapisan ionosfera yang terganggu tadi secara semulajadinya akan kembali ke keadaan asal. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya satu penolakan gelombang semula ke muka bumi. Gelombang inilah yang akan menyebabkan kerosakan ke atas muka bumi sama ada dalam bentuk tsunami, gempa bumi dll.
Sekiranya mereka ingin membentuk tsunami seperti yang berlaku di Jepun, mereka hanya perlu halakan gelombang tersebut ke arah laut kerana gelombang tersebut akan membelah permukaan laut dan seterusnya menyebabkan gempa di bawah laut. Maka terhasillah tsunami. Bagi menghasilkan bencana alam atau cuaca yang mereka ingini, mereka hanya perlu menggunakan frekuensi yang berlainan dan memancarnya ke arah ionosfera pada tempoh yang tertentu bagi mendapatkan impak yang mereka ingini. Mudah, bukan?

TSUNAMI

Siapa boleh melupakan tsunami yang melanda negara Jepun pada 11 Mac 2011? Seluruh dunia menyaksikan bagaimana sebelah timur Jepun dimamah lautan yang datang meluru ke arah mereka dan penduduk tempatan hanya mampu melihat harta benda mereka dimusnahkan sekelip mata. Bagaimana jika aku katakan tsunami tersebut adalah satu perbuatan laknat yang dirancang dan moderatornya adalah HAARP ini sendiri?
Untuk pengetahuan kalian, HAARP di Genoa, Alaska memiliki website mereka sendiri dan di situ terdapat pengkalan data bila mana HAARP ini dihidupkan. Dari pengkalan data itulah aku membentuk sebuah unjuran yang tidak seberapa bagi menunjukkan stesen itu tidak berapa aktif beberapa hari sebelum 11 Mac 2011. Tetapi 48 jam sebelum tsunami Jepun, stesen ini mula beroperasi secara aktif dengan melancarkan gelombang secara konsisten.

Unjuran data operasi stesen HAARP pada Mac 2011 (sila klik rajah di atas untuk lebih jelas)

Sekiranya anda percaya bahawa unjuran ini aku sengaja ada-adakan, kalian sendiri boleh ke website tersebut di sini dan klik pada bahagian inductionmagnetometer yang datanya sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa sama ada stesen ini beroperasi ataupun tidak dan aku percaya kalian anda dapati data yang dilihat seperti di atas,  masih lagi berada di sana.
Sekiranya kalian mempunyai tahap ingin tahu yang cukup tinggi, aku percaya kalian akan mencari semula pengkalan data bagi kes-kes tsunami yang berlaku seperti di Aceh (2006), China (2008) dan Haiti (2010).
Kata-kata pedas daripada Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez yang mengaitkan HAARP dengan gempa bumi Haiti 2010 langsung tidak dijawab oleh Barack Obama. Begitu juga kritikan daripada media dan saintis daripada China yang mendakwa HAARP telah mencetus gempa bumi yang kuat di Sichuan, China pada 2008. Antara percaya atau tidak, nama-nama besar seperti Hugo Chavez sendiri telah percaya Amerika Syarikat sedang berusaha mewujudkan satu teknologi yang sangat memberhaya kepada umat manusia seluruh dunia.

MEMPENGARUHI PEMIKIRAN MANUSIA

Konspirator juga percaya  HAARP juga boleh digunakan sebagai senjata bagi memanipulasi pemikiran manusia dengan mengirimkan extremely low frequency (ELF) radiation ke otak manusia, HAARP dikatakan boleh mengawal emosi dan perasaan manusia. Untuk lebih jelasnya, lihat teori di bawah:

Pada dasarnya otak besar manusia bekerja pada 1-30 pulse/sec-nya. Dan dalam putaran perdetiknya, terdapat frekuensi hertz. 
·         Delta (1-4/sec), Keadaan tidur
·         Theta (4-7/sec), Keadaan mengantuk atau baru bangun
·         Alpha (7-12/sec), Keadaan Normal dan belajar
·         Beta (tak terhitung), Keadaan Marah atau sedang dalam emosi yang tinggi

Keupayaan stesen HAARP bagi menggunakan gelombang berfrekuensi rendah masih lagi di bawah pengawasan para pemerhati dan mereka percaya dalang-dalang di sebaliknya mempunyai misi dan visi yang tersendiri.
Pada hemat aku, Illuminati, Secret Societies dan Freemason adalah di antara dalang yang dikatakan mempunyai minat yang mendalam dalam minda kawalan ini kerana mereka ingin mewujudkan sebuah dunia tanpa Tuhan dan mempercayai akan kehadiran Dajjal (The False Messiah) adalah penyelamat sebenar.
Mengapa aku katakan mereka-mereka seperti yang di atas? Kerana mereka adalah penyembah syaitan laknatullah dan syaitan itu sememangnya ingin membawa bersama umat manusia seluruhnya ke dalam neraka Jahanam. Aku percaya, syaitan telah menyuruh mereka buat segala sesuatu yang berada di dalam dunia pada waktu ini dengan memberi jaminan kepada penyembahnya bahawa mereka akan memperoleh kekayaan, kuasa dan pengawalan sepenuhnya ke atas manusia di dalam dunia ini. Wallahu’alam.

Bagaimana mereka ingin membuat manusia percaya bahawa penyelamat palsu itu adalah penyelamat sebenar?

Di sinilah Project Blue Beam memainkan peranannya.

BLUE BEAM PROJECT

Blue Beam Project adalah projek rahsia yang melibatkan NASA dan Perikatan Bangsa-Bangsa. Terdiri dari sebuah rencana yang melibatkan empat langkah untuk menciptakan sandiwara-buatan mengenai “Kedatangan Kedua Jesus/Isa A.S ke bumi” (second coming of Jesus/Isa A.S) untuk mendirikan sebuah “satu agama dunia” yang dikendalikan oleh New World Order. Pertama kali dilaporkan ke pengetahuan awam pada tahun 1994 oleh Serge Monast, seorang wartawan Kanada.
Serge Monast dan teman wartawannya, meneliti Blue Beam Project, meninggal kerana “serangan jantung” dalam selang beberapa minggu antara satu sama lain, meskipun keduanya tidak memiliki catatan memiliki penyakit jantung. Ketika itu Serge sedang berada di Kanada dan rakan wartawan Kanada beliau sedang berkunjung Ireland.
Sebelum kematiannya, pemerintah Kanada menculik anak perempuan Serge dalam usaha mencegahnya untuk terus melakukan penelitian ke atas Project Blue Beam. Sehingga kini, anak perempuannya tidak pernah kembali.
Persoalannya, adakah Serge Monast tahu terlalu banyak mengenai sesuatu yang beliau dan dunia tidak patut tahu sehingga mulut beliau terpaksa ditutup dengan cara membunuhnya? Sudah pasti ada sesuatu yang ‘mereka’ ingin sembunyikan dari pengetahuan umum.
Blue Beam Project adalah projek rahsia NASA, di mana dengan menggunakan teknologi canggih seperti HAARP dengan alat ini mereka akan menciptakan sandiwara yang sangat canggih untuk menipu umat dunia.

Mereka akan mensimulasikan turunnya Jesus/Isa A.S ke bumi, tapi sebelum itu mereka juga akan mensimulasikan serangan UFO ke bumi terlebih dahulu dengan bertujuan membuat masyarakat ketakutan sehingga mereka amat mengharapkan seorang penolong. Di sinilah penyelamat palsu akan turun (Dajjal) dan akan berpura-pura menjadi penyelamat mereka.
Dajjal akan menyuruh manusia untuk bersatu menjadi satu pemerintahan (One World Government). Dajjal seterusnya akan mengaku sebagai Messiah, dan mengakui dirinya sebagai Tuhan dan menyuruh manusia untuk menyembahnya(One World Religion)
Ditambah pula dengan teknologi HAARP yang boleh mengawal pemikiran, emosi dan perasaan manusia, sehingga seakan-akan manusia di seluruh dunia merasa sedang berhadapan langsung dengan Tuhannya.
Seperti sebuah cerita dongeng bukan? Tetapi memang itulah yang mereka harapkan dengan meyakinkan umat manusia bahawa senario itu benar-benar terjadi. Walhal itu semua hanyalah satu pembohongan dan keadaan yang hanya direka semata-mata. Salah satu cara bagi memastikan kejayaan semua program dari golongan hitam selama ini adalah; membuat seakan-akan semua itu tidak mungkin dan hanya angan-angan kosong, baik di bidang ekonomi, politik, ideologi, sosial, budaya dan pertahanan serta keamanan. Tetapi lihatlah, hampir kesemua program dan projeknya untuk mengambil-alih dunia hampir berjaya dan hampir ke penghujungnya.
Yang mana pada penghujungnya, kesemua umat Islam tahu bahawa negara haram Israel akan menjadi negara dominan di dalam dunia sekali lagi selepas zaman Nabi Sulaiman a.s. Bukan lagi England, bukan lagi Amerika Syarikat. Lihat sahaja apa yang berlaku di sekeliling tanah Arab pada waktu ini. Bermula di Tunisia dan kini di Syria. Satu persatu akan dijatuhkan bagi membolehkan negara haram Israel bangun sebagai kuasa besar dunia.

KESIMPULAN

Bagi yang merasa hairan apakah hubungannya antara Dajjal, HAARP dan Blue Beam Project? Semua ini adalah agenda bagi menjayakan pembentukan New World Order. Di mana pelaksana agenda ini adalah orang-orang yang menyembah iblis/Lucifer.
Dan Iblis mempersiapkan rencananya dengan baik untuk menyesatkan manusia dengan bekerjasama dengan para pemujanya, iaitu dengan mempersiapkan kedatangan Dajjal/Anti-Christ di muka bumi agar semua manusia tidak menyembah Allah tapi menyembah sang Dajjal.


“Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau lindungilah aku, ahli keluargaku, saudara-maraku, sahabat-handaiku, kawan-kawanku, serta semua muslimin dan muslimat di dalam dunia Mu ini daripada fitnah semasa kami hidup, daripada fitnah sesudah kami mati, lindungilah diri kami dari seksa api neraka Jahanam Mu, Ya Allah dan Engkau lindungilah kami dari fitnah Dajjal.”



R 24 : ROTSCHILD – BAHAGIAN 2

1806: Napolean mengeluarkan kenyataan bahawa objektif utamanya adalah menggulingkan pemerintahan Hess-Cassel.
Sebaik mendengar kenyataan tersebut, Putera William IX dari Hesse-Hanau meninggalkan German dan pergi ke Denmark. Dia meninggalkan sejumlah hartanya yang bernilai $3,000,000 kepada Mayer Amschel Rotschild untuk disimpan.
Nathan Mayer Rotschild berkahwin dengan Hannah Barent Cohen, yang berasal dari keluarga yang amat kaya dalam dunia perniagaan di London.
1808: Lionel Nathan de Rotschild, anak lelaki pertama Nathan Mayer Rotschild dilahirkan.
1810: Sir Francis Baring dan Abraham Goldsmid mati. Ini menjadikan Nathan Mayer Rotschild sebagai satu-satunya ahli perbankan terbesar yang berada di England.
Salomon Mayer Rotschild pergi ke Vienna, Austria dan menubuhkan bank M. von Rotschild und Sohne.
1811: Piagam perjanjian Rotschild Bank of the United States telah tamat tempoh dan Kongres mengundi untuk tidak memperbaharui piagam tersebut. Nathan Mayer Rotschild tidak berganjak dan menyatakan:
“Sama ada permohonan memperbaharui piagam perjanjian tersebut diluluskan, atau Amerika Syarikat akan menyaksikan diri mereka terlibat dengan peperangan yang amat dahsyat’.
Walau bagaimanapun, pihak Amerika Syarikat tetap tidak meluluskan permohonan tersebut dan ini menyebabkan Nathan Mayer Rotschild mengeluarkan satu lagi kenyataan berbaur ugutan:
“Amerika yang kurang ajar harus diajar. Bawa mereka kembali ke era penjajahan.”
1812: Dengan sokongan kewangan Rotschild, dan atas arahan Nathan Mayer Rotschild, British mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat. Rancangan Rotschild adalah untuk menyebabkan Amerika Syarikat berada di dalam bebanan hutang yang tinggi di dalam peperangan ini. Yang mana pada akhirnya, mereka (AS) terpaksa menyerah kalah kepada Rotschild dan piagam perjanjian Rotschild bagi memperoleh pegangan penuh terhadap First Bank of the United States terpaksa diperbaharui.
Mayer Amschel Rotschild mati. Di dalam wasiat yang ditinggalkannya, dia telah mengeluarkan beberapa undang-undang yang spesifik kepada keluarganya untuk dipatuhi, iaitu:

1) Semua kedudukan penting di dalam perniagaan keluarga hanya dimiliki oleh ahli keluarga sahaja

2) Hanya ahli keluarga dari kalangan lelaki sahaja yang dibenarkan untuk menyertai peniagaan keluarga

3) Ahli keluarga dikehendaki mengahwinkan sepupu dan dua-pupu bagi mengekalkan harta dari kalangan keluarga sahaja (daripada 18 perkahwinan oleh cucu Mayer Amschel Rotschild, 16 daripadanya adalah daripada hasil perkahwinan sepupu dan dua-pupu – satu kaedah yang dipanggil inbreeding)

4) Segala inventori awam dan harta pusakanya tidak perlu disiarkan

5) Tiada tindakan undang-undang yang dikenakan berhubung dengan nilai harta pusaka yang ditinggalkan

6) Anak sulung lelaki daripada anak sulung lelaki hendaklah dijadikan sebagai ketua keluarga (melainkan apabila majoriti ahli keluarga tidak bersetuju melantiknya)
Berikutan kematian Mayer Amschel Rotschild, Nathan Mayer Rotschild telah dipilih menjadi ketua keluarga bagi menghormati wasiat ke-6 yang ditinggalkan bapanya.
Jacob (James) Mayer Rotschild berhijrah ke Paris, Perancis untuk menubuhkan bank de Rothschild Frères.
Nathaniel de Rotschild, menantu kepada Jacob (James) Mayer Rotschild dilahirkan.

1814: Berhubung dengan harta Putera William IX Hesse-Hanau yang berjumlah $3,000,000 yang mana dia telah amanahkan kepada Mayer Amschel Rotschild untuk menjaganya, dan apa yang terjadi seterusnya, kita perlu merujuk kepada Jewish Encyclopaedia, Edisi1905, Volum 10, muka surat 494 yang menyatakan:
“Menurut lagenda, wang tersebut disembunyikan di dalam tong-tong arak dan telah berjaya melepasi carian askar-askar Napoleon apabila mereka memasui Frankfurt, dan pada tahun 1814, wang tersebut masih lagi di dalam tong-tong arak yang sama, apabila Putera William IX Hesse-Hanau kembali ke German. Fakta-fakta tersebut nampak kurang romantik dan lebih kepada praktikal.”
Ayat terakhir dengan jelas menyatakan duit tersebut tidak pernah dikembalikan oleh Rotschild kepada Putera William IX Hesse-Hanau. Ensiklopedia tersebut seterusnya menyatakan:
“Nathan Mayer Rotschild melaburkan $3,000,000 dalam emas daripada Syarikat India Timur dan mengetahui ia akan diperlukan bagi kempen semenanjung Wellington.”
Hasil daripada wang pencurian tersebut, Nathan membuat “tidak kurang daripada 4 (empat) keuntungan:

i) Pada penjualan kertas yang dibelinya pada 50 sen setiap dolar dan dipungut pada nilai tara Wellington;

ii) pada jualan emas untuk Wellington;

iii) ke atas pembelian semula;

iv) pada mengemukakannya ke Portugal.”

1815: Kelima-lima adik-beradik Rotschild bekerjasama membekalkan emas kepada pihak yang berperang dalam perang Wellington (melalui Nathan di England) dan tentera Napoleon (melalui Jacob di Perancis) dan mereka memulakan polisi memberi dana kepada kedua-dua belah pihak yang berperang. Keluarga Rotschild amat menyukai peperangan kerana peperangan merupakan penjana hutang secara besar-besar yang bebas risiko. Ini terjadi kerana mereka telah diberi jaminan oleh kerajaan negara tersebut, melalui usaha yang dilakukan oleh populasi yang menduduki negara tersebut, dan ia tidak menjadi masalah kepada negara yang kalah di dalam peperangan kerana pinjaman tersebut akan dibayar oleh negara yang menang di dalam peperangan itu.
Sementara mereka memberi dana kepada kedua-dua belah pihak yang berperang, mereka menggunakan bank mereka yang sedia ada di sekitar Eropah bagi membolehkan mereka untuk memulakan rangkaian perkhidmatan persuratan yang tiada tandingannya melalui jalan-jalan rahsia dan kurier yang cepat. Hantaran yang dibawa oleh kurier tersebut akan dibuka oleh pembawa kurier itu sendiri dan segala maklumat yang terkandung di dalamnya akan diberitahu kepada Rotschilds supaya mereka sentiasa berada satu langkah di hadapan peristiwa-peristiwa semasa.
Lebih-lebih lagi, kurier-kurier Rotschilds adalah merupakan satu-satunya usahawan yang dibenarkan untuk melepasi laluan antara England dan Perancis. Melalui kurier-kurier ini juga Nathan Mayer Rotschild sentiasa mendapatkan berita terkini mengenai apa yang terjadi di dalam peperangan supaya dia dapat menggunakan segala maklumat yang ada untuk membeli dan menjual stok-stok di dalam pasaran saham selari dengan maklumat yang diperoleh.
Salah seorang kurier Rotschilds bernama Rothworth. Apabila peperangan Battle of Waterloo telah dimenangi oleh pihak British, Rothworth dengan segera melalui jalan-jalan pintas rahsia yang ada dan berjaya menyampaikan berita tersebut kepada Nathan Mayer Rotschild 24 jam sebelum kurier kepunyaan Wellington tiba untuk menyampaikan berita tersebut.
Pada waktu itu, saham-saham British dipanggil consuls dan ianya diperdagangkan di atas lantai di dalam pertukaran pasaran saham. Nathan Mayer Rotschild mengarahkan kesemua pekerjanya mula menjual consuls. Mereka berjaya membuat kesemua pembeli-pembeli saham mempercayai bahawa pihak British telah kalah dalam peperangan tersebut dan mereka mula menjual saham mereka secara mendadak.
Oleh yang demikian, harga-harga saham mulai jatuh kepada nilai yang mana Nathan Mayer Rotschild secara rahsia mengarahkan pekerjanya membeli seluruh saham yang boleh mereka dapatkan pada waktu itu.
Apabila berita mengenai kemenangan British di dalam peperangan tersebut telah diumumkan, harga saham melambung lebih tinggi daripada harga asal sebelum peperangan tersebut berakhir membuatkan Nathan Mayer Rotschild memperoleh keuntungan 20 kepada 1 di dalam pelaburannya.
Perkara ini membuatkan keluarga Rotschild memperoleh kawalan sepenuhnya terhadap ekonomi British dan seterusnya berjaya memaksa British meluluskan permohonan untuk membuka Bank of England yang mana Nathan Mayer Rotschild menguasainya.
Menariknya, 100 tahun selepas itu, surat khabar New York Times mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar tersebut yang menyatakan cucu Nathan Mayer Rotschild pernah membuat permohonan bertulis kepada mahkamah untuk menghalang penerbitan sebuah buku yang mengandungi kisah di sebalik transaksi perdagangan yang berlaku pada waktu itu. Keluarga Rotschild mendakwa cerita tersebut adalah tidak benar dan sengaja diada-adakan. Tetapi mahkamah tidak mengendahkan permintaan keluarga tersebut dan mengarahkan keluarga itu membayar segala kos kepada mahkamah.
Kembali kepada tahun 1815, Nathan Mayer Rotschild membuat pernyataan terkenalnya yang berbunyi:
‘Aku tidak peduli siapa yang diletakkan di dalam takhta England untuk menguasai empayar yang padanya matahari tidak pernah tenggelam. Siapa yang mengawal bekalan duit Britain, dialah yang menguasai empayar British dan akulah yang mengawal bekalan duit British.’
Dia secara terbuka dengan bongkaknya menyatakan yang selama 17 tahun dia berada di England, dia telah berjaya memperoleh keuntungan sebanyak 2500 kali ganda kepada £50 juta daripada sejumlah £20,000 yang diberikan oleh ayahnya.
Keluarga Rotschild juga menggunakan Bank of England yang mereka kawal untuk menggantikan kaedah mengangkut emas dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain kepada penggunaan sistem debit dan kredit kertas, iaitu sistem bank yang digunakan pada hari ini dengan menggunakan kesemua lima bank mereka yang berada di Eropah.
Pada penghujung abad ini, satu tempoh yang dikenali sebagai Age of the Rotschilds yang mana dianggarkan keluarga ini mengawal separuh daripada seluruh kekayaan yang berada di seluruh dunia.
Walau bagaimana pun, tidak semuanya berjalan lancar untuk keluarga Rotschild pada tahun itu. Seperti di Kongres Vienna yang bermula pada September 1814 dan berakhir pada bulan Jun tahun ini. Tujuan utama kongres tersebut adalah bagi membentuk sebuah kerajaan dunia (world government) yang memberikan mereka kuasa politik sepenuhnya terhadap seluruh dunia yang bertamadun.
Memandangkan kebanyakan kerajaan Eropah pada waktu itu banyak berhutang dengan keluarga Rotschild, mereka (Rotschild) merasakan boleh menjadikan hal tersebut (mewujudkan world government) sebagai alat untuk tawar-menawar. Walau bagaimanapun, Tsar Alexander I dari Rusia, yang telah tidak tunduk kepada bank pusat Rothschild, tidak menyokong akan rancangan itu, jadi rancangan kerajaan dunia Rothschild gagal.
Marah oleh ini, Nathan Mayer Rothschild telah bersumpah bahawa satu hari nanti dia atau keturunannya akan memusnahkan seluruh keluarga dan keturunan Tsar Alexander I. Malangnya kata-kata beliau adalah benar dan 102 tahun kemudian Rothschild membiayai Bolshevik bagi bertindak atas janjinya itu.

Menariknya, dunia fanatik one government dan Yahudi Ashkenazi, Henry Kissinger, melakukan disertasi kedoktoran pada Kongres Vienna.



R 23 : ROTSCHILD – BAHAGIAN 1

BAHAGIAN I (1743-1800)

1743: Mayer Amschel Bauer, seorang Ashkenazi Jew, dilahirkan di Frankfurt, German, anak kepada Moses Amschel Bauer, seorang yang menjalankan perniagaan dengan memberi pinjaman wang dengan interest dan juga pemilik pengusaha rumah.

Moses Amschel Bauer meletakkan simbol merah di hadapan rumahnya. Simbol ini adalah heksagram merah (apabila digubah secara geometrik dan nombor, tanda/simbol ini membawa kepada nombor 666) yang mana di bawah arahan keluarga Rotschild, akhirnya membentuk bendera negara haram Israel pada dua abad akan datang.


1753: Gutle Schnaper, seorang Ashkenazi Jew (bakal isteri kepada Mayer Amschel Bauer) anak kepada Wolf Salomon Schnaper, seorang peniaga yang terkenal dan berjaya, dilahirkan.

1760: Pada dekad ini, Mayer Amschel Bauer mula bekerja di sebuah bank yang dimiliki oleh keluarga Oppenheimers di Hanover, German. Dia memperoleh kejayaan yang amat luarbiasa dan menjadi rakan kongsi muda di dalam bank tersebut. Di sini, dia mula mengenali General von Estroff secara tidak langsung.
Bauer kembali semula ke Frankfurt untuk mengambil-alih perniagaan bapanya setelah bapanya mati pada tahun yang sama dan dia mengenalpasti akan signifikan simbol/tanda heksagram merah dan mengubah namanya daripada Bauer kepada Rotschild, bersempena dengan heksagram merah atau simbol yang melambangkan 666 yang digantung di hadapan pintu masuk rumahnya. [(“Rot”, adalah “Red”(merah), manakala “Schild” adalah “Sign”(tanda) di dalam bahasa German].
Sekarang, dengan namanya yang telah bertukar kepada Mayer Amschel Rotschild, dia mula mengetahui bahawa General von Estroff mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Putera William IX dari Hesse-Hanau, salah seorang kerabat di raja yang terkaya di Eropah yang pada ketika itu memperoleh kekayaannya dengan merekrut askar-askar Hessian ke negara luar bagi memperoleh keuntungan yang amat besar (satu kaedah yang masih diguna pakai sehingga ke hari ini di dalam bentuk mengeksport penjaga keamanan ke seluruh dunia).

Prince William IX of Hesse-Hanau

Dia kemudiannya kembali bekerja dengan General von Estroff dan mula menjual syiling-syiling dan barang kemas yang bernilai dan berharga tinggi dengan harga diskaun. Seperti yang dirancang, dia akhirnya dapat bersemuka dengan Putera William yang amat berpuas hati dengan harga diskaun yang diberikan ke atas syiling-syiling dan barang kemas yang amat susah untuk dijumpai dan berjanji akan memberi ganjaran kepada Putera William untuk segala perniagaan lain yang ditawarkan kepadanya.
Rotschild kemudiannya menjadi rakan baik kepada Putera William yang akhirnya menjadi rakan perniagaan Prince William dan juga ahli di dalam mahkamah negara. Dia kemudian mendapat tahu bahawa dengan memberi pinjaman wang dan royalti kepada kerajaan memberi lebih keuntungan daripada memberi pinjaman wang kepada individu kerana nilai pinjaman adalah lebih tinggi dan dijamin pembayaran semula oleh kerajaan dalam bentuk cukai kerajaan.
1769: Mayer Amschel Rotschild diberikan kebenaran oleh Putera William untuk menggantung tanda di hadapan premis perniagaanya yang berbunyi “M. A. Rotschild, dilantik oleh Yang Mulia Putera William dari Hanau sebagai ahli mahkamah Negara.”

1770: Mayer Amschel Rotschild mula melakar rancangan bagi pengwujudan Illuminati dan meletakkan tanggungjawab tersebut kepada seorang Ashkenazi Jew, Adam Weishupt, yang merupakan bekas penganut Kristian aliran Roman Katolik yang membawa bersama dengannya organisasi dan rancangan pengembangan di bawah kelolalaannya. Illuminati adalah ajaran yang berdasarkan kitab Talmud yang dicipta oleh rabbi Yahudi. Ianya dipanggil Illuminati kerana ia adalah istiliah Lucifer (nama lain bagi syaitan) yang bermaksud keepers of light (penyimpan cahaya).

Adam Weishaupt (1748 – 1830)
Mayer Amschel Rotschild berkahwin dengan Gutle Schnaper.

1773: Anak lelaki sulung Mayer Amschel Rotschild, Amschel Mayer Rotschild dilahirkan. Seperti adik-beradiknya yang lain, mereka semua akan berkecimpung dalam dunia perniagaan keluarga apabila umur mereka mencecah 12 tahun.

Amschel Mayer Rotschild (1773 – 1855)

1774: Salomon Mayer Rotschild dilahirkan.

Salomon Mayer Rotschild (1774 – 1855)

1776: Adam Weishaupt secara rasminya telah menyiapkan organisasi Illuminati pada 1 Mei tahun ini. Tujuan utama Illuminati adalah memecah-belahkan goyim(semua bukan Yahudi) melalui politik, ekonomi, sosial dan agama. Mereka yang menentang akan di tentang semula menggunakan senjata ataupun insiden-insiden akan sengaja diadakan supaya: mereka bersengketa sesama mereka; memusnahkan kerajaan negara; memusnahkan institusi keagamaan; dan akhirnya bertindak memusnahkan sesama mereka.
Weishaupt kemudiannya menyelinap masuk ke dalam Continental Order of Freemasons bersama dengan doktrin Illuminati dan menggunakan tapak Grand Orient sebagai pusat pentadbiran rahsia. Semua ini adalah di bawah perintah dan pembiayaan kewangan sepenuhnya oleh Mayer Amschel Rotschild dan konsep ini telah tersebar luas ke dalam setiap Masonic Lodges seluruh dunia pada sehingga ke hari ini.
Weishaupt juga merekrut seramai 2000 orang pengikut berbayar yang merangkumi mereka-mereka yang bijak pandai di dalam bidang kesenian dan penulisan, pendidikan, sains, kewangan dan industri. Mereka semua diarahkan untuk mematuhi semua arahan berikut bagi membolehkan mereka mengawal manusia seluruhnya.

1) Menggunakan wang dan seks sebagai rasuah bagi memperoleh kawalan ke atas mereka yang sudah pun berada di jawatan tertinggi di dalam pelbagai peringkat di dalam kerajaan dan mana-mana badan lain yang dirasakan perlu. Apabila orang yang berpengaruh tersebut telah pun termakan dengan tipu-daya Illuminati, mereka akan di’pegang’ dengan mengancam mereka melalui saluran politik atau dengan mem’blackmail’ mereka, mengugut dengan menarik semua sumber kewangan yang telah diberikan, mendedahkan kegiatan mereka kepada orang awam, malahan mengugut untuk membunuh mereka dan juga keluarga.

2) Semua fakulti di bawah kolej dan universiti ditubuhkan adalah bertujuan bagi membentuk pelajar dari baka keluarga yang baik supaya memiliki kemahiran, kebolehan serta mentaliti yang tinggi dan mengajak mereka supaya lebih cenderung kepada pembelajaran mengenai internasionalisme serta menanam konsep yang mengatakan hanya ‘kerajaan satu dunia’ (one-world government) sahaja yang boleh menamatkan peperangan dan kesempitan hidup. Biasiswa diberikan dan dibiayai sepenuhnya di oleh Illuminati kepada mereka yang terpilih.

3) Semua yang berpengaruh dan terperangkap di bawah kawalan Illuminati, termasuk pelajar-pelajar yang telah diberikan pendidikan dan latihan khas, akan digunakan sebagai agen dan meletakkan mereka di belakang tabir semua kerajaan sedia-ada sebagai ahli pakar yang tertentu. Ini dilakukan supaya mereka boleh memberi nasihat kepada eksekutif tertinggi di dalam kerajaan atau mana-mana badan yang berkaitan untuk menjalankan polisi yang dalam jangka masa panjang akan menjalankan pelan-pelan rahsia ‘kerajaan satu dunia’ Illuminati dan seterusnya memusnahkan kerajaan dan institusi keagamaan yang sepatutnya mereka berkhidmat di dalamnya.

4) Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap media cetak, yang pada waktu itu merupakan satu-satunya cara untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh penduduk awam, supaya semua berita dan maklumat dapat diberat sebelahkan bagi memastikan seluruh penduduk percaya bahawa ‘kerajaan satu dunia’ adalah satu-satunya jalan penyelesaian bagi pelbagai masalah yang melanda.

1777: Nathan Mayer Rotschild dilahirkan.

Nathan Mayer Rotschild (1777 – 1836)

1784: Adam Weishaupt mengarahkan Revolusi Perancis dibukukan dan ia dimulakan oleh Maximilien Robespierre. Buku ini ditulis oleh salah seorang rakan Weishaupt yang bernama Xavier Zwack. Buku ini hantar dengan menaiki kuda oleh seorang pengirim untuk dihantar dari Frankfurt ke Paris. Walau bagaimanapun, dalam perjalanan ke sana, pengirim hantaran tersebut dan kudanya di sambar petir. Buku yang mengandungi segala perancangan tersebut telah dijumpai polis dan diserahkan kepada pihak berkuasa Bavaria.
Susulan daripada itu, kerajaan Bavaria mengarahkan polis untuk memeriksa kesemua tapak Grand Orient dan rumah rakan-rakannya yang paling berpengaruh. Yang pasti, pihak berkuasa kerajaan Bavaria sememangnya yakin yang buku yang ditemui itu adalah satu ancaman yang dirancang oleh sekumpulan orang yang berpengaruh dengan menggunakan perang dan revolusi bagi mencapai matlamat politik mereka.

1785: Kerajaan Bavaria mengharamkan pergerakan Illuminati dan menutup kesemua Grand Orient yang berada di Bavaria.
Mayer Amschel Rotschild memindahkan ahli keluarganya ke rumah 5-storey di Frankfurt yang mana dia berkongsi dengan keluarga Schiff.
1786: Kerajaan Bavaria menerbitkan dan mencetak perancangan Illuminati di dalam dokumen yang bertajuk “The Original Writings of The Order and Sect of The Illuminati”. Mereka menghantar dokumen ini kepada semua ketua gereja seluruh negara dan negeri di dalam Eropah tetapi malangnya amaran yang diberikan tidak diendahkan mereka.
1788: Kalmann (Carl) Mayer Rotschild dilahirkan.
1789: Akibat daripada ketidakendahan negara-negara Eropah terhadap amaran yang diberikan oleh kerajaan Bavaria, rancangan Illuminati bagi memulakan Revolusi Perancis berjaya dimulakan dari tahun ini hingga ke tahun 1793. Revolusi ini adalah impian setiap ahli bank kerana ia membolehkan sebuah konstitusi baharu diwujudkan dan meluluskan undang-undang yang mengharamkan sama sekali Gereja Roman daripada mengutip cukai.
1790: Mayer Amschel Rotschild membuat pernyataan:
“Biar aku yang mengeluarkan dan mengawal wang negara dan aku tidak peduli siapa yang menulis undang-undang”.
1791: Rotschild dapat apa yang diingini iaitu mengawal wang negara melalui Alexander Hamilton (agen mereka yang berada di dalam cabinet George Washington) apabila mereka menubuhkan sebuah bank sentral di Amerika yang dinamakan First Bank of the United States. Ini dapat dicapai melalui perancangan 20 tahun.
1792: Jacob (James) Mayer Rotschild dilahirkan.
1796: Amschel Mayer Rotschild berkahwin dengan Eva Hanau.
1798: John Robinson menerbitkan sebuah buku yang bertajuk, “Proofs of a Conspiracy Against All the Religions and Governments of Europe Carried on in the Secret Meetings of Freemasons, Illuminati and Reading Societies”. Di dalam buku ini, Professor Robinson daripada Universiti Edinburgh, salah seorang intelek dari zamannya, dilantik menjadi Setiausaha Agung bagi Kesatuan Diraja Edinburgh pada tahun 1783, memberi maklumat secara terperinci mengenai rancangan Illuminati Rotschild.
Dia memberitahu yang dia pernah menjadi seorang ahli tertinggi mason diScottish Rite of Freemasonary, dan dijemput khas oleh Adam Weishaupt untuk ke Eropah, yang mana dia diberikan satu salinan khas mengenai konspirasi Weishaupt. Walaupun dia berpura-pura bersekongkol dengan rancangan menakluk dunia Weishaupt, dia sebenarnya tidak bersetuju dengan usul tersebut dan oleh yang demikian menerbitkan buku yang tersebut. Buku itu juga ada menyatakan dengan jelas mengenai siasatan kerajaan Bavaria terhadap Illuminati dan Revolusi Perancis.
19 Julai pada tahun yang sama, David Pappen, Presiden Universiti Harvard, memberi penerangan khas dalam bentuk kuliah kepada pelajar mengenai pengaruh illuminism terhadap agama dan politik Amerika.
Sebaik umur Nathan Mayer Rotschild mencecah 21 tahun, dengan sejumlah wang yang banyak diberikan oleh bapanya kepadanya, dia meninggalkan Frankfurt dan berpindah ke England bagi menubuhkan sebuah institusi perbankan di London.
1800: Salomon Mayer Rotschild berkahwin dengan Caroline Stern.

Insya-Allah akan bersambung~



R 22 : KONSPIRASI DUNIA – RAHSIA VATICAN

السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Artikel kali ini aku ingin kongsikan bersama bagaimana agama telah diperkotak-katikkan oleh insan-insan yang telah disesatkan oleh syaitan laknatullah agar berpaling dari ajaran yang lurus dan benar iaitu Islam. Sesungguhnya mereka sama sekali tidak akan merasa aman dan tenteram selagi mana umat Nabi Muhammad s.aw tidak mengikut ajaran mereka dan syaitan laknatullah sememangnya amat gembira dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya dalam menyesatkan cucu cicit Nabi Adam a.s. Bersyukurlah kita semua yang telah dikurniakan iman dan kita hanya perlu menguatkan iman kita dengan menjalankan perintah Allah S.W.T dan meninggalkan laranganNya. In sya Allah kita semua akan dirahmatiNya. In sya Allah.

Seperti mana yang kita maklum, Dajjal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah. Contoh yang paling mudah dan nyata adalah agama Kristian yang telah dijadikan sebagai agama pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal Nabi Isa telah dirosakkan dan diselewengkan oleh ‘tangan ghaib’ dan agama Kristian sekarang BUKANLAH ajaran asal Nabi Isa a.s. Hanya al Quran masih terpelihara kebenaran dan keasliannya tetapi kitab-kitab suci sebelumnya telah diubah dan diselewengkan.

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”
(Surah 3,  Ali Imran : ayat 19)

Diharap dengan pendedahan artikel ini dapat membuka mata pembaca blog saya yang bukan beragama Islam khusunya untuk mencari kebenaran hakiki. Saya di sini hanya sebagai petunjuk jalan, pembuka minda dan selebihnya terpulang kepada anda untuk menilainya dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada anda.
Pertamanya saya ingin menjelaskan bahawa istilah Kristian tidak pernah disebut dan diperkenalkan oleh Nabi Isa a.s. Ajaran semua rasul utusan Allah adalah untuk menyembah Tuhan Yang Esa bukan untuk menyembah berhala, menyembah individu, matahari, pokok, api dan sebagainya. Satu perkataan untuk agama menyembah satu tuhan yang esa ialah Islam.
Nabi Musa a.s telah berkata kepada kaumnya dalam bahasa Hebrew, ‘Shamma israelu addena ilakhin, addena ikhad’. Yang bermaksud, ‘Dengarlah wahai bani Israel, tuhanmu hanyalah SATU’. Lebih kurang 1350 tahun kemudian Nabi Isa a.s telah mengulangi kata-kata Nabi Musa a.s iaitu tuhan hanyalah satu. Lebih kurang 600 tahun selepas itu, delegasi Kristian telah datang menemui Rasullulah s.a.w di Madinah dan mereka telah mengadakan dialog selama 3 hari di Masjid An-Nabawi dan salah seorang delegasi telah bertanya kepada Rasullulah s.a.w, ‘Apakah konsep tuhan kamu?’ Dan Rasulluah s.a.w telah menjawab, ‘QulhuAllahu Ahad’. Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa (Satu). Jelas di sini semua rasul utusan Allah membawa ajaran menyembah ajaran Tuhan Yang Esa (Satu).

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
(Surah 112, Al Ikhlas : ayat 1-4)

“Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?”
(Surah 3, Ali Imran : ayat 69-71)

Berbalik kepada topik asal artikel ini, iaitu Rahsia Vatican. Apa yang mahu saya dedahkan di sini ialah berkaitan kaitan agama Kristian dan agama pagan. Anda juga boleh membaca artikel tentang persamaan Jesus dan Horus. Ingin ditegaskan sekali lagi, agama Kristian sekarang bukanlah ajaran asal Nabi Isa a.s. Masyarakat Babylon purba dan Rom menyembah matahari dan dewa-dewa pagan. Sukar bagi masyarakat Rom untuk menerima ajaran asal Nabi Isa a.s yang dibawa oleh Hawariyyun (12 Sahabat Nabi Isa a.s) dan mereka telah mengubah ajaran asal Nabi Isa dengan mengubahsuai mengikut kehendak mereka sendiri dengan memasukkan unsur-unsur pagan di dalam agama Kristian bagi menyesuaikan dengan agama mereka.

Contoh yang paling nyata di sini ialah watak-watak dewa pagan telah diasimilasikan dengan agama Kristian dan Hari Matahari (SUNday) dimuliakan. Ke manakah penganut Kristian pada SUNday? Sudah tentulah ke gereja. Pernahkah anda (penganut Kristian) terfikir kenapa SUNday dijadikan hari mulia bagi agama anda? Contoh lain paling mudah di sini, Poseidon telah dijadikan sebagai Santa Claus! Poseidon atau Neptunus dalam bahasa Latin mengikut kepercayaan Rom kuno, ialah Dewa laut.